Archive for the 'payloadz' Category


Hari ini aku nak share dengan korang satu lagi bayaran yang agak kontroversi. Aku rasa mungkin ada antara korang yang masih dapat bayaran. Tetapi semalam aku menerima satu bayaran komisen dari satu program yang telah lama aku tinggalkan sejak April 2008.



Yup. Seperti yang aku tulis di title. Ianya adalah bayaran dari Payloadz.com. Masih relevankah Payloadz sekarang? Masih ada kah yang menerima bayaran dari Payloadz? Aku masih tidak dapat login ke dalam akaun aku kerana ianya masih disuspend. Namun, aku telah menerima bayaran dari mereka. Bagaimanakah itu terjadi? Itu aku tak pasti. Tapi dari penerangan yang aku terima diruang memo dalam transaksi paypal aku, ianya menyatakan ia adalah bayaran komisen reseller dan click. Jadi, aku masih tak faham-faham lagi. Nanti aku lakukan satu eksperimen untuk mengetahui sama ada Payloadz ini masih relevan untuk disertai atau tidak. Entahlah, aku dah pelik dari malam tadi..



Ok. Lupakan kejap tentang Payloadz. Mari kita kembali ke satu lagi berita baru yang aku terima pagi tadi selepas aku masuk office aku. Aku dan member2 lain yang pernah menyertai broadcast Youthsays telah menerima berita tentang YouthMEDIA. So, aku malas nak cite banyak-banyak. Korang leh usha kat website diorang di sini.

Tak lama lagi melalui YouthMEDIA ni, kita akan dibayar berdasarkan iklan yang akan dipaparkan. Korang leh nampak kan benda yang kat sudut kanan tu? Haa, dalam masa yang sama, kita akan promosikan website orang lain. Jika orang lain letak kat blog diorang, aku punye blog ni pun akan dipromosikan juga.

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content


Sejak petang semalam sehinggala jam 9 pagi ini, aku gagal untuk memasuki dunia internet. Abah aku dok tanya dari kul 7 petang semalam. Apsal tak dapat masuk internet nih?? Tak tahulah. Mungkin line dia problem kot ataupun pihak TM point ada masalah yang tidak dapat dielakkan. Abah aku kata nih mesti keje BN nih. Takkan dah kalah nak potong line internet. Tekanya dan yang aku pasti dia sedang cuba untuk buat lawak. Haha..aku tak ketawa. Sebab aku tahu benda tak cukup untuk membuatkan aku membuat senaman mulut ketika itu. Mahunya tak, tengah makan nasi. Mahu tersembur kalau aku gelak time tu..

Oklah. Tanpa membuang masa aku announce dan mahu buat pengumuman Pemenang Contest Top Komentator Bulan Februari 2008. Walaupun tarikh pemenang diumumkan agak lari sedikit. Tapi aku rasa masih sempat untuk umumkan. Kepada Para Pemenang. Tahniah aku ucapkan pada korang semua. Ok. Ini list pemenang yang berjaya memenangi Contest kali ini. Yang tidak berjaya, boleh cuba untuk bulan Contest bulan Mac ini macam biasa.

Senarai Pendek Pemenang Terrorist Pembangkang Contest Top Komentator Bulan Februari 2008 :

1. Abdfatah (118 post)
2. emet (101 post)
3. rina (76 post)
4. merahkatak (54 post)
6. fino (51 post)
7. Din Beramboi (43 post)
8. Nadzal (42 post)
9. Akazuma (38 post)
10. silentleo (28 post)

Hadiah istimewa kali ini jatuh kepada : silentleo (4% dari RM600 (Penjualan E-book Raja Payloadz v0.3 bulan Februari) = RM24)

Itu sahaja untuk kali ini. Untuk Top Comentator Yang seterusnya. Kita akan buat gabungan dan masa yang lebih lama. Jadi contest kali ini diberi nama Top Comment Master Duo. Ini bermaksud pertandingan ini akan dilancarkan dari bulan Mac sehingga bulan April. Tarikh akhir pertandingan ini adalah pada 30 April dan anda akan ketahui pemenangnya pada 1 Mei 2008 dan pastinya hadiah kali ini akan lebih lumayan daripada hadiah contest sebelum ini.

Kepada beberapa penaja yang telah menghubungi titan atau pihak Earncent. Terima kasih kerana berminat hendak jadi penaja. Ada juga kawan-kawan aku yang volunteer yg jadi penaja tapi tanak bagitau nama. Dan macam-macam lagi. So, kepada sesiapa yang berminat untuk jadi penaja untuk contest kali ini. Bolehlah hubungi titan dari email, yahoo mesengger ataupun SMS. So, korang nak tahu hadiah kali ini kan?

Hadiah Pertandingan Comment Masters Duo :

Sumbangan Hadiah Wang Tunai Tempat Pertama dan Kedua : Syarikat X
Sumbangan Hadiah Wang Tunai Tempat Ketiga : Titan
Sumbangan Hadiah Wang Tunai Tempat Ke 4 dan ke 5 : Silentleo
Pemenang Tempat ke 1-5 : Boleh Mendapat Ruang Iklan di Blog Earncent.com selama 1 Bulan.

Tempat Pertama : 1 GB Pendrive  + E-book Tips Adsense + E-book FTP Cara Mudah(MRR) + 16 PLR WP theme + Iklan 1 bulan di Blog JustKhai.com + RM50
Tempat Ke 2 : 1 GB Pendrive + E-book Tips Adsense + E-book FTP Cara Mudah(MRR) + 16 PLR WP theme + RM30
Tempat Ke 3 : Produk Graphical Opt-In-Box Collection(MRR) +E-book FTP Cara Mudah(MRR) + 16 PLR WP theme + RM20
Tempat Ke 4 : Produk Graphical Opt-In-Box Collection(MRR) +E-book FTP Cara Mudah(MRR) + 16 PLR WP theme + RM20
Tempat ke lima : Produk Graphical Opt-In-Box Collection(MRR) +E-book FTP Cara Mudah(MRR) + Template WordPress PLR + RM20

Sumbangan hadiah wang tunai di sponsor oleh SupernetStation
Pemenang Tempat ke 6-7 : Boleh Mendapat Ruang Iklan di Blog Earncent.com selama 1 Bulan.

Tempat ke 6 : Produk Graphical Opt-In-Box Collection(MRR) + 16 PLR WP theme + RM10
Tempat ke 7 : Produk Graphical Opt-In-Box Collection(MRR) + 16 PLR WP theme + RM10
Tempat ke 8 : Produk Graphical Opt-In-Box Collection(MRR) + 16 PLR WP theme + RM10
Tempat ke 9 : Produk Graphical Opt-In-Box Collection(MRR) + 16 PLR WP theme + RM10
Tempat ke 10 : Produk Graphical Opt-In-Box Collection(MRR) + 16 PLR WP theme + RM10

Sumbangan hadiah wang tunai di sponsor oleh SupernetStation
Pemenang Tempat ke 11-15 : Boleh Mendapat Ruang Iklan di Blog Titan Method selama 1 Bulan.

Tempat ke 11 : E-book E-bay Cash Cow(MRR) + 16 PLR WP theme + RM5
Tempat ke 12 : E-book E-bay Cash Cow(MRR) + 16 PLR WP theme + RM5
Tempat ke 13 : E-book E-bay Cash Cow(MRR) + 16 PLR WP theme + RM5
Tempat ke 14 : E-book E-bay Cash Cow(MRR) + 16 PLR WP theme + RM5
Tempat ke 15 : E-book E-bay Cash Cow(MRR) + 16 PLR WP theme + RM5

Syarat baru : Mesti mempunyai komen melebih 10 komen di blog ini untuk layak semua hadiah di atas!

Update 27 Mac 2008 : Hadiah ini mungkin akan berubah mengikut pertambahan sponsor atau pengurangan sponsor. Kepada saudara Khai atau MohdIsmail yang berminat untuk menjadi sponsor, sila emailkan ke titan atau SMS beliau di 019-2009289 atau titan[at]earncent.com jika berminat :wink:

Hadiah kali ini aku bocorkan sedikit. Aku akan buat post khas untuk hadiah contest kali ini. Yang pasti hadiah kali ini melebih RM500 dari segi nilai dan juga wang ringgit. Itupun jika korang pandai menilai la. Hehe. Hadiah terdiri dari wang tunai, e-book, panduan, script dan pendrive. Hehe. Kami dapat tajaan dari seseorang yang sanggup menaja 2 biji pendrive.

So, jika ada antara anda diluar sana yang ingin menjadi penaja atau sponsor kami kali ini. Bolehlah menghubungi kami di sini. Pihak kami mengharapkan lebih ramai penaja tak kiralah anda ingin menaja dari segi e-book, script, software, hosting atau domain, space iklan atau kupon. Anda boleh membuat demikian dengan menghubungi titan secepat mungkin.

Apapun. Tahniah kepada para pemenang nak juga para bakal pemenang dan para pemenang hendaklah menghubungi titan dengan secepat mungkin untuk penghantaran hadiah. Aku juga akan update siapa yang dah dapat duit atau belum. Hadiah boleh rujuk di post sebelum ini. Siapa yang menang, sila email aku dengan kupon ini :

Title :Kupon Hadiah Top Commentator Bulan bulan Februari 2008

Nama:
Alamat:
No HP:
Pemenang No :
No Akaun Maybank/Paypal. CIMB :

Emailkan kepada alamat ini : titan1@earncent.com

Itu sahaja dan hadiah akan dihantar sebelum hujung minggu ini. Pertandingan Comment Master Duo berkuatkuasa pada hari ini. So, anda boleh mula bersaing hari ini. Seperti biasa. Rules, jangan menghina orang lain atau melakukan perkara-perkara yang tak best. Jangan spamming referrals link. Semua komen tidak akan dipadam melainkan aku rasa tak sesuai aje. Itu hak korang nak komen apa aa. Syarat wajib, anda hanya layak menang jika anda sudah menjadi subsriber blog ini. Itu sahaja.

Ps: Tension aku lebih 12 jam tak dapat masuk internet. Banyak keja dah terbengkalai semalam. So, sebab aku tension. Aku nak dengar lagu. Jom layan 2 lagu besh ni..

Lagu Cicakman Original Soundtrack Aznil Nawawi dan Aku Ingin Pulang dari Ebiet G Ade.




Update : 8.24 malam

Popularity: 16% [?]


Sphere: Related Content

Feb 26

Netkl vs CgyHost

53 comments - Post a comment




Penantian yang terlalu lama aku tunggu akhirnya kembali. Sanggup aku tak tidur lagi menunggu pihak Nekl membantu aku transfer semua data dari Cgyhost aku tu. So, dengan gembiranya, blog Earncent ini kembali bernafas setelah menghadapi hari-hari getir beberapa minggu ini. Aku pasti ramai yang sakit hati dan pelik mengapa blog ini gagal dicapai baik di search engine, RSS dan kawasan-kawasan mengundi pilihanraya.

Hoho! Aku gembira dan aku akan mengubah banyak perkara di blog ini. Aku harap sesuatu yang baru dari blog ini dan aku akan buat sesuatu agar lebih menarik dan mampat dengan info-info yang berguna terutamanya dari segi open case, edisi siasat dan info buat duit. SO, harap dapat banyak support dari anda semua!

Dan dengan ini. Aku masih tidak meninggalkan Cgyhost. Ada satu lagi domain dan hosting aku di webhosting itu. Tapi tidak mengapa. Itulah kambing korban jika Cgyhost buat lawak lagi. Aku faham masalah DDOS itu. Tapi aku harap diorang mengambil ikhtibar atas apa yang dah berlaku. Aku pasti ramai yang tidak puas hati dengan prestasi Cgyhost sekarang. So, harap bersabar sajela ye. Sekarang ni, bukan Cgyhost je ywat lawak, payloadz pun buat lawak gak. Korang faham kan maksud aku?

Dalam masa yang sama ni, aku hendak wat selingan gak. Oleh sebab Netkl telah membantu banyak perkara dan support yang diberikan adalah tip top berbanding Cgyhost. Aku pun nak promosikan pada sesiapa yang berminat beli domain dan hosting atau yang nak beli domain dan hosting baru. Korang boleh tengok plan diorang. Memang menarik. Aku pakai plan yg RM100 + dapat 1 domain free. BOlehlah walaupun plan di Cgyhost lebih murah dan menarik. Tapi sekarang, Netkl lebih sesuai untuk blog ini dengan bekalan 20k bandwith!



Ps: Aku tak tahu berapa komisen aku dapat kalau ada orang register under referrals link aku. So, aku promote jelah sebab Netkl memang bantu aku dengan support yang terBEST sekali. So, sape tanya aku. Aku sarankan Netkl!

Popularity: 7% [?]


Sphere: Related Content


Jadual Lengkap Cabaran Top Commentator Bulan Februari 2008 di Blog Earncent.

Tajuk : Top Commentator Bulan Februari
Round : 2
Jumlah Hadiah Cabaran : Bernilai RM375.00
Hadiah Istimewa : Bernilai unknown..
Tiket Penyertaan : Percuma
Tempat berlangsung : Blog Earncent.com [ EarnCent.com ]

Hadiah yang diTawarkan :

  1. Tempat Pertama : RM50 + E-book RajaPayloadz v0.4 + E-book eBay Cash Cow with MRR

  2. Tempat Kedua : RM30 + E-book RajaPayloadz v0.4 + E-book eBay Cash Cow with MRR

  3. Tempat Ketiga : RM20 + E-book RajaPayloadz v0.4 + E-book eBay Cash Cow with MRR

  4. 5 Hadiah Saguhati : RM5 + E-book RajaPayloadz v0.4 + E-book eBay Cash Cow with MRR


Syarat minimum :

1. Diwajibkan mendaftar menjadi subsriber blog Earncent.com
2. Kesemua 8 peMenang ini mesti ada 15 post selama 1 bulan ini.

  • Tarikh MUla : 2 Februari 2008

  • Tarikh Berakhir : 3 Mac 2008

  • Tarikh Audit Pemenang : 4-6 Mac 2008

  • Tarikh Pengumuman Pemenang : 7 Mac 2008

  • Tarikh tuntut hadiah : Selepas 7 Mac 2008


Hadiah istimewa !!

Hanya 1 pemenang sahaja aku akan pilih untuk KOMEN YANG TERBAIK atau paling jujur di blog ini. Aku tawarkan 4% hasil keuntungan Jualan E-book RajaPayloadz v0.4 pada bulan Februari ini

So, kiraan kasar. Jika aku dapat RM1000 bulan februari untuk sales RajaPayloadz, korang akan dapat RM40 jika korang terpilih untuk jadi pemenang bertuah ini. Jika aku dapat RM10000, korang akan dapat RM400!! So, ini untuk pemenang bertuah. Kiraan mudah sahaja. Keuntungan dari Panduan E-book RajaPayloadz adalah 4 angka pada bulan Januari 2008. So, harap2 akan begitu juga pada bulan kedua ini.

Boleh check juga dekat forum wangcyber. Aku ada bukak thread di sana untuk sessi soal jawab atau ada apa2 nak tanya.
So, itu sahaja. Cuma janganlah wat komen yang pendek atau bukan-bukan. Dengan ini, pertandingan TOp kommentar pada bulan Februari dilancarkan secara tak rasmi pada hari ini.

Titan
Owner of Earncent.com
Founder of RajaPayloadz.com

Ps: So, semua isu yang berkaitan dengan Cabaran ini akan dibincangkan di sini dan ruang komen. JIka ada yang berminat, boleh la setat komen dan buat sebaik boleh. Dengan hadiah yang cukup lumayan ini, aku rasa mampu menarik ramai orang datang dan membaca. Apapun, all the best to all readers in this blog.


Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member













  • RahsiaFacebook.my
PanelPlace - No more missing out on surveys!

-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Melayu Boleh | DenaiHati Contest | Saya Suka Wangcyber | Who is RajaKamil? | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------