Tahun 2007 hinggalah sekarang..
Pada tahun 2007-2008, inilah tempoh 2 tahun aku menjadi
full time blogger dan dalam masa yang sama full time internet marketer. Semua kerja aku lakukan dirumah dan memang aku tidak nafikan hasil pendapatan yang aku dapat dalam tempoh 2 tahun ini agak lumayan. Banyak program dan projek yang berjaya memberikan aku income setiap bulan. Jika korang masih ingat, dalam tempoh 2 tahun itu aku cukup rajin untuk mengeluarkan panduan digital seperti
Panduan Rajapayloadz, Panduan Shareasale, Panduan VCC, Panduan Tunemoney dan juga Ebook Rahsia Titan. Dan pada bulan puasa dalam 2 tahun itu memang cukup bermakna kerana aku menyambutnya dirumah ini setelah sekian lama menjalani ibadah puasa dirantauan sejak aku sekolah berasrama penuh di Subang Jaya selama 2 tahun, berpuasa satu tahun lebih di Matrikulasi Negeri Sembilan dan 4 tahun di Universiti Malaysia Sabah. Agak jarang aku berpuasa dirumah dengan penuh dan ketika 2 tahun inilah aku berpeluang untuk merasa berpuasa penuh dan berhari raya bersama keluarga tercinta.
Setiap hari berbuka bersama keluarga dan tugas aku adalah mengejutkan mak abah aku dan adik-beradik aku untuk sahur bersama-sama. Dan memang aku duduk rumah la. Kalau orang lain tanya aku buat apa, aku kata aku kerja kat rumah. Diorang mengagak yang aku ni kira tak ada kerjalah sebab pada zaman ni mereka masih beranggapan pekerjaan blogger ni macam kerja yang tak mendatangkan manfaat dan umpama macam orang yang tak ada kerja tetap. Tapi dalam tempoh 2 tahun inilah yang mengajar aku macam-macam perkara. Dan dalam tempoh itu juga aku banyak juga mengajar orang dalam pelbagai perkara. Aku tak harap apa sangat. Aku cuma harap apa yang aku sampaikan akan membantu diorang dan aku harap apa yang aku belajar itu akan dapat aku gunakan pada masa hadapan.Dan pada Hari Raya AidilFitri tahun ini, aku mampu untuk beli baju raya sendiri, mampu beri sedikit hasil pendapatan aku kepada mak abah aku, nenek aku, wan aku, dan
mampu beri duit raya kepada anak-anak buah aku. Tak banyak. Tapi lebih baik daripada tak ada langsung.
Ok. Masuk cerita kenangan berpuasa pada tahun 2009. Iaitu, tahun lepas.
AKu berpuasa di Jerantut. Kerja disana dan kebanyakkanya aku berpuasa disana. Aku duduk dirumah pakcik aku dan setiap kali sahur, memang pakcik aku rajin kejutkan aku. Aku panggil dia Pak Cu. Sebab dia adik kepada abah aku. Orangnya baik tapi sangat tegas. So, mak Cu aku plak jenis ramah dan aku suka masakan dia. Mahu tak naik berat badan aku dok rumah diorang. Naik segan pun ada. Tapi dah namapun keluarga. Apa nak malu sangat. Orang dah bagi, kita makan ajelah. Dan dirumah pakcik aku ni lah sempat aku berblogging. Apa faedah yang paling best aku bagi kat diorang? Yang pertama, aku selalu jadi tukang jaga rumah diorang yang besar tu sebab pakcik dan makcik aku ni jenis sibuk sikit. Kekadang tak ada kat rumah. Siang hilang. Malam je ada. Kekadang jumpa pun keesokkan paginya. Kekadang tak ada kat rumah beberapa hari. Tinggal aku sensorang. Yang kedua, akhirnya rumah Pak Cu aku dah ada streamyx. Puas aku hasut dan nasihat. Akhirnya terbuka hati juga sebab anak-anak diorang suka main internet. Bil internet yang dial-up tu kekadang leh cecah 3-4 ratus. Gila nak bayar tiap-tiap bulan. Bila aku hasut satu keluarga tu supaya melanggan Streamyx yang plan Combo tu, yang cuma bayar Rm60 setiap bulan, akhirnya mereka bersetuju dan sejak hari talian Streamyx itu ONline kat rumah tu, aku memang selalu tidur lewat. Gi tempat kerja pun dah selalu lewat. Haha. Jahat tol aku. Ini kenangan yang agak indah dan masih aku ingat. Yang cerita lain, tak mau cerita. Ini yang aku rasa paling best nak share dengan korang. Lupa nak habaq,
Panduan Tnx aku tu dilancarkan pada awal tahun 2009 secara rasmi. Kalau korang ingat, harga panduan ni bermula dengan harga RM27 sahaja. Tapi ramai yang rasa panduan tu macam hampeh dan tak memberi manfaat. Tapi lepas aku naik harga ke Rm47. Dekat 100 lebih yang mendapatkannya dan selepas aku naikkan ke RM50, makin bertambah-tambah yang berminat untuk buat duit dengan Tnx. Aku pun tak faham dengan psikologi manusia, kalau barang murah, memang korang tak suka beli ke???
Tahun 2010 iaitu tahun ini. Memang banyak sangat berbeza sebab tempat kerja aku dah berubah.
Aku kena campak pula ke Damak. Kira-kiranya 20 minit dari Jerantut kalau pecut dengan menggunakan Black Saga aku tu. Tempat kerja ni agak bagus. Aman. Damai. Tenteram dan tidak ada peperangan seperti di Iran atau Iraq. Tak ada Bush, tak ada Obama, tak ada Saddam Hussein dan orang-orang yang aku tak suka. Pendek cerita, disebabkan udara kat sini sangat aman, aku hidup dengan santai sekali. Kenangan berpuasa? Ya, kat ini memang banyak betul dugaan. Aku pernah jumpa budak-budak kat sini selamba aje minum air atau hisap rokok disiang hari. Itu belum jumpa yang gogok air oren Twiter ketika menunggan motosikal. Kedabau betul budak-budak ni. Aku tak kata semulah, tapi boleh kata ramai la jugak. Aku harap diorang akan berubah suatu hari nanti sebab budak-budak yang aku jumpa tu umurnya belasan tahun. Bukan bawah umur lagi. Ada yang tengah ambil SPM, dan ada juga yang dah bekerja. Tok sah ceritlah. Tapi dari segi sosial, memang pening kepala gak la dok kat sini. Budak lelakinya kalau ok, ok la. Kalau teruk, teruklah. Tapi aku akui, kaum-kaum gadis terutamanya budak sekolah sangat ayu dan manis. Tergugat gak kekadang bila limpas diorang balik sekolah. Haha..
Peristiwa yang paling menarik pada tahun berpuasa kali ini adalah tadi.
Aku baru aje eksiden tadi. Esok dah nak raya. Sekali bulih pulak berlanggar dengan sebuah kereta wira yang aku rasa macam nak menerajang orang aje malam ni. Tapi mungkin level kesabaran aku masih ditahap yang masih dikatakan membanggakan, aku sabarkan aje. Setelah berbincang secara separa serius, aku terima Rm300 dari brader Wira tu. Malas nak berpanjangan. Habis kereta kelisa tu. Kena ketuk la jawabnya. Harap-harap tak teruk. Sebab aku budget kalau ketuk lekuk kat pintu + harga cat, mau dekat-dekat dua ratus lebih. So, kalau ada balance, brader Wira tu dah halalkan. Tapi kalau tak cukup, dia kata akan transfer duit ke akaun bank aku. Waa, main transfer-transfer plak. Kesian plak aku tengok anak dia yang perempuan tu. Agaknya tertidur tadi. Bila berdegung kereta bapak dia langgar kereta blogger bujang ni, terus bangun dan menangis bila dengar aku marah-marah tadi.
Sorilah dik, abang bukan saja nak marah bapak adik. Dah bapak adik kurang ajar sikit dengan Black Saga abang tu. Itu yang abang tak leh nak terima. Abang kena pertahan maruah Black Saga abang tu. Harap adik tak marah-marah abang dalam kereta balik nanti ye. Hehe..
** Panduan TNX 2.0 pula dilancarkan pada awal tahun 2010 dengan harga Rm47. Alhamdulilah, ramai yang membelinya dan mampu buat duit dengan Tnx. Malah, program Tnx ini semakin popular dikalangan blogger-blogger tegar dan blogger Malaysia yang lain. Rugi woo tak buat duit dengan Tnx ni..
Cukuplah kisah kenangan berpuasa aku dalam beberapa tahun ini. Ada duka dan ada nestapa. Aku rasa korang pun ada kisahnya tersendiri dan mungkin ada yang berkongsi diblog masing-masing. Cerita yang aku beritahu ini merupakan part-part yang aku rasa perlu kongsikan dengan korang. Yang baik, korang ambil. Yang jahat tu, korang benci dalam hati dan maafkan aku jika ada terkasar bahasa samada dari segi tatabahasa, bicara dan juga kelancangan aku menaip perkataan-perkataan yang mungkin membuatkan hati korang rasa macam nak benci kat aku sepanjang zaman.
Sekali lagi, Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf zahir dan Batin dari Titan Sekeluarga. Assalamualaikum!
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content