Seperti yang kita maklum, ramai antara blogger yang membuat pelaburan di ASB. Letak dalam 30 ribu atau 100 ribu dalam akaun ASB dan tunggu hasilnya hujung tahun. Lepas tu, dapatlah sedikit hasil dari akaun kita tu. Kalau keuntungan dari ASB dalam tahun itu dalam 7% lebih. Korang biasanya akan dapat dalam 2 ribu untuk tahun itu jika dalam akaun ASB korang ada dalam 30 ribu. Kalau 100 ribu? Kalau lebih dari 100 ribu? Berapa pulak? Mungkin dekat 6-7 ribu untuk tahun itu dan jika kita tak usik duit keuntungan tu dan biarkan aje dalam akaun ASB tu, ianya akan beranak pinak. Tak mustahil boleh dapat lebih dari 100 ribu dalam tempoh beberapa tahun. Aku tak mahir sangat dalam selok-belok jurus-jurus ASB ni, tapi lebih kurang gitulah keuntungan yang korang akan dapat.
Tapi bagaimana nak dapat 30 ribu dan ke atas dalam akaun ASB tu? Nak cekau mana duit? Mungkin boleh buat potongan dari gaji bulanan korang ataupun korang potong sedikit duit dari akaun bank korang setiap bulan. Cara bagi yang tak ada gaji tetap plak? Buat loan ASB kat mana-mana bank dan bayar duit tiap-tiap bulan kat akaun bank tu. Tapi biasanya sijil ASB tu akan dipegang oleh pihak Bank. CUkup bayar loan tu, barulah sijil ASB tu korang leh ambil dari bank yang korang buat pinjaman ASB tu. Pendek cerita, memacam cara leh buat kalau nak buat duit dengan ASB nih..
Berbeza dengan pelaburan dengan Tnx. Jika ASB korang perlu mempunyai modal untuk biarkan duit tu beranak-pinak kat akaun ASB korang tu. Tapi kalau takde modal? Susah gak nak jalan guna ASB ni kan? Melalui pelaburan Tnx, korang perlukan banyak benda untuk menjana pendapatan dari Tnx. Korang perlukan blog yang mantap, perlu bijak menghasilkan banyak page atau muka surat untuk menjual lebih banyak link, perlu setup blog dot com sendiri, perlu tulis artikel, perlu buat SEO, perlu membeli domain dan hosting dan segalanya. Pendek cerita, korang masih perlukan modal untuk pelaburan Tnx. Tak ada modal, korang takkan boleh punya nak buat duit dengan Tnx ataupun buat duit dengan ASB.

Mengapa aku sentuh tentang Tnx? Sebab program Tnx ini agak unik. Bagi aku, ianya seperti kita mendapat royalti dari blog-blog Tnx kita tu pada setiap bulan. Mungkin pada permulaannya, memang tak banyak yang kita boleh dapat. Dalam 5-10 usd sebulan pada tahun pertama dengan Tnx. Malah, itulah yang aku dapat ketika mula-mula membuat pelaburan dengan Tnx ini. Tapi kini nak dapat dalam 50-100usd sebulan, bukanlah lagi masalah. Kita cincaikan. Jika sebulan boleh dapat 50usd, darab dengan Rm3. Kita boleh dapat RM150 dari Tnx sahaja. Kita darab pula dengan 12 bulan? Kita boleh dapat dalam RM1800 setahun hanya dari Tnx! Ok. Ini pelaburan Tnx. Tak banyak. Tetapi ianya agak berbaloi jika kita lakukan dalam tempoh yang lama. Aku sudah dekat 3 tahun bersama dengan Tnx, jadi aku rasakan pelaburan aku yang aku lakukan agak berbaloi kerana aku bermula dengan modal yang agak kecil. Setiap kali aku dapat income dari Tnx, aku simpan sedikit duit dalam bank dan ASB, dan selebihnya aku beli domain baru. Lebih banyak domain, lebih banyak income yang boleh aku hasilkan melalui Tnx. Dan jika nak dibandingkan pula dengan program lain, memang banyak perbezaannya. Tapi ianya masih berbaloi jika korang boleh menambah lebih banyak sumber untuk pendapatan korang setiap bulan.
Ok. Apa yang aku nak tekankan disini adalah konsep pelaburan dalam setiap perkara dalam kehidupan korang. Ada orang melabur di bank, ada melabur di Tnx, ada melabur di Google Adsense, ada yang melabur dengan macam-macam cara dan setiap cara pasti ada strategi yang berbeza dan yang pasti ianya membuahkan hasil. Buatlah apa jenis pelaburan yang korang mahukan. Cuma pastikan pelaburan korang itu membuahkan hasil. Jangan langsung tak ada hasil. Jika tidak, buat apa kita buat itu dan buat ini, bukan? Dah alang-alang ada blog, mengapa tidak kita buat sesuatu untuk menghasilkan pendapatan dari blog kita tu? Ini juga pelaburan pada masa hadapan. Sekarang, sudah ramai yang tahu tentang blog dan tahu potensi blog. Gunakannya sebaiknya dan cipta pelaburan korang tersendiri. Mungkin korang tak kesah tentang apa yang aku repek ni, tapi aku cukup sakit hati bila lihat ada orang yang masih lagi tak cukup duit setiap bulan, tapi masih boleh lagi melaram dengan benda-benda yang tak sepatutnya. Setiap bulan kata duit tak cukup, tapi boleh pula berbelanja tak ingat dunia bila dapat duit gaji? Menyimpan tak ingat, apatah lagi melabur. Hujung cerita, pergi salahkan kerajaan bagi gaji sikit, pergi salahkan bos sebab tak naikkan gaji, pergi tuduh orang lain menipu dia dan sebagainya. Korang ada akal, fikirlah sendiri.
Aku faham pelaburan ini sensitif dan subjektif. Setiap orang ada pandangannya yang tersendiri. Tetapi janganlah sampai menyalahkan orang lain. Janganlah sampai membuatkan kita rasa diri kita ni macam seorang yang tidak berguna. Janganlah sampai rasa diri kita ni sangat hina. Bangun dan buat sesuatu. Setiap diri kita ni, ada potensinya tersendiri. Cari, asah dan hasilkan sesuatu. Insya-Allah, ada hasilnya.
Kalau nak melabur dengan Tnx. Leh dapatkan panduan Tnx ni : Panduan Tnx 2.0
Ps: Aku tak tidur lagi. Kerja banyak pula bertimbun. Esok kena kerja pulak. Aduhh..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content















