Salah satu pendapatan yang membantu aku untuk bayar deposit bagi kereta Saga BLM, adalah melalui program Tnx. Ya, walaupun tak berapa banyak, tapi program ini merupakan salah satu penyumbang terbesar selain, blog-blog niche dan program Google Adsense. Sekurang-kurangnya, bayaran yang aku terima tu dapat tampung untuk aku bayar duit kereta aku setiap bulan. Malah, program ini dah banyak bantu aku untuk memiliki gadget-gadget yang dulu aku tak penah dapat. Contohnya seperti laptop Fujitsu yang aku gunakan sekarang. 100% aku dapat dari hasil buat duit dengan blog.
Dulu, aku buat kerja semuanya melalui komputer akak aku. Selepas aku merampas kuasa komputer akak aku yang dah nazak tu, aku labur dekat seribu lebih untuk upgrade komputer tu. Duit upgrade tu pun dari program-program yang aku sertai diinternet. MAsa tu, aku belum lagi ada ebook sendiri dan tak terfikir pun nak jual ebook atau nak beli kereta. Tambahan pula, i income yang pasif setiap bulan seperti hari ini. Sangat berbeza. Tapi dari wang yang sedikit tu, aku upgrade komputer akak aku, beli RAM, beli kipas, tukar motherboard, setting komputer agar jadi laju dan sebagainya. Cuma aku tak tukar casingnya sahaja. Aku suka komputer tu nampak lama. Leh nampak lusuh dan betapa kuningnya komputer tu setelah diberi nafas baru. Dari situlah aku berblogging dan mampu beli laptop Fujitsu yang sekarangnya menjadi nadi utama untuk aku menulis blog.

Ok, apa yang aku nak beritahu adalah kesungguhan korang untuk mendapatkan sesuatu. Jika korang yakin korang boleh buat, korang mahukan sesuatu, berusahalah untuk mendapatkannya. Jika dulu, nak kenal alif, ba, dan ta atau nak kenal nombor satu, dua dan lapan belas menjadi satu kesukaran bagi korang, tapi sekarang bagaimana? Aku yakn korang kenal semua benda tu kan? Jika dulu tak reti nak menunggang basikal, tapi sekarang dah pandai pula memandu Satria Neo atau Barbarus. Tak mustahil kan? Semuanya datang dari kesungguhan korang untuk capai apa yang korang angankan atau impikan.
Begitu juga dengan program Tnx. Kali pertama aku dengar program ni, aku rasa program ni mungkin nak tipu aku atau blogger lain. Sebab aku rasa, macam susah nak cari advertiser yang berminat nak beli iklan text ads kat blog kita. Aku tahu macam bodoh ajer masa tu. Tapi aku cuba juga. Beratus-ratus kali aku taip artikel untuk projek Tnx nih. Semuanya manual. Tak macam sekarang, dah macam-macam plugin autoblog muncul. So, bertambah senang korang nak buat duit dengan Tnx ni. Cuma aku mungkin lebih suka cara lama, membuat artikel secara manual atau separa manual. Itu mungkin lebih memberikan aku kepuasan. Aku yakin ramai yang bersependapat dengan aku dalam bab itu.
Dipendekan cerita, kalau tak boleh setelah kita cuba banyak kali. Barulah korang boleh kata, benda ni mungkin tak sesuai untuk aku sekarang. Mungkin tak kena dengan cara aku sekarang. TAPI mungkin pada 10 tahun nanti, atau 20 tahun nanti, benda ni akan serasi dengan aku. Jadi, cubalah. Cuba dan teruskan mencuba.
Nahh, cuba Tnx. Hehe >> Tnx.net
Ps: Aku di Jerantut sekarang. Haha..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content















