Dulu, aku pernah duduk asrama. Bila exam PMR aku naik dan dikatakan agak cemerlang oleh kawan-kawan aku , aku ditawarkan ke sekolah berasrama penuh. Maksudnya, semua budak yang belajar kat sekolah wajib duduk asrama. Tak ada yang datang dari rumah. Semua dok asrama. Baik laki atau perempuan. Dan ini antara ringkasan hasil aku duduk asrama selama 2 tahun.
1. Sekolah aku dikatakan agak elit dan masih baru. Nak kata aku berbangga tidaklah juga. Sebab aku antara yang teruk gak resultnya. Semua masuk situ antara 8A dan 9A. Aku dan beberapa aje yang 7A masuk sekolah tu sekadar mencukupkan ruang. Budak perempuan, wajib 8A dan 9A ke atas. Gila tak gila sekolah tu. Semua budak pandai. Yang tahap genius pun ramai.
2. Bila belajar subjek add-math kali pertama. Aku jadi bengong. Bayangkan. Aku failed selama 7 bulan berturut-turut bagi subjek tu. Fizik dan Kimia pun tak seteruk macam tu. Dan yang paling best, bulan pertama aje, hanya kurang dari 10 orang aje yang lulus ujian add-math kat sekolah. Genius tak genius budak sekolah aku..
3. Aku pernah fly. Kuar malam tanpa pengetahuan warden. Baik lompat pagar, terjun pagar dan lalu semak. Aku dah rasa. Semata-mata nak makan kuew tiaw goreng. Balik asrama dalam jam 11-12 malam. Sebab kedai sekitar tu dah tak bukak sangat lepas kul 12..
4. Aku pernah hampir bercinta dengan senior aku kat sekolah tu. Nasib baik tak jadi.
5. Pernah mendapat surat cinta dari budak form 1 lebih dari 20 surat. Seingat aku la. Semua aku layan sampai ada yang bergaduh. Yang tak dapat aku lupakan, ajak dating. Tapi aku tak pergi. Sian budak tu.
6. Aku masuk kelas pertama. Tapi bila exam pertengahan tahun, aku dapat top ten terakhir dalam kelas tu. Kelas aku ada pelajar seramai 30 orang. Teruk tak aku?
7. Cikgu sekolah aku, semua baik-baik belaka. Cuma budak-budak aje yang garang.
8. Asrama aku punya dewan makan, memang best. Cuma tak best hari ahad. Mesti ikan jaket. Makanan paling best adalah hari jumaat. Diorang masak tomyam.
9. Tipu kalau aku tak pernah skodeng budak perempuan yang kat asrama dulu. Siap share dengan kawan beli teropong. Tapi nak tengok diorang berkemban, dalam seribu percubaan, cuma berjaya 1-2 kali aje. Jahat tol aku..
10. Selalu dapat undangan gi masjid negeri dan masjid yang berdekatan untuk dengar ceramah. Naik satu atau dua bas. Selalunya budak-budak sekolah lain pun ada sekali. Budak2 kolej islam Klang paling best. Diorang sporting. Haha..
11. Kat asrama memang tidak dibenarkan bawa handset. Handset paling mahal dan best masa tu, handset 3210 dan 3310. Sapa ada, memang jadi rebutan oleh budak perempuan. Siap sms malam-malam.
12. Oleh sebab facebook dan twitter tak ada masa tu, hiburan kita orang kat asrama cumalah main chess dan dam aji. Petang-petang, main badminton, bola tampar dan bola sepak. Paling best bila campur dengan budak perempuan main bola tampar. Dapat berlaga sekali-sekala, memang kena gosip dekat berbulan-bulan lamanya.
13. Aku dapat jadi pengawas media. Nama lainnya adalah perpustakawan. Selalu aku ambil kesempatan untuk pinjam buku lebih. Kitaorang ada kelebihan. Leh pinjam lebih berbanding pelajar biasa. Dan semua perpustakawan lelaki adalah handsome-handsome belaka. Termasuk aku.
14. Aku dapat wakil sekolah dan asrama main badminton. Itupun masa tingkatan 5. Jadi johan peringkat sekolah dan daerah. Tak dapat main single. Main double dan berkumpulan aje. Double tak lepas, tapi berkumpulan aje johan. Ranking sekolah, nombor 3 dalam acara perseorangan dan double kedua sekolah.
15. Aku tak rapat sangat dengan pengetua atau penolong kanan. Cuma rapat dengan sesetengah cikgu. Lagipun duduk asrama, memang biasanya rapat dengan cikgu-cikgu yang duk asrama. Teringat ustaz Zaidi. Masih lagi ke kat sekolah tu..
16. Nak bercinta atau berdating kat sekolah dah masuk level haram. Jumpa pun mesti berdua paling kurang. Kalau kantoi berdua-duaan walaupun secara tak sengaja. Confirm masuk bilik disiplin. Kena kaunseling dan denda.
17. Waktu mandi, kena berebut. Lambat gi surau, confirm kena denda. Sape masbuk, siaplah..
18. Biskut aku selalu kena kebas. Maggi pun nak makan kena nyorok-nyorok. Kang tak pasal-pasal kena pau.
19. Pergaduhan terbesar yang pernah aku ceburi, kes kawan aku. Diorang gaduh kat dorm aku. Tapi aku boleh lena tidur malam tu. Hampeh, tak ajak aku bertumbuk..
20. Aku ada kenan kat seorang budak perempuan. Signal dah bagi baik. Macam berbalas. Sayangnya, tak sempat nak keluar dating. Sebab masing-masing takut. Hampeh..
Ahh..lain kali aku sambung..
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related Content














