Archive for the 'paid per lead' Category


Ini ada satu lagi peluang yang telah dibuka oleh jutawan yang bernama Russell Brunson. Aku dulu pernah dapat banyak kali peluang buat duit melalui pay per lead beliau dan kali ini, beliau telah membuat satu contest yang mempunyai hadiah yang sangat lumayan.

Korang leh dapat hadiah TV 42 inci, berpeluang dapat unlocked hadiah misteri, menangi kereta Corvette dan hadiah berjumlah 100 million dollar. Bukan ringgit. Lumayan tu beb. Aku dapat 10% pun jadila.

250x250 Pay Per Lead Terbaru dari Russell Brunson!


Baru-baru ini beliau telah melancarkan satu pertandingan.. iatu Belajar teknik jana wang online secara PERCUMA dari beliau & menangi kereta Corvette.

Sekiranya anda masih tercari-cari cara untuk anda mendapatkan $1 yang pertama inilah peluangnya. Macam biasa, daftar, promote dan dapatkan 1 dollar untuk downline korang.

Ok. cara nak wat duit.

1. register kat website diorang.
2. letak nama, email, username dan password yang korang nak, pastu submit!
3. confirmkan dan update apa yang patut seperti akaun paypal korang.
4. ambil code referrals link dan bannner untuk promosi.
5. promosi kat forum ke blog ke atau memana yg korang rasa sesuai.
6. jangan hijack thread orang lain. itu aje. thinking Pay Per Lead Terbaru dari Russell Brunson!

Selain dari tu Russell Brunson bercadang untuk memdermakan sebahagian wang dari pertandingan ini kepada negara-negara dunia ketiga seperti El Salvador and Ghana, Africa untuk tujuan pendidikan. Orang dah kaya, memang suka bab-bab derma ni. So, korang pun akan terlibat sama dalam hal derma-menderma ini..

Apapun, korang leh register kat sini : Daftar disini

Ps: Try aje. Aku yakin mamat ni bayar kita. paid Pay Per Lead Terbaru dari Russell Brunson!

Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content


Ok. Hari ini aku hendak tulis satu lagi ujikaji yang baru sahaja aku jumpa semalam. Aku ingin mencabar diri aku untuk mendapat bayaran dari satu program yang aku sendiri rasa macam mustahil. Jadi aku memerlukan kerjasama semua pengunjung di sini untuk membantu aku menjayakan ujikaji ini. Haha. Hadiah? Ehm..aku tak dapat fikirkan sekarang. Tapi jika aku berjaya dapat bayaran, aku hanya mampu ucap ribuan terima kasih kerana turut membantu. Tak ada hadiah wang tunai sebab aku takde budget untuk ujikaji ini. Ujikaji ini hanya tujuan suka-suka sahaja dan mahu membuktikan bahawa program itu berbayar atau tidak.

kembar 300x225 Edisi Siasat: Ujikaji untuk CBclickbank


Ok. Nama program yang akan aku kaji ini adalah CBclickbank. Rata-rata ramai yang sudah tahu tentang program ini kan? CBclickbank lebih kepada forced 3 X 15 matrix. Kiranya, kita cuma perlu cari 3 orang sahaja dan downline kita yang lain akan force ke bawah sebanyak 15 level. Fuh, kalau semua berjalan lancar, aku mampu capai $167,422.89 hanya dengan mencari 3 orang downline yang meniru apa yang aku buat. Ianya agak sukar dan sangat memerlukan kerjasama dari pihak yang ramai dan yang jenis tak kesah. HOho..korang leh tak join aku punye ujikaji ni?

Yang lebih memeritkan lagi, minimum payout CBclickbank ini. $110 usd diperlukan untuk mengeluarkan duit ke akaun paypal dan $125 dollar jika korang memohon untuk dapat duit melalui cek. Aku cabar diri aku untuk dapat $110 itu. Mungkin boleh jika ramai yang sanggup bekerjasama untuk menjayakan ujikaji aku. 1 downline, korang akan dapat $0.25. Jap, aku kira kalkulator sat..aku memerlukan 440 direct downline first level untuk mencapai bayaran pertama. Aku Gila atau program ini menggunakan sistem yang mengarut?? Dan lagi 14 level tu, korang akan dapat spillover jika first level downline korang dapat downline baru..

Fuh, korang faham ke tak? Adakah aku berjaya mendapat bayaran itu atau tidak, itu bergantung pada promosi aku yang berterusan dan bantuan dari korang semua. Jika setiap visitor yang melawat blog aku ini register program ini. Itu sudah cukup membantu. Setiap hari, blog ini dikunjungi hampir 500-2000 unik visitor dan lebih dari 2-3k impression setiap hari. Jika sebahagian atau 50% dari mereka sanggup bekerjasama dengan aku dengan sukarela. Aku berani jamin yang aku mampu buat duit dengan program CBclickbank ini. Amacam. Berminat atau tidak untuk sertai kempen ujikaji aku kali ni?

Jika berminat dan mahu bantu aku, sila daftar disini : Daftar CBclickbank

Itu sahaja dari aku. Aku sudah melancarkan perang gerila untuk promosi program ini dibeberapa forum luar dan aku akan launch kat beberapa forum lokal. Itupun hanya forum terpilih sahaja. Jadi aku memerlukan bantuan korang. Hehe, tapi aku tak paksa koranglah. Sebab tujuan aku adalah untuk membuktikan bahawa program ini scam atau tidak. Ini lebih sukar dari program pay per lead Dinberamboi atau Pay Per Lead TheReds tu..

Thats all for today.

Ps: Aku lapar. Sila bantu aku. Pilih antara Yong Tau Fu atau Lamb Leg. Mana yang patut aku makan? icon smile Edisi Siasat: Ujikaji untuk CBclickbank

Popularity: 6% [?]


Sphere: Related Content


Hari ni hari jumaat. So, aku takde tazkirah nak sharekan dengan korang. JUst nak kongsi satu lagi pay per lead yang telah membayar aku semalam. Aku nak update semalam, cuma aku rasa penat sikit. Tidur je manjang dan aku rasa aku kene update blog semula hari ini. Banyak blog yang lupa update. Kan tak dapat income bagus untuk adsense dan PPC lain.

OK. Pernah dengar kan The Internet Marketing Cure? Yap. Aku sudah menerima bayaran untuk bulan Mei dan June. Memang lambat gila sebab diorang bayar dalam bulan Julai. Aii, tak leh ke bayar awal sikit. Kita orang dah ingat cam diorang menipu plak. Report X factor tu tak dapat lagi payment. Apapun, aku share salah satu bukti. Sikit je dan aku tetap rasa bersyukur. Aku rasa ramai yang dapat income lebih dari aku..

paymentimcurett8.th Laporan Percuma: The Internet Marketing Cure


Nampak? Tak banyak kan? Tapi aku rasa itu dah cukup membantu. Duit sebanyak tu, boleh beli 1 domain tauuuu. Hehe..

Aku tak sure diorang akan terus membayar untuk bulan Julai ini dan bulan-bulan seterusnya. Jadi, aku akan terus promosikan. Dapat atau tak, itu belakang cerita. Cara buat sebeginilah dah banyak bantu aku beli banyak domain dan menambahkan pendapatan sampingan. Jika korang rasa usaha aku ini sia-sia, aku tak kesah. Janji aku tak gi bunuh orang kerana tak cukup duit nak makan nasi..

JIka berminat nak tau tentang laporan percuma The Internet Marketing cure, korang boleh cuba register sekarang. Percuma. Jika ada orang register under korang, korang dapat $0.50 usd. Banyak kan? Cuba promosi semula jika korang penah promosi sebelum ni. Mana tahu diorang akan bayar juga?

Rule dia sama aje macam sebelum ni. Kene register, confirmkan link, update akaun, kene ada akaun paypal dan takde aktiviti spamming. Itu sahaja yang perlu dibuat. Berminat, sila daftar. Tak minat. Tak apa.

Join sekarang >> www.theinternetmarketingcure.com

Ps: Berbaloi atau tidak. Itu semua bergantung pada usaha anda. Untuk berjaya jana wang di internet, kita kene gagal dan kecewa dulu. Betul kah? Mungkin..

Popularity: 6% [?]


Sphere: Related Content


[audio:happybirthday_1.mp3]

Haha. Dengar aje lagu itu. Ya, hari ini adalah hari earncent.com menyambut hari jadinya yang pertama. Domain Earncent.com ini telah dibeli pada 15 Julai 2007 dan hari ini genaplah setahun usianya membantu aku mendapatkan sedikit dari internet melalui pelbagai kaedah yang sukar untuk diterangkan satu persatunya. Nih gambar dari seseorang yang baik hati.


 Setahun bersama Titan dan Earncent.com


Aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua orang yang selalu hadir ke blog ini dan berkongsi idea bersama-sama. Tak kurang juga kepada Top-Top Komentator dan Follower blog ini dari dulu dan akan datang. Aku akan cuba berikan lebih banyak edisi siasat dan open case kepada korang dengan kajian yang lebih mendalam. Nantikan juga produk terbaru pada masa akan datang. Maaf kerana produk aku selalu lambat kerana aku sangat sibuk. Betul. Itu alasan yang selalu aku buat walhal aku malas sebenarnya..

Ini statistik tak rasmi untuk tatapan korang tentang blog earncent ini.

Entri Paling Popular Sepanjang tahun:

Open Case : Sufiah Genius dan Shilpa Lee Pelacur. Apa Beza? - 37602 view
Open Case : Sufiah Mengaku dia Sangat Suka Jadi Pelacur! - 6052 view
Edisi Siasat : Adakah Monsun-biz dan BossMailer itu Scam? - 5120 view
Open Case : Isu Panas Filem Fitna! - 4875 view

Top Search Keyphrases (Top 10)
earncent
earncent.com
buluhmas (tak sangka leh naik dalam 2 minggu aje..)
surfjunky
korang (bende ni pun leh jadi top search? aku tak faham..)
sufiah
onemanga
contest

Blog ini..

Blog ini telah menghasilkan 273 entri posts, mengandungi 136 kategori dan 452 tag.
Blog ini menggunakan FTW theme dengan bantuan 18 widget.
Blog ini mempunyai anggaran 8540 komen selama 1 tahun ini. Aku agak-agak je ni..
Blog ini juga telah menjana lebih dari ribuan ringgit dan dollar. Tak banyak kan?
Blog ini dikendalikan oleh seorang pemuda yang sangat kacak. Haha..
Blog ini popular dengan dengan entri edisi siasat dan open case.
Blog ini pernah kehabisan bandwith pada bulan April 2008
Blog ini akan menelan 2-6 Gigabyte bandwith hampir setiap bulan..
Blog ini mempunyai hits tertinggi pada bulan April iaitu 1411454 hits!
Blog ini lebih banyak dilayari melalui Internet Explorer berbanding Firefox.
Blog ini pernah dilayari melalui browser K-meleon dan Konqueror.

Senarai Contest Yang Pernah dijalankan di Earncent.com

Top Commentor Contest 2007
Kuiz RajaPayloadz Bermula hari ini!
Contest Comment Masters Duo
Leo Contest - Part 1
Leo Contest - Part 2
May Comment Contest 2008 its Open Now!
Earncent Review Contest - Sejauh mana anda kenal titan!
July Comment Contest Dilancarkan

Produk Rasmi:

Ebook Panduan Mylot (Produk terlaris pada 2005-2007)
Ebook Panduan RajaPayloadz (Produk terlaris pada 2008)
Ebook ES101-101 (study case titan secret)
Ebook ES107-Tune (study case Tunemoney dan VCC)
Ebook ES102-Project B (study case XXXX - ni projek baru)

Kebanyakkan penguna blog ini menggunakan windows. 2217090 hits datangnya dari windows, 13101 datangnya dari Mac, 12528 hits datangnya dari Linux, 81 hits datangnya Sony PlayStation Portable, 36 hits dari HP UX dan 166407 hits dari operating system bernama unknown. Serius, ada orang masuk blog ni pakai Sony Playstation? Biar betul? Dan apa itu HP UX? KOrang tau tak??

Ehm dan macam2 lagi statistik yang aku leh tunjuk kat sini, tapi aku yakin ianya akan memakan lebih dari 10 entri post. So, daripada aku buang masa. Korang tatapi jelah statistik yang aku berjaya tulis. Aku tak larat nak update semua tapi ini je yang aku mampu buat. Dan sebenarnya terlalu banyak pengalaman baru dan pengalaman pahit yang aku kongsikan di blog ini. AKu tak tahu macam mana nak bagi penghargaan kepada blog ini. Tapi aku gembira kerana aku berjaya menulis di blog ini lebih dari satu tahun. AKu harap aku akan terus menulis untuk tahun-tahun berikutnya.

Sekali lagi, tahniah untuk diri aku sendiri dan juga tahniah kepada anda kerana membaca tulisan aku sehingga hari ini. Mungkin ada tulisan aku yang agak kasar atau membunuh perasaan korang membuat duit di internet. Tapi jika tidak berbuat demikian, kau orang tidak akan serius untuk membuat sesuatu. Hendak buat duit tidak ada jalan mudah. Kita kene belajar pelbagai perkara untuk berjaya. Aku tidak kata aku tak berjaya dan aku tidak kata aku pasti gagal. Aku sudah mengalami pelbagai kegagalan dan rugi ribuan ringgit.

Dan sedikit demi sedikit aku faham erti kebebasan kewangan dan juga nilai wang didunia ini. Benar, wang bukan segalanya, tapi tanpa wang. Blog ini takkan wujud . Siapa kata wang tidak penting, anda silap besar dan boleh pergi main jauh-jauh dari blog ini jika tidak percaya hakikat ini. Korang kene faham. Cuma konsep kehidupan dan konsep wang itu kita kene perhalusi. Ada orang kata cinta itu lebih penting dari wang. Tapi percayalah, tanpa wang, cinta korang juga akan jadi sia-sia. Dan tanpa cinta, blog ini juga akan sia-sia. Jadi blog ini mempunyai dua tema khusus. Duit dan Cinta. Korang suka atau tak. Aku pedulik apa!

Ok. Puas dah aku mengarut hari ini. Ini hari untuk blog ini. So, kalau korang nak kutuk ke nak puji aku atau blog ini, aku terima dengan hati terbuka dengan perisai kesabaran. So, kutuklah sepuas-puasnya. Aku takkan membidas apa yang korang cakap walaupun apa yang korang cakap itu tanpa bukti kukuh. Nak kutuk ke tak?? (kutuklah kalau berani. Haha..)

Apapun, Selamat HARI JADI Earncent.com!!

PS: Serius, setahun. 4-5 kali aku akan diserang batuk. Mungkin aku juga kene tulis wasiat dan cari orang untuk menulis diblog ini selepas aku tiada nanti. Huhu..

PSS: Kredit Gambar untuk NR Yumie.

[audio:The_Click_Five_-_Happy_Birthday.mp3]

Popularity: 9% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011