UPSR, PMR, SPM dan STPM. Aku rasa ramai yang diantara korang pernah dengar dan tahu tentang ujian-ujian yang biasa dan terpaksa kita hadapi apabila usia kita semakin meningkat dari hari ke hari. Dari UPSR hingga ke PMR dan ke SPM. Yang bernasib baik, akan ambil ujian STPM. Belum campur Ujian SRA, STAM, SMA dan Muet. Macam-macam jenis ujian yang akan kita tempoh sebelum berjaya ke tangga Universiti ataupun kolej. Tapi bila mengenangkan akan cadangan tentang memansuhkan UPSR dan PMR, aku rasa tersentak. Ada sesuatu yang aku rasa kurang enak tentang cadangan tersebut.
Masalah pelajar malas belajar akan meningkat. Mengapa? Sebab mereka sudah pandai berfikir. Ianya berasas. Jika budak berumur 4-5 tahun sudah expert dalam memahami selok-belok handset seperti iphone dan blackberry, sudah faham apa erti internet dan sudah tahu menonton television dan tentang belajar dan peperiksaan. Aku yakin, masalah pelajar malas belajar, masalah pelajar ponteng kelas, masalah pelajar pukul guru, masalah guru takut masuk kelas, masalah guru lempang dan terajang pelajar, akan semakin bertambah dan seriusapa bila UPSR dan PMR dimansuhkan. Sebab pelajar-pelajar ini sudah tahu berfikir. Bukan sahaja berfikir secara kreatif, tetapi sudah terlalu inovatif. Otak kanan dan kiri bekerja sama. Itu pelajar zaman sekarang. Pemikiran mereka memang hebat. Bukannya pelajar-pelajar ini bodoh. Mereka cuma malas. Sebab itu bila exam, dapat markah merah memanjang. Jadi, bila peperiksaan seperti UPSR dan PMR dimansuhkan seperti yang dicadangan, aku tidak rasa ujian bulanan, ujian penilaian, gerak gempur, peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun mampu membuatkan para pelajar ghairah untuk belajar. Tidak sama sekali.
Selain itu, para pelajar juga tahu seandainya mereka belajar ala-kadar sahaja, mereka tetap dapat naik tingkatan seperti biasa. Asalkan datang sekolah dan masuk kelas. Bila belajar, malas dan kadang-kadang menimbulkan masalah pada pihak sekolah. Belum lagi kes serius seperti kurang ajar dengan guru, merogol cikgu, merosakkan harta-benda guru, kes sosial, kes polis, bergaduh dan sebagainya. Mereka tahu yang mereka tetap akan bersekolah tak kiralah apa masalah yang mereka buat.
Ya. Aku tahu sistem pelajaran kita lebih tertumpu dan berorientasikan peperiksaan. Semuanya tertumpu dengan peperiksaan. Sikit-sikit ujian. Habis ujian, ada peperiksaan. Minggu depan, ada pula gerak gempur. Lusa tulat, ada kem motivasi. Pendek cerita, 7-10 bulan pertama, penuh dengan kerja rumah, study, ujian, gerak gempur dan peperiksaan sehinggalah mereka sampai ke tingkatan lima. Tanya diri masing-masing. Salahkah ke kalau kita berorientasikan peperiksaan? Pelajar-pelajar zaman sekarang tidak lagi seperti pelajar zaman dahulu. Sikap dan etika mereka sangat berbeza. Sangat berbeza. Jika dulu pelajar sangat menghormati guru. Tapi sekarang, bilangan pelajar yang kurang hajar dengan guru semakin bertambah dari hari ke hari. J
Aku faham, walaupun dengan adanya UPSR dan PMR, masalah pelajar ini tetap sukar untuk diubah dalam masa yang singkat. Tapi sekurang-kurangnya, dua bentuk peperiksaan besar ini menjadi kayu ukuran bagi para pelajar untuk mengetahui prestasi dan keupayaan mereka setelah lama bertungkus-lumus sekian lama. Kita perlukan ujian-ujian sebegini untuk membantu dalam pelbagai aspek. Kita mahukan para pelajar fokus. Fokus terhadap pelajaran. Bukannya mereka tidak boleh bermain PS2 ataupun bermain bola sepak, tetapi jika mereka bijak membahagikan masa, ianya bukan masalah besar bukan? Masalah pelajar zaman sekarang, bukan sahaja malas dan kurang ajar. Malah, masalah pembahagian masa juga turut menjadi barah dalam kehidupan mereka. Mungkin juga sebab tidak dididik dari rumah sejak kecil lagi, jadi mereka tidak menghargai masa-masa yang ada ini. Tapi percayalah, masa-masa ini akan mereka kenang ketika dewasa nanti.
Dan aku yakin ada pelbagai sebab mengapa UPSR dan PMR tidak wajar dimansuhkan. Mungkin mahu mengurangkan kos? Sebab aku tahu kos untuk ujian-ujian seperti UPSR dan PMR memang menelan jutaan ringgit setiap tahun. Even elaun guru juga ada yang dipotong. Siapa tahukan? Pasti ada sebab-sebab tertentu. Tapi aku yakin majoriti kurang bersetuju untuk memansuhkan UPSR dan PMR. Tetapi jika ada satu sistem yang lebih bagus berbanding UPSR dan PMR dan ianya memungkinkan sesuatu yang berbeza serta mampu menghasilkan keputusan yang memberangsangkan, tidak salah jika pihak kementerian untuk memansuhkan dua ujian besar tersebut. Bukan aku sahaja, tapi aku yakin ramai yang akan setuju. Tapi setakat ini, aku tidak yakin lagi melainkan aku belum lihat hujah-hujah yang cukup kuat untuk menyokong pemansuhan yang diwar-warkan ini.Aku pasti korang juga ada pandangan tersendiri tentang isu ini. Pasti ada baik dan buruknya. Dan bukan ini sahaja sebabnya mengapa aku agak kurang bersetuju untuk memansuhkan UPSR dan PMR. Tapi buat masa sekarang, aku cenderung ke arah itu.
Ps: UPSR aku dapat 2A dan 2B. PMR aku dapat 7A dan 2C. Haa, korang dapat berapa? Mesti lagi pandai dan bijak dari aku kan? Sekolah aku dikategorikan sekolah hujung bandar. Tapi aku cukup bersyukur dapat cikgu-cikgu yang boleh tahan barannya dan pandai mengambil hati.
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related Content



















