Archive for the 'Onebytes' Category


Hari ini aku cuma hendak buat satu lagi ulasan tentang satu syarikat Hosting yang aku rasa mungkin sesuai bagi mereka-mereka yang hendak menceburi dunia blogging ni. Tak kiralah korang hendak enjoy menulis blog atau berminat untuk buat duit dengan blog. Tetapi pastikan anda memilih syarikat hosting yang sesuai, bagus dari segi support dan terbaik dari segi servisnya. Tak kurang juga keberkesannya dari segi uptime dan downtime. Ini juga salah satu faktor yang kita kene titikberatkan.

Ok. Jadi, jika korang hendak bermula dan rasanya macam takde duit lebih dari RM100 untuk angkat hosting yang mahal-mahal, korang boleh dapatkan dari Syarikat Onebytes ini. Dari segi kelajuan, aku rasa dah cukup bagus dan dari segi harga, memang agak murah. Mengapa? Harga untuk pakej hosting Basic di Onebytes cumalah 10usd iaitu bersamaan dalam RM35 atau RM36 sahaja. Macam harga duit topup korang sebulan. Cukup murah bukan?

onebytes Review: Pakej Hosting Basic Onebytes


Selain murah, kita lihat faktor lain. Saban hari aku lihat, banyak gila domain baru yang dibeli di Onebytes. Ini bermakna banyak juga orang menggunakan hosting disini. Ini juga bermaksud Onebytes mempunyai pelanggan yang ramai. Bila pelanggan ramai, ini juga bermakna pelanggan percaya dengan syarikat ini. Mengapa mereka percaya? Servis dan harga yang ditawarkan agak berpatutan. Malah, kita diberi pilihan untuk memilih pakej yang bersesuaian dengan kehendak kita. Pengalaman aku sendiri, memiliki pakej hosting Basic. Cuma perlu bayar RM36 setahun. Setahun! Bukan untuk 1 bulan tu tau. Kalau untuk satu bulan, aku memang tak angkat hosting dari syarikat ni.

Apakah specs yang membuatkan aku beli 1 pakej Basic dari Onebytes? Antaranya..

- Diskspace sebanyak 5000 MB diberikan
- bandwidth untuk sebulan adalah sebanyak 50 GB
- domain hosted = 1
- domain addon = 4
- domain parking = 5
- mysql, FTP account, email account, sudomain, mailing list, semuanya unlimited
- Jika tak puas hati dengan servis Onebytes, korang ada 7 hari untuk refund
- harga untuk pakej ini adalah RM36 setahun
- harga untuk domain pula adalah RM35 setahun
- Sistem pembayaran yang mudah. Kebanyakkan bank diterima termasuklah juga Paypal.

Jadi, jika korang mencari modal yang murah dan servis yang bagus. Onebytes antara calon-calon Syarikat Hosting terbaik yang patut korang pertimbangkan. Aku tahu ada banyak syarikat yang famous macam Netkl, Datakl, Fivio, Baitulbytes, Hostmonster, Hostgator dan sebagainya. Tapi Onebytes juga antara yang terbaik dan pelanggan syarikat ini tidak hanya dari Malaysia, tapi mereka terima dari seluruh dunia. Bagi aku, ini antara satu faktor untuk membuatkan sesebuah syarikat hosting itu kekal di dunia internet ini jika mahu kekal lama.

Boleh daftar jika mahu: Onebytes.com

Cuma ada beberapa perkara yang mungkin pihak Onebytes boleh pertimbangkan. Website tu kalau boleh, dilawakan sikit. Tapi kalau biasa-biasa pun takpe. Janji servis mantap dan harga berpatutan. Kalau boleh buat banner dan logo yang lawa untuk Onebytes. Mesti lagi banyak pelanggan nak masuk dan promosikan Onebytes. Sebab dari segi uptime, memang bagus setakat ini. Jarang site-site aku down dan agak laju juga bila cuba capai site-site aku. Tapi lain orang, lain pengalamannya, bukan? Aku beritahu apa yang aku nampak dan apa yang aku rasa. Keputusan, tetap ditangan korang. Hehe..

Ps: Tapi setiap syarikat ada masalah dan kekangan tersendiri. Kita tak tahu apa yang jadi pada masa hadapan. Banyak juga syarikat yang bermasalah dan akhirnya ditinggalkan oleh pelangganya. Aku sendiri banyak mengalami pengalaman pahit tersebut. Jadi, pilihlah dengan berhati-hati.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011