Archive for the 'nuffnang' Category


Terima kasih kepada Nuffnang kerana bagi hadiah hari jadi aku. Aku dah dapat makluman tentang hadiah ini pada bulan lepas dan aku tak dapat nak buat apa-apa dengan hadiah tiket wayang ini kerana aku sedang berkursus. Jadi, nak tengok wayang pun tak ada masa. Jadi, aku telah ambil keputusan untuk tidak pergi ke pejabat Nuffnang untuk claim hadiah ini. Bukan aku tak mahu, tapi inilah keputusan ringkas yang muktamad yang aku dapat fikirkan beberapa hari lepas.

hadiahharijadinuffnang Hadiah hari jadi dari Nuffnang..


Aku rasa ramai juga yang dapat hadiah macam ini ketika hari jadi korang. Siapa yang dah ambil dan dah tengok wayang, bergembiralah korang sebab tak perlu bayar harga tiket wayang. Aku tak dapat buat apa-apa. Kalaulah boleh pihak Nuffnang bagi hadiah lain sempena hari jadi macam ini kan bagus. Tak ada option untuk orang yang macam aku. Tapi tak apalah, sekurangnya mereka nak bagi hadiah. Ada juga yang prihatin. Masa hari ulang tahun hari jadi aku, aku dapat beratus notification dan email yang wish dan ucapkan tahniah atas harijadi aku dalam inbox gmail dan yahoo aku. Terima kasih pada mereka semua walaupun ada yang aku langsung tak kenal. Haha..

Terima kasih juga kepada Celcom yang bagi aku 7 hari call secara percuma. Memang hari-hari aku call orang-orang tersayang. Nasib diorang pun pakai celcom. Mak dengan abah aku aje pakai maxis. Jadi, tak dapatlah nak gayut lama-lama dengan diorang. Kalau aku call dari nombor celcom ke nombor maxis, paling lama pun aku boleh bercakap dengan RM10 adalah setengah jam lebih. Lepas itu, habis. Kalau dengan Celcom dengan jumlah yang sama aku boleh cakap dalam sejam. Jadi, pakailah Celcom. Senang aku nak call. Haha..

Ok. Hari jadi aku adalah pada 28 Julai 1984. Pada 28 Julai 2011, adalah hari kekalahan Malaysia melawan dengan Singapura untuk perlawanan kedua. Berkecai hati aku pada hari tersebut. Kita kalah 4-6. Sabar ajelah. Nampaknya aku tak dapat hadiah yang paling aku inginkan pada tahun ini. Aku ingat dengan kemenangan Malaysia dengan Singapura, bolehlah bagi hadiah paling best pada tahun ini. Tapi sabar ajelah, tak ada rezeki. Huhu..

#Mungkin Nuffnang boleh bagi hari jadi yang lain pada aku. Bagilah BE dalam 10 bijik ke. Baru best sikit. Takkan 1 BE pun tak nak bagi. Dah lama aku tak dapat BE ni wehh..

#Walaupun dah ramai orang benci Nuffnang. Walaupun dah ramai orang tinggalkan Nuffnang untuk beralih ke Innity. Walaupun dah ramai orang putus cinta dengan Nuffnang. Tapi aku akan tetap setia. Biarpun aku ini selalu pasang awek lain macam 701panduan, Innity, ManggaAd, Advertlets dan awek lain, tapi awek Nuffnang ni tetap dihati. Mungkin cek Nuffnang yang ke 13 akan jadi hadiah hari jadi terbaik dari Nuffnang. Bilalah nak sampai cek nuffnang tu. Sesat ke..

Wokeh. Aku dah bagitau tarikh hari jadi aku. Korang tak faham lagi? Mana hadiah hari jadi aku wehh? Takkan buat-buat lupa pula. Bak hadiah sini. Haha..

Ps: Ada sesiapa yang nak bagi aku hadiah Proton Saga FL baru? Leh la Black Saga aku dapat awek baru nanti. Hehe..

Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini hari jumaat. Aku cuba untuk buat artikel ini seringkas mungkin. Tak nak bagi korang bosan baca artikel panjang-panjang. Teringin aku bertanya. Dah terlanjur ni, korang suka aku buat artikel panjang-panjang ke pendek-pendek? Ke korang jenis tak kesah sebab korang memang akan baca setiap artikel baru dalam blog earncent aku ni?? Sila jawab diruang komen. Harap maklum.

cekdarinuffnangke12 Cek ke 12 dari Nuffnang


Aku dah dapat cek ni lama dah. Ada gak la beberapa hari. Aku ingat nak hantar ke CIMB petang semalam. Tapi kerana sibuk buat benda macam-macam. Aku terlupa walaupun aku dah ke banting semalam untuk makan cendol. Kena pula jumpa kawan lama, terus hilang ingatan aku untuk ke bank. Yela, kawan satu sekolah dulu. Lebih 30 tahun tak jumpa. Ok. Itu tipu. Kawan masa aku darjah satu dulu. So, 15 tahun sebenarnya. Bila aku sampai rumah, baru aku teringat. Walaupun nak gi bank tu cuma ambil masa 5 minit sahaja, tapi aku malas nak patah balik. Jadi, pada malam tadi aku sibuk godek-godek kamera aku main tangkap gambar. Dan inilah hasil gambar untuk cek ke 12 dari Nuffnang.

Susah betul aku nak kasi blurr tanpa adjust apa-apa dalam kamera ni. Selalu nampak nombor dan perkataan aje kan? Kali ini, aku kasi kabur semua. Haha..biar korang tak boleh teka berapa aku dapat kali ini. Tapi tak banyaklah. Takde sampai ribu-ribu macam blogger hebat-hebat tu..

Ok. Itu sahaja. Kang aku melalut macam-macam pulak. Aku tak nak tulis panjang hari ini. Sebab semalam aku dah penat pulun dekat 50 artikel untuk beberapa blog aku. Aku penat lagi. Mahu rehat dengan kopi kapal api dan daging berger bersalur roti gardenia..

Ps: Aku dapat cek. Jadi, sila bergembira dengan aku. Anggap macam korang sendiri dapat cek Nuffnang. Kegembiraan itu perlu dikongsi bukan? Tapi kalau perasaan korang membuak untuk jeles dengan aku. Baik. Silalah jeles. Haha.. icon biggrin Cek ke 12 dari Nuffnang

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini aku cuma nak update tentang nuffnang. Aku baru aje dapat satu lagi kempen Buffered Earning dari Nuffnang. Ini kali yang ke 19 dan aku rasa lepas ni mungkin aku dah tak dapat banyak kempen ni setiap bulan. Kalau dapat pun, mungkin 2-3 kempen sahaja. Tak seperti mula-mula dulu. Mungkin sebab hampir kesemua blog yang aku daftarkan dinuffnang mempunyai trafik melebihi dari 100-300 unique visits setiap hari, jadi memang susahlah nak dapat buffered earning selalu sebab kita semua tahu kalau trafik banyak, memang cukup susah nak dapat buffer earnings ni, kan? Sebab kalau trafik korang setiap hari adalah 10-20k unique visitor..kena pula dapat kempen buffered earnings dalam 2-3 bijik, memang confirmlah setiap BE tu akan dapat lebih dari RM100..jadi, boleh agak kan modus operandi nuffnang ni macam mana kan sekarang?

bufferedearning19 Buffered Earning ke 19 dari Nuffnang


Kempen yang aku dapat kali ni adalah dari Proton Exora. CTR bonus pun tak dapat apa-apa lagi dan sebenarnya dah beberapa hari kempen ini berjalan. Cuma gambar ni aku ambil awal ketika BE ni baru aje berjalan dalam sehari. So, earning pun berapa sen ajelah kan. Dapat pula kat blog satu lagi. Trafik pun memang tak sebanyak blog-blog lain. Sebab tulah agaknya dapat kempen nih. Haha..

Sekali lagi, jangan tanya aku macam mana aku boleh dapat buffered earnings nih. Aku tak terer bab-bab ni. Boleh tanya pada mereka yang lebih pakar berbanding aku. Aku cuma berserah aje sekarang. Aku ikut dan buat apa yang diperlukan untuk dapat buffered earnings. Kalau tak dapat, kita nasiblah kan?

Satu perkara aku nak pesan. Kalau nak dapat buffered earnings, sila jaga akaun nuffnang korang. JANGAN hilang status glitterati. Kalau hilang, memang sah-sah takkan dapat kempen BE nih dan confirm nak dapat duit dari nuffnang lagi susah dari biasanya. Tak ada BE, ini bermaksud korang cuma bergantung pada ehsan orang untuk klik pada iklan nuffnang korang. Tak ada orang klik pada iklan nuffnang korang, itu bermakna korang takkan dapat 1 sen pun dari Nuffnang. Lain ceritanya kalau ada status glitterati, kalau ada orang klik iklan nuffang korang, korang akan dapat bayaran yang lebih tinggi berbanding akaun biasa, malah korang berpeluang untuk dibayar mengikut impression jika korang dapat kempen BE dan juga berpeluang untuk dapat advertorial. Bayaran untuk advertorial ni sangat tinggi. Bukan berpuluh. Tapi boleh mencapai beratus dan beribu untuk satu-satu advertorial. So, sekarang korang dah tahu mengapa ada status Glitterati ni bagus atau tidak.

Dan jangan curang-curang dengan Nuffnang. Iklan dari program Advertlets, ManggaAd, Innity, YMads, BlueAdvertise, Iklaan.com, 701panduan dan mana-mana iklan baik luar atau dalam negara, sila jangan letak dalam satu blog yang sama. Seba korang kena faham Nuffnang ni kuat cemburunya. Tak boleh dimadukan. Jadi, sila faham.  Hehe.. icon biggrin Buffered Earning ke 19 dari Nuffnang

Ps: Okk..aku malas nak cakap banyak. Mahu layak cerita Chuck Season 3. HOho..best pula bila ada astro ni. Tak kiralah bayar mahal ke murah. Janji aku puas hati kalau dapat tengok cerita yang mampu ajar aku macam-macam perkara.

 

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Yap, sejujurnya aku nak cerita benda lain hari ini. Tapi aku ceritalah dulu tentang buffered earnings yang aku dapat dari Nuffnang ni. Kali ni, diorang bagi dua BE. Aku dapat satu semalam dan hari ini satu. Campur, dapat dua kempen buffered earnings. CTR bonus pun baru dapat bawah seringgit. Tak banyak mana pun. Hoho..

bufferedearningsnuffnangterbaru Buffered Earning ke 17 dan 18 dari Nuffnang


Kempen yang ke 17 dari buffered earnings ni datangnya dari U-Mobile.  Dekat blog aku yang satu lagi. Cukup melekat betul dengan iklan LR. Ini rasanya kali pertama aku dapat BE pasal U-Mobile. Sebelum ni tak pernah lagi rasanya. Apapun, terima kasih kepada U-Mobile sebab sudi beriklan kat blog earnword aku tu. Kempen yang ke 18 pula adalah dari Proton. Macam biasa, mereka sedang promosikan Proton Exora mereka habis-habisan. Jadi, mungkin blog aku menarik perhatian mereka untuk letak iklan proton, kena pula blog aku kebanyakkan ditulis dalam bahasa english, sebab tu agaknya dapat.

Jangan tanya aku macam mana blog aku tu dapat BE. Aku rasa ada banyak faktor. Tetapi aku selalu memilih faktor tuah atau nasib untuk menyedapkan hati aku. Sebab aku sendiri tak tahu faktor utama untuk dapat BE dari Nuffnang. Hanya mereka sahaja yang tahu caranya dan sudah pasti mereka takkan cerita macamana cara atau modus operandi mereka untuk memilih dan mencadangkan blog mana yang sesuai untuk iklan dari para penaja. Jadi, kita diam-diam sudahlah. Jangan dok canang sana-sini cakap Nuffnang kedekut, Nuffnang penipu, Nuffnang poyo dan sebagainya. Ingat senang ke nak run syarikat Nuffnang yang ada dekat 180 ribu blogger yang dah berdaftar kat Nuffnang? Bukan senang nak jaga anak buah seramai tu. Semuanya ada perangai gila masing-masing. Takkan nak layan satu demi satu kot..

Jadi, kalau korang masih tak puas hati mengapa earning nuffnang korang ciput sangat atau mengapa korang tidak dapat BE, baik korang terus contact mereka dan tanya. Mengapa saya tak dapat Buffered earnings? Aku yakin, diorang akan bagitau apa yang patut dan faktor terakhir yang mampu aku cadangkan. Korang doa ajelah banyak-banyak agar blog korang dapat BE. Aku harap kat blog ni, tapi dapat kat blog satu lagi. Kira dah cukup bersyukur dah nih. Hehe..

Cek ke 12 dari Nuffnang belum sampai lagi. Tengah on da way agaknya. Untuk cek yang ke 13 ni, masih belum cukup. Dalam 2-3 ringgit lagi diperlukan. Aku tunggu hujung bulan nanti barulah aku request withdrawal. Dapat banyak sikit.

Ps:  Aku jumpa lagi 4-5 contest yang macam seronok disertai. Yang terbaru contest dari Syarikat Teh BOH Malaysia. Banyak betul duit diorang nak buat contest macam ni ek. Hadiah pun bukan calang-calang..

 

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011