Archive for the 'nuffnang' Category


Lelaki kacak baru jumpa cek nuffnang yang dah lama hilang tanpa jejak dibiliknya. Haha..

Ya. Aku baru jumpa cek tu. Dah lama gak cari. Tapi bila aku cari memang takkan jumpa. Biasanya aku akan jumpa benda yang hilang ni bila aku tak cari. Dengan sendirinya barang yang hilang tu akan memunculkan dirinya. Entahlah, dah banyak kali aku cari kat kawasan tu dulu. Tapi tak jumpa. Mungkin ada hijab dan mungkin belum masanya aku jumpa cek nuffnang ni lagi. Hoho..

Walaupun tak banyak dan belum lagi tahap sampai nak riak sebab dapat cek nuffnang ni, aku tetap bersyukur sebab bukan senang nak buat duit dengan nuffnang yang terkenal dengan cemburunya, popular dengan masalah, tidak disukai oleh ramai blogger dan macam-macam lagi. Bagi aku, aku tak ada masalah dengan nuffnang. Memang aku mata duitan, tapi kalau aku dah usaha, tapi tak dapat. Aku takde masalah.

cekbarunuffnang Cek ke 14 dari Nuffnang


Yang aku pelik, ramai blogger suka buat anggapan sendiri. Mereka fikir, jika mereka boleh dapat puluhan ribu unik visitor setiap hari, mereka PASTI akan dapat klik. Mereka tidak percaya tidak ada earning langsung dari Nuffnang walaupun ramai orang datang ke blog mereka. Kalau blog korang tu blog isu semasa, blog copy paste, blog yang bosan walaupun korang terer main SEO sekalipun, belum lagi menjamin seorang manusia kat muka bumi ni nak klik iklan Nuffnang tu.

Belum tentu. Biar 1 juta orang masuk ke blog orang, peratus untuk diorang klik iklan korang masih 50-50. Jika tak ada, kira nasib koranglah yang memang tak bernasib baik atau masih kurang skill dan pengalaman lagi. Jadi, tak PERLU nak salahkan nuffnang kalau korang tak dapat klik langsung. Tak perlu nak kata Nuffnang ni PENIPU. Tak perlu kata Nuffnang ni cuma pilih BULU kaki blogger yang paling lawa aje. Tak perlu.

Aku kata, bukan sebab aku nak AMPU syarikat Nuffnang ni. Aku punya status pun dah tukar ke Ordinary member. Ntah apa silap aku sampai bertukar status. Tapi aku biar aje. Malas nak cari pasal. Mesti Nuffnang ada sebab wat macam tu. Nanti ada masa, aku nak tanya balik kenapa jadi macam tu. Jadi, nasihat aku kepada blogger yang bajet mereka power sebab ada beratus dan berjuta unik visitor dan impression diblog masing-masing tu, tak payahlah nak buat topik kat facebook dan cerita macam-macam bagai nak rak. Menyalahkan sana-sini, menuduh syarikat itu jahat dan penipu dan sebagainya. Kalau BETUL, korang boleh saman syarikat itu. TAPI mesti ada BUKTI maa. Ada bukti, bukan setakat seratus dua ratus korang boleh dapat. Beribu dan berpuluh ribu boleh dapat kalau menang kes. Tapi korang ada BUKTI kukuh ke? Setakat cakap besar aje, belum cukup modal tu derr..

Ps: Aku malas nak layan topik bangang macam ni. Kekadang, aku rasa macam nak sepak orang aje. Tapi masalahnya, time aku bengang tulah tak ada orang disekeliling aku. Tuhan tu memang maha mengetahui apa yang baik untuk hamba-hambanyaNya.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Sejujurnya aku dah lost count untuk kira berapa BE yang aku dapat untuk tahun ini. Tapi bila aku try buat kira-kira semula, yang paling latest adalah BE yang 31 dan 32 dari Nuffnang. Untuk blog ini dan blog aku yang satu lagi. Yang pelik, blog-blog baru aku, cukup susah nak dapat BE berbanding blog ini dan blog satu lagi. Mungkin sebab dua blog yang selalu dapat BE ni memang dah cukup lama dalam persada blogging tanah air, sebab itulah agaknya dapat.

latestbufferedearning Buffered Earning yang 31 dan 32 dari Nuffnang


Hah, sila tatap puas-puas. Bagi yang tak pernah merasa BE, anggap aje ini korang punya. Bagi hati tu gembira sikit. Aku tak tahu berapa yang aku dapat dalam bulan ini. BE pun cuma dapat 2 bijik aje. Kalau dapat lagi 2-3 biji, mesti seronok kan? 1 BE, earning CPMnya boleh dapat paling teruk pun 1-5 ringgit. Selalu aku dapat dalam area tu la. Tapi kalau kena gaya..leh henjut ke 10-30 ringgit untu satu BE. Itupun bukan selalu. Aku tak terer macam blogger popular yang 1 BE leh henjut sampai 2-3 ratus. Inipun dah cukup bersyukur sebab masih dapat BE setiap bulan. Tak putus-putus lagi. Paling teruk pun, mesti ada sebiji BE saguhati dari Nuffnang. Apapun, terima kasih pada Nuffnang sebab bagi aku BE. Lain kali, bagi banyak sikit. Boleh?

Aku takde niat nak celoteh panjang-panjang sebab aku nak sambung projek baru aku tu. Untuk memantapkan blog-blog lama aku yang ada iklan Innity tetapi tak digunakan dengan sepenuhnya dan upgrade satu blog baru untuk capai ke tahap superblog agar melepasi syarat-syarat Innity. Kalau kena gaya, boleh dapat banyak blog yang bersedia untuk tukar taraf untuk tahun 2012. Ini target aku. Menyediakan blog-blog yang ada potensi untuk jadi superblog untuk tahun akan datang. Salah satu harapan aku, setiap blog Innity aku akan mampu menyumbang paling teruk pun rm100-rm500 untuk satu blog. Kalau ada 5 blog..dah ada gaji seorang pekerja kilang dan juga seorang kerani. Itupun dah cukup bagus kan? Lom lagi blog-blog lain dan belum lagi campur earning dari program lain. Kalau dapat capai semua tu pada tahun 2012..harapan aku untuk bertukar semula ke full time blogger akan tercapai.

Untuk bertukar ke full time, aku mesti ada backup duit yang cukup untuk 3 tahun tanpa aku makan gaji. Kalau dapat, takde hal punya nak tukar profession. Memang sekarang macam dah cukup, tapi aku sayang kerja aku sekarang ni. Dan aku juga sayang kerja sampingan aku ni. Harap aku akan sampai satu tahap yang aku letakkan sendiri agar mencapai kepuasan bekerja dan merealisasikan cita-cita dan impian aku.

Ok. Dah cukup aku merepak. Kalau korang ada impian, ada target, ada cita-cita. Kejarlah. Manusia tanpa impian, tanpa cita-cita, tanpa harapan, tanpa keinginan dan kehendak, bukanlah seorang manusia yang kacak.

Ps: Abaikan 3 perenggan terakhir jika korang rasa aku mengarut dan membuang masa korang. Aku suka merepek watu-waktu pagi macam ini. Entri ini telah aku setkan masanya. Harap maklum.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ok. Aku dah dapat cek yang aku tunggu. Lama dah aku dapat cek nuffnang ni. Cuma aku tak ada masa lagi nak pergi bank dan masukkan dalam mesin deposit tu. Nanti bila aku ada masa, aku gi singgah maybank atau CIMB. Hoho..

Nampak? Tak banyak kan yang aku dapat? Hoho..

cekke13darinuffnang Cek ke 13 dari Nuffnang


Dan aku sempat juga login akaun Nuffnang aku untuk tengok aku dapat ke tidak buffered earning lagi untuk bulan November macam bulan-bulan lepas?

Tadaa!! Dapat juga 3 biji. 2 untuk blog ini dan 1 lagi untuk blog aku yang satu lagi. Bolehlah. Ada gak rezeki sikit. Buffered Earnings kali ini datang dari filem Puss In Boots yang korang nampak selalu menari dalam blog ini. Kejap kat sidebar, kat bawah artikel atau kat header. Satu lagi adalah dari Prince Hotel, Taiwanese Restaurant Promotion. Aku rasa ada gak keluar beberapa iklan ni masa aku dok baca komen korang semalam. Kalau rajin, korang buatlah apa yang patut. Kalau korang terlebih rajin, gi update blog korang tu. Dah bersawang rasanya. Haha..

bufferedearningnuffnanglatest Cek ke 13 dari Nuffnang


Dari gambar ni, korang ada nampak buffered earnings Nuffnang yang sedang berjalan dan buffered earnings yang dah jadi metered earnings? So, nampak kan perbezaannya? Metered earnings tu akan tunjukkan jumlah yang korang dapat masa buffered earnings tu berjalan dulu. So, kiranya inilah bahagian yang kita akan dibayar berdasarkan impression. Campur dengan bahagian CPC, korang akan dapat jumlahnya bila korang semak dibahagian earning Nuffnang korang tu.

Ok. Sekian sahaja laporan tentang Nuffnang kali ini. Ingat, jangan mendua atau melapankan Nuffnang dalam 1 blog yang sama. Nak try program lain, cuba diblog yang berbeza. Kata nak hidup bermadu, jadi pepandailah sediakan rumah untuk Nuffnang dan madu-madu korang yang lain. Ada faham?

Ps: Aku malas nak cashout walaupun dah cukup. Aku nak tekan butang cashout 30 Disember 2011 nanti. Nak tengok berapa aku dapat dalam 2 bulan nih..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ok. Aku sudah balik. icon smile Buffered Earning yang ke 22 dari Nuffnang

Aku juga nak minta maaf sebab banyak perkara. Pertama, masih ada beberapa orang yang aku tak bayar lagi sempena pertandingan Earncent Review 2011. Malam ini aku akan sudahkan juga banner dan urusan yang sepatutnya. Memandangkan celcom broadband aku linenya dah ok semula semalam, aku rasa aku boleh buat review blog untuk mereka yang terpilih. Hadiah ebook akan aku hantar malam ini sebolehnya. Ini pun tengah buat apa yang patut walaupun aku masih ‘carleg’ lagi. Sudahlah esok kena pergi lipis sebab pakcik aku ada kenduri doa selamat sempena beliau akan menunaikan haji tak lama lagi. Lusanya pula, akan singgah sebentar ke Jerantut sebelum aku kembali ke tempat kursus aku tu. Jadi, aku cuma ada tak kurang 8-10 jam untuk uruskan hal ini semua. Doakan agar aku dapat setelkan apa yang patut.

Ok. Ringkas aje tentang Buffered Earning terbaru yang aku dapat dari Nuffnang ini. Dalam bulan Julai, ada 2 biji BE aku dapat. Dalam bulan Ogos, tak ada langsung dan pada bulan September ini, aku dapat 1 BE yang ditunggu sekian lama. Sudahlah blog Earncent ini sudah cukup lama tak dapat BE, kali ini dapat pula sebijik. Terima kasih kepada Coklat Cadbury dan Nuffnang sebab bagi BE pada blog yang kacak ini.

bufferedearningdarinuffnang Buffered Earning yang ke 22 dari Nuffnang


Tadaa. icon smile Buffered Earning yang ke 22 dari Nuffnang

Baru dapat. Biasalah, earning pun macam siput aje. Kena usaha lagi supaya lebih ramai orang klik iklan Nuffnang kat blog-blog aku yang berdaftar dengan Nuffnang ni. Macam mana? Hentam aje. Haha..janji tak menyusahkan orang lain dan diri aku sendiri. Kalau dapat, dapat. BE ni semacam satu bonus jika aku dapat. Tak dapat pun tak apa. Aku tak marah. Cuma aku pelik aje. Bila aku pelik, aku akan gatal tangan dan tanya pada pihak Nuffnang. Bila dah tahu sebabnya, barulah aku tersengih macam kerang busuk. Ohh..

Okehla. Lepas ini, mungkin akan ada artikel yang keluar macam hari biasa. Artikel tu semua mungkin yang telah aku karang malam ini tetapi akan keluar pada hari-hari yang aku tetapkan memandangkan aku bukannya percaya sangat dengan kebolehan Celcom broadband aku untuk kekal kacak sepanjang masa ketika aku ditempat kursus. Masa kacak, ok. Masa tak kacak. Memang rasa macam nak tumbuk pokok kayu Jati pun ada. Huh.

#Ada kontest baru dari MILO. Milo Cans? Apa kejadahnya tu??

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011