Archive for the 'news' Category


Baru sahaja pulang dari Gua Kota Gelanggi. Memang aku tak sangka ianya akan jadi seseronok ini. Yang dapat aku beritahu, ada 2 aktiviti yang menarik. Yang pertama, menjelajah ke Gua-Gua yang ada di sekitarnya. Gua Kota Gelanggi mempunyai ratusan gua dan salah seorang Guide yang berborak dengan aku mengatakan dia berjaya masuk 197 buah gua selama dia bekerja dan dia kata ada banyak lagi gua yang masih belum dijelajah dan sesetengahnya sukar untuk dimasuki oleh pelbagai faktor. Nanti kalau sempat, aku akan kongsikan gambar-gambar yang aku ambil disalah satu gua yang di Gua Kota Gelanggi. Yang aku masih ingat, ada Gua Balai dan Gua Angin. Memang pengalaman yang menarik dan aku takkan lupa yang aku masuk ke salah satu tempat yang mencabar dan lasak di Pahang dan Malaysia. Kalau korang datang Jerantut, mungkin korang boleh jadikan aktiviti menjelajah ke Gua Kota Gelanggi sebagai salah satu aktiviti wajib korang terutamanya pada cuti sekolah atau cuti akhir tahun nanti ataupun cuti honeymoon korang. Mana tahu ia akan meninggalkan pengalaman yang manis dalam hati korang.

Aktiviti kedua, aktiviti abseiling. Aku sebenarnya dah cukup gembira sebab akan buat salah satu aktiviti lasak yang memang jadi darah daging aku. Teringat ketika masih di sekolah menengah dulu, masa kat kolej matrikulasi, masa kat UMS. Memang banyak aktiviti lasak dan aktiviti masuk hutan yang aku pernah buat. Aku tahu aku suka benda ni semua walaupun aku tidaklah sesihat dan sesempurna mana seperti orang lain. Sekurangnya, aku lebih berani dari sesetengah orang yang tak berani mencuba tapi mengejek orang lain yang mencubanya tapi gagal. Aku bangga jika aku mencuba sesuatu dan aku gagal. Ini kerana aku akan faham mengapa aku gagal dan takkan mengulangi kesilapan yang sama.

Bagi aktiviti ini, aku tetap kena tunggu ramai orang sebelum turn aku sampai. Jam dah nak dekat pukul 5, barulah aku punya turn sampai. Hasilnya, yahhh..aku berjaya sampai ke tanah tak sampai 30 saat. Haha..lagipun takdelah tinggi sangat tempat yang aku nak turun ni. So far, agak rendah. Tapi ada para peserta yang lain menangis, gayat dan tersangkut dicelah-celah batu tu.. Nak gelak pun ada, nak menangis pun ada. Nak buat camana..sabar ajela..

Gambar? Nanti kalau ada aku kongsikan disini. Aku tak sempat lagi nak cucuk ke laptop aku ni. Rasa malas sangat dan aku terasa badan ni sakit ke serata badan. Sudahlah aku cuma tidur selama satu jam lebih aje semalam dan tadi selepas pulang ke Damak, aku terus tetidur sampailah ke jam 11.30 malam. Nampak sangat badan aku dah tak tahan dengan benda-benda lasak macam ini. Tapi aku masih nak juga melasakkan diri sendiri. Hehe..

Ps: Leher aku masih sakit sebab asyik dongak menunggu turn Abseiling tadi. Ini merupakan salah satu siri percutian aku untuk menawan tempat-tempat menarik yang ada di Pahang.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Petang tadi, selepas pulang dari tempat kerja. Terus aku menuju ke rumah dan membuka tv. Ada benda yang menarik-narik aku untuk melihatnya. Tak silap tekaan aku. Dalam masa 5 minit, Lee Chong Wei akan bermain dalam final badminton Sukan Komenwel yang ke 16 di New Delhi, India. Lawannya..aku tak berapa ingat. Tapi macam orang India tetapi mewakili England. Pendek cerita, Lee Chong Wei menang dengan bergaya walaupun pada permulaan permainan beliau ketinggalan 1-6 kepada pemain England tersebut. Sekali lagi, tahniah kepada Lee Chong Wei sebab menjadi Johan dan pemenang pingat emas dalam edisi Sukan Komenwel kali ini. Mungkin ini antara kenangan termanis bagi beliau pada tahun 2010 ini.

Selepas itu, pemain bergu kita Koo kee kiat dan Tan Boon Heong pula berlawan dengan pemain England. Pendek cerita, bergu kita menang lagi dan lagu Negaraku berkemundangan sekali lagi untuk emas yang ke 12. Aku yakin yang bergu ini akan berjaya menjadi johan dan mengikut jejak langkah Lee Chong Wei. Dan untuk pengetahuan korang, buat masa ini Lee Chong Wei dan Koo Kee Kiat/Tan Boon Heong merupakan ranking pertama dalam dunia samada dalam single atau double.

Kemudian, aku tunggu pula untuk lihat Wong Mew Chu pula yang akan berlawan dengan Santia, pemain India yang merupakan satu-satunya yang berjaya merangkul pingat emas dalam acara badminton. Seperti yang aku duga, Mew Chu tewas dengan kehebatan Santia. Aku dapat agak kerana aku sempat lihat permainan Santia ketika separuh akhir dulu. Beliau sangat tangkas dan pantas. Malah, pukulan smashnya juga agak laju, suka mengejar bola satu gelanggang dan bijak mengawal keadaan yang dalam satu ketikanya berjaya membuatkan Wong Mew Chu hilang arah, terutamanya pada set yang ketiga. Tak ada apa yang aku dapat kata, tapi aku ucapkan tahniah kepada Wong Mew Chu kerana menghadiahkan kepada negara pingat perak. Jika beliau bermain lebih agresif dan tidak menghadapi masalah kecederaan, aku yakin dia akan jadi pemain no.1 dunia dalam acara single dan beliau pernah duduk dalam ranking tersebut buat satu ketika. Cuma tidak lama seperti Lee Chong Wei..

Dan aku teringat permainan badminton yang aku main malam tadi di Dewan Kampung Baru. Aku dapat pasangan baru untuk liga baru ini. Seperti biasa, kami akan diundi untuk menentukan pasangan masing-masing. Dan aku gembira kerana pasangan aku ini agak hebat dan kami baru sahaja menang game pertama kami dalam liga ini. Masih ada lima game yang perlu kami harungi untuk jadi juara liga dan biasanya selepas itu kami akan bermain dalam permainan kalah mati untuk mencari johan kedua. Dan biasanya kami semua akan mencari kemenangan demi kemenangan untuk mencari juara berganda. Aku pernah jadi juara liga tapi belum pernah lagi juara berganda.

Aku dah lama main badminton. Sejak kecil lagi. Aku pun tak tahu yang sukan ini begitu popular untuk masa sekarang. Dulu aku main kerana abah aku selalu ajak aku dan adik-adik aku main badminton didepan rumah pada waktu petang. Kemudian, terpilih pula untuk wakil sekolah masa darjah 6 cuma team sekolah kami kecundang dalam pusingan awal. Sempat juga aku jadi team sekolah masa tingkatan 5 ketika bersekolah di Subang Jaya, dan alhamdulillah, kami berjaya jadi Johan Berpasukan peringkat daerah dan zon. Selepas itu, aku masih bermain badminton ketika di Matrikulasi. Cuma atas karenah politik dan birokrasi, aku dan beberapa kawan aku yang agak terer tak terpilih mewakili Matrikulasi. Bengang pun ada tapi nak wat camana, rezeki tak ada. Ketika di UMS, pun takde rezeki ketika pemilihan untuk wakil UMS ketika aku ditahun pertama. Semua yang datang, budak cina sahaja. Yang melayu, adalah dalam 3-4 orang termasuk aku. Kesudahannya, menang kami yang melayu ni tak dapat nak counter geng-geng budak cina. Diorang memang lebih hebat dan aku terpaksa mengaku walaupun aku menang lawan seorang pemain cina tu. Cuma aku tak ada rezeki. Itulah adat bersukan. Kalau tak dapat, jangan wat muka seposen. Muka kena tenang aje..dan akhirnya ketika bekerja selepas hampir 2-3 tahun bersara sekejap dari dunia badminton, aku bermain semula dan terlibat dengan liga-liga kecil di Jerantut dan Damak. Kira ok gak la. Bukan selalu. Ternyata, jodoh aku dengan sukan Badminton ni agak rapat sehingga ke hari ini..

Mungkin korang rasa aku macam merepek tentang badminton. Tapi inilah hakikatnya. Hidup aku dengan sukan badminton memang agak susah nak dipisahkan. Andai kata maut menerpa, mungkin saat itu aku terpaksa menggantung raket tu..

Ps: Korang masih main badminton?

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Sejak 30 Ogos yang lepas, kita dah dikejutkan tentang kehilangan Sosilawati bersama dengan 3 orang rakannya yang dikatakan pergi ke Banting untuk membeli kerepek. Tempat beli kerepek itu dikatakan adalah Kerepek House. Kalau yang ni, memang sedap. Aku selalu beli. Tak hairanlah Jutawan Kosmetik macam Sosilawati pun sanggup beli kerepek kat Banting. Ternyata, kesedapan kerepek-kerepek di Banting menjadi igauan ramai rakyat Malaysia. Dan disebabkan kes berprofil besar ini menyebabkan nama Banting, Morib dan Kerepek House menjadi popular dalam sekelip mata.

Dan aku rasa korang sudah dengar macam-macam ulasan dan tekaan dari pihak media dan juga orang awam. Belum lagi hujah-hujah dari Blogger dan mereka-mereka yang boleh berfikir dengan pelik. Aku akui kes ini tidak sangat menarik perhatian aku. Aku lebih tertumpu untuk persiapan hari raya. Tapi aku sempat jugalah baca semua kisah-kisah yang berkaitang dengan kehilangan Sosilawati ni. Dia antara salah sebuah jutawan yang memang bermula dari bawah. Ini yang aku mahu korang semua tahu. Dia bermula dari bawah. Tak semudah itu dia boleh capai ke taraf Jutawan. Dia juga dikatakan tidak lupa orang. Setiap tahun balik rumah mak dia. Aku tak tahu nak kata apa bila Mak Sosilawati Lawiya ni tahu tetang anaknya yang baru sahaja ditemui pagi tadi. Apakah perasaan beliau bila Sosilawati dikatakan telah dibunuh dan ada ura-ura mengatakan enam atau tujuh orang terlibat dengan kes bunuh tersebut. Aku malas nak tulis benda yang ngarut-ngarut. Korang boleh search di Twitter untuk tahu pelbagai jenis berita yang berkaitan dengan Sosilawati. Ada macam-macam versi. Semuanya berlumba-lumba nak berkongsi kisah tentang Sosilawati. Kalau dulu, popular Sosilawati ni takdelah popular mana, tapi hari ini, hampir satu Malaysia KENAL sudah siapa Sosilawati ni..



Dibunuh dan dibakar. 4 orang kesemuanya. Kejadian di Morib, Banting. Itulah isi-isi penting dalam video diatas yang aku ambil dari Youtube. Laju betul mamat yang upload benda ni. Aku rasa ni berita pagi tadi. Emm, satu persoalan, siapakah orang pertama yang menjumpai empat mayat yang terbakar itu di ladang kelapa sawit nih?? Musykil aku..

1. Sosilawati ditemui
2. Datuk Sosilawati Lawiya telah dibunuh
3. Sosilawati dibunuh, 7 ditahan
4. Sosilawati mati dibunuh di Morib

Okla. Cukupla tu. Kita serahkan kepada mereka yang lebih arif. Pihak forensik dan balai polis dari Banting akan lebih sibuk hari ini untuk memastikan kes ini selesai dengan lebih cepat. Dan jalan raya menuju ke Morib pasti sesak dari pagi ini hingga ke petang ini. Harap-harap tidak sampai menyusahkan penduduk tempatan.

Hari ini hari ahad. Sudah masuk raya yang ke 3. Mood berhari raya masih panas. Rumah siapa yang akan aku terjah selepas ini? Kalau korang sudi, leh datang berhari raya ke rumah aku. Duit raya pun dapat selagi korang berumur 80 tahun. Itupun kalau korang tak rasa malu. Kalau aku? Aku ambil aje kalau orang bagi. Susah aku nak menolak sebab aku rasa susah hati bila orang tu dah hulur tapi kita boleh menolak. Aku takut kecik hati orang yang memberi tu sebab dulu aku pernah buat camtu, sampai diungkit-ungkitnya kes aku tolak duit raya dia. Itu yang aku malas. Sejak kes tu, kalau aku berhari raya kat rumah pakcik tu, memang aku ambil je duit raya yang dia bagi. Malas nak bukak kes baru sebenarnya. Hehe..

Ps: Jumlah duit raya terkumpul setakat ini, RM56.00 sahaja. Waahhh, banyak tuh..

Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content

Aug 23

Salah Siapa?

16 comments - Post a comment


Kalau tak buat kerja, kita tak dapat apa-apa. Betul atau tidak?

Benda yang aku nak cerita ni simple. Tapi disebabkan oleh orang kita ni terlalu bijak dan pandai, benda ni selalu disalahertikan dalam pelbagai jenis maksud dan pandangan yang berbeza. Dalam beberapa jenis situasi dan melibatkan beberapa syarat yang tertentu seperti kalau kita tak buat kerja, kita tak promosi, kita tak baca, kita tak tau kerja itu halal atau tidak, kita tak pasti apa yang kita buat dan sebagainya akan menyebabkan kita tak dapat apa-apa terutamanya dalam bidang perniagaan dan buat duit di internet.

Ada banyak program dan cara untuk buat duit melalui internet. Samada melalui blog, menyertai sesebuah program, sertai skim itu ini, menyertai pelaburan tertentu dan sebagainya. Semua benda ni kita akan lihat satu perkara yang penting. Kalau kita tak buat kerja, kita takkan dapat satu sen pun. Korang setuju atau tak dengan pendapat aku? Tak kerja. Tak ada hasil.

Itu belum cerita pasal produk lagi. Belum masuk bahagian produk tu halal atau haram. Belum cerita lagi produk tu sebagai produk sampah atau produk “kambing hitam”. Belum lagi cerita tentang plan perniagaan atau strategi yang dikatakan menghampiri money game atau plan perniagaan MLM yang agak mengelirukan. Dan apa yang aku kata ni mungkin ramai yang kurang setuju. Korang punya akal dan fikiran. Boleh berfikir dan korang sendiri tahu ramai pengusaha sesebuah program yang memang sedang mencari ramai orang untuk diperdayakan.

Jadi, adakah sesebuah program itu disalahkan jika korang tak dapat duit dari program tersebut sedangkan korang tak usaha dengan smart. Sudahlah tidak berusaha dengan bijak, tidak berusaha siang dan malam. Kemudian, disalahkan pula pada produk syarikat atau plan program tertentu yang dikatakan menyukarkan ahli untuk mendapat duit dengan mudah. Memanglah. Mana ada dapat duit dengan mudah. Tak ada. Plan yang direka pun tidak akan mengayakan kita dan SEMUA program atau syarikat kat dunia nih memang akan UNTUNG BESAR dan jadi kaya raya kita produk dan program mereka menjadi sambutan. Syarikat atau program memang akan jadi KAYA biasanya. Diorang akan untung besar. Takkan ada sesiapa yang lebih kaya dari syarikat atau program. Ini kita kena tahu. Aku dah menyampah bila orang menyumpah-seranah yang mengatakan admin ini tipu, admin ini kaki bohong, syarikat ini penipu besar, syarikat ini salah, syarikat ini mengelirukan dan syarikat ini skim cepat kaya.

Sebelum korang menyalahkan sesebuah program atau syarikat, pernah tak korang siasat latar belakang dan plan perniagaan atau cara untuk buat duit dari program dan syarikat tersebut? Pernah? Kalau pernah? Pernah tak korang tahu hampir 75% operasi yang dikendalikan oleh mereka? Pernah tak jumpa bukti yang program ini membuahkan hasil? Ada testimonial dari yang dah berjaya? Jika ada review, adakah review itu boleh dipercayai dari beberapa segi yang mampu membuatkan kita yakin dengan produk dan pelan marketing syarikat atau program tersebut? Pernah lakukan? Dan seandainya korang dah yakin, dan korang sertai program tersebut. Dan selepas beberapa bulan korang GAGAL buat duit dari syarikat atau program tersebut, adakah syarikat itu bersalah kerana korang gagal buat duit? Adakah salah produk itu kerana produk itu gagal menghasilkan jualan? Adakah salah syarikat tersebut kerana mencipta pelan yang meragukan? Salah siapa?

Dan jika korang menuduh tanpa bukti, jangan tak percaya jika korang boleh kena saman tak tentu pasal atas tindakan korang tersebut. TAPI  jika korang ada bukti kukuh, ada ramai yang rasa tertipu dan yakin korang boleh saman syarikat atau program tersebut, MENGAPA korang tak ambil tindakan untuk bawa bukti tersebut dan ketengahkan ke mahkamah atau badan yang mampu menegakkan kebenaran bagi pihak korang? Mengapa korang tak berbuat demikian? Jika tak ada bukti, jangan cakap banyak. Sudahlah gagal dalam promosi, dikatakan pula sudah promosi berbulan-bulan. Walhal, dok main facebook hari-hari, chatting kat YM. Apa kes? Sudahlah gagal menjual produk, dikatakan pula produk tu takde kualiti, produk lapuk, produk RR, MRR ni takde value langsung. Produk digital ni dah tak sesuai untuk masa sekarang. Sape cakap?? Sudahlah gagal untuk mencari seorang downline, tapi dikatakan semua ini salah syarikat atau program 100%.Dan banyak lagi..

Ok. Persoalannya. Adakah itu patut? Adakah itu adil? Kita lihat masyarkat kita pada hari ini suka masuk program itu, suka join MLM ini, suka masuk program ini, cuba-cuba menulis blog, cuba jadi blogger, suka jual e-book, jadi peniaga e-bay, suka cuba syarikat ini. Katanya sekadar mencuba nasib. Ok. Itu kita boleh terima lagi. Tapi bila masuk part menyalahkan company, menghina, mencarut, berdusta dan menipu atas fakta yang diutarakan, aku sangat membenci perbuatan tersebut. Pertama, tanpa bukti kukuh. Kedua, pendapat tanpa sokongan yang sangat berasas. Ketiga, cetek dalam dunia buat duit di internet dan dunia perniagaan. Rata-rata berfikir, mereka sahaja yang benar. Mereka yang mmebuat fatwa tersebut. Ini haram, itu halal. Ko salah, aku betul. Diorang pembohong, aku yang benar. Sungguh jarang sekali aku melihat yang mengaku bahawa itu sebenarnya kesilapan mereka sendiri. Tidak membuat rujukan. Tidak berusaha dengan lebih gigih. Tidak menyalahkan orang lain tanpa bukti. Tidak yakin dengan diri sendiri. Dan atas sebab ini juga aku lihat keadaan orang melayu yang semakin layu ditinggal oleh bangsa-bangsa yang lain. JIka kita fikirkan secara waras, orang Melayu antara orang yang paling bijak di dunia ni. Korang setuju atau tak dengan pendapat aku ni?

Cukup. Cuma aku tinggalkan satu soalan pada korang. Pernah tak korang diri korang tu sebenarnya yang bersalah sebelum menyalahkan orang lain? Pernah tak korang rasa diri korang tu yang tak betul sebelum menuduh orang lain?

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011