news | EarnCent.com


Archive for the 'news' Category


Jap lagi aku nak mandi. Barang semua dah siap kemas. Dah masuk dalam black saga aku tuh. Tinggal nak drive. Kena isi mintak sikit dan pam tayar kereta aku sikit. Baru seronok nak merempit. Kalau tak, rasa cam ada benda yang kurang aje. GPS ok. Charger Sony Ericsson pun ok. Charger Nokia pun ok. Rambut dah kasi pendek sikit. Ubat-ubatan dan panadol pun cukup dah. Minyak rambut, Baby Oil, sabun, syampu herba, bekalan kerepek selama 2 minggu, novel-novel keluaran Alaf21 dan PTS,  Laptop Fujitsu dah habis cas, duit syiling untuk tol pun ok, back up spek mata, baju-baju kerja yang dah siap dibasuh dan juga raket badminton untuk berentap di Damak dan Jerantut. Banyak pula benda nak kena bawa. Nak buat macam mana, inilah cabaran dan kehidupan seorang part time blogger, Travel Blogger, TNX player dan juga salah seorang penjawat kerajaan yang berwibawa. Hehe..

Ok. BIla aku dah dalam Damak mode ini, dengan secara rasminya support aku untuk blog ini dan juga blog lain akan agak terbatas. Masalah internet di Damak diluar pengetahuan aku. Jika laju, lajulah. Jika tidak, mungkin tiada update dari aku. Jadi, aku mintak maaf awal-awal jika aku lambat menghantar produk atau link download atau menjawab segala persoalan korang tu. Aku akan jawab. Tapi mungkin lambat. Jadi, jangan marah-marah aa..

Satu perkara atau fenomena yang aku lihat sekarang dalam dunia blogger dan IM ni, sudah ramai otai dari blogger dan IM dilahirkan. Aku yakin mungkin ada antaranya merupakan pembaca blog ini. Malah, aku yakin mereka sudah boleh berbangga dengan usaha yang mereka telah lakukan. Cuma sekarang sudah wujud juga gelaran baru iaitu otai segera yang terhasil apabila produk diorang meletup buat kali pertama, kali kedua atau kali ketiga. Sekaligus, gelaran otai itu melekat pada mereka walaupun mereka suka atau tak. Bagi aku itu adalah perkara yang baik dan aku harap semua ini akan terus berkembang. Part-part yang tak elok tu, malas aku nak tegur. Yelah, kadang-kadang bila ada orang dah perasan dia dah dikenali, dah naik level otai, diorang akan rasa apa yang diorang cakap orang akan dengar, orang akan respect diorang, orang akan ikut apa yang diorang cakap. Aku tak nafikan hal itu. Ada faedahnya bila ada orang suka berkongsi pendapat. Tapi jangan sampai pendapat orang lain dia tak boleh terima. Siap kata blogger atau newbie yang baru nak naik pun dikatanya “bodoh”. Cikgu aku pun tak pernah kata aku atau pelajar lain  “bodoh” even bebal sekalipun masa aku kat sekolah rendah dulu. Perkataan yang tidak patut disebutkan tu agak kurang sesuai. Ada hati dan mulut yang perlu dijaga. Ya, aku tahu mungkin kau lebih hebat, mungkin kau ada segalanya, mungkin semua produk ko meletup dan ramai orang yang menghormati kau, tapi perlukah ko sebut atau taip perkataan “bodoh” tu?

Itulah yang jadi bila korang memberi pendapat. Ya, aku tahu pendapat hak masing-masing. Ianya fakta yang kejam. Tapi perlu disusuli dengan hujah yang sesuai dan pendapat setiap orang perlu kita hormati. Tapi perlukah hingga tahap menghina dan mengutuk seseorang secara peribadi? Kalaulah blogger yang terasa atau newbie yang baru nak panjat tangga dalam dunia IM dan blogger ni, apalah agaknya perasaan diorang. Baru nak belajar, dah kena hentam macam tu. Kurang dah semangat diorang dan kita pula mungkin akan hilang potential blogger atau potential IM. Nanti siap ada orang kata IM ni penipu, blogger nih jahat, blogger ni memperbodohkan orang dan macam-macam istilah yang kurang elok kita akan dengar. Perlukah sampai tahap begitu sekali? Ya, korang akan kata kalau nak survive dalam dunia ni, kita kena kuat, kena lantang mengeluarkan pendapat biarpun pendapat itu pahit, tapi perlukah sampai kita keluarkan perkataan-perkatan tabook dan bahasa yang kurang elok didengar? JIka mahu juga, risiko tanggung sendiri.

Ok. Sudahlah. Kekadang kita kena tahu, tak selamanya kita diatas. Aku tahu korang mungkin hebat, korang mungkin popular, korang berjaya menjadi IM yang berjaya. Tapi perlukah korang tambah satu title dalam diri korang iaitu seorang yang suka menghina blogger lain dengan perkataan-perkataan yang kurang enak didengar? Fikirkan sendiri. Jika mahu bermain dalam dunia blogging dan im, fikirkan perkara ini. Kita lihat, berapa ramai IM dan blogger yang telah berjaya survive dari tahun 2003 hingga 2010? Siapa? Tak perlu aku beritahu, korang sendiri pun boleh tahu kan?

Dah. Aku nak mandi. Babai..

Ps: Hidup ini memang kejam. Aku terpaksa terima hakikat tu. :(

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Yap. Aku perlu beritahu korang tentang perubahan terkini tentang program Berrybunch.biz. Aku akui bahawa perubahan demi perubahan akan membuatkan sesebuah program itu menjadi lebih baik dan matang. Ternyata Berrybunch telah membuat banyak perubahan dalam tempoh 2 bulan ini sejak aku sertainya pada 1 November dulu. Sejak itu aku telah menerima 7 bayaran daripada Berrybunch dan aku yakin perubahan baru ini dilaksanakan untuk sesuatu yang lebih baik.

berrybunchbaru


Aku rasa semua ahli Berrybunch yang lama telah menerima email dari Berrybunch tentang perubahan terbaru ini. Agak sukar juga untuk aku memahami peraturan terbaru diorang. Kiranya, ianya mengambil masa juga untuk memahami hala tuju dan cara untuk buat duit dari program ini. Dan kita juga bukan lagi dikenali sebagai ahli BIZO, tapi kepada BIZO Manager ataupun Pengurus BIZO. Nampak gah sikit kan bunyinya. Dan apakah fungsi Pengurus BIZO kali ini?

Seperti biasa, tugas kita adalah mempromosikan website BIZO ini. Bagaimana cara untuk buat duit dengan Berrybunch? Adakah masih sama seperti yang lama?

a) Setiap laman BIZO mempunyai 50 slot pengiklan IAB UAP Rectangle yang bernilai RM10 sehari. Jumlah pendapatan maksima yang boleh dijana sepanjang tempoh setahun adalah RM10 x 50unit x 365hari = RM182,500. Kadar perkongsian pendapatan anda adalah 70%.

b) Setiap laman BIZO mempunyai 500 slot pengiklan Twittnouncement yang bernilai RM1 sehari. Jumlah
pendapatan maksima yang boleh dijana sepanjang tempoh setahun adalah RM1 x 500unit x 365hari = RM182,500. Kadar perkongsian pendapatan anda adalah 70%.

berrybunchbanner


c) Setiap laman BIZO mempunyai 1 slot Rich Media. Setiap implementasi kempen Rich Media baru (jika ada) di laman BIZO anda, anda akan terima RM100 fixed rate.

Dan 4 perkara penting yang perlu Pengurus BIZO titikberatkan:

1. Pembayaran langganan pengiklan (kecuali Rich Media)… Setiap pengiklan akan membayar terus
kepada anda langganan pengiklanannya. Sebagai contoh Syarikat A membeli dari laman anda slot banner IAB
UAP selama 10hari. Jadi pembayaran RM10 x 10hari=RM100 akan dibayar terus olehnya ke akaun bank anda.
Walaubagaimanapun, pengiklan akan menghantar bukti pembayaran terus kepada Berrybunch dan bukannya
kepada anda. Ini untuk membolehkan kami terus mengaktifkan pengiklanannya di laman anda.

2. Pembayaran baki 30% kepada Berrybunch …
Untuk BIZO Malaysia, Berrybunch akan mengeluarkan invois pada setiap hari Selasa untuk 30% nilai
pengiklanan yang telah terlanggan sejak dari hari Selasa sebelumnya. Anda wajib menjelaskan jumlah invois ini
pada setiap hari Rabu. Jika invois tidak dibayar pada hari Rabu, pengiklanan akan dinyahaktifkan, akaun BIZO
anda akan ditutup serta laporan CBT kepada pihak berkuasa mungkin dilakukan.

3. Penjanaan pendapatan melalui klik masuk diperbaiki dan diganti dengan sistem Star Point berdasarkan
Site Rating. Sila rujuk dibawah untuk mengetahui bagaimana Site Rating dikira:

- Star Point dikira berdasarkan Unique Visitors & Site Rating.
- Pautan Sahih tidak lagi diambil kira.
- Site Rating laman BIZO anda ditentukan secara mutlak oleh Berrybunch dengan melihat kepada kualiti Unique Visitors yang dijana dari laman BIZO anda.
- Lebih rendah Site Rating maka lebih bagus lah laman BIZO anda. Site Rating ini juga digunakan oleh pengiklan untuk menentukan kualiti hits yang masuk ke laman anda.
- Site rating bermula dari 25 (paling teruk atau akaun baru) hingga 1 (paling baik).
- Site Rating anda kini telah ditetapkan pada 15.
- Pengkiraan Star Point Awarded dilakukan secara automatik di laman BIZO anda.
- Setiap 100 Star Point Awarded anda akan menjana RM1
- Apabila anda telah menjana RM100, Berrybunch akan membayar jumlah ini ke bank anda. - Untuk Agen sedia ada, Unique visitors anda tidak direset dan masih yang dahulu walaupun anda telah dibayar untuk hits-hits tersebut. Ambil perhatian bahawa hits yang telah ditakrifkan sebagai tidak sahih dahulu kini sahih dan digunapakai untuk pengiraan Star Points anda.

4. Dan kepada semua ahli BIZO yang lama, sila isi borang sekali lagi untuk update beberapa perkara seperti akaun Twitter, link ke Blog anda, akaun Facebook dan data-data yang lain. Korang juga boleh dapat duit dengan melalui Tweets jika ada syarikat atau sesiapa yang berminat untuk Tweet ke akaun Twitter korang dengan RM10 untuk 1 tweet. Dah macam Churpchurp dengan Sponsored Tweets la pulak kan? Hoho..

Secara jujurnya, aku agak terkejut dengan sistem baru yang diperkenalkan ini. Tapi aku harap ianya akan menjadi sesuatu yang lebih baik. Aku punya site rating pun dah naik ke 12 bizos. Kalau ahli baru, korang akan bermula ke 25 bizos. Kiranya macam pangkatlah. Kalau 100 Star point bersamaan dengan RM1, ini bermaksud aku kena dapat 10000 Star point untuk dapat RM100. Em, nampak macam susah. Tapi aku akan cuba sedaya upaya untuk dapat first payment dari sistem Berrybunch yang baru ini. Doakan aku ek. Rajin-rajinlah korang melawat site Berrybunch ni nanti. Hehe..

Korang leh tahu lebih lanjut kat site Berrybunch:  Berrybunch.biz

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Kali ini aku akan dedahkan satu lagi cara untuk buat duit. Mungkin ada sesetengah daripada korang semua yang pernah dengar tentang program ini dan tak kurang juga ada yang telah berjaya dengan program ini. Aku tak nafikan bahawa ada pelbagai program dan syarikat yang menawarkan banyak cara untuk buat duit di internet dan salah satu daripadanya adalah HyproBulkSMS. Aku rasa korang pernah baca artikel aku tentang RahsiaBulkSMs, bukan? Yap. Kedua-duanya saling berkaitan dan syarikat yang membuka peluang ini adalah HyproBulkSMS dan korang berpeluang untuk menjana pendapatan melalui syarikat ini.

hyprobulksms


Jika korang masih ingat admin bagi RahsiabulkSMS iaitu Firdaus, beliau telah menghubungi aku dan memberitahu bahawa beliau telah berjaya mendapat lebih dari RM11 ribu daripada HyprobulkSMS ini. Pada mulanya aku tidak percaya.  Macam temberang aje budak ni. Tapi setelah aku lihat 2 cek yang beliau kirimkan melalui email dan juga 2 bukti screenshot transaksi bagi 2 cek tersebut, aku terkedu. Dalam masa tak sampai 2 bulan, beliau dah berjaya dapat lebih RM11 ribu. Bukan senang tu! Dan aku telitikan website HyProBulkSMS, dan tidak hairanlah beliau mampu menjana jumlah itu. Produk yang ditawarkan bukan produk main-main dan bila korang lihat website rasmi HyProBulkSMS, korang akan dapat lihat 2 cek dan juga penyata akaun si Firdaus ni. Tertera kat situ lebih RM11 ribu.

Korang boleh lihat 2 cek Firdaus kat sini : Cek 1 | Cek 2
Korang juga boleh lihat 2 transaksi cek tersebut: Transaksi Cek 1 | Transaksi Cek 2

Mungkin kejayaan beliau melalui website RahsiaBulkSMS dan promosi yang dijalankan berjaya membuka mata ramai orang untuk menyertai HyProBulkSMS dan juga menggunakan sistem Bulk SMS yang ditawarkan oleh syarikat tersebut. Bukan sahaja kita boleh menggunakan sistem bulk SMS, malah kita boleh buat duit dalam masa yang sama.

HyproBulkSMS merupakan satu sistem hebahan SMS Pukal (Bulk) melalui Internet. Sistem ini sangat efektif dan dapat menjimatkan masa serta wang. Sistem HyproBulkSMS ini sesuai digunakan untuk tujuan promosi, pengiklanan dan hebahan kepada kumpulan yang anda sasarkan. Anda boleh menghantar bukan sahaja SMS, malahan MMS, Wap Push, Flash Message kepada semua rangkaian telekomunikasi tempatan & antarabangsa dengan satu kadar yang rata iaitu serendah 9 sen.

Ok. Apa yang korang akan dapat jika menyertai HyproBulkSMS ini?

- korang dapat website replika sebijik macam kat HyProBulkSMS
- korang dapat website yang guna sistem autodownline
- korang dapat website yang guna sistem randomizer
- proses pendaftaran dan pembayaran terus ke admin HyProbulkSMS.net
- korang dapat latihan dan bimbingan untuk berjaya dalam program ini.

Berita baik, korang boleh join promosi yang sedang dijalankan oleh HyProBulkSMS dan ianya terbuka pada pakej EXTREME250 sahaja. Tempohnya dari 1 Oktober hingga 30 November 2009. Rasanya masih sempat lagi nak sertai promosi ni. Siap ada hadiah lagi tu. Dan jangan lupa yang syarikat ini membayar syarikat pertama yang membayar 100% komisen di Malaysia. Dan plan yang ditawarkan adalah serendah RM75 sehingga RM360. Takdelah mahal sangat tetapi ianya sangat berbaloi-baloi untuk perniagaan korang. Bagi aku ianya satu harga yang berpatutan.

Dan jika korang berminat dengan HyproBulkSMS boleh daftar secara percuma kat sini: HyproBulkSMS

Untuk memudahkan korang faham tentang HyprobulkSMS ini, si Firdaus ni telah buat satu laporan ringkas yang memudahkan korang faham tentang Sistem Bulk SMS dan juga tentang HyproBulkSMS ni. Korang boleh dapatkan laporan itu dengan percuma di sini: Laporan RahsiabulkSMS

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content


Agak sedikit sibuk, tetapi aku lega yang beberapa kerja sudah siap dan aku ingin memberitahu korang satu lagi contest atau pertandingan yang menawarkan hadiah lumayan yang bernilai 500usd untuk kita menangi. Ya, kita! Aku pun nak menang juga. Tapi aku kongsikan berita ini dengan korang agar kita boleh menang sama-sama. Hehe..

Ok. Aku rasa korang mesti kenal Helmi Asyraf, bukan? Aku pernah buat review tentang beliau dulu dan alhamdulillah beliau sedang melanjutkan pelajar ke Rusia sebagai ACCA student.  Secara jujurnya, aku rasa beliau memang berbeza sedikit dengan blogger yang lain sebab beliau ketagih dengan wordpress. Sepanjang aku mengenali beliau, memang wordpress, theme wordpress dan segalanya tentang wordpress yang akan aku nampak. Memang mungkin beliau ada jodoh dengan perkara yang berkaitan dengan Wordpress agaknya sehinggalah beliau muncul kembali dengan contest terbaru beliau iaitu Contest, Comment, Promote and Enjoy!

huzzer


Pelik kan mamat ni? Dan ini rasanya dah 2 kali beliau buat pertandingan yang lebih kurang sama. Tetapi hadiah kali ini agak lumayan. Korang boleh tengok list hadiah yang beliau tawarkan dulu. Dah tengok? Kalau dah, korang berminat tak hendak sertai pertandingan ni? Jika berminat, korang cuma perlu lakukan apa yang patut. Korang komen dan korang promotelah projek terbaru beliau iaitu Huzzer Magazine.

Yup, Huzzer Magazine main focus is provide the knowledge in terms of the latest news on WordPress and WordPress related issues, tutorial on WordPress tweaking and modifications and let others to share their expertise and experience in using WordPress. See, all about wordpress, wordpress and wordpress. Thats why Helmi create Huzzer Magazine.

Antara hadiah yang aku minat ialah tawaran dari WPWebHost iaitu one Freedom Hosting Plan (1 year free) and lots of coupons worth up to $176 each, one copy of premium WordPress theme (individual licence) from StudioPress worth $59.95 and one copy of Hash One (individual licence – without support) from Obox Design worth $50 and lots of coupons worth up to $30 each. Kalau dapat salah satu daripada hadiah ni, itupun dah cukup bagi. Boleh ek Helmi? Banyak gak theme wordpress yang menarik. Mungkin ada theme yang sesuai untuk aku gunakan bagi blog aku ini sebab dah ramai sangat orang suruh aku tukar theme kesayangan aku ini. Jadi, mungkin contest ini sesuai untuk dijadikan pemankin untuk aku menukar theme blog ini. Hoho..

helmiasyraf


Inilah gambar si Helmi. Owner kepada Huzzer Magazine. Apapun, jika ada yang berminat untuk sertai contest ini, bolehlah korang berbuat demikian. Tak rugi sebab ianya percuma sahaja dan cuma perlu komen dan promosikan Huzzer Magazine ini. Kita supportlah orang kita walaupun dia belajar kat Rusia. Bukan senang anak melayu nak sambung belajar kat luar negara ini. Aku pun belajar luar semenanjung malaysia. Tercampak ke Sabah. Tapi aku dan Helmi bersyukur yang kita masih boleh ada masa untuk belajar dan bermain dengan wordpress.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member


















  • Voice your opinion on Australia\'s largest Consumer Review Site

-----------------------------
The Best site and articles : New Adsense Alternative | Melayu Boleh | Berrybunch | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------