Hari ini memang agak gembira. Ada banyak jamuan yang aku kena datang. Tapi dalam banyak-banyak, aku cuma datang undangan makan malam untuk kelab badminton kita orang. Aku gagal untuk jadi johan dan sekadar layak untuk tempat ke 3 dari semua pasukan. Tewas pada separuh akhir dan team yang mengalahkan team aku menjadi Johan kali ini. Huh, sekurang-kurangnya, aku kalah pada team yang jadi johan. Takdelah rasa trauma sangat. Haha..
Cerita tentang badminton ni, aku sedih lagi dengan kekalahan skuad badminton negara dalam Sukan Sea 2010 ini. Mungkin apabila Chong Wei kalah, semua semangat untuk menang menyebabkan skuad badminton negara terus hilang arah dan menyebabkan kita kalah 2-3 kepada Thailand. Aku tidak terkejut apabila Bonsak menang kita berlawan dengan Chong Wei. Dia ada kemampuan untuk mengalahkan Chong Wei. Jadi, kalau dia menang, aku tidak terkejut sangat. Cuma rasa kecewa tu memang terasa sebab kita memang mengharapkan pingat dari skuad Badminton untuk Sukan Sea kali ini.
Berita kekecewaan demi kekecewaan menimpa pula pada Skuad Bola Sepak negara yang kalah 3 kali berturut-turut. Kekalahan pertama ditangan Jepun. Kemudian, kepada China. Yang ni, memang aku cukup panas bila menyaksikan skuad Malaysia cuma bermain seramai 8 orang sahaja. Manalah cukup nak lawan 11 orang pemain China dan 1 orang pengadil yang agak berat sebelah. Dan hampir separuh pemain Malaysia dapat kad kuning. Seingat aku, cuma seorang sahaja pemain China yang dapat kad kuning. Aku rasa, hampir seluruh rakyat Malaysia memang angin satu badan dengan pengadil yang berasal dari Australia tu. Tapi kita tetap tak boleh buat apa. Pengadil adalah segalanya. Kita maki hamun ke, kita complain ke, kita santau ke, kita tetap telah kalah dengan China. Huh, Ben William, inilah nama pengadil yang buat aku sakit kepala dari hari kita kalah sehinggalah saat ini. Kena pula kali ini Sukan Sea diadakan di China, so memang sangat advantage bagi mereka. Dan kekalahan ketiga kepada Iran. Yang ni memang kebal. 3 gol berbalas satu (3-1). Kalau tak kerana keeper Malaysia tu, aku rasa Iran dah pesta gol rasanya. Tapi nak buat macam mana, pemain yang ada pun bukan kesebelasan utama. Ramai pemain Malaysia yang dah cedera dan separuh daripadanya ada kad kuning. So, memang bayang-bayang kekalahan memang sudah kelihatan. Apapun, aku harap skuad Malaysia akan lebih gigih berusaha dan mengembalikan kegemilangan Bola Sepak Malaysia seperti zaman Mokhtar Dahari dulu. Memang sukar, tetapi tidak mustahil.
Kembali ke sukan Badminton, apapun, kita masih ada peluang untuk Perseorang Lelaki dan Bergu Lelaki. Kita ada peluang untuk mengondol pingat. Tak kisahlah pingat warna apa, janji peluang tu sangat cerah. Harap Chong Wei dan bergu utama kita dapat menyinar kembali. Dan mungkin Hafiz Hashim dapat menyelit ke separuh akhir untuk mendapatkan pingat juga. Inilah masa bagi Hafiz untuk membuktikan yang dia masih berbisa.
Esok, aku akan pulang ke Banting untuk meyambut Hari Raya Aidil Adha bersama-sama keluarga. Harap perjalanan aku nanti tak ada apa-apa masalah walaupun aku tahu esok mungkin jalan raya baik highway atau lowway akan sibuk sehingga ke malam. Aku harap tak ada juga kemalangan jiwa yang berlaku pada esok. Cukup-cukuplah eksiden sebelum ni, bagilan kereta Ambulan tu rehat dan staff-staff kat hospital tu tak kerja lebih masa..
Ps:Â Aku tengah belajar semula untuk jumping smash. Asyik-asyik kurang menjadi ajer..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content













