Archive for the 'MLM' Category


Haha..itu gelak ketawa aku dari semalam hingga ke hari ini. Aku tak pasti tapi aku akan sisipkan pada korang kenapa aku tergelak dan tersenyum kerana banyak menda yang membuatkan hati aku gembira dan pelik dengan perangai orang Malaysia nih. Entahlah, kadang-kadang pelik dan hairan. Kadang-kadang kasihan pun ada dan kadang-kadang membuatkan kita terfikir macam mana boleh jadi sampai macam tu sekali.

Gelak Pertama

Sejak aku masuk 2 program MLM iaitu GDI dan Shamelin Bina ni. Aku mendapat kutukan dari ramai orang dan tak kurang juga yang pelik mengapa blogger yang dulunya tegar dengan dunia blogging boleh kecundang ke program-program MLM ni. Ramai yang kata dengan MLM tak boleh cari makan dan MLM tak mampu memberikan apa yang dunia blogging dan Internet Marketing mampu berikan. Ahh, itu pandangan kelas ketiga. Aku pedulik apa. Aku sertai program MLM itu berdasarkan beberapa sebab dan sebab-sebab itu kukuh. Apa kes korang nak masuk campur hal aku kan? Duit yang aku bayar, duit aku. Bukan duit korang. Yang sampai sanggup menghina syarikat atau program MLM kenapa? Ingat korang bagus sangatkah? Siapa bilang Shamelin Bina atau GDI ni syarikat hampeh? Kalau tak tahu sejarah. Jangan dok kutuk tanpa asas dan bukti yang kukuh. Ada yang kene potong siku atau buah serang nanti..

Gelak Kedua

Apabila melihatkan ramai orang berceritakan tentang kes Asia Ceramic Marketing yang memang gempak sejak awal tahun 2009 ni membuatkan aku tersenyum simpul. Bukan apa, aku memang nampak beberapa puak yang terhasil akibat kes Ceramic nih. Pertamanya, aku nak bagitau. Perkara yang mesti korang sematkan kat hati korang bila sertai program seumpama Ceramic atau Buluhmas atau program MLM seperti GDI atau Adsense sekalipun, pelajari tentang risiko dan sifat sabar. Setiap program ada risiko dan kita kene sabar sebelum mendapat hasilnya. Dan satu lagi ialah jangan mula menyalahkan sesiapa jika program ini down atau gulung tikar ataupun kene siasat dengan BNM. Dah dapat aduan, memang kerja BNM siasat. Nak wat macam mana, Buluhmas pun kene gak.



Kalau GDI atau Vemma berpangkalan kat Malaysia, aku rasa kene ambush juga dengan BNM. Sayangnya dua-dua program tu berpangkalan diluar negara. Jadi, apa kejadahnya BNM nak ambush syarikat tu kan? Banyak lagi BNM nak jaga. Tapi kerana menerima aduan dari orang ramai, orang-orang BNM buat juga kerja dan lakukan siasatan. Bersyukurlah seadanya ye. Dan aku paling BENCI orang yang menyalahkan upline atau sponsor samada dalam affiliate, penulis ebook, MLM dan sebagainya. Kenapa? Korang dah bayar pakai duit sendiri, itupun nak salahkan upline korang? Ada upline tu PAKSA korang join? Diorang cuma promosi. Nak atau tak nak, terpulang pada korang. Jadi, apa kes nak mengamuk dengan upline atau syarikat Ceramic bila diorang kene siasat dengan BNM? Sabar itu bukankah lebih baik?

Gelak Ketiga

Hari ini aku dapat tahu satu lagi program pay per lead yang termahal versi Malaysia. RM1.20 untuk 1 downline. Mak aii, boleh tahan komisennya dan aku tertarik. Jadi aku pun sertai dan promote ebook Amalan Jutawan ini. Mungkin ianya nampak biasa, tapi aku akui banyak yang aku pelajari dari ebook Amalan Jutawan ini. Malah, siap ada fasa-fasa yang tertentu yang perlu kita tahu sebelum menjalankan perniagaan atau sesuatu projek. Takdelah kita buat satu projek tanpa strategi dan plannya, bukan?



Bukan sahaja menawarkan program PPL, tapi ebook tersebut juga menarik. Tak sia-sia aku download tadi.  Korang kene download dulu ebook Amalan Jutawan ini dulu kalau nak join program PPL ni. Jadi, download aje. Percuma pula tu. Download Ebook Amalan Jutawan

Ps: Kenapa aku sedih? Sebab aku lapar. Tapi aku kene kool..

Popularity: 7% [?]


Sphere: Related Content


Ok. Terdapat banyak soalan tentang GDI semalam dan sampai kawan lama aku pun dok tanya benda ni. MLM ke GDI ni, apa ke dan plan marketingnya la, apa la dan macam-macam. Jadi, tunggu artikel aku yang seterusnya dan korang akan faham dengan lebih lanjut. Tapi aku rasa artikel semalam dan cukup memahamkan korang bagaimana GDI bergerak dan perjalanan komisen itu berlaku. Takpe. Nanti aku cite elok-elok dan 2 program buat duit yang sesuai digabungkan dengan GDI. Cuma hari ini aku nak cite benda lain plak..

Hari ini aku cuma nak kongsikan bayaran komisen ke 10 yang aku terima dari program LInkadage. Ya. Aku tahu setiap bulan aku akan menerima bayaran yang tak banyak daripada Linkadage. Takpe. Ciput pun takpe sebab itu rezeki kita. Kalau nilai 1 sen pun kita pandang rendah, toksah citelah kalau nilai 1 juta. Jadi, faham-faham ajelah. Duit sangat bernilai pada waktu sekarang.



Sila klik pada gambar tersebut untuk lihat dalam versi gergasi. Saje aku kecikkan sikit gambar tu. Kalau tak, lambat pulak loading bila nak masuk blog ni. Sudahlah slow gaban blog ni. Space pun dah makin kurang. Netkl plak tanak sponsor space plak. Jadi, korang tahan ajelah kalau slow masuk blog ni ye. Aku malas sikit dalam 2-3 bulan nih. Insya-Allah aku akan lebih rajin selepas temuduga jumaat ni..

Ok. Linkadage ni sama sahaja seperti kisah TNX dan TLA. Jual beli link sahaja. JIka nak buat duit, pastikan 3 benda yang mesti ada pada blog korang. Alexa rank, pagerank dan content. 3 benda ni tip top. Korang leh buat macam-macam dengan blog tersebut. Nak jual blog pun boleh. Dengan syarat ianya mampu menarik hati advertiser dan sponsor. Jadi, belajarlah cara untuk menaikkan ranking alexa dan pagerank. Content pula, biar unik dan menarik untuk dibaca. Jangan copy dan paste sahaja. Kreatif la sikit. Itu sahaja nasihat dari aku tentang tips untuk buat duit dengan Linkadage. Nak lebih, search diruang search diatas dan taipkan Linkadage. Korang akan jumpa artikel yang pernah aku tulis ketika dulu diblog ini. Search aje pun. Bukan kena bayar pun..

Ps: Dah kul 12. Malas nak ganggu dia tidur..

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member













  • RahsiaFacebook.my
PanelPlace - No more missing out on surveys!

-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Melayu Boleh | DenaiHati Contest | Saya Suka Wangcyber | Who is RajaKamil? | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------