Dalam beberapa hari ini, aku rasa badan aku rasa cam tak sedap badan. So, marilah kita diagnosis sama-sama apalah agaknya jadi dengan badan aku nih. So, siapa nak jadi Dr. House, Chase, Cameroon dan Foreman?? Hehe. Aku rasa ramai yang tak tahu apa benda House ni kan? House adalah rumah

House series ini diterajui oleh Dr. Greygory House, Dr. James Wilson, Dr. Lisa Cuddy, Dr. Eric Foreman, Dr. Ellisson Cameroon dan Dr. Robest Chase. Sebenarnya ramai lagi. Tak inilah antara orang-orang gila yang dok tiap2 hari isnin jam 10 malam dan 2 pagi akan menjalankan praktikal perubatan di Hospital Princeton tu. So, kalau korang nak tengok gak. Jangan lupa channel AXN di Astro aa. Channel 701. Jangan lupa tau..
Aku rasa ramai yang budak-budak student universiti dan kolej yang berminat tengok House series nih dan tak dapat aku katakan bahawa aku juga sangat berminat dan ingin mengetahui apakah kisah seterusnya yang akan berlaku dan apa yang akan berlaku dan apakan suspens yang akan dibawa dalam episode seterusnya.
Bagi peminat kisah-kisah Doktor dan pelajar perubatan, aku rasa korang patut tengok cerita ini walaupun kita semua tahu ianya hanya lakonan sahaja. Tapi banyak benda best yang aku tahu dari House series ini. Walaupun Dr. House itu digambarkan dalam series ini sangat gila-gila, terencat akal, idea yang tak masuk akal, tapi ulasan dan tekaan beliau mengena sahaja dan kadang-kadang aku pun bengang dengan mamat House ni. Cakap kekadang wat orang sakit kepala dan ianya membuat aku hilang seketika sakit perut aku yang melanda sejak minggu lepas. Wajarkah aku pergi jumpa Dr. House untuk diagnosis penyakit aku? Bukankah beliau pakar diagnosis di Princeton Plainboro?? Patutkah?
So, hasil diagnosis korang? Apakah ubat dan tindakan yang aku perlu buat untuk menangani masalah sakit perut ini? Ubat apakah yang perlu aku makan dan dadah apakah yang perlu aku ambil? Kekadang masa aku tengok cite House ni, berbelit lidah aku nak follow diorang sebut nama ubat yang dok pelik-pelik tu
So, aku tunggu diagnosis dari korang. Sesapa yang doktor atau pakar perubatan. Bolehlah korang jalankand medicine practice secara tak normal di blog aku. Huhu
Ps: Kalau korang nak tengok House online atau nak tengok gambar atau apa2 yang berkaitan dengan cerita House ni, bolehlah gi dekat website Fox ni. Ada diaorang cerita sikit pasal House.
Sumber gambar dan info : Fox
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related Content












