Ok. Setelah hampir kesemua entri aku diupdate dan aku kemas kinikan blog ini. Hari ini aku cuma nak share satu lagi bayaran bulanan yang aku perolehi iaitu dari Program Matcked.co.uk.
Aku rasa ramai yang dah dapat buat duit dari program ini kan? Pengalaman aku yang lepas. Ada link page atau link post yang aku hantar diapproved dan ada yang dah kene reject. So, mahu atau tak, aku kene submit link baru untuk diluluskan semula. Macam biasa, rejected and approved dalam Matched adalah lumrah biasa bagi aku. Sebagai pemain baru dalam Matched, aku akur jika diorang rejek entri aku. Tak apa. Aku hantar semula.
Setelah digoreng sana sini. Hasilnya, 18 entri aku telah lepas untuk bulan ini. So, jika takde aral. Bulan depan, aku akan dapat bayaran untuk 18 entri ni la. Itupun kalau tak ada masalah. Secara jujur, aku dah pening dengan sistem baru Matched. Sebabnya, aku dah tak dapat agak link mana yang dibayar walaupun setakat ini aku dah 4 bulan terima bayaran tanpa masalah. Jadi, bulan depan adalah salah satu ujikaji aku yang terbaru dan aku harap lagi 7 link baru yang aku submit, akan melepasi ujian ISA diorang..
Ini bukti untuk bayaran bulan Ogos. Tak banyak. Tapi aku sambar hosting dan domain baru dari webhosting baru. Aku rasa agak murah dan berbaloi untuk melabur dalam webhosting tersebut. Nanti aku cite pasal webhosting tu.

Ok. Tips aku untuk korang melepasi ujian keluluasan ISA diorang. Cuba buat artikel berdasarkan 3 niche ini. Dating, Finance dan Online Money Tips. Aku takkan kongsikan link aku pada korang. Tapi kebanyakkan link aku berdasarkan katakunci tersebut. Aku ada lagi ujikaji lain yang aku wat dengan Matched. Kalau menjadi, aku cite dengan korang pasal ujikaji Matched aku ini.
Sesiapa yang belum menyertai program Matched. Sila daftar kat sini : Matched Program
Ini entri awal aku pasal Matched : Edisi Siasat: Buat Duit dengan Matched
Ps: Esok aku nak beli Yong Tau Fu untuk berbuka. Ini gambar Yong Tau Fu yang aku selalu beli kat Pasar minggu setiap hari ahad di Banting. Yong Tau Fu
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related Content












