Archive for the 'matched' Category


[audio:rabbanipergi.mp3]

Another break news!

Aku rasa sekarang ni memang musim banyak program nak tutup program masing-masing. Aku tak tahu selepas ini program apa yang akan ada masalah seperti F4W dan Matched. Seperti yang telah bising-bising hari ini dimerata forum dan blog, program Matched telah bungkus dan mereka tidak akan membayar pada bulan berikutnya. Untuk bayaran bulan lepas, aku telah mendapat bayarannya hari ini. Walaupun aku masih was-was kerana tidak semua bayaran dibayar, malah ada penukaran iklan pada saat-saat akhir. Tetapi hal begini telah membuatkan aku malas untuk claim semula duit yang sepatutnya aku dapat. Aku hormati keputusan diorang.

paymentmatchoctoberjb9.th Finally, Matched has Closed..


Jadi, aku harap korang marah tak lama. Bagi yang baru sahaja hendak bermula mencari duit dengan blog, janganlah putus asa bila program Matched ini sudah tidak membayar. Aku tahu ramai yang kecewa dan sedih. Tetapi hidup dan perjuangan untuk buat duit di internet dan blog kene diteruskan.

Program Matched ini adalah experiement yang dijalankan oleh pihak mereka. Mungkin mereka tidak dapat keputusan yang mereka mahukan dalam tempoh beberapa bulan ini. Aku tidak tahu apakan matlamat yang hendak mereka capai. Tetapi keputusan mereka ini pastinya mengecewakan ramai pemain dalam arena buat duit online atau make money online ini. Aku belum dapat ulasan dimana-mana blog luar negara, jadi aku taki dapat bagi sedikit ulasan yang bagus kali ini. Mungkin juga Matched ada sebab tersendiri untuk tidak meneruskan program ini. Mana tahu? Mereka akan buat satu program baru yang lebih baik dengan sistem yang lebih baik?

Ataupun mereka sebenarnya sudah tidak ada dana untuk membayar publisher mreka? Aku kira tidak ramai pubsliher luar yang mengiklankan produk mereka di Matched. Aku rasa sebahagian dari korang perasan bukan? Hampir keseluruhan iklan yang kita dapat adalah salur-galur dengan company netbasic dan Matched ini. Jadi, ini adalah normal. Ala Blogstarz pun wat macam tu jugak. Google pun macam tu gak. Ini semua normal dan kita tak dapat nak salahkan Program Matched. Mereka sudah sedaya upaya membantu dan menguruskan program ini dengan sebaik mungkin. Tapi mungkin keuntungan tidak seindah seperti yang mereka mahukan..

Ehm, tak ada apa aku nak ulas. Namun, aku tetap nak ucapkan terima kasih kepada Matched.co.uk kerana memberi peluang kepada ku dan rakyat Malaysia untuk buat duit dengan lumayan melalui program ini. Setakat penyertaan aku, upah atau komisen yang aku pernah dapat adalah 22 link berjaya diluluskan dan dijual. Itupun ketika diawal musim. Tapi jika 1-2 bulan lepas, banyak betul link aku tidak dibayar..

Jika korang nak tengok mesej terakhir dari Matched. Sila ke site rasmi di sini. Aku harap ini bukan November Fool atau lawak spastik yang dilakukan oleh Matched. Hoho!

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content


[audio:Yael Naim - New Soul.mp3]

Hari ini aku cuma nak beritahu bahawa Matched telah membayar aku lagi bayaran yang sepatutnya aku dapat bulan lepas, tapi tak dapat-dapat. Dalam bayaran tersebut, diorang bagitau ini adalah additional payment untuk bulan Oktober. Tak banyak, tapi ini sudah cukup gembira kerana percubaan aku mendapatkan balik hak aku berjaya.

additionalpaymentmatchehx5.th Komisen Bayaran Ke 7 dari Matched


Aku telah cuba email mereka lebih dari 10 kali. Tetapi setiap kali aku email, email itu akan datang semula ke inbox aku. Ini bermaksud, email mereka ada masalah dan ianya bukan salah aku. Malah, aku sendiri telah pergi ke forum Matched untuk mendapatkan kepastian dan maklum balas dari admin dan mod mereka. Masih juga gagal untuk mendapatkan response. Akhirnya, aku terjumpa satu email dan aku cuba untuk menghubungi jake. Siapa Jake? Jake adalah admin bagi program Matched.co.uk ini. Akhirnya membuahkan hasil dan Jake telah menghubungi aku melalui email dan memberitahu akan menyemak semua link aku yang telah approved.

Semalam, lagi 2 link blog aku direject. Tak apa. Aku boleh hantar link baru. Janji mereka sudah mengotakan apa yang sepatutnya mereka buat. Aku harap mereka akan berubah dengan lebih baik dan program Matched akan mendapat lebih ramai advertiser. Sedikit sebanyak, perkara ini sangat menggembirakan aku kerana aku yakin selepas ini, tidak ada lagi link aku yang tidak berbayar.

Jadi, jika korang rasa ada yang tak kena dengan akaun korang. Korang boleh la email mereka dan cari mereka diforum Matched. Jangan dok diam aje dan mula salahkan sesiapa. Program ini tidak sempurna seperti yang kita nak. Jadi, support antara publisher, advertiser dan admin mestilah bagus. Jika kita ada masalah, mereka juga ada masalah. Untuk selesaikan masalah ini, ketiga-tiganya kene berusaha. Kalau aku tak berusaha untuk menghubungi mereka, adalah mustahil untuk Jake menghubungi aku bukan?

Itu sahaja untuk hari ini. Jika ada yang belum menyertai program Matched. Bolehlah mencuba sekarang dan rujuk post-post aku yang lepas tentang Matched : Matched.co.uk

Ps: Program Blogstarz dan Matched. Mana korang lagi suka?

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content


[audio:SemuaTentangKita.mp3]

Hari ini aku cuma nak bincang satu permasalah tentang Matched. Aku kira korang sudah tahu ramai blogger dan orang kita yang masih gagal untuk mendapatkan iklan advertiser di Matched. Sesungguhnya agak sukar bukan? Aku sendiri kadang-kadang mati kutu hendak membuat artikel yang mampu melepasi tahap ISA program Matched ini. Tapi aku akui ramai juga yang berjaya melepasi tempoh-tempoh getir ketika artikel kita masih dalam siasatan.

Akhirnya, aku berjaya mendapat 18 link approved. Malah ada member yang telah capai 22 link approved. Aku juga pernah capai tahap tu. Tapi 3 link aku telah ditolak tanpa sebarang penjelasan. Aku tak kesah, biarlah. Benda dah jadi..

Sekarang, aku nak bagi korang satu tips untuk mengelakkan daripada korang tak dibayar oleh Matched walaupun link korang dah approved. Pengalaman aku sejak 3 bulan ini. Banyak link aku yang dah approved tapi masih tidak dibayar. Sebenarnya masalah ini bergantung kepada kedua-dua pihak. Publisher dan Matched. Seeloknya, selepas korang letak code matched ke blog korang, pastikan blog korang mudah dicapai dan tidak ada masalah loading yang lembap. AKu kira korang sendiri perasan blog aku juga sangat lembab bukan? Aku sudah mengurangkan code2 sampah dan banner yang tidak aku perlukan. Jadi aku rasa sudah sedikit laju bukan? Betul tak? Kalau korang rasa masih lebih lambat berbanding dulu, aku tak tahulah nak kata apa.

Berbalik kepada persoalan diatas. Pihak Matched telah memberi amaran bahawa setiap hari spider diorang akan crawl ke blog-blog kita yang ada code matched tersebut. Andai kata spider tu gagal mengesan code korang. Maknanya sudah 1 kali blog korang gagal dikesan. Jika lebih dari 8 kali atau 8 hari code korang gagal dikesan, link itu takkan dibayar. Di sini, aku sudah faham mengapa aku tidak dibayar sepenuhnya. Oleh sebab itu, dalam tempoh 2-3 hari yang lepas, aku sudah buat pengubahsuaian besar-besaran ke semua blog yang ada code matched, code TLA, code TNX dan code yang berkaitan demi mengelakkan crash berlaku atau kegagalan untuk sebarang spider gagal mengesan code2 tersebut.

Ini bayaran kedua yang aku dapat dalam bulan Oktober. Aku sendiri masih tak faham kenapa aku dapat dua kali bayaran dan aku dah berjaya mendapat makluman dari pihak Matched. Diorang akan semak. Bila aku dapat reply nanti, aku share dengan korang.

payment2ndoctobermatchetm2.th Komisen Bayaran ke 6 dari Matched

butansn Komisen Bayaran ke 6 dari Matched Quickpost this image to Myspace, Digg, Facebook, and others!


Ok. Itu sahaja tips dari aku pasal Matched. Untuk meluluskan link korang, korang cuma perlu buat artikel tentang insurance, debt, money, online tips, dating online, software, games dan sebagainya. Tapi pastikan artikel korang tu bagus. Jangan cincai aje. Setakat ini, aku tidak menghadapi banyak masalah lagi. Cuma ada 7 link lagi yang perlu aku usaha untuk diluluskan.

Ps: Itu sahaja untuk kali ini. Jika mahu cari artikel tentang Program Matched. Sila search dibahagian atas dengan menggunakan keyword ” matched”. Korang akan jumpa banyak artikel yang berkaitan Matched dan leh tahu macam-macam pasal Matched.

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content


Maaf. Hari ini agak lambat untuk update blog ini. Ini kerana aku demam dan tidak larat untuk berbuat apa-apa. Terlantar diatas katil yang sangat empuk disamping bantal-bantal lembut membuatkan aku mahu tidur tanpa gangguan sesiapa pun. Secara jujur, aku masih tidak makan dan perut masih lapar.

Secara ringkas, aku paparkan bukti bayaran ke 5 yang aku perolehi daripada Matched.co.uk.

paymentmatchedseptemberuk0.th Komisen Bayaran Ke 5 dari Matched

butansn Komisen Bayaran Ke 5 dari Matched Quickpost this image to Myspace, Digg, Facebook, and others!


Tak banyak dan masih ada benda yang aku kurang puas hati. Selagi aku gagal untuk dapat 25 link yang approved dalam Matched ini dan dibayar penuh. Selagi itu aku akan fikir bagaimana nak bagi link itu diluluskan. Kalau berjaya, aku akan bagitahu pada korang. Bayaran bulan ini cukuplah untuk aku bayar domain dot com dan juga sebuah hosting yang sudah expired beberapa hari yang lepas.

Ok. Itu sahaja untuk kali ini. Aku tak berniat untuk membuat penjelasan yang lebih panjang. Korang leh search lagi 5 artikel dalam blog ini tentang Matched. Dan aku sedang membuat pengubahsuaian secara besar-besaran untuk kebanyakkan blog aku. Aku ingin pilih theme wordpress yang ringkas, background putih dan boleh loading dengan pantas. Ada cadangan Theme untuk blog earncent ini? Sila tulis diruang komen dan aku akan buat sedikit edisi siasat.

Ok. Aku dah ngantuk. Sori kalau ringkas sangat ye. Nak baca yang panjang sikit tentang ulasan bayaran ke 5 aku. Leh baca kat blog ini. Tapi english la : I got paid from Matched again

Ps: Jadi, sila buat blog atau website dan sertai Matched sekarang. icon smile Komisen Bayaran Ke 5 dari Matched

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011