Apa khabar semua? Ya. Aku berada di Banting pada ketika ini. Sempena cuti ni, aku mengambil peluang untuk pulang ke Banting. Esok, aku akan bertolak semula ke Damak atas urusan kerja seperti biasa. Memang seronok gak duduk rumah nih. Buang masa dengan tidur dan membaca manga online.
Hari ini, aku nak share dengan korang satu lagi website untuk baca manga online. Jika dulu aku ada cerita tentang Onemanga, tapi hari ini aku nak cerita satu lagi website yang mempunyai modus operandi yang sama tetap tak kalah dengan Onemanga dari pelbagai segi. Website tersebut adalah Mangareader.net.
Mangareader berfungsi sama macam Onemanga. Menyediakan manga untuk dibaca secara online setiap minggu. Dan aku rasa banyak juga manga yang ada dalam list mereka seperti Detective Conan, Naruto, One Piece, Bakuman, Bleach, Toriko dan banyak lagi. Walaupun tidaklah sebanyak Onemanga, tapi aku yakin mereka ada list yang besar untuk menarik pembaca manga online seperti aku untuk terus membaca. Aku yakin ramai antara korang yang pernah menjadi peminat Onemanga akan tercari-cari website lain sebagai pengganti. Nah, aku berikan satu lagi website yang mungkin boleh menggembirakan hati korang yang sedih akibat apa yang melanda pada Onemanga.

Dari segi loading, ianya agak pantas. Bergantung juga pada kelajuan internet korang. Kalau pakai broadband pun tak ada masalah melainkan tempat korang tu asyik terima EDGE aje. Jadi, kalau lambat tak payahlah buang masa korang untuk baca manga online nih. Masa aku kat Damak, aku punya Celcom Broadband terima line EDGE aje. Cukup laju untuk update blog, install wordpress, buka facebook, buka Gmail dan sebagainya. Tapi untuk download naruto, untuk torrent, untuk download file yang berat-berat ataupun untuk baca manga online dengan kadar yang laju, itu sangat membebankan Celcom Broadband aku. Tapi kalau aku di Jerantut, kat rumah bujang kawan aku tu, line celcom walaupun masih EDGE, kelajuannya sangat berbeza berbanding di Damak. 10-15x ganda laju ketika aku berada di Damak. Nampak sangatlah Damak tu hulu dan ceruk sangat. Mungkin pihak Celcom boleh buat sesuatu untuk mengatasi masalah ni. Ramai orang kampung yang nak main internet dan di Damak ni, ada satu je pusat jalur lebar bersaiz mini tetapi sentiasa penuh dengan budak-budak kampung. Masalahnya, tak ramai yang boleh guna dalam satu masa. Komputer terhad tapi bilangan yang nak guna internet, terlalu ramai. So, siapa cepat, dia dapat lah. Ini juga salah satu sebab aku melanggan Celcom Broadband walaupun aku tahu kelajuannya agak menghuru-harakan taman di dalam hati kecil aku..
Jadi, kalau korang berminat nak baca manga online, boleh terus cuba di Mangareader.net. Ini antara yang terbaik selain Onemanga. Aku yakin ramai yang akan senyum balik bila jumpa satu website yang berfungsi seakan-akan Onemanga. Aku bagi Mangareader 7 bintang jika Onemanga itu 10 bintang. HOho…
Ps: Aku banyak tidur masa cuti ni. Nak qada’ waktu-waktu yang tertinggal..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
















