Archive for the 'Malaysia Dating Online' Category


Ok. Hari ini aku nak update satu lagi bayaran komisen yang aku dapat dari satu lagi program affiliate yang aku sertai. Aku rasa aku cuma promosikan dalam tempoh 10 hari sebelum cabaran itu tamat. DAn akhirnya aku berjaya mendapat jualan hasil dari promosi melalui beberapa artikel dalam blog kerjaya aku tu. Alhamdulillah, usaha aku membuahkan hasil. Walaupun tak banyak, tapi ini sudah cukup kacak bagi aku. Korang semua setuju bukan?

Ya. Tak banyak. Aku tak tipu.

komisenkplijqaf Komisen Pertama dari KPLIj Qaf.com


Tak ada strategi yang berbeza dari apa yang aku pernah cerita sebelum ini. Taktik sama. Tulis artikel dan buat ayat-ayat pemanis agar para pembeli yang terdesak mahukan panduan tentang KPLI-JQAF akan berminat untuk membelinya. Akhirnya, ada juga 2 orang yang terdesak dan aku dapatlah sejumlah itu hasil dari promosi beberapa hari aku. 3-4 hari terakhir, memang tak dapat sales. Aku dapat sales dalam masa 3 hari sahaja. Hari selepas itu, semua tak dapat dan banyak klik dan trafik sahaja yang dapat aku perhatikan. Tak apalah, dah ini sahaja rezeki aku. Itupun dah cukup bersyukur bukan?

Ok. Ringkas sahaja hari ini. Sebab aku ada hal sikit. Kena keluar kejap dan uruskan perkara yang belum selesai. Balik nanti, baru sambung kerja update blog-blog yang memerlukan belaian kasih sayang dari aku. Dah beberapa hari aku tinggalkan diorang. Haha..

Iklan: Melancong Ke Europe with Muhibbah Travel

Ps: Wokehh..aku blah dulu.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ada berita gembira hari ini dan juga berita gembira beberapa hari lepas. Nanti aku cite apahalnya sampai aku gembira semacam aje nih. Haha..

Mula-mulanya, aku gembira sebab aku dah dapat bayaran ke 12 dari program Paid-to-Promote.net ni. Tak sangka dah 6 bulan aku dapat bayaran berturut-turut dari program ini. Kiranya, tak sia-sia aku promosikan program ini walaupun bayaran yang aku dapat tidaklah sebanyak mana. Tapi aku puas hati sebab promosi yang aku jalankan dulu masih berkesan sehingga ke hari ini. Hehe..

komisenpaidtopromote16 Komisen ke 12 dari Paid to Promote.net


Berminat dengan program ni? Daftar sini: Paid-to-Promote.net

Keduanya, akaun Nuffnang aku yang bertahun-tahunnya adalah akaun ordinary, kini dah jadi akaun Glitterati kembali dan baru semalam kalau tak silap aku, aku dah dapat buffer earning pertama dalam tahun 2011 ini setelah berjaya dapat balik akaun Glitterati aku tu. Korang nak tahu berita selanjutnya, leh baca kat sini..

Yang ketiganya, bayaran pertama dari Advertlets aku dah dapat. Aku pun tak sangka camana aku leh dapat setelah menunggu hampir 2 tahun. Nak tahu camana aku dapat, leh gak baca kat sini..

Haa, cukuplah 3 berita gembira. Berita lain aku sharekan lain kali sebab aku dah penat hari ini. Banyak pula kerja nak kena buat dan aku rasa macam aku kena tidur sebentar untuk bagi oksigen cukup dalam saluran darah aku ni. Kalau tak, mahu kena pitam 4 hari 8 malam..

Ps: Kempen Earth Hour nak dekat dah..Aku lupa beli lilin plak tadi..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Yap. Ini merupakan komisen yang ke 45 dan ke 46 dari TNX. Tak sempat aku nak update sebab jarak antara kedua-dua bayaran ini agak dekat. jadi, aku tunjukkan 2 bukti bayaran dari TNX pada korang. Ini update biasa yang aku lakukan jika aku berjaya mendapat bayaran daripada program ini. Aku harap korang semua pun boleh berbuat demikian diblog masing-masing. Semoga ramai yang akan berjaya buat duit dengan program TNX nanti. Huhu..

Ini dia bayarannya. Tak banyak .Tapi bolehlah..

tnxpaymentfebruari 300x152 Komisen ke 46 dari TNX

tnxpaymentreview 299x149 Komisen ke 46 dari TNX


Tak dinafikan bahawa program ini agak sukar namun ada juga yang berpendapat bahawa program ini sangat senang. Bagi yang dah mahir sangat dengan selok-belok jual beli link ni, memang korang akan rasa program ini sangat kacang dan memudahkan kerja korang. Dan ini juga merupakan salah satu lubuk untuk mendapat atau mencari duit paypal melalui internet.  Dan pastinya ianya berbeza dengan program seperti Bidvertiser, Dapatwang, Google Adsense dan yang seangkatan dengannya. Ianya berbeza.

Tak lupa juga kepada pembeli panduan TNX 2.0. Jika korang masih gagal untuk buat duit dengan TNX, sila masuk ke forum dan nyatakan masalah korang untuk kita bincang bersama. Mana tahu, ada perkara baru yang boleh kita bincangkan dan fikirkan jalan penyelesaiannya bersama-sama. Ya. Aku tidaklah tahu semua perkara tentang TNX. Ada benda yang masih aku tidak tahu dan aku masih belajar tentang TNX. Penghasilan panduan TNX ini sebenarnya lebih kepada membantu ramai blogger dan IM untuk buat duit melalui blog masing-masing. Yap. Harga masih sama. RM50. Belum dinaikkan lagi selagi Panduan 3.0 tidak dilancarkan secara rasmi.

Oklah. Aku ada kerja sikit nak buat. Nanti aku update lagi..

Ps: Hari yang terang dan cerah. Aku suka. icon smile Komisen ke 46 dari TNX

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Pernah tak korang kena charge back semasa buat transaksi dengan seseorang? Jika korang tak pernah, mungkin korang antara yang bernasib baik. Agak tak best bagi aku kerana telah kena charge back lebih dari 1 kali dan aku hilang beberapa dollar disebabkan itu. Nampak gaya, terpaksalah aku buat transaksi dengan orang yang aku boleh percaya sahaja selepas ini.

Ada cara ke nak elak paypal charge back? Setelah aku teliti, takkan ada melainkan korang report pada paypal. Itu sahaja caranya. Tapi jika korang buat pertukaran paypal dengan e-gold atau apa-apa yang bertentangan dengan TOS paypal, better korang jangan report. Nampak sangat korang gali kubur sendiri kan? So, nak tak nak, terpaksalah korang cari duit lebih atau fikir jalan penyelesaian yang lain.

Aku tengah sakit jiwa nak jual paypal hari ini. Nampak gaya tak ada buyer lagi 2,3 hari ini dan aku agak memerlukan duit. Nak raya punye pasal la ni. Hehe. Cara lain adalah dengan letak public bank punya debit card dekat akaun aku. Itu sahaja cara yang aku nampak sekarang. Tapi nampak gaya cam ada masalah dengan kad aku ni. Hari tu aku cuba login, nampak cam ada masalah plak. Haru aku dibuatnya. Kena wat lagi sekali ni. Kalau tak, terpaksalah aku aku buat sesuatu..

So, ada sesiapa yang ada expereince tentang charge back dari paypal ni? Kalau ada, meh cerita sama. Aku yakin ramai yang dah kena macam ini kan? Hoho..

Ps: Nampak gaya kena buat akaun satu lagila gamaknya..

Pss: Kalau dah tension sangat kene Charge Back atau Reserve Back dari Paypal. Korang leh cari kawan Kat Carikawan.com ni. Malaysia Dating ONline lagi tu..

image 943 12417 Paypal ChargeBack

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011