Archive for the 'make money online' Category


Aku ingat nak tunjuk cek Nuffnang yang baru aku dapat beberapa hari lepas. Tapi entah mana aku letak cek nuffnang tu. Tak ingat pula tempatnya. Jadi, aku ada masa tak sampai 2 bulan setengah untuk cari cek tu sebelum expired. Kang, tak pasal-pasal kena contact Nuffnang untuk suruh buatkan cek baru. Malas aku nak menyusahkan mereka yang dah bersusah payah buat beribu cek setiap bulan untuk blogger yang berjaya capai minima RM50 setiap bulan.

Jadi, aku sharekan 2 bayaran yang aku terima dari program-program affiliate tempatan. Walaupun tidak banyak tetapi aku rasa apa yang aku dapat ni dah boleh bagi korang cemburu dengan kejayaan kecil aku. Betul tak? Hehe..

432206 392845960741271 100000476123832 1677619 1189571589 n Jujur itu lebih kacak

398513 392846090741258 100000476123832 1677620 1298137964 n Jujur itu lebih kacak


Ya. Aku pernah juga dapat komen yang agak ganas dan kejam. Mamat tu kata, setakat tunjuk duit sen-sen atau berpuluh ringgit kat blog, baik tak payah tunjuk. Lainlah dapat ribu-ribu ringgit. Itu kalau tunjuk, kagum juga. Setakat dapat singgit, sepuluh ringgit..seratus ringgit, baik tak payah.

Ok. Fine.

Itu hak dia. Dia nak komen macam tu, itu hak dia. Tapi ada aku kesah? Ini blog aku. Aku punya pasal la nak tunjuk atau kongsi aku dapat seposen ke, satu ribu ke satu juta ke. Sekali lagi, ini blog aku. Aku tak minta korang datang ke blog aku. Tapi aku berjaya cipta keunikan dan berjaya mengumpan korang untuk kekal kacak dan datang kembali ke blog aku setiap hari. Salah aku ke tu? Korang yang datang ke sini adalah kerana kerelaan korang. Bukan aku paksa pun. Aku tak paksa pun korang LIKE facebook aku ataupun beli semua produk yang aku cadangkan. Semua keputusan, tetap dihati korang. Bukan aku. Kerja aku cuma mengumpan aje. Korang termakan umpan aku. Jadi, itu salah aku ke? Cuba fikir sikit.

421888 392857024073498 100000476123832 1677639 1235047284 n Jujur itu lebih kacak
Dan aku sangat menghargai dan kagum dengan mana-mana blogger yang berjaya dapat cek atau duit dari hasil menulis blog diblog mereka. Tak kiralah blog jenis apa. Dan tak kiralah apa pekerjaan sebenar korang. TAPI bukan senang nak dapat 1 ringgit pertama dari blog masing-masing. SUSAH. PERIT dan MENYUSAHKAN. Tapi bila korang dapat 1 ringgit pertama, 1 ratus ringgit pertama dan 1 ribu ringgit yang pertama. Aku yakin, korang akan bangga, korang akan senyum dan korang akan puas dengan apa yang korang dah lakukan selama ini. Ingat, berjuta orang tak pernah berjaya duit dari blog-blog mereka. Tapi korang dapat. Tak cemburu gila ke bebudak seramai 1 juta tu kalau diorang tahu kekacakan korang? Mesti cemburu punya macam korang cemburu dengan kekacakan blog-blog aku. Betul tak?

Hidup ni biar jujur. Kerana..

Jujur itu lebih kacak.

Ps: Lelaki kacak akan naik level kekacakan mereka bila mereka jujur. Dan lelaki jujur biasanya digilai oleh ramai gadis-gadis dara dan isteri-isteri korang. Tak caya? Suruh bini korang baca blog aku. Haha..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ok. Aku nak update bayaran terbaru dari Paid-to-Promote.net. Tak banyak. Tapi cuma lebih $0.30 usd aje berbanding bayaran yang sebelum ini. Sekurangnya ada peningkatan dari segi earning. Takdelah aku rasa macam sia-sia aje gunakan program ini untuk buat duit di blog aku.

418756 392819740743893 100000476123832 1677550 1936903064 n Komisen ke 33 dari Paid to Promote.net


Ya, aku perasan ramai yang sudah letak iklan Paid-to-Promote.net kat blog masing-masing. Dan ada yang berjaya buat duit dengan program ini. Tahniah bagi yang dah berjaya menjadi salah seorang blogger kacak. Yang belum berjaya, cuba tingkatkan lagi trafik kerana program ini terima trafik dari Malaysia. Jadi, kalau blog korang ada guna Innity atau Advertlets. Maka sesuai sangatlah digabungkan dengan Paid-to-Promote.net. Tapi kalau korang guna Nuffnang, kalau kantoi secara manual dengan staff Nuffnang, dan tiba-tiba hilang status Glitterati, jangan kata aku tak pernah bagi amaran. Ada yang kena tendangan padu separuh maut pula nanti.

Ok. Aku ada kerja sikit. Nak tuam peha dan bahagian hamstring aku yang tercedera secara tak sengaja. Bila hamstring ni lebam dan cedera, nak solat pun susah. Nak solat duduk lagi susah. Tapi alah biasa tegal biasa. Sebab aku ni bekas atlit masa muda-muda dulu, takde masalah kalau nak solat walaupun anggota badan ni sakit-sakit. Jangan jadikan alasan sakit untuk kita tinggal benda yang wajib kita lakukan. Ingat tu. Sedikit tazkirah sebelum korang melayari bahtera malam ini golongan yang dah bernikah secara sah. Woha!

Ps: Huh..sambil menaip. Sambil tuam hamstring dengan ais. Grrr..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Sementara aku tengah dok baca artikel-artikel korang yang masuk dalam pertandingan Pengalaman Kena denda di Sekolah ni, aku taip sesuatu untuk tatapan korang. Aku nak update bayaran terkini yang aku dapat dari program Peer Gomez ni. Aku rasa korang pernah dengar dan baca kan? Aku ada tulis pasal benda ni dulu. Itupun kalau korang masih ingat lagi. Kalau korang lupa, sahlah korang kurang kacak malam ini. Jadi, kepada para bini, sila suruh laki anda tidur diruang tamu malam ini. Haha..

425105 388589507833583 100000476123832 1663877 639158604 n Komisen ke 4 dari Peer Gomez


Walaupun tak banyak, tapi memang setiap kali aku capai 5 dollar dalam program ini, mereka akan buat bayaran pada bulan hadapannya. Tak sampai 15 hari, aku akan dapat bayaran melalui akaun paypal aku.

Nak buat duit dengan program Peer Gomez ni mudah sahaja. Korang boleh baca artikel aku yang lama-lama yang berkaitan dengan Peer Gomez. Tapi secara mudahnya, download software Peer Gomez, install dalam komputer atau laptop dan run software tu setiap kali korang online. Selagi software tu berjalan, selagi tu earning korang akan bergerak. Jadi, kalau korang jenis tak kisah dengan cara nak cari duit macam ini, bolehlah cuba program ini. Tak menyusahkan aku dan tak menyusahkan orang lain. Nak join, jadi apa-apa, tanggung sendiri. Aku tak nak bertanggungjawab walaupun aku yang dok gatal promosi benda ni. Tapi aku yakin, takde apa-apa yang tak baik berlaku bila kita join program ini.

Nak daftar? Gi sini: Peer Gomez

Ps: SIbuk membaca dan menilai.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Aku cuma nak update ringkas sahaja sebelum aku pergi berurut. Peha aku terhentak tadi. Terjatuh sebab lantai licin sangat. Akibatnya, aku terasa macam lebam. Nak kata terseliuh pun boleh juga kot. Istilah doktor-doktor ni aku tak tahu. Mungkin korang yang kerjanya kat farmasi atau hospital kerajaan boleh beritahu. Sekarang ni, aku cuma sapu ubat aje. Kasi lega sikit. Nak solat pun terasa gak sakitnya..

Ok. Hari ini aku nak share bayaran terkini yang aku dapat dari program Triond. Mesti ramai yang dah lupa kan? Aku sendiri pun dah lupa sebab aku dah lama tak buat siri-siri promosi baru untuk Triond ni. Pendek kata untuk tahun 2012 ni, langsung tak setat enjine. Maklumlah, aku sibuk dan demam segala bagai. Masuk tahun 2012, memang penuh cabaran dan dugaan. Tapi aku yakin, Allah takkan bagi aku dugaan kacak-kacak macam ni kalau aku tak mampu menghadapinya. Jadi, aku terima dengan seadanya. Dahlah demam, peha plak macam lebam, hingus selsema plak macam bertambah plak. Aishhhh..

komisendaritriond Komisen ke 8 dari Triond


Nak promosi atau buat duit dengan Triond ni senang aje. Lebih kurang sama aje Insentif yang Denaihati dan MamaMurai tu buat. Cuma Triond ni bayar kita guna USD la. Dan minimum bayarannya juga sangat rendah. Cuma perlu capai $0.50 USD sahaja, dan puff. Setiap bulan, diorang akan hantar bayaran ke akaun paypal kita. Oleh sebab aku sangat malas, jadi itu sahajalah yang aku dapat. Berbeza sangat dengan bayaran yang aku terima dari TipsPTD, bukan? Tapi, sikit mana atau banyak mana yang aku dapat, aku bersyukur. Aku tak perlu bunuh orang atau merompak sambil naik moto untuk mencari sesuap nasi atau membeli 1 kotak Jus Monavie.

Berminat dengan Triond? Gi daftar sini: Triond

Ps: Ok, siapa mahu ikut melancong ke Tasmania dengan aku? Tapi korang kena buat passport dululah. Dan yang lebih penting, korang kena kacak. Baru leh ikut. Haha..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011