Archive for the 'majalah IM' Category




Hari ini hari Ahad. Hari yang sangat malas buat aku. Selalunya aku menghabiskan masa hujung minggu ini dengan memanjakan diri untuk tidur atau melayan TV sahaja. Maklumlah, hari-hari lain merupakan hari-hari sibuk bagi aku. Tadi sahaja aku terlepas kundangan ke rumah kawan Abah aku. Berjaga punye pasal malam tadi sampai aku tertidur lama sikit tadi. Adeh, adeh..

Ok. Aku cuma nak beritahu bahawa aku telah memenangi Review contest yang dijalankan oleh MajalahIM keluaran ke 8 hari itu. Dapat tempat pertama dan hadiahnya adalah RM30. Aku sendiri tidak perasan sebenarnya tetapi lepas Labanon mesej dan bagitau, barulah aku tahu pagi tadi. Diorang dah wa pengumuman kat MajalahIM tu, cuma ruangnya agak kecil sahaja.



Itu sahaja yang aku hendak kongsikan. Ini juga merupakan salah satu cara untuk buat duit dengan internet. Korang boleh sertai mana-mana pertandingan dengan niat untuk menang. Aku sudah tak berapa ingat berapa kali aku menang pertandingan review diblog dan forum. Banyak kali dah dan aku bersyukur kerana selalu menang. Apapun, jika aku boleh buat, korang pun boleh. Cuma dari korang sahaja. Mahu atau tak mahu.

Satu lagi, MajalahIM ini juga akan tetap membuat pertandingan review ini setiap keluaran. Jadi, jika korang berminat untuk memenangi pertandingan review ini, korang bolehlah wat review Majalah IM keluaran ke 8 itu diblog masing-masing. Mana tahu. Korang pun ada peluang untuk menang?

Apapun, sebab hari ini hari ahad. Jom layan lagu P-ramlee ni :D

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content




Aku pasti jika kau orang nampak gambar diatas. Pasti kau orang tahu apa benda yang akan aku celotehkan hari ini. Maaflah. Entri hari ini agak lambat sebab aku ada urusan paduka baginda dari jam 8 pagi sampailah jam 2 petang tadi. Nih balik rumah pun, mak aku suh beli mee kuning 2 bungkus sama daun sup 50 sen. Dengan kelajuan 10km/j, aku melangkah longkai ke kereta kelisa dan memecut! 3 minit 10 saat. Rekod terbaru aku beli barang ke kedai dan patah balik ke rumah. Ni semua gara-gara adik aku bawa kawan perempuan ke rumah. Kenela layan dan ambik korang. Rasakan mee bandung hasil anak bujang ini..

Ok. Kita kembali ke Majalah yang nampak biru dari jauh ini. Jika kau orang perhati, Majalah IM banyak eksploitasi warna. Aku dapat rasakan kebiruan kali ini agak tenang. Tidak tergesa-gesa dan tidak terlalu aktif seperti warna oren bulan lepas. Ahh..lupakan sahaja. Bagi aku bulan Mei ini bulan bertenang. Pertengahan tahun dan waktu yang sesuai untuk cool down sama ada business atau kerja. Cuti pun nak dekat kan? Terutama bagi budak2 exam dan budak2 sekolah. Tu pasal aku nampak dah setat kad kenduri kawin bersepah kat peti surat rumah aku nih. So, nce work to Team Flarebiz sebab pemilihan warna yang menarik bagi pendapat peribadi aku. Kau orang tak suka? Aku pedulik apa!

Ok. Tumpuan Majalah IM yang kali ke 4 ini adalah Mohd Amirol (Pakej Web Evolusi). Aku rasa kau orang semua sudah kenal mamat ni kan? Aku juga adalah salah seorang customer dan pembeli Pakej Web Evolusi. Aku rasa pakej beliau memang best dan banyak gak yang aku dapat. Jika kau orang belum dapatkan Pakej Web Evolusi ni, dapatkanlah sekarang. Aku rasa pakej ini patut ada pada sesiapa yang hendak buat website dan membuat duit di internet. Jika dulu aku cuak nak ada website sendiri, tapi aku rasa sekarang. Semua boleh buat kan?Ianya Tidak mudah asalkan kau orang sudah tahu bagaimana hendak buat website yang kita imaginasikan.

Selain itu, kau orang akan nampak beberapa artikel dari IM seperti Zul Smartusaha, Noorizamshah, Raja Lelong, Amar Mahmood, penulis buku Rahsia Minda Jutawan dan lain-lain lagi. Tak kurang juga dengan tutorila Mdpai yang aku tunggu setiap keluaran. Memang best la. Semua newbie dan otai digalakkan untuk muat turun majalah ini. Harganya? Sangat murah iaitu USD0.00 sahaja. Murah kan?

Pasal interview antara Labanon dan Amirol. Aku rasa dua-dua macam tak bersedia. Mungkin disebabkan Vince Tan agak sibuk dan terpakse digantikan dengan Mohd Amirol. Jadi, dua-dua tak bersedia dan tekaan aku mungkin diorang pun tak bersedia dan agak gelabah. So far, cadangan aku. jika mahu buat interview, team Flarebiz sediakan dulu soalan pada orang yang nak ditemuduga dan orang yang nak ditemuga akan lebih bersedia. So, takdelah rasa cam tak bersedia sebab ada guidelines. Sebab aku dapat kesan jawapan memang jawapan refleksi. Tapi jika Team Flarebiz memang sudah sediakan. Abaikan saja ayat-ayat ini. Sebab kekadang aku lost dan blurr gak bila aku dengar interview ni..

Aku tertarik interview itu. Pasal E-book yang berkualiti dan tak berkualiti tu. Aku celah sikit je. Nasihat aku, siapa yang nak beli e-book, buat selidik dan edisi siasat dulu. Jangan salahkan owner e-book tu jika kau orang rasa e-book tu tak berbaloi atau e-book tu e-book sampah. Bagi aku, itu salah kau orang sebab tak wat selidik dulu. Bagi aku lagi, aku dah cukup bersyukur sekiranya ada 1 point penting atau ilmu baru yang aku dapat dari e-book-ebook yang kau orang kata e-book sampah tu. Itu sudah memadai bagi aku mengatakan aku berbaloi beli e-book itu. So, sebelum kau orang salahkan owner e-book tu. Kau orang salahkan diri 10 kali dulu. Faham?? Walaupun aku faham e-book tu mungkin 100% dicopy dan pastekan sahaja, tetapi dia membuat kerja dan menyiapkan e-book itu. Ya, info itu free. Tapi kau orang rajin sangat ke cari maklumat free tuh? Kalau owner tu tak sentuh pasal isu tak, takkan korang tahu punye kan? kan? Silap aribulan, korang dah lupa pasal benda tu, kan? Jangan temberang laa..

Apapun. Satu lagi usaha baik dari Team Flarebiz. Bukan susah nak wat interview dan luangkan masa wat Majalah IM dan semua ni. Kalau orang lain, aku tak rasa ramai yang sanggup. Gila woo kalau nak wat sorang-sorang. Nasib baiklah ada 3 orang sekarang. Dulu ada 2 orang. Pastu sorang ilang. Tinggal sorang-sorang. Sekarang, tambah lagi 2 orang. So, besar dah keluarga Team Flarebiz nih. Tak berminatkah buat temuduga untuk ahli keluarga yang ke 4??

Aku rasa ramai gak yang dah wat maklum balas kat blog diorang masing-masing. So, jika rajin, kau orang pun leh baca. AKu tak sediakan link sebab kekangan masa. Tapi jika kau orang rajin siasat, kau orang pun leh tahu kan? Ala, janganlah malas-malas ye..


Popularity: 7% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini aku cuma hendak buat review yang biasa aku buat. Tentang Majalah IM edisi bulan April atau edisi yang ketiga. Aku rasa ramai yang sudah download dan dapatkan e-book tersebut. So, aku cuma akan ulas sedikit sebanyak tentang Majalah IM yang menggunakan Gobala untuk cover Majalah IM kali ini. AMboi, senyum sangat ko senyum ek Gobala :wink:

Majalah IM
Apa yang aku cukup suka dari buah tangan team Flarebiz kali ini adalah interview (file audio yang korang dapat selepas download file majalahIM yang ke 3 ni la ) Gobala Krishnan yang sempoi dan kecairan bahasa melayu yang dituturkannya. Seriusly, aku tidak sangka slanga dan bicara dari mulut Gobala sangat lancar dan kefasihah beliau berbahasa melayu. Campur english sikit-sikit tu biasalah. So, aku puji Gobala sebab menggunakan bahasa melayu untuk interview ini. Ka Labanon yg paksa Gobala cakap melayu nih? Tul ke Labanon? Tu suara ko kan dalam audio tu..

Yang kedua, tentang Mdpai punye tutorial. Aku cukup suka selingan dari Mdpai ini. Simple dan penuh dengan jawapan yang kadang-kadang aku ingin tahu. Banyak yang aku pelajari dari keluaran kali ini. So, berilah kami lagi tutorial yang lebih banyak lagi pada masa akan datang.

Design dari Mystic untuk cover Majalah IM kali ini tampak lebih ceria dan sangat terang. Aku suka kaler-kaler sebegitu dikala aku dirundum kegelisahan atau tak cukup duit nak belanja awek. So, keluarkan lah lagi design-design yang lebih best untuk Majalah IM akan datang. Aku tidak nafikan Majalah IM ini wajar diteruskan sampai bila-bila. Aku yakin suatu hari nanti akan keluar lagi Majalah online seperti yang dilakukan oleh Team Flarebiz. So, siapa mahu buat? Aku dengan rela hatinya akan review seperti yang aku lakukan untuk Majalah IM ini :oops:

Dan untuk post-post dan artikel dari penulis-penulis yang korang tidak asing lagi. Semuanya memaparkan banyak isu yang bagus. Terutamanya isu E-book tak relevan tu. Bagi aku still relevan ini kerana, aku sendiri jual e-book dan masih laku sampai ke hari ini. So, mungkin ianya tidak relevan bagi sesetengah orang. Tapi bagi aku, benda ni tetap relevan setiap hari. Haha, ada sorang student kelas YM aku tanya. Apa itu E-book? Dalam hati, aku gelak kuat-kuat. Tapi aku akur, tak ramai orang tahu apa itu E-book. So, soal relevan atau tidak. Itu pendapat dan hak masing-masing :!:

Cukuplah dan itu sahaja yang aku hendak ulas. Komen ikhlas aku, jika majalah IM dapat diberikan satu tarikh khas untuk setiap keluaran. Itu lebih bagus. Jika Komik Kreko keluar setiap 1,11 dan 21 haribulan setiap bulan. Apa kata Majalah IM tetapkan satu tarikh keramat yang sama setiap bulan? Aku rasa itu lebih bagus dan korang akan kejar dateline dengan lebih best lagi. Ini juga akan mengajar korang erti dateline. Hehe. Sori ek. Ini teguran ikhlas dari aku. Jika boleh, laksankan. Jika tidak boleh, tak apa. Ramai lagi yang tak kesah korang keluarkan awal atau lambat. Janji korang pubslih :kiss:

korang leh baca beberapa review atau ulasan dari IM atau blogger Malaysia yang lain. Ada yang best-best dan ada yang mungkin sekadar ulasan kosong sahaja :

MajalahIM edisi ke-3 - Diari BisnesWanita
Majalah IM Edisi 3 - mohdamirol.com
Dapatkan Majalah IM Edisi Ke-3 Sekarang - JimieRay dot Com
Dik Mal Dan Majalah IM - Blog Personal Norakmal Jasni
Panduan Buat Duit Online Untuk Mahasiswa - Kroni Di Kalangan IM : Setuju atau Tidak ? - Dinberamboi.com
Ebook Panduan Download Rancangan Popular TV3 - PERCUMA - www.panjangakal.com
Read & Review » Blog Archive » Majalah IM #3 - Readercircle.com
Majalah im #3 - Wangcyber.com
Sedikit Review Mengenai MajalahIM edisi ke 3 - Ligakampung.com
Percuma Tapi Ada Kelass!! - Afzaiafandi.com
Majalah-im-3-dilancarkan - Team Flarebiz

So, bacalah. Jangan korang lupa nak baca pulak. Aku sudah penat dan aku rasa aku sudah ambil lebih dari setengah jam untuk membuat post ini. SO, baca saja post ini dan berikan komen-komen yang bernas :up:

Ps: Apsal sakit sangat mata nie :cry:

Popularity: 6% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini hari yang kurang enak bagi aku :mrgreen: . Semua keje tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Badan ini kembali lemah dan tidak berupaya untuk membuat keja2 yang sepatutnya. Tetapi, aku gagahkan juga untuk menyahut permintaan seseorang untuk membuat post tentang Majalah IM edisi Mac. Aku rasa korang semua sudah dapatkan majalah IM keluaran Team Flarebiz ini bukan? Kalau tak dapat lagi, jangan buang masa. Pergi dapatkan satu dengan mendownload di website rasmi mereka.


Ok. Apa yang bestnya keluaran Mac kali ini? Jika korang dah baca keluaran Februari. Mesti korang akan nampak perbezaannya kan? Agak ketara dan memang ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan. Soal warna sudah tidak menjadi masalah besar seperti sebelum ini. Jika aku sukar :mad: untuk membacanya disebabkan warnanya yang terlalu lawa, tetapi kini, biarlah putih biasa. Janji aku leh baca dengan happynya :razz:

Dan jika boleh, tunjukkan gambar penulis bagi setiap artikel yang dihantar. Aku rasa ada yang takde gambar jika tak silap aku. Termasuklah gambar Labanon sendiri. Ye ke :!: Ke itu hanya khayalan aku sendiri :roll: DAn jika boleh, setiap keluaran yang akan datang letakkanjuga sessi temuramah. Jika minggu ini adalah Shuth Wangcyber, minggu depan adalah..Oups. :roll: Rahsia. Aku tak leh bagitau even aku macam dah tau. So, kita tunggu pada bulan depan saja.. :razz:

Terdapat beberapa artikel dan penulisan yang bagus. Korang boleh dapatkan tips-tips yang berguna dari majalah tersebut even aku tahu ada sesetengah dari korang dah expert bidang tu, tapi tak salah kita baca sama-sama kan? Kadang-kadang, kita terlupa perkara yang mudah dan memandang ringan majalah IM ini. Aku tahu ada yang tak puas hati, tapi ini adalah salah satu cara untuk mempopularkan IM lokal di mata rakyat Malaysia. Ada orang mengenali dunia internet dan biz internet ini melalui Majalah IM. So, siapa kata majalah ini tidak berkesan? Pasti berkesan! :up: Lepas nih siapa tahu ada Majalah atau Ezine dari Kumpulan lain atau Team lain selain Flarebiz yang akan membuat perkara yang sama kan??

So, jika anda berminat dan masih belum memiliki Majalah IM keluaran Mac. Sila download dengan kadar yang segera di website rasmi. Perhatian kepada Team Flarebiz, hope website tak down lagi. ASal aku nak download je. Mesti down. Kene try lebih beberapa kali baru berjaya :???:

Cukuplah kali ini. Aku tidak berniat untuk menulis panjang kerana aku sudah dengar bunyi pelik-pelik dari perut aku :sad: :!: Itu tandanya aku kene menyambut panggilan. So, mungkin dalam 1-2 hari ini aku akan gagal dicapai. So, aku minta maaf sangat-sangat. Oklah. Sakit perut aku dah menyerang. So, kita jumpa esok dengan post-post yang lebih menarik dan lebih kejam. Honestly, aku sangat sengsara sekarang. Waa :mrgreen: :???:

Ps: Kalau korang nak baca review orang lain. Korang leh baca review Smartzul dengan Naem Diariadsense ni.. :smile:

Pss: Ok. Mesti korang tertanya-tanyakan. Kenapa aku sakit hati dengan Majalah IM kali ni? Aku sakit hati sebab tak dapat download dengan sekali cuba.Untuk kali yang entah keberapa. Baru aku berjaya download. Hope prestasi akan lebih meningkat dan nasihat aku. Jika selalu website selalu down aje. Tukarlah webhosting baru ek :smile: Tapi overall, keluaran Mac is more better than February edition :up:

Popularity: 6% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member













  • RahsiaFacebook.my
PanelPlace - No more missing out on surveys!

-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Melayu Boleh | DenaiHati Contest | Saya Suka Wangcyber | Who is RajaKamil? | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------