Hari ini lambat sikit udpate. Ada banyak sikit benda yang kena uruskan dulu dan la ni barulah ada masa sikit. Inipun update gunakan laptop orang lain. Laptop aku ada masalah sikit. Kena hantar kedai dulu la jawabnya. Kalau tak, mahu sakit kepala juga dibuatnya. Nampaknya, kena angkat bateri baru dan tukar dvd writer aku tu. Dah teruk sangat rasanya. Maklumlah, laptop yang dah nak berusia 4 tahun, cam gitulah sakitnya. Ada sahaja sakit dan demamnya..
Ok. Ramai yang tanya aku, macam mana aku berjaya
buat duit dengan blog dan bagaimana aku berjaya tackle hampir kebanyakkan program yang aku sertai lebih-lebih lagi program-program panas di Malaysia seperti Nuffnang, Innity, Churpchurp, Says, 701panduan dan banyak lagi. Sejujurnya, memang aku berkemampuan untuk dapatkan hasil dari program-program tersebut tapi korang kena faham aku bukan leader atau otai untuk program-program tersebut. Jumlah yang aku dapat dari program tersebut tidaklah banyak sebab aku tidak tumpu 100% untuk sesebuah program. Korang sendiri nampak dengan jelas jumlah bayaran yang aku dapat dari setiap program yang aku sertai. Ada yang bayar sepuluh ringgit, ada yang beratus ringgit, ada yang sen-sen pun aku sapu jugak. Nampak? Tidak semua yang aku sertai itu memberikan hasil yang banyak. Tapi aku akui, memang aku boleh tackle sesetengah program dan mampu jana duit dari program tersebut. Cuma hasilnya adalah sikit-sikit. Mampu membuatkan aku senyum setiap bulan. Sebab tu korang boleh nampak aku update earning yang aku perolehi dari program-program tersebut.
Niat. Itu yang korang kena set dari awal. Di awal kemunculan blog earncent ni, memang niat aku nak update semua earning-earning yang aku dapat hasil dari program-program yang aku sertai. Sebab tu, aku update walaupun bayaran yang aku dapat cumalah 1 sen sahaja. Nampak cam poyo aje kan? Tapi aku persetankan semua tu sebab itu matlamat dan visi blog ini sejak aku create blog ni. Bukan nak menunjuk-nunjuk. Tapi aku ingin berkongsi setiap program yang aku sertai dan ingin bantu sesetengah blogger yang masih mencari hala tuju dan mencari program-program yang sesuai untuk mereka sertai. Aku yakin ada sesetengah dari korang yang masih mencari program apa yang sesuai dengan blog korang, betul tak? Jadi, jika ada program yang aku cerita kat blog ini dapat membantu korang, itu sudah cukup bermakna bagi aku kerana apa yang aku mahukan, benar-benar terjadi. Bukan senang nak tolong orang dengan cara kita dan bukan senang nak puaskan hati semua orang. Kan?
Ya. Aku tahu,
ada yang tak suka aku tunjuk-tunjuk bukti bayaran kat blog aku ini. Sekali lagi, aku tak peduli dengan orang cakap. Kalau tak, takkan aku berkeras update semua earning sejak 3-4 tahun lepas diblog ini dan blog-blog aku yang lain? Nak kata aku berlagak? Silakan. Nak kata aku poyo. Silakan. Nak kata aku bengong, bodoh? Pun silakan. Aku dah lali dengan semua tu. Nak kata aku jenis sombong? Silakan. Aku tak kisah sebab aku tahu siapa diri aku sebenarnya. Korang ada hak untuk kata tu semua. Cuma aku harap, korang fikirlah sendiri betul atau tidak apa yang korang katakan tu. Memang aku tidak sesempurna seperti yang korang nak, atau seperti yang korang anggapkan. Tapi inilah aku, insan yang kurang sempurna dan biasa-biasa sahaja yang cuba untuk membuat sesuatu dengan blognya. Kalau korang jumpa personal dengan aku, korang akan tahu betapa
kurangnya dan berbezanya aku dengan korang dan aku yakin korang pasti terkejut jika korang dengar cerita aku sebelum aku berjaya maintain menulis blog sampai ke hari ini.
Aku juga ada saat jatuh dan bangun. Tatkala mak dan abah aku menentang dengan apa yang aku buat. Aku gagahkan juga sampai satu tahap, mereka beri restu dengan apa yang aku lakukan. Tatkala ada perempuan yang tinggalkan aku kerana aku dikatakan tidak sayang pada mereka, aku terus bertekad untuk buktikan yang aku mampu berjaya walaupun perempuan-perempuan itu memandang kecil dengan kemampuan aku. Tatkala aku dihina, dikutuk dan dikatakan dengan pelbagai lemparan yang negatif, aku tetap menulis blog setiap hari walaupun taman-taman dalam hati aku menangis kesedihan. Ya, tapi semua itu ada hikmahnya. Aku jumpa orang yang boleh terima kerja aku, aku jumpa ramai kawan sekerja yang berminat dengan kerja, aku jumpa ramai orang yang mahu aku tolong mereka, aku jumpa ramak kawan yang satu minat dengan aku dan aku jumpa dengan lebih ramai orang yang berfikiran positif setiap hari. Mungkin ini hikmahnya bila kita tidak berputus asa. Allah bagi ganjaran cuma tidaklah dengan sekali harung. Ada masa-masanya dan ada peringkat-peringkatnya. Mungkin masa aku lambat, tetapi hasilnya tetap aku rasa seperti hari ini.
Oklah, itu sahaja luahan aku yang tidak seberapa ini. Aku tahu ada yang meluat aku cerita poyo macam ini. Sekali lagi, aku tak peduli. Ini blog aku. Aku punya pasal nak tulis apa. Kalau korang berjaya baca sampai ayat-ayat terakhir ini, ucapkan tahniah pada diri korang sebab berjaya menghabiskan karangan aku yang aku kira masih pendek lagi ini. Kalau korang baca karangan aku masa SPM dulu, mesti korang sakit hati macam pemeriksa kertas. Haha..cuma aku harap, apa yang aku tulis ini akan memberikan sesuatu yang berbeza dan bermakna dalam kehidupan korang sebagai penulis blog yang lebih berjaya pada masa hadapan.
Ps: Jadi, mengapa aku boleh? Dan mengapa korang tak boleh..korang dah nampak sekarang?
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content