Archive for the 'life' Category




1. Aku tak bercadang untuk melamar perempuan dengan cara ini. Tidak.

2. Tetapi aku akui, siapa yang mampu buat cara melamar ni, memang dia agak gila. Haha..

3. Ada yang bercadang untuk tiru cara ni? Pawagam mana yang nak komplot dengan korang agaknya?

4. Kena ada banyak belanja. Kena upah orang berlakon lagi ni..

5. Kena lari laju. Nak tak nak kena berlatih. Kalau tak, lambat sampai ke pawagam tersebut.

6. Kerjasama dan restu dari bakal bapak dan mak mertua sangat penting.

7. Awek korang mesti tak pernah tengok video ni. Kalau dah tengok, kantoi besarlah..

8. Tapi dalam pemerhatian aku, walaupun awek korang dah tengok, diorang mesti terkejut jugaklah..

9. Jangan buat cara ini untuk melamar gadis bawah umur.

10. Sejujurnya, aku suka tengok video ni. Tapi memang 100% aku takkan buat cara ni. haha..

Ps: Sambil korang layan video ni, meh teman aku makan aiskrim Nestle Drumstik ni. Siap ada almond lagi..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Jun 04

The Invigilator

20 comments - Post a comment




1. Apa pandangan korang tentang video filem pendek ini?

2. Lakonan Cheryl Samad, dari dulu sampai sekarang tak pernah mengecewakan.

3. Ini cara baru untuk mengajar pelajarkah?

4. Pelajar sekarang memang tidak berdisiplin. Setuju?

5. Setiap guru, ada cara tersendiri untuk mengawal pelajar dalam kelas mereka. Setuju?

6. Masalah disiplin pelajar akan tetap berlaku biarpun 100 tahun berlalu.

7. Pelajar takut pada guru. Ini fakta.

8. Pelajar benci pada guru disiplin. Ini juga fakta.

9. Siapa yang tak takut langsung dengan guru ketika sekolah dulu?

10. Kebanyakkan pengetua atau guru besar, gemuk-gemuk belaka. Setuju?

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Aku cuma suka dua persembahan aje dalam maharaja lawak minggu ke 9 malam tadi. Yang lain bukan tak hebat, tapi yang ni super melayu dan super internationale.



Super internationale. Memang kaw-kaw Jambu bagi malam tadi. Sampai sekarang aku gelak..aku tahu, siapa yang tengok video ni pun memang gelak punya walaupun betapa serius dan poyo sekalipun orang itu. Even Bezita dan Raja Pikor pun mesti gelak punya. Kalau ada Fliza pun, mesti dia gelak gak..Sampai Apek dan Ahmad Idham tak leh komen. Acong Sweetchild pun hebat. Leh pula dia tahan gelak. Yus dah tak tahan-tahan sepanjang lawak mereka..



Super melayu. Memang lawak melayu yang dah lama kita tak jumpa sejak drama-drama melayu lama. Memang aku rasa Sepah agak best malam tadi..Dengan backup terbaik dari Badul, aku rasa memang best lawak melayu mereka semalam. Hoho..

Pendapat jujur aku, dua kumpulan ini ada potensi besar untuk jadi johan Maharaja Lawak. Tapi dengan lebih jujurnya, aku harap Yus dan Tauke dari kumpulan Jambu ini akan menang. Sebab pendedahan mereka tidak sebesar seperti yang diperoleh oleh Jozan, Nabil dan Sepah. Jadi, ini peluang besar untuk Jambu bersinar di dalam dunia Malaysia. Hoho..

Ps: Apapun, layann..aku tengah kemas baju nih. Ada rewang kat rumah pakcik aku. Kena tidur sana. 1 hari dan 1 malam..

Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content


Oleh sebab kat facebook, twitter, surat khabar pun dah banyak cerita isu panas Lynas ni, mari kita layan video ni kejapp..



1. Aku tahu apa itu thorium. Memang bahaya. Kalau kena radiasi..memang merbahaya..kalau kena direct, macam-macam boleh jadi..

2. Sejujurnya, ini kali pertama aku dengar pasal Lynas. Nampak sangat aku tak tahu langsung pasal nama-nama kilang kat Malaysia ni. Kena belajar semula agaknya ni..

3. Apa kata pakcik Najib agaknya tentang isu Lynas ni? Makcik Rosmah pula apa pula pendapat beliau?

4. Aku pernah bekerja di Pahang. Jadi, aku tak suka kalau ada kilang yang berpotensi menyebarkan radiasi ke penduduk Pahang. Jadi, pakcik Najib pun berasal dari Pahang. Mungkin dia boleh fikir sikit tentang benda ni kan? Mana tahu, dia ada jalan penyelesaian yang lebih bernas?

5. Kalau Australia tak terima Lynas. Mengapa Malaysia harus terima?

6. Hadiah? Jika itu benar, ianya sangat demm. Demm..12 tahun? Demmm.

7. Ada orang kata mamat ni dibayar untuk buat video ni. Kalau dibayar pun aku tak kesah. Ingat senang ke nak cari orang luar cakap bahasa melayu yang mudah kita fahami?

8. Cuba fikir, setakat ini hanya dengan cara apa baru kita boleh halang pembinaan kilang Lynas tu? Mogok? Tandatangan 1 juta rakyat Malaysia? Buat ceramah? atau apa?

9. Aku tertanya-tanya, siapa yang ajar dia perkataan “bikin”?

10. Parti? Emmm…demm.

Ps: Serius, aku memang ada pakcik yag bernama najib. Korang tak caya sudah..

Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011