Archive for the 'life' Category


Aku baru aje lepas bersahur tadi. Lepas tu, aku buat kerja sikit. Banyak pula kerja yang diberikan dalam kursus ini. Kena baca tu, kena study ni, kena tuli tu, kena conteng sana, kena research lagi sini, arghhh, pendek kata macam jadi budak sekolah balik. Tapi nak tak nak, kena buat juga. Kalau tak, payah aku nanti. Haha..

study Anggap ini artikel terakhir aku..


Ahhh, abaikan kejap cerita pasal kursus ni. Nanti korang dapat teka pula apa yang aku buat masa kursus. Biarlah rahsia dullu sebelum aku cerita perkara sebenar. Untuk pengetahuan korang, sebahagian besar apa yang aku tulis dalam artikel-artikel aku tu adalah cerita benar. Cuma sebahagian kecil sahaja yang aku reka untuk memudahkan cerita dan juga untuk menyedapkan artikel untuk dibaca. So, kalau korang rasa macam tak sedap aje artikel aku hari tu, maksudnya tu cerita benarlah. Kalau aku cerita tu rasa macam sesedap makan tomyam putih yang pedasnya kaw-kaw, haa..itu petanda korang dah terkena umpan cerita yang aku reka. Cerita yang aku reka tu pula tak semestinya tidak benar, cuma mungkin tidak asli. Tapi semuanya tetap dari aku, fikiran dan hati aku. Untuk aku terjemahkan dalam situasi yang memudahkan korang faham apa yang ingin aku sampaikan.

Tinggal beberapa hari aje lagi kita akan menyambut Syawal. Ramadan kian meninggalkan kita. Rasa macam tak best aje kan? Jadi, sementara ada beberapa hari yang berharga ini tinggal, berusahalah meningkatkan amalan dan ibadah kita dalam bulan puasa ini. Bila dah habis nanti, rasa menyesal aje. Kenapa ibadah aku tak kacak? Mengapa aku tak solat terawih setiap malam? Mengapa aku tak puasa penuh dan macam-macam penyesalan muncul, betul tak? Jadi, jangan menyesal seperti tahun-tahun sudah. Kita usaha seadanya dan yang pasti, anggaplah kita berusaha seperti kita akan mati esok hari. Sama juga ketika menulis artikel, anggaplah artikel yang kita tulis tu macam artikel terakhir kita. Mesti kita mahu buat yang terbaik, bukan? Sebab tu kebanyakkan artikel kebelakangan ini banyak artikel yang pelik-pelik dan panjang-panjang. Haa, itu bukan petanda aku dah nak meninggal dunia. Itu hanya simbolik sahaja. Aku masih nak kahwin. Nak kahwin lebih dari satu. Wohaa!!

Petang jumaat nanti aku akan bertolak balik ke Banting. Kemudian akan bercuti selama 1 minggu. Cuti seminggu, puasanya dalam 3-4 hari, rayanya juga dalam 3-4 hari sebelum aku bersambung berkursus. Jadi, kepada yang dah bersiap-siap nak balik kampung, aku ucapkan selamat pulang ke kampung dan memandulah dengan kacaknya.

Kepada blogger-blogger kacak yang lain, jika korang masih berminat untuk menyertai Pertandingan Earncent Review 2011, korang masih ada masa sebelum malam hari raya pertama. Pertandingan ini masih terbuka dan dibuka kepada semua orang asalkan korang memenuhi syarat-syaratnya. Secara jujurnya, sudah lebih 15 orang yang hantar review. Terima kasih aku ucapkan kerana berminat menyertai pertandingan yang tidak seberapa ini. Hadiah yang ditawarkan mungkin aku akan gandakan kalau aku dapat duit raya lebih tahun ini. Hehe..pemenang akan diberitahu dalam 1 minggu selepas pertandingan ini ditamatkan. Jadi, korang akan tahu berita gembira tersebut ketika raya. Korang boleh claim hadiah itu dalam tempoh 2 bulan. Lebih dari 2 bulan, aku malas nak jawab melainkan korang contact aku. Kalau malas claim, tak apa. Aku tak untung, korang aje yang rugi.

Wokehh. Mahu mandi. Siapa mahu ikut? icon smile Anggap ini artikel terakhir aku..

#Anggap aje ini macam artikel akhir aku agar aku akan lebih berusaha menghasilkan artikel yang lebih berkualiti pada masa yang akan datang. Tapi tak semestinya yang terakhir. Minggu lepas pun masih artikel terakhir aku, bulan sudah pun sama. Bulan akan datang pun sama. Haha..

Ps: Ada yang masih berminat nak join Insentif 1.0 dari Mynewshub?

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Gua rasa gua nak demam. Jadi, hari ini memang aku tak tahu nak cerita pasal apa. Anggap aje korang ambil cuti dari membaca blog aku untuk 1 hari. Petang nanti aku nak gi klinik. Harap demam aku ni tak melarat sampai berminggu-minggu lamanya. Biasanya kalau aku demam, aku dapat 3 dalam 1. Demam panas, selsema dan batuk. Sekarang ni, demam panas tu dah dapat, dapat pula selsema untuk 1 pakej. Tinggal batuk aje. Biasanya batuk ni datang last-last minit sebagai penutup kisah demam aku ini. Harap tak melarat. Tak best gi kursus, demam-demam macam ini. Nanti dah kurang kacak pula rasanya.

titandemam Gua rasa gua demam.


Haa, kacak tak? Haha.. icon smile Gua rasa gua demam.

Mengikut sejarah hari-hari demam aku yang dulu-dulu, paling cepat aku sembuh dengan izinNya adalah dalam sehari. Paling lambat berminggu-minggu. Sampai satu tahap, 2-3 bulan. Itu kalau aku tak pergi klinik ambil ubat. Tapi kalau aku gi cari ubat, insya-Allah, dalam 2-3 hari boleh reda demam ini. Jadi, samada malam ini atau petang nanti aku akan cari klinik. Badan aku dah reda sikit lepas mandi pagi ni. Huhu..

Ok. Ini enteri pendek. Kalau korang bosan baca, sila selak balik entri-entri aku yang lepas. Baca dan baca. Korang akan kenal aku sekurangnya 10-20% tentang kisah hidup aku. Tak percaya? Tanya siapa yang dah baca blog ini dari mula sehingga habis. Mahu ada 1000 lebih artikel. Kalau korang berjaya baca semua. Tahniah. Sebab setakat ini, aku cuma tahu aku seorang aje yang rajin baca semula artikel-artikel aku. Kalau korang baca semua artikel aku, ini juga bermaksud korang kacak macam aku.

Ps: Demam. Gua Nak kete Saga FL. Nak kete. NNNnakkk..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ok. Dari hari Ahad sampailah hari Jumaat ini aku dah kena culik. Jadi, kiranya aku dah 5 hari hilang dari dunia blogging ini. Antara sebab aku hilang..

1. Aku kena gi kursus. Bukan 5 hari aje. Tapi agak lama. Jadi, mungkin aku cuma akan update pada hujung minggu sahaja atau pada bila-bila masa aku aku dapat capai talian internet.

2. Kursus apa? Jangan ditanya. Sebab memang aku ni memang perahsia orangnya.

3. Jika ada apa-apa nak tanya, boleh tanya diruang komen atau hubungi aku diruang contact. Aku akan cuba balas dengan secepat mungkin. Aku tak janji. Tapi aku cuba.

4. Sepanjang aku hilang ni, income dari blogging tetap berjalan macam biasa. Sebab memang aku dah setkan post-post atau artikel disebahagian besar blog-blog dan rangkaian super blog aku. Aku juga akan buat benda ini setiap hujung minggu semampu yang aku boleh memandangkan aku akan kena culik dalam tempoh yang lama..

5. Isnin ni dah berpuasa. Aku akan cuba puasa penuh pada tahun ini…seperti tahun-tahun lepas. Siapa yang belum ganti puasa, sila ganti cepat!

churpchurpearning2011 5 hari dah aku hilang..diculik..


6. Susah dah aku nak maintain earning untuk Churpchurp dan Says. Dah tak boleh dapat income bulanan dari 2 program ini memandangkan program ini memerlukan komitmen yang sangat gagah. Jadi, jika aku tak dapat untuk online setiap hari dengan kacaknya, maka earning untuk 2 program ini juga tidak kacak.

7. Jangan risau. Aku tetap akan kembali dan aktif seperti biasa. Hanya selepas aku kembali dari berkursus. Mungkin tak lama. Jadi, jangan risau. Rindu-rindu aku selalu. Jika rajin, sila baca semua artikel-artikel aku yang ada dalam blog ini MACAM korang baca surat cinta dari awek tercinta korang tu..

8. Baru hari ini aku dapat pulang bercuti. Minggu depan, sambung kursus balik. Jadi, 2 hari ini akan aku manfaat sepenuhnya untuk buat apa yang patut. Huh..target 100 artikel malam ini. Tak tidur la dibuatnya. Nasib bekalan kopi ada untuk peneman setia.

9. Ya, aku tahu korang rindu dengan tulisan-tulisan aku. Aku masih hutang korang Tips naikkan Alexa rank untuk part 4 dan part 5. Part 6 dan part seterusnya aku akan cuba update bulan depan. Tapi malam ini aku akan draft untuk part 4 dan 5 untuk aku publishkan esok atau hari Ahad. Aku cuba.

10. Ok. Aku kacak. Aku hensem. Aku pandai. Aku memberi dan menerima. Aku bijak, Aminnnn… icon smile 5 hari dah aku hilang..diculik..

11. Iphone, Blackberry Playbook, Ipad 2 dan netbook baru. Mana satu yang perlu aku beli untuk hadiah hari jadi aku tahun ini?

Ps: Ini entri rindu dari aku. Gila, 5 hari tak jumpa internet. Sekurangnya, aku bukan orang yang gila internet sampai mahu bunuh orang jika tak main twitter dan facebook. Aku masih manusia normal. Haha..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Risau gak kalau bakal bini-bini aku ada perangai camni.. icon sad Kalaulah bakal bini aku ganas macam Gangster..



1. Kalau bini-bini aku macam ni. Sakit kepala dibuatnya..
2. Gila ganas diorang ni. haha..
3. Aku tak pasti, mak aku suka ke tak. Haha..
4. Tapi best gak kalau ada bini cam diorang. Terasa selamat sikit kot. icon smile Kalaulah bakal bini aku ganas macam Gangster..
5. Yang dah kahwin, bini korang ganas ke tak?

Ps: Ok. Entri pra-perkahwinan dari aku. Layan. Haha..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011