Archive for the 'lawak' Category


Aku terkena permainan Tag Afzai kali ini. So, demi maruah blogger Tanah Air. Aku menyahut jua cabaran Afzaiafandi kali ini. Sebab aritu aku dah attack Tag dia. Hehe. Balas dendam ek icon twisted TAG   5 Perkara Pertama Dalam Hidup Aku

 TAG   5 Perkara Pertama Dalam Hidup Aku



So, ini peraturan tak rasmi TAG terbaru dari AfzaiAfandi ini :


1. Bukan cerita rekaan dan tiada kena mengena dengan hidup orang lain.
2. Perlu mengetag 5 lagi rakan blogger pilihan anda setelah anda di tag.
3. Tempoh tag bermula hari ini dan berakhir 27 April 2008.

Ready, 1,2..3!

TAJUK TAG : 5 perkara Pertama Dalam Hidup Aku

  1. Handset Pertama yang aku beli menggunakan Duit Internet aku adalah pada tahun 2007. Sebelum ni aku pakai handset lama ihsan adik aku. Dan handset adik aku menjadi harta sah aku setelah aku belikan kamera Nikon untuk birthday adik aku. Kiranya cam trade dengan adik sendiri la hanset adik aku tu. Sony Ericsson W700i. Bolehlah function dia. Janji leh sms, call, dengar lagu dan sebagai senjata untuk baling anjing dan pencopet :XO:

  2. Perempuan pertama yang menjadi cinta monyet aku berlaku pada darjah satu. Mesti korang tak percaya kan? Setelah 20 tahun aku mengusha dan mengorat. Akhirnya aku berjaya dapat dia. Tapi in 1 month. Aku terpaksa untuk melepaskkannya kerana beberapa sebab yang aku takkan bagitau korang even korang sembelih aku. Kejam tak aku? Memang dia menangis dekat beberapa bulan. Tapi aku pedulik apa!

  3. Cermin mata pertama aku pecah disebabkan oleh adik aku sendiri. Kurang asam ko budak! Cerita bermula begini. Aku dengan family aku semua bercuti dekat Pangkor pada tahun 2002. Masa tu, aku dah pakai spek. Kalau korang jumpa aku, memang aku skema gila masa tu. Rambut sikat tepi punye. Sekarang, sikat sendiri pun aku tak ada. Nak dijadikan cerita, aku tertdo awal malam tu sambil terlentang depan TV shelley yang family aku sewa. Bila aku bangun pagi. Spek yang ada gambar badman kecik tu sudah hilang. Satu rumah sewa aku selongkar termasuk aku usha kat kedai ikan bakar malam tadi walaupun aku tahu peluang untuk jumpa dekat Kedai ikan bakar yang tak sedap tu memang tipis. Nasib baik aku ada spare spek lama aku yang memang blurr habis. Dan malam terakhir kitaorang nak blah dari Pangkor, adik aku membuat pengakuan dia telah memijak cermin mata tersebut. Habis aku terajang dan karate dia masa tu. Satu keluarga gelak. Buat pengetahuan korang, selepas kejadian itu semua cermin mata aku akan patah dua sebelum aku perlu beli yang baru. Cermin mata sekarang adalah cermin mata yang ke lima icon exclaim TAG   5 Perkara Pertama Dalam Hidup Aku

  4. Buat kali pertamanya aku berjaya menjadi wakil sekolah untuk permainan Badminton ketika aku di tingkatan Lima. Hampir 11 tahun aku menuggu untuk menjadi wakil sekolah. Siapa tak mahu kan? Dapat duit, dapat hadiah. Dapat glamour. Pempuan suka dan memacam lagila. Kene plak ranking aku antara Top 3 pemain badminton sekolah di Sam Bestari dulu. Sekolah aku jadi Johan Peringkat Sekolah, Peringkat Zon. Tapi untuk peringkat Negeri. Aku tak dapat wakil sebab aku main double kedua masa tu. Double pertama ketika itu merupakan single pertama dan single kedua sekolah aku ketika itu. Diorang dipasangkan untuk double pertama. Single ketiga bagi budak tingkatan 1. Haha. Pendek cerita, itu antara kenangan manis pertama. Dapat Johan plak tu. Balik je hostel, wa dapat surat cinta lebih 20 surat dan kad icon surprised TAG   5 Perkara Pertama Dalam Hidup Aku

  5. Satu Dollar Pertama dari internet yang aku dapat adalah dari hasil program Hyip. Aku dah tak ingat sangat apa nama program Hyip itu. Tapi memang dah lama. Aku main hyip sejak aku berusia 18 tahun dahulu. Sekarang, aku adalah belia yang benci hyip. Belia benci Hyip! Dan sekarang, Alhamdulillah. Hari-hari aku dapat satu usd dollar dan selalunya lebih la icon razz TAG   5 Perkara Pertama Dalam Hidup Aku


Ok. Sebenarnya banyak lagi perkara pertama dalam hidup aku. Malam pertama pun belum lagi. Ciuman pertama dari pempuan pun belum cerita lagi. Bila aku botak kali pertama pun belum cerita lagi. Nantilah. Jangan korang tag aku lagi sudah. Tak pasal-pasal aku kene balas tag semula. Tidaaaakk…

So, 5 Mangsa ujikaji Afzai dan titan adalah seperti berikut :

  • Din beramboi - Antara pencabar terdekat fatah dalam Comment Master Duo

  •  Raftz - Budak baru dalam blog aku ini dan dalam erti kata lain, pengunjung setia bilik A2-2-14/B3 ketika aku di UMS.

  • emet - pengunjung setia dan antara commentator yang bernas sekali

  • khai - Tuan Punye Blog JustKhai yang suka pakai baju kaler pink..

  • Zaki - Seorang Enginner. Walaupun beliau agak sebok. Aku nak juga tag dia. Balik dari Perlis nanti, ko sahut cabaran tag ni ye.


Update : Aku dah update hadiah untuk Comment Master Duo. LEh usha kat post yang aku buat sebelum ni.


Iklan Istimewa
: Siapa-siapa yang benci Adobe Reader. Leh la pakai Foxit Reader ni ek. Download Percuma sahaja!

Popularity: 8% [?]


Sphere: Related Content


Aku ada satu cerita nak kongsi dengan korang. Harap jadikan ikhtibar.

Pada satu hari, ada seorang gadis buta yang tidak dapat melihat dunia yang penuh indah dan aman ini. Gadis buta ini sangat benci dirinya kerana dia adalah seorang gadis yang buta.

Gadis buta ini bersyukur even dia buta, ada seorang pemuda yang sudi jadi kekasihnya. pemuda ini selalu temankan gadis buta ini jika hendak pergi ke mana sahaja. Pergi beli santan, pemuda belikan. Pergi temankan tengok wayang, pun pemuda ini temankan walaupun dia tahu gadis buta ini memang mustahil boleh melihat. Pergi makan KFC pun pemuda ini sanggup temankan sehingga sanggup tolong suapkan gadis buta ini. Betapa bestnya hidup gadis buta ini.

Dan pada satu hari, gadis buta ini berkata kepada pemuda tersebut

“Jika satu hari nanti aku dapat melihat semula, engkaulah yang aku akan kahwin!”

Tiba-tiba. Pada suatu hari. Pihak hospital panggil si gadis buta ini dan bagitau ada orang sudi dermakan mata kepada gadis ini. So, dengan berbunga hatinya gadis ini gembira dan beritahu sekali lagi kat kekasihnya (pemuda tadi) yang dia akan kahwin dengannya jika dia dapat melihat semula. Pemuda yang memerangkap kekasihnya itu sangat happy..

Selesai pembedahan dan gadis buta itu akhirnya dapat melihat semula. Pemuda yang memerangkap kepada kekasihnya berkata:

” Akulah kekasih kau yang selalu menemani kau ke mana sahaja kau pergi. Jadi, sudikah engkau mengahwini ku?” jelas dan soal pemuda tersebut.

Alangkah terkejutnya Gadis yang sudah tidak buta itu melihat seorang pemuda yang juga buta sepertinya sebelum ini. Dengan pantasnya gadis itu menolak permintaan pemuda buta untuk mengahwini dirinya..

Dengan lemah longlai pemuda itu bangun dan berjalan. Ketika dipintu bilik sebelum keluar dari bilik gadis buta itu. Pemuda itu menoleh dan berkata:

Jagalah kedua pasang mataku itu dengan baik..” Suara pemuda itu dengan tangisan dan kesedihan yang melampau..

So, Apakah Moral untuk kisah kali ini?

  1. Keadaan ini membuktikan bahawa otak manusia akan berubah apabila statusnya berubah

  2. Tak ada orang yang suka keadaan yang menyusahkan dirinya.

  3. Jangan mendermakan mata kepada orang yang kita sayang! Amaran dari aku melainkan korang nak terima akibat yang sama macam cerita ini..


Ps: Berhati-hatila dengan gadis buta ini. Nama gadis yang dah tak buta ini gagal dikesan..

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011