Hari ini aku cuma nak sentuh tentang masalah berhutang dikalangan blogger dan webmaster. Tak kurang jugak dapat aku katakan bahawa ini masalah kronik dan global rakyat Malaysia. Aku berani jamin hampir 80% setiap rakyat Malaysia yang masih bernafas mempunyai hutang sama ada hutang itu adalah hutang kad kredit ke, hutang pinjaman rumah ke, hutang kereta ke,
hutang PTPTN ke, hutang pinjaman perniagaan atau hutang bank dan pelbagai hutang yang aku malas nak sebut kat sini. Itu lum termasuk hutang mas kawin atau hutang belanje kawin atau hutang along bukit beluntung..
So, dari segi penyelesaian. Apakah langkah yang kau orang wajar buat untuk menjawab persoalan hutang ini? Adakah anda masih meneruskan aktiviti berhutang ini sehingga tua atau anda ada alternatif sendiri untuk menyelesaikannya?
Secara jujurnya, aku juga mempunyai beberapa hutang yang perlu diselesaikan. Jangka masa adalah dalam tempoh 2-3 tahun ini. Aku yakin hutang itu akan habis dan tak mustahil untuk
hutang baru akan timbul. Tapi aku akan usahakan agar ianya tidak terjadi berdasarkan plan jangka masa panjang yang telah aku rangka pada tahun akhir di UMS dahulu. Harap-harap tak ada perubahan dalam tempoh terdekat ini. Jadi, korang plak bagaimana? Adakah korang sudah merancang atau masih belum buat apa-apa? Jika belum buat apa-apa, apa kata korang berfikir sejenak sekarang.
Ya, aku tahu sesetengah orang ada caranya sendiri dan aku juga faham setiap orang ada masalah masing-masing yang sukar untuk diselesaikan. Jadi, apakah cara untuk membantu menyelesaikan hutang anda? Aku suggest 2 cadangan sahaja.
1. Jika korang dah kerja. Berjimat dan buat kerja sampingan.
2. Jika korang adalah perempuan. Kahwinlah dengan orang yang gaji bulanannya 4-5k ke atas.
Jika korang tergolong dari golongan pertama, nasihat aku. Usahalah sampai tulang belakang korang sakit dan juga kurangkan makan gula. Maksud aku,
jaga kesihatan. Jika korang sakit, hutang tak leh bayar dan jika dah kawin, korang cuma akan menyusahkan keluarga korang aje. So, jaga diri dan kurangkan makan. Makan bila lapar dan biasakan minum air suam banyak-banyak. Bila kita sehat, kita leh
cari duit banyak-banyak dan langsaikan hutang kita. Lepas tu, nak kawin pun sonang. Bapak mertua pun tak pening kepala nak bagi anak dara diorang kat kita. Betul tak??
Jika korang tergolong dari golongan kedua, aku nasihatkan. Ikut aje cakap aku. Cintailah suami korang yang mempunyai banyak harta dan mampu menyara korang. Zaman sekarang, jika kau tak ada duit, jangan haraplah ada perempuan hendakkan engkau. Fakta ini aku sudah kaji sejak aku mengenali perempuan. Pengalaman dari darjah enam mengajar aku. Serius, jarang betul budak perempuan nak keluarkan duit dulu berbanding kita kalau kuar dating atau belanje makan.
Dan satu lagi fakta,
bukan perempuan itu hina kerana memandang duit. Tapi lelaki kene ingat. Korang sudah hidup zaman 2k, bukan zaman 1k. Zaman sekarang, semua tentang duit. Tanpa duit, pilihan raya pun tak leh ON tau. Ceramah malam-malam pun tak leh ON. Tanpa duit, bakal bapak mertua reject korang. Tanpa duit, korang tak leh beli kereta mercedes atau perdana. Pegawai Polis pun takkan bekerja tanpa gaji dan sebagainya.
Jadi, jika kau kata duit itu tidak penting dan tidak menerima hakikat kepentingan duit, aku yakin ada urat saraf yang rusak di kepala otak manusia itu. Kesimpulannya, perempuan mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan duit. Itu hakikat yang tidak dapat dipisahkan. Jangan sangkal lagi hujah aku ini. Jika kau sayang itu perempuan, duit bukan lagi masalah buat korang kan? So, carila duit banyak-banyak untuk perempuan kesayangan korang. Dan perempuan, jika tidak mahu berhutang. Carilah CEO syarikat atau anak menteri atau anak raja. Insya-Allah, terjamin masa depan korang sehingga beberapa keturunan..
Ok. Cukuplah hujah yang ringkas dari aku. Aku tak berniat nak pergi dengan lebih jauh. Cuma mahu berkongsi sesuatu tentang hutang. Aku ada hutang dan aku sendiri aku cuba membayarnya. Tapi jika aku mati, kewajiban untuk membayar hutang itu jatuh kepada ahli keluarga aku. Biarpun aku tahu mak bapak aku mampu bayar hutang aku. Tapi aku tak nak diorang bayarkan. Cukuplah diorang bagi aku duit untuk belajar dari sekolah rendah hingga ke universiti. Aku tak tau dah berapa ribu depa labur. Tapi aku yakin, hasilnya pasti membanggakan. Itulah aku. Hehe..
Last perkataan, jika ada hutang. Bayar. Jangan bagi alasan. Jika kau orang sanggup mati dengan berhutang. Pastikan korang buat wasiat suruh keluarga bayarkan. Kalau tidak, akibatnya lu pikir sendiri la!
Ps:
Hutang PTPTN aku tinggal sikit je lagi. Yeye..
Popularity: 6% [?]
Sphere: Related Content