Archive for the 'last earncent contest' Category


INi adalah keputusan rasmi untuk Last Earncent Contest. Maaf kerana lambat untuk memaklumkan kerana terdapat beberapa masalah personal dan masalah dunia yang melanda.

1. farahaznil
2. abdfatah
3. merahkatak
4. akazuma
5. rina
6. humbleandmodest
7. videono
8. debtrunner
9. appleblogger
10. tini

Keputusan adalah muktamad dan jika hendak buat bantahan. Sila depositkan RM1000 beserta surat rasmi anda. Tak main pakai email-email dah. Untuk review contest yang berjalan serentak dengan contest ini, tiada satu review yang menarik perhatian aku. Jadi, tiada pemenang untuk review contest tersebut.

Kepada para pemenang, anda boleh claim hadiah Last Earncent Contest ini dengan kadar yang segera. Perhatian kepada cik Farahaznil. Sila berikan no akaun bank untuk memudahkan penghantaran hadiah wang tunai.

——————-
Nama :
Username :
Akaun bank dan no akaun :
no hp :
email :
Pemenang no :
Contest : New Earncent Contest 2008
——————-
Sila emailkan ke titan1[at]earncent.com

Hadiah wang tunai dan hadiah yang berkaitan akan dihantar dengan secepat mungkin. Dan jangan lupa untuk claim hadiah secepat mungkin. Dan dengan secara tak rasmi, contest bulan Januari berjalan seperti biasa.  Harap maklum.

Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content




Ok. Ini maklumat terperinci untuk contest terakhir pada tahun 2008 ini. Jika korang berminat untuk menyertai contest terbaru dari earncent.com. Korang leh baca data-data ini tanpa mengelipkan mata dalam 2 saat.

Syarat-syarat penyertaan Last Earncent Contest 2008


1. Mesti ada akaun bank seperti Maybank, CIMB, Paypal, dan sebagainya.
2. Mesti subscribe blog ini. Wajib.
3. Pemenang hanya untuk 1 username sahaja.

Pertandingan atau contest ini dikira melalui sistem point. Siapa yang paling banyak kumpul point dan banyak menyelesaikan tugas yang diberikan. Mereka berpeluang untuk menang.

1. Subsribe blog earncent - 20 point
2. Komen di blog earncent- 1 point untuk 1 komen
3. Review Tentang Pertandingan ini diblog anda - 30 point
4. Follow Twitter aku - 20 point
5. Subsribe blog The Important of Eye - 20 point

*aku rasa korang tahu camana nak subsribe blog earncent dan The Important of Eye kan?
*aku pun rasa korang tahu bagaimana untuk membuat komen.
*sila review dalam lingkungan 50-400 patah perkataan. Tak perlu terlalu panjang.
*Jika korang ada twitter. Sila follow titaniumhijau untuk dapatkan lebih point.

JIka korang sudah subsribe blog earncent atau The Importan of Eye serta follow aku diTwitter, sila maklumkan di blog earncent atau di forum wangcyber. Ini memudahkan untuk aku kira point korang.

Ok. Itu sahaja cara-cara untuk mendapatkan point untuk contest ini. Semua orang ada peluang untuk menang dan aku harap, ramai yang akan mengambil peluang untuk mencuba nasib.

Ok. Kita cite bab hadiah pulak:

1. RM50 + Panduan Buat Duit dengan Shareasale
2. RM30 + Panduan Buat Duit dengan Shareasale
3. RM20 + Panduan Buat Duit dengan Shareasale

No. 4 hingga 10 akan mendapat hadiah saguhati sebanyak RM5.

Kesemua pemenang dari nombor 1 hingga 10 akan mendapat bonus produk tambahan yang akan aku bagitau nanti. Yang pasti, produk baru.

Bonus Tambahan - Review Terbaik akan memenangi hadiah wang tunai sebanyak - RM25!

Setakat ini, ini sahajalah hadiah yang dapat aku berikan. Jika ada antara anda yang berminat untuk tambah hadiah atau menjadi sponsor untuk contest ini, sila emailkan di titan1[at]earncent.com atau PM sahaja titaniumhijau di Forum Wangcyber.

Dengan ini, Last Earncent Contest 2008 dilancarkan dengan serta merta. Tarikh tutup adalah 1 Januari 2009 dan pemenang akan diberitahu dalam tempoh 1-2 minggu. Harap Maklum.

Ps: JIka ada apa-apa lagi maklumat atau pertambahan hadiah dari sponsor, aku akan maklumkan di blog earncent dan juga diwangcyber.

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member













  • RahsiaFacebook.my
PanelPlace - No more missing out on surveys!

-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Melayu Boleh | DenaiHati Contest | Saya Suka Wangcyber | Who is RajaKamil? | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------