Archive for the 'kursus pengurusan jenazah' Category


Hari ini aku sangat sibuk. Yelah, walaupun sepatutnya hari Jumaat ni tak sepatutnya aku sibuk, tapi aku tak tahu kenapa hari ini aku diberikan begitu banyak tugas sehingga aku terlupa untuk makan nasi ayam kegemaranku. Mesti Zahar bengang sebab aku tak order nasi ayam hari ini. Nescafe aje sebagai penawar hati aku pada pagi itu. Maklumlah, sibuk punye pasal. Haha..

Secara jujurnya, aku baru balik dari Jerantut dan akan berehat selama 1 hari sahaja iaitu esok. Hari Sabtu. Aku akan uruskan beberapa perkara di Banting sebelum berangkat pulang ke Jerantut pada pagi Ahad nanti. Sepatutnya esok ada Kursus Pengurusan Jenazah. Tapi aku malas nak pergi. Yelah, dari aku darjah satu hinggalah ke sekolah menengah, sambung ke matrikulasi dan akhirnya di universiti, aku dijemput ke kursus yang sama. Fuh, tak larat aku nak stand up untuk 6-7 jam untuk kursus nih. Bukan aku riak tak nak pergi, tapi aku balik ke Banting sebab ada urusan yang lebih penting dan tak dapat dielakkan. Jadi, antara kursus yang tak wajib dihadiri dan kerja yang urgent. Aku pilih Banting. So, janganlah tanya kenapa aku tak datang. Memang aku tak berniat nak datang.

Penat juga naik bas dari Jerantut ke Klang. Dari sana, aku cari adik aku. Dia tengah stand by masa tu tunggu bas aku sampai ke Klang Central. Lepas aje beli tiket untuk hari ahad. Naik teksi terus ke stesen komuter. Fuh, RM20 kene caj. Mahal. Tapi aku tak kesah. Bukan senang nak cari drebar dan kereta yang berhawa dingin ketika itu. Jadi, bagi aku RM20 dari Klang Central ke Stesen Komuter Klang adalah murah bagi aku. Duit bukan masalah. Tapi keselesaan itu penting bagi aku sebab aku dah tak selesa dok dalam bas selama 4-5 jam. Nak tidur pun tak best..

Sempat lagi call seseorang dan kacau dia kejap. Seronok plak dapat kacau orang. Lantaklah. Ianya satu kegembiraan jika kita dapat dengar seseorang itu ketawa dan gembira. Begitu juga aku. Aku juga manusia biasa yang perlukan kegembiraan. Baru aku sedar nilai ketawa itu penting bagi seorang lelaki. Memang lelaki melayu boleh yang sejati aku nih. Haha..

Ok. Tepat jam 10.47 malam. Aku dan adik aku sampai kat rumah. Sempat lagi aku borak dengan mak aku sampai kul 1. Haha, padan muka mak sebab kena layan aku. Maklumlah, bukan selalu aku balik Banting sejak aku dok Jerantut ni. Dalam 4 bulan lebih ni. Cuma 3 kali aje aku balik rumah. Itupun sebab-sebab urgent atau cuti panjang. Nenek aku dah bising suruh balik rumah dia. Nak tak nak, esok aku kene rempit ke rumah nenek aku untuk menerima bebelan keramatnya macam biasa. Oh!

Nak tido dah. Semoga mimpikan seseorang.

Ps: Sah. Aku tengah angau. Haha..

Pss: Tentang review kursus pengurusan jenazah tu. Malas aku nak cerita. Takde mood.

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011