
Subuh ini masih samar-samar. Aku tidak pasti apakah berita pada pagi ini akan mengembirakan hati semua orang atau memberi kedukaan yang mendalam dalam hati seseorang di negara ini. Pastinya malam tadi penuh dengan debaran dan tanda tanyakah. Apakah setelah lebih 20 tahun BN memerintah. Ini kali pertama mereka menerima kekalahan terbesar sehinggakan 5 buah negeri telah berjaya dirampas oleh Barisan Alternetif yang terdiri daripada PAS, DAP dan PKR. Yang pasti, 12 jam yang lepas dan 24 jam yang akan datang akan menjadi satu episod baru selepas 8 Mac 2008 berlalu.
Selangor, Pulang Pinang, Perak dan Kedah bakal mengalami tsunami baru setelah BA berjaya memenangi lebih dari separuh kerusi yang dipertandingkan diperingkat DUN atau Parlimen. So, aku malas nak ulas panjang-panjang. Debaran itu akan terjawab di semua dada-dada surat khabar nasional dan swasta. Pastinya Metro akan lebih sensasi dan sold out besok dengan berita-berita yang penuh mnedebarkan dan menyakitkan hati. Aku pasti, lebih dari satu surat khabar aku akan beli pagi ini selepas mencari nasi lemak sambal sotong di kawasan rumah aku..Adakah masih sedap lagi sambal sotong di Banting setelah BA mengambil alih tempok pemerintahan Selangor? Aku tidak pasti. Harap-harap Kedai Nasi lemak itu tidak ada masalah. Hehe..
Pak Lah terkedu seketika ketika wartawan bertanya pada beliau dan akur dengan kekalahan ini. Sammy Vellu pula terpaksa mengucapkan selamat tinggal. Datin Seri Sharizat pula tewas kepada Nurul Izzah dan pastinya sudah tiada seri lagi biarpun khairi masih gah menang dengan undi post ketika bertanding dengan Badrul Hisham Shahrin di kawasan Rembau. Di batu kawan menunjukkan kekalahan Dr Koh Tsu Koon kepada Dr P. Ramasamy (PKR) dengan kelebihan 3000 undi. Walaupun Pak Lah, Najib dan Khir Toyo berjaya memenangi di kawasan masing-masing namun masih gagal untuk menyelamatkan Kedah, Selangor dan Penang. Ternyata setelah beberapa minggu tahun Pak Lah menerajui negara, beliau gagal untuk memastikan kemenangan BN pada Pilihan Raya Umum Yang Ke 12. Tidak dinafikan pengarah kuat barisan Alternatif telah menyebabkan fenomena ini berlaku biarpun BA tidak menggunakan Television untuk mempromosikan pilihan raya kali ini.
Zainuddin Maidin tewas? Ini antara yang di tunggu-tunggu oleh penyokong BA. AKu pun memang tak gemar sikit mamat nih. Tak pandai betul berkata-kata dan emosional. Dah kalah, senyaplah lepas nih..Karpal Singh dan Azalina. Macam biasa. Menang dengan selesa. Dan macam-macam berita dari pukul 9 malam semalam hingga ke subuh ini. Berita di
Malaysiakini,
harakahdaily.net dan forum-forum tertentu termasuklah
wangcyber membincangkan isu terkini pilihan raya ke 12 ini.
Tuk Guru Nik Aziz gembira pastinya antara yang paling gembira dengan berita ini. So, lepas nih makin sibuklah nampak gayanya. Dan kesemua negeri yang berjaya dikuasai pastinya akan menjadi aset berharga bagi Barisan Alternatif. Nah, sudah berjaya dan mari tunjukkan bahawa BA juga mampu berbuat lebih dari dari BN. Meh kita dengar apa Anwar kata..
Terima kasih Malaysia, BA menang lima negeri!
“Terima kasih kepada seluruh rakyat Malysia.Saya begitu terharu dan tersentuh dengan pilihan yang dibuat mereka dan penghargaan wajar diberikan kepada rakyat Malaysia dan rakan-rakan yang mahukan perubahan dan era baru dalam negara.”
Demikianlah kata mukadimah penuh semangat Penasihat KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang mengadakan sidang media khas keputusan kejayaan Barisan Alternatif (BA) jam 1.10 pagi tadi di kediamannya tadi.
“BA telah berjaya menubuhkan kerajaan di lima buah negeri iaitu Kelantan,Kedah, Pulau Pinang,Perak dan Selangor,” kata Anwar di hadapan lebih 50 wartawan dan jurugambar luar dan dalam negeri.
“Kita telah berjaya menafikan dua pertiga majoriti di Parlimen,” katanya.
Ini kata Pak Lah pula,
Sementara bercakap mengenai isu beberapa pemimpin parti komponen BN yang tewas di Parlimen masing-masing, Abdullah hanya berkata “dah kalah, kalah lah”.
huhu. Aku dah tak tahu apa nak cerita. Korang boleh baca surat khabar hari ini atau capai mana2 blog2 yang menceritakan kisah pilihan raya ke 12 atau ke malaysiakini, harakahdaily dan macam-macam lagi. Penat dah badan dan mata aku berjaga untuk melihatkan keputusan rasmi.
So, apa yang kita harapkan kepada pucuk baru kali ini? Aku harap diorang dapat membantu dan menyelesaikan masalah yang sebelum ini menjadi beban kepada rakyat Malaysia. Aku tak mintak banyak, cukuplah jika mereka semua mampu membuatkan kami semua senyum puas hati selalu. Aku selaku anak jati Selangor berharap perubahan yang ketara dari BA dan kepada bakal menteri besar Selangor yang baru. Pastinya bukan Khir Toyo. Bukan aku tak suka dia. Tapi nak wat macam mana kan? Selangor ini penuh dengan isu dan aku harap pelbagai isu dapat diketengahkan dan diambil tindakan sewajarnya.
Ahh. Aku sudah penat bersuara dan aku mahu dengar pendapat korang semua. Apa kata korang dengan kemenangan BA ke atas 5 negeri ini? Aku nantikan komentar dan idea baru dari korang semua. Hari ini hari last Top Komentator bulan Februari 2008. So, aku harapkan ini jumlah komen yang terbesar. Itupun kalau bolehla..
Ps: Lepas nih boleh kot agaknya aku mintak sponsor dari BA untuk hadiah-hadiah top komentator bulan-bulan seterusnya? Air tebu sorang satu pun jadila. Hehe..
Pss: Leh lihat keputusan tak bape rasmi kat sini :
Malaysiakini
Update : Dapatkan berita menarik di sini. Korang leh baca apa Utusan cakap :
1 |
2 |
3 |
4 Popularity: 5% [?]
Sphere: Related Content