Hari ini aku sedih. Kerana apa? Chong wei kecundang dengan Lin Dan. Tidak dapat aku katakan apa-apa. bukan Chong wei tidak mencuba. Cuma Lin Dan terlalu kuat pada malam ini. Aku akur apabila melihat pertandingan tadi. Ahhh..terlalu banyak yang tidak menjadi dan Lin Dan tampak handsome dan gagah bersama penyokong masing-masing.
Smash yang tajam dan umpan yang menjadi dari Lin Dan membuatkan hampir berjuta rakyat Malaysia keempunan untuk mendapat emas pertama dari acara Badminton di temasya Olimpik ini. Aku rasa ini juga salah satu acara yang bakal memberikan pingat. Tetapi, ternyata, bukan pingat emas. Pingat perak menjadi milik Chong Wei dan aku rasa aku tetap bangga kerana perjalanan beliau untuk sampai ke tangga Final ini bukan senang. CHong Wei, aku tahu beban kau agak menggunung ketika ini. Aku juga tahu kau kepingin untuk memiliki sebutir pingat Emas itu. Tapi apakan daya, Lin Dan terlalu hebat pada malam ini. Dia pakai minyak Kanda Dinberamoi kot..
Pada set kedua, bagi aku Lin Dan macam main-main sahaja. Tapi main-main pun, aku lihat dia kejar semua bola yang CHong Wei sampaikan. Main-main tapi serius. Lin Dan, ketika kedudukan menghampiri mata penamat, dia memperlahankan rentaknya dan akhirnya Chong Wei tetap tewas biarpun cuba berjuang dengan kudratnya.
Jika kau orang perasan. Lin Dan nampak seperti Gergasi ketika ini. Tetapi Chong Wei nampak kerdil. Kene pulak Penyokong kuat menjerit bagai nak rak. Kalau aku pun mungkin down dan tension. Wuu..smash terakhir itu menlenyapkan impian semua rakyat Malaysia termasuklah aku. Penyokong kuat Badminton tanah air. Wuu..
Keputusan rasmi. Lin Dan menang. Chong Wei kalah. Pingat Emas untuk Lin Dan dan Perak untuk Chong Wei. Tahniah untuk korang berdua. Badminton menjadi satu permainan menarik di abad ini. Pernahkah korang lihat stadium penuh dan kedengaran sorakan padu dari lelaki dan perempuan? Badminton adalah satu sukan yang mengembirakan bagi pihak yang menang. Pihak yang kalah, cuba lagila. Hehe
Ps: Malam ini, aku tidak lihat senyuman Chong Wei dan Misbun walaupun seketika. Apatah lagi Abah dan Mak aku. Semua dok senyap je. Aku je dok bising sokong bagai nak rak kat rumah ni..
Pss: Untuk Chong Wei. RM300 ribu dan RM3 ribu pencen setiap bulan menunggu. Biarpun sedih sebab kalah, tapi aku yakin sedikit saguhati ini cukup menggembirakan Chong Wei dan Mew Cho
Ahh..aku mahu layan anime pulak!
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related Content


























