Archive for the 'KPLI' Category


Hari Khamis yang lepas, aku tak sempat nak update apa-apa yang patut sangat. Sangat sibuk dan aku perlu selesaikan banyak perkara sebelum aku bercuti minggu depan. Sangat sibuk dan aku kena pergi site sana site sini. Ada sahaja kerja yang perlu dilakukan. 2 paperwork baru sahaja disiapkan dan kena submit secepat mungkin. Aku main buat aje. Janji siap sebab bos aku pun bukan jenis berkira sangat. Tapi aku memang yakin apa yang aku buat tu betul. Oleh sebab aku tak dapat bawa laptop Fujitsu aku tu, aku pakai je komputer office yang memang terkenal dengan sarang pembiakan virus. Huh. Nasib tak jadi apa-apa masa aku buat kerja. Terus aku install Nod32 antivirus kat komputer yang aku pakai. Siap letak Ace Utilities lagi tuh dan install apa yang patut agar memudahkan kerja aku dikemudian hari..

Hari Jumaat yang lepas, kerja banyak yang dah siap. Tinggal nak photostat apa yang patut sahaja. Aku sebenarnya lapar sangat pada hari tersebut. Sehingga terlupa akibat sibuk ke sana dan ke sini. Ada meeting yang habis lambat. Meeting pagi ni yang aku tak berapa gemar sebenarnya. Kekadang ambil masa sangat dan membuatkan aku lambat nak buat kerja yang sepatutnya aku siapkan. Itulah, buat kerja lambat-lambat lagi. Time macam ni, baru nak tunjuk rajin. Hehe.. bukan apa, memang kerja-kerja last minute ni, sentiasa bagi aku idea yang hebat dan gemilang untuk menghasilkan keputusan yang cemerlang dan mantap. Alhamdulillah, kerja siap dan aku teringat sesuatu. Esok merupakan hari perkahwinan dia. Dia ajak pergi. Tapi hati aku berbelah bagi. Nak pi ke tak. Aku malas nak kacau majlis orang sebenarnya..

Hari Sabtu yang terlepas, aku tak pergi ke majlis perkahwinan si dia yang merupakan juga hari akad nikah dia dengan insan tersayang. Bunyi macam sedih aje kan? Tapi nak buat macam mana. Itu hakikat yang aku kena terima dan pada hari tersebut aku sebenarnya sedang merempit ke Lipis untuk ambil ujian MTest KPLI-SR yang diadakan di Maktab Tengku Ampuan Afzan. Naik black saga aku tu, dalam satu jam dah sampai. Lepak kedai makan jap. Makan nasi lemak. Dalam jam 8.30 pagi, aku gi ke maktab. Parking tepi dewan, pakai tie dan sikat rambut sikit. Aku melangkah ke dewan. Sekali dah nak penuh. Aku ingat aku yang paling awal sekali. Sekali antara yang lambat ni. Haha..selepas habis jawab exam dalam jam 12.30 tengah hari, aku terus ke Centrepoint lipis dan bermain internet. Petang tu, aku tunggu mak abah aku yang datang dari Banting untuk pergi ke majlis pertunangan sepupu aku kat Kampung Keledek. Tapi petang tu, kita orang gi jumpa Wan aku dulu kat rumah Beh aku. Dekat aje. Dalam area Lipis tu jugak. Jadi, tidurlah aku di sana pada hari tersebut..

Hari Ahad yang lepas, aku gi rewang apa yang patut kat majlis pertunangan sepupu aku tuh. Nikah lagi 2 tahun. Mungkin sebab laki sepupu aku tu orang Askar. Sekarang kerja kat Sabah. Balik pun tunggu cuti panjang. Jadi, diorang wat perancangan macam tu. Aku tolong apa yang patut aje. Dah penat rewang, aku naik atas, gi makan kejap. Cari port baik, tidur sampai ke petang.. dan malam tu, Chong Wei menang kalahkan pemain Jepun tu. Fuhh, penuh mendebarkan jiwa dan jantung aku. Nasib tadi aku check, buah pinggang aku masih ada lagi dua..

Ps: Semua ni, aku dah taip semalam. Jadi, aku set tarikh semalam walaupun aku publish hari ni.. icon smile Titan, Tunang dan Kahwin

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini, aku masuk cerita plak tentang KPLI atau dalam nama panjangnya ialah Kursus Perguruan Lepasan Ijazah.Bagi yang masih berminat hendak jadi guru, korang bolehlah apply KPLI-SR yang baru sahaja dibuka sejak seminggu yang lepas. Bagaimana caranya? Meh aku ajar cara untuk beli pin KPLI. Korang tahu BSN? Apa itu BSN? Bank Simpanan Nasional. Haa, gi bank tu. Pergi ambil nombor. Kalau tak tahu, gi tanya kat akak guard tu. Dia akan ajar apa yang patut. Dah ambil nombor kan? Ok. Step seterusnya, pergi ambil borang nak bayar duit pin KPLI nih. Tak tahu jugak? Gi tanya akak guard tu lagi. Dah siap isi semua, tunggu aje angka giliran korang dipanggil. Sediakan RM6.00 untuk harga nombor pin KPLI tu. Jangan lupa, bagi gula-gula hacks kat akak guard tadi. Penat dia layan korang kan. Hehe..

Haa..aku dah buat. Dan buat kali pertamanya aku sendiri pergi beli tanpa arahan oleh sesiapa. Baik kawan-kawan atau ahli keluarga aku. Bukan apa. Sebelum diorang suruh dan mengata aku bukan-bukan, baik aku beli awal-awal dan settlekan urusan tu secepat mungkin. Aku malas sebenarnya nak dengar umpatan keji kawan-kawan aku yang mengisi borang KPLI nih. Itu belum lagi ceramah percuma dari mak abah aku. Jadi, dengan macho dan handsomenya aku pun pergi beli dan isi. Pup! Selesai satu masalah. Secara jujurnya, ini satu perubahan berani yang aku lakukan. Dapat atau tidak, itu bukan lagi persoalan. Pendek cerita, aku sudah selesaikan satu masalah yang memang takkan bagi aku masalah buat masa terdekat ini.

Tadi aku kemas barang-barang. Esok pagi, aku akan merempit semula ke Damak. Ambil masa dalam 4 jam. Kalau drive biasa, 4 jam lebihlah. Kalau aku malas, aku tidur tepi jalan. Nak dekat petang, baru aku balik. Yelah, esok aku akan bertolak awal pagi. Dalam jam 8 atau 9 pagi. Mak aku dah tanya nak bawa bekal ke tak esok. Dah macam nak pegi sekolah waktu kecik-kecik la pulak. Mak aku nih super concern tentang anak-anak dia. Memang semua dia nak jaga selagi aku belum kahwin. Bila aku mula mengarut kata tak nak itu ini, mak aku selamba dia kata kat aku camni.. “kalau tak nak mak membebel, gi kawin cepat. Ni dah besar pun tak reti nak urus diri. Bilik tu bersepah aje, makan tak terus dan bla..bla..dan bla…”

Lebih kurang gitulah. Tapi itu sebab aku sayangkan mak aku. Abah aku memang cool. Biasalah, lelaki. Mesti nampak cool dan macho. Aku rasa memang aku mewarisi kecoolan abah abah aku. Mak aku mengamok satu hari pun, dia boleh buat selamba aje layan facebook. Mentang-mentang aku baru aje dia guna facebook. Terus gi main Mafia wars. Tapi sebab itulah, aku sayang diorang berdua dan adik-adik aku yang lain. Tanpa diorang, memang aku rasa cam tak best hidup ni. Bila cutilah baru dapat jumpa. Kalau tak, masing-masing sibuk aje. Kalau aku dah berkahwin nanti, aku memang harap nak kerja dekat dengan diorang. Tak tahulah. Harap-harap doa aku makbul dan doa mak abah aku pun makbul juga. Aku tahu apa yang diorang harapkan. Insya-Allah..

Lupa nak bagitau. KPLI-SR itu merujuk kepada sekolah rendah. KPLI ni khas untuk sekolah rendah. Biasanya selepas kita isi borang kat internet nih, kita akan tunggu resultnya. Aku pun tak pasti keputusannya tu cepat atau lambat. Jadi, tunggu ajelah keputusan KPLI-SR tu keluar. Biasanya akan keluar kat surat khabar. Dah dapat, kita akan gi M-test. Lepas tu, kalau layak, baru dipanggil untuk interview. Lepas tu, kalau berjaya dalam temuduga tu, korang akan mulakan sesi pembelajaran kat universiti ataupun maktab. Aku kurang pasti. Tapi rasanya macam kat maktab aje. So, belajar ajelah dalam setahun lebih atau mungkin dalam 2 tahun. 2 tahun tu, sekejap aje. Tak lama. Pastu, tunggu posting dan akhirnya, bolehlah jadi guru sekolah rendah. Nak naik jadi guru sekolah menengah. Itu aku tak tahu. Kena tanya abah aku plak. Hehe..

Ps: Abah aku masih aktif berfacebook hari ini. Hoho.. icon smile Titan, KPLI SR dan Abah yang Cool

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Jan 16

New Target: Damak

13 comments - Post a comment


Baru sahaja aku pulang semalam ke Banting. Ada sedikit hal yang perlu aku uruskan ketika aku disini sebelum aku bertolak semula ke Jerantut pada esok pagi. Banyak juga kerja yang tergendala bila aku pulang ke Banting. Tapi kalau aku tak balik sekarang, lagi banyak kerja yang aku tak dapat buat pada minggu hadapan. Fuhh..banyak betul kerja bila kita switch ke bidang kerja kerajaan ni. Siapa yang kata kerja kerajaan ni senang, aku tak tahulah. Susah sebenarnya. Banyak benda yang kita kena fikir dan banyak hati yang perlu dijaga..

Banyak benda yang aku hendak buat sejak semalam, tapi terpaksa aku tangguhkan untuk selesaikan perkara yang lebih utama. Kalau nak diikutkan, memang semua tu takkan siap dalam satu malam. Aku kena buat satu demi satu untuk mengelakkan kesilapan demi kesilapan berlaku. Kalau tak, lebih banyak kesilapan berlaku dan menyebabkan kerja aku akan lambat siap. Esok, ada banyak lagi benda yang kena aku lakukan. Hoho..

Tentang blog-blog aku, aku dah setelkan beberapa perkara seperti bayar domain tahunan, beli 3-4 domain untuk projek TNX, setting blog-blog yang lain, update blog-blog yang penting dan melayan karenah pelanggan terutamanya para pembeli Panduan TNX. Walaupun tak semua perkara aku dapat selesaikan tetapi sekurang-kurangnya aku dapat update apa yang patut. Nak buat bayaran pun dah senang.  Komisen bagi agen Panduan TNX aku semak malam ni sementara aku masih boleh online hari ini. Esok lusa, aku tak tahu aku boleh online lagi atau tak. Harap-harap masalah internet akan selesai tak lama lagi..

Sejujurnya, kerja aku di Damak akan mengambil masa yang lebih lama berbanding di Jerantut dulu. Tapi nak buat macam mana, arahan bos perlu dipatuhi dan aku kena buat apa yang sepatutnya aku lakukan. Harap aku dapat belajar sesuatu yang berbeza di Damak seperti yang aku peroleh ketika aku di Jerantut. Ya, aku tidak menyesal datang ke Pahang dan meninggalkan dunia Full Time Blogger. Ada benda yang aku sedang cari yang mungkin tiada di Banting atau di Sabah. Mungkin ianya ada di Jerantut dan Damak. Siapa tahu kan? Aku akan terus mencari sesuatu yang sudah lama hilang dalam diri aku. Ya, aku akan terus mencari..

Kepada member-member di Jerantut, aku tak lupa korang. Ada masa, kita keluar macam biasa. Nak buat macam mana, kat sini banyak plak kerja setiap hari. Nak keluar tiap-tiap malam pun dah tak larat macam dulu. Nampak sangat macam aku dah tak semuda dulu walaupun tetap kacak. Apapun, all the best dan aku harap korang semua berjaya dalam kehidupan korang. Jangan malas-malas. Hidup ni kejam. Tapi aku percaya ada banyak bahagia yang menanti. Bergantung pada kita untuk mahu atau tak untuk mencapai kebahagiaan tu. Huhu..

Ya. Damak menjadi sasaran baru. Aku harap lebih ramai kawan-kawan baru aku di Damak mengenali dunia blogging dan mampu buat duit dengan blog. Seperti mana yang aku lakukan di Jerantut, aku harap aku dapat buat sesuatu di sini. Di sini memang aku boleh katakan ianya berbeza berbanding dengan Jerantut. Jerantut boleh aku katakan agak membangun tetapi bagi pekan kecil seperti Damak, ianya satu dunia yang berbeza. Tidaklah asing bagi aku, tetapi aku harap aku dapat buat satu perubahan kecil. Insya-Allah..

Ps: Ok. Nak masak ayam. Lapar la pulak.. icon smile New Target: Damak

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini aku cuma hendak update sedikit bayaran yang telah aku terima. Aku akan sentiasa update beberapa bayaran yang aku rasa sesuai untuk dikongsikan bersama dengan pembaca blog ini. Alhamdulillah, trafik ke blog ini semakin baik dan beberapa ujikaji ke atas blog-blog baru aku sudah pun menampakkan hasilnya. Aku harap sesuatu yang baru dalam tempoh 3 bulan percubaan ini.

Ini merupakan bayaran terkini daripada TNX. Ini bayaran ke 25 jika tak silap aku. Mungkin payment yang ke 24. Aku sendiri tak pasti sebab aku malas nak login akaun TNX aku sekarang. Nanti-nantilah aku buka semula untuk confirmkan kesahihannya.

tnxpayment19april 300x135 Edisi Siasat: Berapa gaji bulanan Titan?


Dan ini pula bayaran komisen yang aku terima daripada hasil promosi produk Kerja-Kerajaan.com. Tak sia-sia aku letak banner disidebar kanan aku tu. Dapatlah sikit sales dan aku berterima kasih kepada mereka yang mendapatkannya. Semoga korang akan dapat kerja kerajaan macam aku juga. Haha..

komisenkerjakerajaan 300x183 Edisi Siasat: Berapa gaji bulanan Titan?


Cukuplah dua screenshot yang aku ambil. Samar-samar plak gambarnya. Takpelah, janji korang leh nampak dengan baik. Apapun, terima kasih kepada Jamal sebab bayar komisen tu. Aku sendiri tak tahu aku ada dapat sales. Jadi, jika sebelum ni korang memanjang failed temuduga kerja kerajaan, dapatkan panduan kerja kerajaan Jamal ni. Insya-Allah akan membantu. Hah, result Mtest untuk panggilan interview KPLI akan keluar 29 April nih. So, kalau kene panggil interview, korang dah patut sangat dapatkan panduan kerja kerajaan ni dengan segera. Senang sikit masa interview nanti..

Dan aku masih menunggu beberapa cek seperti Cek Nuffnang, Cek adsense, Cek Shareasale, Cek clickbank, Cek Bukisa dan beberapa cek yang lain. Tak perlu aku bagitau semua. Nanti korang kata aku belagak plak. Cukuplah kalau aku mampu buat duit dan hidup sederhana seadanya..

Begitulah income atau gaji bulanan yang aku akan terima. Dari TLA, Inlinks, TNX, Teliad, Backlinks, Linkadage, LinkXL, Adsense, Shareasale, Nuffnang, Bukisa dan beberapa lagi side income yang hasilnya dari blog merupakan gaji bulanan yang aku tunekan sebelum ni. Akhirnya, menjadi juga. Gaji bulanan aku? Adalah dalam 4 angka..

Ini sahaja update untuk hari ini. Maaf. Entri ni lambat dipublishkan. Aku tertido plak tadi..

Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011