Kali ini, aku akan kongsikan pula bayaran komisen kedua yang aku terima daripada Berrybunch. Yap, setiap kali aku terima bayaran komisen, aku akan kongsikan dalam blog ini. Walaupun mungkin nilai komisen yang aku terima ini tidak banyak, ianya membuktikan bahawa program Berrybunch ini membayar ahlinya yang mempromosi program Berrybunch ini. Tidak dapat aku nafikan semakin hari semakin banyak benda baru dalam program Berrybunch.

Malah, pada ketika ada beberapa advertiser yang mula menggunakan Berrybunch sebagai medium beriklan. Siap ada yang promosi untuk pakej percutian lagi tu. Kat Langkawi, KL City dan Port Dickson. Mungkin sesuai untuk sesiapa yang hendak melancong pada akhir tahun ini. Maklumlah, ketika itu musim cuti sekolah. Mesti ramai yang nak berjalan-jalan macam mak abah aku yang hendak bercuti ke Terengganu dalam 2-3 minggu ini. Aku akan tunggu mereka di Jerantut dan kami akan konvoi 3 kereta dari Banting-Jerantut-Terengganu. Apalah yang ada kat Terengganu tu pun aku tak tahu, aku mengikut aje perabihkan duit gaji aku bulan ni. Duit gaji online, aku tak nak usik. Biarlah dalam akaun bank. Hehe..

Ini bukti bayaran yang aku terima dan ianya cumalah berjumlah RM7.50 sebab ada seseorang yang telah register under aku dan masuk melalui pakej Nilam. Terima kasih aku ucapkan dan aku akan bagi sedikit hadiah dalam tempoh terdekat diatas kesudian korang daftar dibawah aku. Aku tak dapat janjikan bulan dan bintang ataupun hadiah bangalow atau kereta Saga SE, tapi titipan kecil dari aku itu, aku harap korang sudi terima dengan tangan terbuka dan senyuman manis dibibir.
Dan jika tidak ada sebarang masalah, aku akan terima lagi komisen esok tetapi bayaran kali ini adalah melalui bayaran komisen untuk “Valid Click-Thru”. Â Ada dalam RM40 lebih. Dan aku tak pasti berapa yang akan aku dapat untuk 10hb November ini. Nantikan sahaja update tentang Berrybunch dari aku. Nama program ni pun dah best, dah jadi Penyiar BIZO. Untuk memahami dengan lebih lanjut tentang BIZO dan Berrybunch ni, korang leh rujuk sini:Â BIZO
Jika berminat, boleh sertai kami di sini: Daftar Penyiar BIZO
Selain itu, korang boleh baca 2 artikel yang aku tulis sebelum ini. Satu ujikaji siri pertama aku tentang Berrybunch yang dulunya berbeza dengan sekarang. Dulu ada 3 pakej sahaja. Sekarang, Berrybunch sudah ada 5 pakej dan penerangan lebih terperinci. Website pun lebih kemas dan teratur. Artikel kedua pula menceritakan tentang bagaimana aku telah dapat komisen pertama dari Berrybunch. Insya-Allah, aku akan terus update pada masa hadapan. Setakat ini, program ini relevan pada ketika ini dan aku harap program Berrybunch BIZO ni dapat bertahan pada satu tempoh yang lama.
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content


















