Hari ini, aku masuk cerita plak tentang
KPLI atau dalam nama panjangnya ialah
Kursus Perguruan Lepasan Ijazah.Bagi yang masih berminat hendak jadi guru, korang bolehlah apply KPLI-SR yang baru sahaja dibuka sejak seminggu yang lepas. Bagaimana caranya? Meh aku ajar
cara untuk beli pin KPLI. Korang tahu BSN? Apa itu BSN? Bank Simpanan Nasional. Haa, gi bank tu. Pergi ambil nombor. Kalau tak tahu, gi tanya kat akak guard tu. Dia akan ajar apa yang patut. Dah ambil nombor kan? Ok. Step seterusnya, pergi ambil borang nak bayar duit pin
KPLI nih. Tak tahu jugak? Gi tanya akak guard tu lagi. Dah siap isi semua, tunggu aje angka giliran korang dipanggil. Sediakan RM6.00 untuk harga nombor pin KPLI tu. Jangan lupa, bagi gula-gula hacks kat akak guard tadi. Penat dia layan korang kan. Hehe..
Haa..aku dah buat. Dan buat kali pertamanya aku sendiri pergi beli tanpa arahan oleh sesiapa. Baik kawan-kawan atau ahli keluarga aku. Bukan apa. Sebelum diorang suruh dan mengata aku bukan-bukan, baik aku beli awal-awal dan settlekan urusan tu secepat mungkin. Aku malas sebenarnya nak dengar umpatan keji kawan-kawan aku yang mengisi borang KPLI nih. Itu belum lagi ceramah percuma dari mak abah aku. Jadi, dengan macho dan handsomenya aku pun pergi beli dan isi. Pup! Selesai satu masalah. Secara jujurnya, ini satu perubahan berani yang aku lakukan. Dapat atau tidak, itu bukan lagi persoalan. Pendek cerita, aku sudah selesaikan satu masalah yang memang takkan bagi aku masalah buat masa terdekat ini.
Tadi aku kemas barang-barang. Esok pagi, aku akan
merempit semula ke Damak. Ambil masa dalam 4 jam. Kalau drive biasa, 4 jam lebihlah. Kalau aku malas, aku tidur tepi jalan. Nak dekat petang, baru aku balik. Yelah, esok aku akan bertolak awal pagi. Dalam jam 8 atau 9 pagi. Mak aku dah tanya nak bawa bekal ke tak esok. Dah macam nak pegi sekolah waktu kecik-kecik la pulak. Mak aku nih
super concern tentang anak-anak dia. Memang semua dia nak jaga selagi aku belum kahwin. Bila aku mula mengarut kata tak nak itu ini, mak aku selamba dia kata kat aku camni.. “kalau tak nak mak membebel,
gi kawin cepat. Ni dah besar pun tak reti nak urus diri. Bilik tu bersepah aje, makan tak terus dan bla..bla..dan bla…”
Lebih kurang gitulah. Tapi itu sebab aku sayangkan mak aku. Abah aku memang cool. Biasalah, lelaki. Mesti nampak cool dan macho. Aku rasa memang aku mewarisi kecoolan abah abah aku. Mak aku mengamok satu hari pun, dia boleh buat selamba aje layan facebook. Mentang-mentang aku baru aje dia guna facebook. Terus gi main
Mafia wars. Tapi sebab itulah, aku sayang diorang berdua dan adik-adik aku yang lain. Tanpa diorang, memang aku rasa cam tak best hidup ni. Bila cutilah baru dapat jumpa. Kalau tak, masing-masing sibuk aje. Kalau aku dah berkahwin nanti, aku memang harap nak kerja dekat dengan diorang. Tak tahulah. Harap-harap doa aku makbul dan doa mak abah aku pun makbul juga. Aku tahu apa yang diorang harapkan. Insya-Allah..
Lupa nak bagitau.
KPLI-SR itu merujuk kepada sekolah rendah. KPLI ni khas untuk sekolah rendah. Biasanya selepas kita isi borang kat internet nih, kita akan tunggu resultnya. Aku pun tak pasti keputusannya tu cepat atau lambat. Jadi, tunggu ajelah
keputusan KPLI-SR tu keluar. Biasanya akan keluar kat surat khabar. Dah dapat, kita akan gi M-test. Lepas tu, kalau layak, baru dipanggil untuk interview. Lepas tu, kalau berjaya dalam temuduga tu, korang akan mulakan sesi pembelajaran kat universiti ataupun maktab. Aku kurang pasti. Tapi rasanya macam kat maktab aje. So, belajar ajelah dalam setahun lebih atau mungkin dalam 2 tahun. 2 tahun tu, sekejap aje. Tak lama. Pastu, tunggu posting dan akhirnya, bolehlah jadi guru sekolah rendah. Nak naik jadi guru sekolah menengah. Itu aku tak tahu. Kena tanya abah aku plak. Hehe..
Ps: Abah aku masih aktif berfacebook hari ini. Hoho..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content