Archive for the 'Jerantut Life' Category


Hehe..ya. Aku akan pulang ke Banting petang ini dan mungkin dalam pukul 2 lebih nanti aku akan bertolak setelah siap kemas-kemas apa yang patut. Isi mintak sikit dan aku akan terus memecut ke Banting dan aku harap takdelah kena speed trap pula. Aku akan cuba bawa BlackSaga aku tu dengan lebih berhati-hati. Doakan aku selamat pulang untuk bersahur dan berbuka dengan mak abah aku hari ini. Rindu dah pulak dengan ikan goreng rangup, nasi lembik, petai dan sambal belacan. 4 kombinasi tu dah cukup membuatkan aku tambah nasi 2-3 pinggan.

Dan hari ini juga kalau sempat, mungkin juga aku akan sempat solat terawih di Banting. Masjid At-Takwa. Teringat kenangan berterawih masa kecil dulu dimasjid nih. Dulu pernah main “polis and thief want to jaga”, pastu main “silat lagenda”, siap aku jadi Hang Kasturi lagi. Main mercun kat masjid ni. Main mercun tali. Gi cari sesiapa punya selipar, ikat mercun tali tu. Waktu paling seronot sekali, bila semua orang dah nak balik. Pakai je selipar, meletup-letup mercun dan melatop terus bunyi orang terkejut dan melatah. Paling best bila kitaorang pedajal selipar-selipar makcik-makcik yang datang terawih. Haha, kitaorang lah setan pada malam tu.

Mungkin juga akan sempat jumpa teman-teman seperjuangan yang sudah lama tidak berjumpa. Yelah, aku dah jarang lepak Banting sekarang, memanjang kat Jerantut dengan Damak aje. Jadi, memang kalau ada member Banting jumpa aku, kata aku sombong. Aku reda ajelah. Nak buat macam mana, kekangan kerja dan masa yang membuatkan aku terjebak sebegini. Takkan sebab ni pun nak putus sahabat pula. Takpe, malam ni aku roger, kita gi makan char kuew tiaw kegemaran aku tuh. Ok?

Pada masa yang sama, ini juga membuatkan aku akan bersahur kali pertama di Banting. Dan mungkin juga berbuka kali pertama di rumah nenek aku yang kat Olak Lempit tu. Dan mungkin ini juga kali pertama dalam bulan Ramadan ini, aku akan mendengar leteran nenek aku yang suruh aku cepat kahwin. Dah lama tak dengar nenek berleter.

Sungguh, aku rindu suaranya.Ye, ye. Aku cucu manja nenek aku. Berbanding adik-beradik aku yang lain, aku yang agak rapat dengan nenek. Aku juga yang selalu mengada-ngada dengan nenek. Aku juga yang selalu jadi tempat nenek luahkan masalah dia kat aku. Bukan aku nak riak. Tapi mungkin sebab aku pernah tinggal kat rumah nenek aku dalam setahun dua masa aku kecil dulu membuatkan aku rapat dengan nenek. Lagipun, antara adik-beradik aku memang aku yang selalu balik kampung. Adik-adik dan akak aku memang sibuk sikit. Lagipun, dalam keluarga aku. Aku yang pakai kereta dulu. Itu pasallah aku juga yang selalu kena bawa mak dan abah aku balik kampung. Ya, aku tahu. Besar tanggungjawab anak lelaki nih. Aku juga yang akan jadi wali untuk kakak dan adik perempuan aku nanti. Mereka masih dalam tanggungjawab aku dan aku akur aku tak boleh lari dari itu semua.

Itu sahaja aku nak kongsi dengan korang. Mungkin hal berbuka puasa dengan keluarga ni dah jadi kebiasaan bagi korang. Tapi bagi aku, dalam beberapa tahun kebelakangan ni, memang cukup susah untuk aku berbuka dan bersahur dengan keluarga. Ya, aku rindu suasana tu. Aku tahu, korang pun rindu mak abah korang dan juga rumah korang tu. Jadi, kalau korang juga balik kampung pada hari ini, memandulah dengan berhati-hati. Ingat pada orang yang tersayang dan insan-insan yang bakal menjadi kesayangan korang.

Ps: Korang sayang nenek korang tak? Aku sayang sangaatttt.. icon smile Hari Pertama Berbuka Puasa di Banting

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Tahun 1997-2001.

Kali ini kisah aku berpuasa pada bulan Ramadan juga seperti siri yang lepas. Cuma kali ini ianya berlaku pada tahun 1997-2001. Kiranya ketika aku di alam sekolah menengah. Di sini, aku bersekolah di sekolah A selama 3 tahun dari tahun 1997 hingga 1999. Selepas aku berjaya dapat keputusan yang agak baik dalam PMR, aku ditawarkan ke sekolah berasrama penuh iaitu Sekolah B). Maksudnya, semua pelajar baik lelaki atau perempuan WAJIB duduk dekat asrama. Takda pelajar yang berulang-alik dari rumah ke sekolah. Jadi, cerita kali ini lebih kepada 2 tahun terakhi aku dalam alam sekolah iaitu pada tingkatan empat dan lima atau lebih tepat ketika di sekolah B.

Tahun pertama ketika di sekolah B, tak ada banyak yang menarik. Maklumlah, sekolah B tu pun masih baru. Baru aje 3 tahun ditubuhkan dan pada tahun itu juga baru ada budak tingkatan 1 masuk. Selama ini cuma ada pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 sahaja. Dan aku akui, kemasukan pelajar tingkatan 1 memeriahkan lagi suasana kat sekolah tu. Yelah, kat sekolah tu wajib panggil abang atau kakak walaupun usia korang cumalah berbeza beberapa bulan sahaja dengan orang lain. Kekadang, berbeza satu dua bulan sahaja dan aku terpaksa juga panggil diorang abang walaupun aku tak berapa gemar. Tapi kalau akak-akak tu, aku tak kesah. Haha..sebab majoriti budak-budak perempuan sekolah aku tu, semuanya pandai-pandai belaka. Baik dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Sudahlah pandai, lawa plak tu. Kekadang, aku sendiri tak sangka begitu ramai pelajar perempuan yang lawa-lawa semasa aku belajar kat sekolah tu. Kiranya macam kejutan budaya gak dibuatnya.Aku ni kira masih hijau lagi kot masa tu..

Ok. Stop! Aku dah melalut ni. Dipendekkan cerita, bulan puasa pada tahun 2000. Kiranya tahun y2k la yang katanya akan merosakkan semua sistem komputer seluruh dunia. Tapi tak rosak pun. Cis! Bulan puasa pada tahun itu memang aku berpuasa penuh, solat terawih 20 rakaat, 3 rakaat untuk witir da membaca al-Quran. Dan aku harap ianya mendapat keredaan dari Allah walaupun aku ni takdelah sebaik mana. Alhamdulillah aku tak pernah datang bulan ataupun tumpah darah. Dan pada bulan tersebut juga aku kenal dengan satu pelajar perempuan. Nak kata kenal, tak juga. Tapi lebih kata aku rasa cam terpaut dengan seseorang. Biasalah, zaman budak sekolah. Bohonglah kalau korang tak suka kat sesiapa. Yang peliknya, aku cuma nampak dia pada bulan Ramadan aje. Bulan-bulan sebelum ni aku tak pernah nampak budak tu. Selidik pun selidik, rupanya-rupanya budak tu tingkatan 5 dan ketika itu aku baru tingkatan 4. Tapi kira aku masih tinggi banding budak tu sebab dia rendah banding aku. Biasalah, budak lelaki memang biasanya lebih tinggi dari budak perempuan.

Jadi, bermulalah episod aku cuba untuk mengorat dia. Segala jenik taktik dan strategi telah aku buat. Kekadang tak menjadi dan akhirnya aku reda. Mungkin dia bukan untuk aku dan aku akur jika aku dapat bercakap dengan budak tu sekali seumur hidup pun, dah kira orait apa. Dan pada penghujung ramadan, lagi 2 hari kita orang semua nak balik berhari raya ke kampung masing-masing, aku berpeluang untuk bercakap dengan budak tu. Itupun nasib aku rasa nak keluar gi tandas. Kalau tak, memang takkan terserempak punya. Budak tu masuk ke perpustakaan. Jadi, aku saja-sajala lalu kat situ. Sekali masa dah nak kat pintu perpustakaan tu, budak tu tetiba plak keluar. Aku dah susah nak elak, terus budak tu terlanggar aku. Oleh sebab badan aku agak sasa sikit waktu, budak tu tergolek plak kat situ. Aku dengan spontan terus tarik budak tu bangun sebab aku rasa cam aku bersalah plak. Budak tu dah tersipu-sipu bila aku tarik dia bangun dan aku terus minta maaf sebab muncul tiba-tiba. Aku pandang dia dengan tak reti malu. Dia pandang aku termalu-malu. Dan selepas berborak sikit-sikit. Terus aku pergi masuk dalam kelas. Dan akibat keluar kelas menghampiri 30 minit, aku kena denda dengan cikgu sebab masuk lambat. Lantaklah, janji aku dapat cakap dengan budak tu. Haha..

Dan yang paling best, esoknya aku dapat sedikit titipan dari budak tu. Dia passing bekal kuih tu ke pelajar tingkatan 1 yang lelaki. Dan budak tu cari aku. Budak tu cerita, tadi ada akak tingkatan 5 suruh bagi bekal ni kat abang (aku).Aku bukak, sekali ada kuih karipap dua bijik dan kuih keria 2 bijik. Aii, camana leh tau kuih kegemaran aku. Satu yang pedas, satu yang manis.  Dan aku terima dua berita pada hari terakhir sebelum kami pulang ke kampung.

Berita pertama. Budak tu bagi aku surat. Itu pun dia main pass-pass gak. Tapi kali ini dia pass kat budak perempuan yang satu kelas dengan aku. Dalam surat tu dia ceritalah memacam. Biasalah, ayat-ayat jiwang. Mukadimah aje dah bagi hadis dan ayat Al-Quran. Aku sengih sorang-sorang kekadang bila ingat benda nih. Last sekali dia kata, dia suka dengan aku dan dah lama perhatikan. What!!?? Aku terkedu. Itu berita gembira.

Berita kedua. Dalam surat tu juga budak tu beritahu. Dia akan berpindah sekolah selepas raya kerana mengikut ayahnya yang berpindah kerja ke Kedah. Aku sekolah kat Subang Jaya masa tu. Jadi, kira jauhla. Dan aku memang jenis tak suka hubungan kawan jarak jauh ni. Selebihnya, korang boleh corakkan mengikut imaginasi liar korang. Ok. Itu berita sedih.

Penutup. Dalam 2 tahun itu, inilah salah satu cerita dalam bulan Ramadan yang sukar aku hendak lupakan sebab itu kali pertama aku tersuka pada budak perempuan yang lebih tua dari aku. Sebelum ini tak pernah. Sekali lagi. Tak pernah. Dan sekarang pun tak pernah. Jeling-jeling aje pernah. Ada banyak cerita lagi. Tapi kiranya ini yang aku rasa nak kongsikan sebab aku sendiri jarang cerita bab aku bercinta monyet kat korang kan. So, ini salah satu cinta monyet aku pada sekolah menengah dulu.

Ps: Nama budak perempuan tu, Husna.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Jika semalam korang dah baca 5 cerita yang menarik yang berlaku dalam tempoh 7 hari tu, ini merupakan sebahagian daripada cerita-cerita tersebut. Salah satu income atau pendapatan tambahan yang aku terima adalah melalui program TNX. Ya, ini merupakan komisen yang ke 57 dari TNX. Sebelum akhir hujung bulan ini aku akan keluarkan komisen yang ke 58 untuk bayar 2 buah domain yang akan expired dalam pertengahan bulan ini. Dan itulah kebiasaan yang aku buat. Aku akan keluarkan sedikit income dari TNX dan akan bayar domain-domain dan hosting-hosting aku.

tnxpaymentaugust2010 300x133 Komisen ke 57 dari TNX


Ini bayarannya dan buktinya. Tak banyak. Tapi wang sebanyak ini sudah cukup untuk membantu aku untuk menggunakannya secara berfaedah untuk pelbagai perkara. Dengan duit itu juga sebenarnya sudah mampu untuk belanja aku makan selama sebulan jika aku mahu. Jika aku lebih berjimat, RM50 sebulan untuk belanja makan pun boleh aku buat. Cuma memang sakitlah kalau makan bubur nasi dengan ikan kering atau ikan bilis selalu. Hoho..

Susah sangat ke buat duit dari TNX ni? Ya. Susah. Tapi jika korang belajar satu demi satu, ianya tidak mustahil. Ramai blogger yang telah berjaya dengan TNX. Dan terlalu ramai yang sudah dapat imbuhan atau pendapatan yang lumayan dari TNX. Malah, sudah ramai blogger-blogger baru dan lama yang berjaya menjadikan TNX sebagai platform untuk buat duit diblog masing-masing. Jika kami boleh, insya-Allah, korang semua pun boleh!

Sedikit tips dari aku, jika mahu buat duit dari TNX. Pastikan blog korang tu terupdate. Maksudnya, ada entri terkini dan jangan hantar blog-blog yang tidak terkini. Sekurang-kurangnya update dalam 5-6 post sebulan. Itu sudah memadai dan macam aku kata dulu, pastikan blog-blog korang tu sudah berusia antara 1-4 bulan dan pastikan juga sudah ada banyak artikel didalam blog tersebut. Baru senang blog itu hendak diluluskan dan mampu menjana pendapatan secara separa automatik kepada kita. Memang aku akui, agak sukar bagi permulaan, tetapi selepas itu, semuanya akan jadi automatik. Pendek cerita, kita bersusah dulu dan besenang di setiap hujung bulan.

Boleh cuba TNX jika berminat >> TNX.net

Dan jika mahu penjelasan dengan lebih terperinci dan mahukan tip-tips tentang TNX dengan lebih lanjut, boleh dapatkan Panduan TNX 2.0. Insya-Allah, panduan tersebut akan membantu korang buat duit dengan TNX dengan lebih kencang dan bergaya pada setiap hujung bulan.

Ps: Aku lapar nasik sebenarnya nih.. icon sad Komisen ke 57 dari TNX

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ini merupakan update terbaru tentang komisen TNX dari aku untuk korang semua. Kalau korang rasa cam bosan dengan update nih, tak perlu baca. Cuma aku rasa aku akan terus update dan update sampailah aku dah tak dapat buat duit dengan TNX ini. Selagi program ini masih bernafas dan masih ada peluang untuk buat duit dengan program ini, selagi itu aku akan cuba sedaya-upaya aku untuk jana duit dari TNX ini. Ianya sangat mudah setelah kita tahu cara-caranya.

Satu soalan tentang Panduan TNX yang aku tulis dari kawan aku. E-book aku itu masih boleh dipakai ke tak buat masa sekarang? Agaknya, dalam 2-3 tahun lagi, panduan tu masih valid ke tidak dengan kehendak pasaran dan kehendak advertiser TNX?

tnxpaymentjulai 300x122 Komisen ke 55 dari TNX


Jawapan aku. Ya! Ia masih valid dan masih boleh dipakai. Sebab itu harga panduan ini takkan turun dan ianya cuma berpotensi untuk dinaikkan. JIka korang rasa harga panduan itu lagi mahal, tak apa. Korang boleh cari informasi tentang TNX dengan taip di search engine sahaja. Itu salah satu cara untuk mengetahui tentang TNX. Mungkin korang akan temui sesuatu yang aku tidak pernah ketahui. Siapa tahu bukan? Tapi panduan ini memang sesuai tak kiralah korang ni masih baru, masih lama, otai ke, petai ke, scammer ke, hacker ke, webmaster ke, penjual beca ke atau sesiapa sahaja yang berminat untuk buat duit dengan TNX.  Kalau korang tak minat, panduan ini mungkin tidak akan nampak nilainya. Betul tak?

Satu lagi soalan dari kawan aku. Ada tak aku cedok dari mana-mana e-book orang putih atau ebook sesiapa yang berkaitan dengan TNX ini.? Ok. Bukan aku nak sombong. Tapi setakat ini, ebook Panduan TNX inilah yang pertama kali ditulis dalam bahasa melayu secara terperinci dan dipromosi dengan galaknya. Secara jujur, aku tak jumpa lagi mana-mana e-book yang berkaitan dengan TNX sebelum aku sendiri menerbitkan panduan ini melalui pengalaman aku yang tak seberapa tu. Aku tahu ramai yang lagi mahir dan pakar dalam bidang TNX ini, tapi tak semua yang mahu dan mampu menulis panduan ini. Aku sendiri sebenarnya malas nak menulis. Tapi aku tulis sebab niat mampu membantu dan juga untuk mencari sedikit duit sampingan dari penjualan e-book tersebut.

Percayalah, jika aku beri e-book ini dengan percuma, korang akan pandang rendah aje dengan program TNX ini. Malah, korang rasa program TNX ini macam program bodoh aje. Tak apalah. Bodoh pun bodohlah. Sekurang-kurangnya, aku tak mintak duit korang dan aku juga tak pernah suruh korang merompak atau mencuri semata-mata nak dapatkan duit. Dan sekali lagi, aku tak cedok mana-mana ebook yang berkaitan dengan TNX. Nak cedok pun, takde ebook yang mampu menjadi rujukan buat aku. Kalau ada ebook TNX tu, memang aku akan beli tak kiralah harganya mahal macam mana sekalipun..

Boleh join TNX jika minat kat sini >> TNX.net

Ps: Rasa cam tekak ni hausss sangat.. icon smile Komisen ke 55 dari TNX

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011