Ehm, bagi sesiapa yang pernah beli domain dan hosting. Aku nak tanya korang, pernah tak webhosting yang korang guna tu, DOWN? Dalam istilah bahase melayunya, website korang tak leh onlinela atau website ada masalah hosting dan sama waktu dengannya. Lepas tu korang akan dengar memacm orang akan buat bising bagitau yang webhosting yang diorang pakai tu tak bagusla, asyik ada problem la, susah nak contactlah, apa2 jelah. Pokoknya yang aku tahu, tak semua webhosting kat dunia ni perfect even kat Malaysia sekalipun.
Pengalaman aku pakai webhosting setakat ni. Susah nak cakap, setakat nih namsahaz jarang sekali down. Kalau down, diorang akan email dan bagitau. Itu memang procedure biasa. Cgyhost? Ehm, ni memang problem besar sejak aku menggunakan diorang. Selalu sangat down dan tanpa pemberitahuan. Kalau bagitau, lambat sangat. Bila orang dah bising, susahla diorang nak jawab kan? So, nak tak nak, kenala tunggu kan? So, aku bersabar ajelah dengan cgyhost. Harap service diorang tak down lagi. Nasihat aku, komunikasi mesti power. Tapi package cgyhost memang tip top dan murah. Mungkin faktor murah itu berjaya mengaburi mata aku untuk sambar 2 domain di cgyhost.
Netkl.com. Dan ini adalah webhosting terbaru yang aku guna. Biarpun packagenya tak sehebat cgyhost dan harga dia tak semurah cgyhost. Tapi sejak aku gunakan hosting ni, masih tak down lagi dan memang ramai kengkawan aku suggest Netkl. So, mungkin memang bergunalah.
Korang nak tahu camana aku leh detect webhosting yang aku gunakan down atau tak? Siap pakai sistem SMS lagi tu. Aku nak promosi Pingdom untuk korang. Mengapa? Sebab Pingdom memberikan service percuma untuk Trial selama 30 hari. Tapi jika korang berminat dengan pingdom dan ingin meneruskan perkhidmatan Pingdom, korang leh teruskan. Bayar yuran tahunan yang agak murah tu.
Pengalaman aku dengan Pingdom? Asal down je 1 minutes, diorang akan SMS aku. Aku dah set kepada email sebab untuk Trial ni hanya 20 SMS percuma sahaja diberikan. Kalau nak lebih, boleh subsribe service Pingdom ni. Memang bagus dan aku sangat-sangat recommend korang pakai Pingdom. Anytime diorang bagitau bila site atau blog korang down atau up semula! Korang boleh cuba sekarang PIngdom kat sini >> Pingdom
So, dengan perkhidmatan Pingdom ni, aku leh detect mana-mana hosting aku samada Namsahaz, Cgyhost atau Netkl down walalupun ketika aku tidur. Senang je sebab Pingdom akan monitor untuk kita. Jika berminat, boleh cuba versi Trial selama 30 hari dengan Pingdom. Cuba dulu. Baru korang tahu best atau tak best!

Popularity: 3% [?]
Sphere: Related Content













