Archive for the 'inlinks' Category


Secara jujurnya, hari ini aku baru je angkat kereta baru aku tu. Nanti aku letak gambar kat sini. Aku tak sempat nak shoot sebab terlalu sibuk dengan urusan sana sini. Dan aku akur yang bab-bab beli kereta ini kene tahu banyak benda. Tapi tak apa. Janji aku tahu selok belok kereta ni. Kereta apa? Ini yang aku tak nak bagitau lagi. Haha..

Seperti biasa, aku terima bayaran daripada Inlinks dan bermacam-macam lagi bayaran termasuklah private ads dan ulasan berbayar. Alhamdulillah, rezeki diawal bulan dan aku akan buat kerja-kerja yang sepatutnya. Banyak gak blog-blog yang dah naik level kepada pagerank yang best-best. So, mungkin aku akan henjut ke inlinks tidak lama lagi selepas hosting yang bermasalah itu berjaya diselesaikan. Sementara itu, aku akan terus wujudkan blog network aku untuk meningkatkan pageranknya.

inlinksmaypament 300x158 Open Case: Komisen ke 6 dari Inlinks


Sebab sikit sangat. Aku malu nak bagitahu berapa yang aku dapat. Korang fikirlah sendiri ye. Sikit je jumlah yang aku dapat. Leh la sambar domain kat Netkl atau Godaddy. Janji projek tnx aku tu akan berjalan dengan baik dan website jualan tnx sedang dibuat. Aku cuma tinggal untuk kemaskini panduan tnx itu dengan lebih teratur dan manual untuk Panduan tnx juga akan aku buat. Memudahkan aku terangkan kat orang yang akan coaching dengan aku nanti. Pengkeras untuk coaching, murah aje. RM50 dan letak dalam sampul surat sahaja. Dengan syarat, korang datang cari aku kat Jerantut atau Banting. Laptop dan charger bawa sendiri. Kalau tak lepak kat tempat yang ada wifi free, mungkin coaching akan dijalankan dirumah aku diBanting, rumah pakcik aku diJerantut atau mana-mana tempat yang ada internet connectionnya laju. Benda ni dalam 1-3 jam sahaja, tapi aku harap coaching ini dapat bantu mereka buat duit dengan Tnx dan mampu dapat sekurang-kurangnya 10-50usd sebulan. Kalau dapat 50usd sebulan, dah RM150. Balik modal 3 kali ganda tu maa..kalau dapat 10usd aje bulan pertama, dah RM30. 2 bulan dah balik modal. Itu kalau 10usd, kalau dapat lebih? Dan niat aku cuma nak membantu korang mampu buat duit dari Tnx. Jika dapat lebih, syukur. Jika tak dapat apa-apa, boleh tanya aku sampai korang dapat bayaran pertama, kedua dan seterusnya dari tnx. Dengan syarat, aplikasikan apa yang dah aku bagitau. Tapi pada yang dah pandai, tak yah ambil coaching tnx ni, buang masa korang aje. Gi main jauh-jauh..

Kenapa aku cuma bukak di Jerantut dan Banting sahaja. Hanya di dua tempat ini sahaja aku available untuk membantu korang buat duit dengan Tnx. Tempat lain, aku tak larat nak pergi. Sengal badan dibuatnya dan atas niat nak membantu, aku caj RM50 sahaja. Tapi tak apalah, janji depa boleh start buat duit lepas ni. Dan akan dapatlah bonus-bonus tertentu dalam tempoh 1-2 jam tu. Mungkin lebih dari 2 jam gamaknya. Silap aribulan, borak aje lebih. Haha..aku dapat order dalam 10 orang yang available untuk minggu ni dan minggu kedua aku ada 3 orang dah berminat nak jumpa aku kat jerantut. Aku tak pasti sempat ke aku jumpa semua atau dapatkah aku meluangkan masa untuk diorang. Yelah, sudahlah datang cari aku jauh-jauh. Kalau yang dekat aku tak kesah, ini ada yang dari Kelantan, Terengganu, Puchong, Kuala Tembeling, Kuantan, Serdang, kat Perlis pun ada sorang. Sorilah, aku tak larat dah nak jenjalan macam waktu aku muda-muda dulu. Haha..secara jujur, aku baru aje habis coaching dengan seseorang tadi. Alhamdulillah, dia boleh terima dan gembira sebab dah boleh cari duit sampingan.

Yup. Aku baru aje dapat bayaran komisen kedua dari Netkl. Cepat aje diorang transfer kali ini. Diorang kata, kalau bawah RM100, diorang just transfer aje ke akaun bank. Tapi kalau lebih RM100, diorang akan hantar cek. Bagi aku itu satu jalan penyelesaian yang bijak. Kira oklah tu dan kepada downline aku semua, terima kasih kerana register bawah aku dan aku sangat recommend korang untuk guna Netkl sebab kebanyakkan blog high trafik aku menggunakan Netkl sebagai hosting utama. Jadi, kredibiliti Netkl memang tak diragui bagi aku. Hoho!!

Ps: Bonus untuk personal coaching projek Tnx. Aku sajikan juga tips untuk buat duit dengan Bukisa dan juga tips SEO pada diorang. Ada lagi. Tapi nantilah aku cerita..

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content


Seperti mana yang aku cerita semalam, aku dah dapat bayaran daripada TextLInkads. Jadi, mesti aku dapat bayaran daripada Inlinks jugak bukan? So, aku akan tunjuk juga sedikit bayaran daripada akaun Inlinks ni untuk April Inlinks Payment. Tak banyak, tapi ianya agak membantu. Selalunya duit-duit paypal ni, aku gunakan untuk beli domain samada di Godaddy atau Netkl. Kenapa? Kat situ harganya agak murah. Kat Netkl, kalau beli mana-mana pakej dapat free 1 domain. Ok apa. Harga domain pun RM29.95 aje. Harga domainnya murah, kan? kan?

inlinksaprilpayment 300x156 How to choose a Realiable and Cheap Hosting?


Kebanyakkan domain aku kat Inlinks jatuh ratingnya sebab hosting aku down. So, tak banyak sales yang aku dapat dan aku tak dapat kata apa-apa bila 2 hosting aku bermasalah dan hosting yang aku baru beli pun bermasalah. Dah lebih 3-4 hari down ekoran mereka ada masalah ketika transfer data ke server baru. Aku tahu masalah tu memang agak lambat setel, jadi. Aku pening lalat dan aku terpaksa mengaku bahawa Netkl tetapi menjadi nombor 1 dalam pemilihan hosting. Cuma yang wat aku pening, add-on domain dan space diorang tak sebanyak yang ditawarkan oleh hosting-hosting baru nih. Mungkin ini antara penyebab hosting diorang takde masalah macam hosting-hosting lain. Lepas ni, aku rasa aku kene strict dalam pemilihan bakal-bakal calon isteri hosting aku nanti..

Sebut pasal hosting ni, cuba korang share dengan aku hosting mana yang korang dah pakai dan memberikan servis dan support yang bagus? Aku mahu survey dan mahu beli satu lagi hosting selain Netkl, Fivio, Rawanaz, Namsahaz, Cgyhost, Godaddy dan Baitulbytes. Dan hosting percubaan ini aku budget RM100 ke bawah dengan mempunyai add-on domain lebih dari 5 domain dan space dalam lebih kurang 2-5GB.  Ada ke tak syarikat webhosting yang mampu menawarkan kriteria tersebut dengan harga setinggi RM100?? Lupa, mesti ada cpanel. Directadmin ok. Cuma aku tak berapa biasa aje. So, ada hosting dan domain murah dengan harga begitu?

hosting123 How to choose a Realiable and Cheap Hosting?


Aku sedang cuba hosting baru iaitu Hosting123 secara percuma untuk tempoh 1 bulan. Jika ianya berbaloi, mungkin aku akan pertimbangkan untuk terus menggunakan hosting tersebut. Ada antara korang pernah cuba hosting123 punye syarikat? Baguskah atau tidak bagi pandangan kasar korang?

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini aku cuma hendak update sedikit bayaran yang telah aku terima. Aku akan sentiasa update beberapa bayaran yang aku rasa sesuai untuk dikongsikan bersama dengan pembaca blog ini. Alhamdulillah, trafik ke blog ini semakin baik dan beberapa ujikaji ke atas blog-blog baru aku sudah pun menampakkan hasilnya. Aku harap sesuatu yang baru dalam tempoh 3 bulan percubaan ini.

Ini merupakan bayaran terkini daripada TNX. Ini bayaran ke 25 jika tak silap aku. Mungkin payment yang ke 24. Aku sendiri tak pasti sebab aku malas nak login akaun TNX aku sekarang. Nanti-nantilah aku buka semula untuk confirmkan kesahihannya.

tnxpayment19april 300x135 Edisi Siasat: Berapa gaji bulanan Titan?


Dan ini pula bayaran komisen yang aku terima daripada hasil promosi produk Kerja-Kerajaan.com. Tak sia-sia aku letak banner disidebar kanan aku tu. Dapatlah sikit sales dan aku berterima kasih kepada mereka yang mendapatkannya. Semoga korang akan dapat kerja kerajaan macam aku juga. Haha..

komisenkerjakerajaan 300x183 Edisi Siasat: Berapa gaji bulanan Titan?


Cukuplah dua screenshot yang aku ambil. Samar-samar plak gambarnya. Takpelah, janji korang leh nampak dengan baik. Apapun, terima kasih kepada Jamal sebab bayar komisen tu. Aku sendiri tak tahu aku ada dapat sales. Jadi, jika sebelum ni korang memanjang failed temuduga kerja kerajaan, dapatkan panduan kerja kerajaan Jamal ni. Insya-Allah akan membantu. Hah, result Mtest untuk panggilan interview KPLI akan keluar 29 April nih. So, kalau kene panggil interview, korang dah patut sangat dapatkan panduan kerja kerajaan ni dengan segera. Senang sikit masa interview nanti..

Dan aku masih menunggu beberapa cek seperti Cek Nuffnang, Cek adsense, Cek Shareasale, Cek clickbank, Cek Bukisa dan beberapa cek yang lain. Tak perlu aku bagitau semua. Nanti korang kata aku belagak plak. Cukuplah kalau aku mampu buat duit dan hidup sederhana seadanya..

Begitulah income atau gaji bulanan yang aku akan terima. Dari TLA, Inlinks, TNX, Teliad, Backlinks, Linkadage, LinkXL, Adsense, Shareasale, Nuffnang, Bukisa dan beberapa lagi side income yang hasilnya dari blog merupakan gaji bulanan yang aku tunekan sebelum ni. Akhirnya, menjadi juga. Gaji bulanan aku? Adalah dalam 4 angka..

Ini sahaja update untuk hari ini. Maaf. Entri ni lambat dipublishkan. Aku tertido plak tadi..

Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content


Jika hari itu aku update bayaran untuk TextLInkAds, kali ini aku update tentang Inlinks pula. Memang tak banyak dan aku sendiri tak kesah sangat tentang jumlah yang aku perolehi dari Inlinks. Janji program ini akan bayar aku setiap bulan dan ada advertiser yang kekal membeli link diblog-blog aku. Biarlah sedikit, tetapi ianya berterusan daripada tak dapat apa-apa langsung.

Aku sendiri mengakui bahawa jika blog korang ada nilai PR yang sangat tinggi, ini akan membantu korang untuk buat duit dari Inlinks. Malah, ada juga yang berkata bahawa iklan Inlinks sangat sukar untuk dikesan oleh search engine, bot, robot, ataupun pakcik G. Tak tahu betul atau tidak, korang try aje kalau berani. Kalau takut hilang PR, main jauh-jauh dengan program ni aa..

inlinksmacpayment 300x147 Komisen ke 4 dari Inlinks.com


Aku tak kata korang takut. Tapi kalau korang tidak mahu berisiko untuk kehilangan PR kesayangan korang, tak perlulah join Inlinks. Join aje mana-mana program yang korang rasa tak berisiko dan sesuai dengan jiwa korang. Aku akui ianya berisiko dan sebenarnya mana-mana program memang berisiko dalam pelbagai segi. Jadi, jangan salah faham plak. Ada beratus program yang sangat berpotensi untuk buat duit asalkan korang mahu mencuba. Kalau malas, korang sendiri boleh faham apakah hasil yang akan diterima oleh korang kan?

Lagi satu, menyertai program Inlinks langsung tidak akan mampu menjadikan korang sebagai seorang jutawan segera atau mampu membuat duit sehingga beratus ribu dengan sekelip mata. Ianya mustahil dan korang kene tahu bahawa di dunia ini ada perkara mustahil dan tak mustahil. Aku sedar akan hakikat itu, Tetapi, jika korang nak buat duit poket, nak lepas bayar road tax, bayar bil handphone, lepas nak bayar duit kereta tiap-tiap bulan, Program Inlinks ini antara salah satu program yang sesuai untuk korang. Mungkin.

Ps: Yup. This is my 4th times i got paid from Inlinks.com. icon smile Komisen ke 4 dari Inlinks.com

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011