Kalau korang perasan dalam 1-2 hari ini, blog aku ini ada mengalami masalah. Mungkin korang akan jumpa blog ni dalam keadaan blank. Putih semuanya. Suci. Tapi ini semua disebabkan apabila disk space untuk hosting Netkl aku ini terlebih dari yang sepatutnya. Seperti yang korang tahu, plan yang aku ambil cuma bagi aku 1500 MB sahaja untuk setahun. Sebenarnya itu dah lebih cukup untuk membolehkan blog aku ini beroperasi dengan baik. Tapi dalam 2-3 hari ni, tiba-tiba disk space aku melonjak ke 2600 MB.

Jadi, apa yang berlaku sebenarnya? Ada file dalam hosting aku naik spacenya. Rupanya file log error yang wujud dalam plugin dan file aku naik jumlahnya sehingga menyebabkan ia menelan space dalam hosting aku. Jadi, untuk menyelesaikan masalah ini. Aku cuba buat apa yang aku pernah buat. Cari file log error tu dan padam. Tapi kali ini, tak menjadi. Aku try adjust apa yang patut. Tapi gagal. Jadi, nak tak nak aku kena minta bantuan dari staff Netkl untuk tengok-tengok apa yang patut. Aku hubungi mereka pagi tadi. Dalam kul berapa, aku tak ingatlah..tapi jam 7 pagi tadi..diorang dah balas dan beritahu aku cadangan untuk selesaikan masalah hosting aku ni..
Dan oleh sebab aku tertidur selepas sarapan, aku lajak bangun kul 12. Jadi, masalah tadi dah selesai 1 jam yang lepas dan seperti korang maklum, korang dah boleh access blog aku ni. Selesai sudah masalah aku dari malam tadi. Suap tolong upgrade wordpress aku ke 3.2 tu. Seperti yang aku duga, support dari Netkl memang tip top. Selagi mereka boleh bantu, mereka akan bantu aku. Sebab itu aku sudah kekal setia dengan Netkl sampai hari ini. Sudah masuk 3 tahun rasanya aku bersama dengan Netkl. Walaupun aku pernah terfikir untuk bertukar hosting, tetapi aku pendamkan dulu. Selagi Netkl berjaya memuaskan hati aku, mengapa tidak untuk aku kekal bersama dengan mereka? Servis bagus. Support bagus dan setiap pertanyaan aku dijawab dengan baik. Harga untuk ADD-On 1 GB disk space pun aku rasa murah. Dalam 3 ringgit aje. Kalau dalam dollar, 1 dollar sahaja setiap bulan. Cuma, mungkin aku boleh cadangkan agar untuk pakej hosting yang aku ambil tu, boleh tingkatkan dari 1500 MB ke 2000MB atau 2500MB. RM100 setiap tahun. Sedangkan banyak syarikat lain dengan harga yang sama boleh bagi 5000 MB setahun. Ini cadangan sahaja. Oleh sebab aku nak berjimat space, aku terpaksa upload gambar di hosting aku di Hostgator yang diskspacenya unlimited. Jadi, gambar-gambar yang ada dalam blog ini sebenarnya dihostkan di hosting yang berbeza. Jika tidak, mungkin aku akan alami masalah disk space lagi memandangkan aku suka letak gambar dalam setiap artikel aku.
Apapun, aku tetap suka Netkl. Jika ada yang berminat melanggan Netkl. Aku sangat mencadangkannya. Setakat ini, aku sangat berpuas hati. Dan aku harap Netkl tetap macho dan hebat dari segi servis mereka. Tahniah Netkl dari aku diatas servis tip top mereka. Haha, aku tak dibayar untuk artikel kali ini. Ini entri memuji yang iklas punya. Datang dari taman-taman dalam hati aku. Hoho..hidup ini memang untuk memberi. Bukan hanya menerima sahaja bukan?
Ps: Sekali lagi, ini bukan entri berbayar. Tapi kalau mahu aku review produk, review ebook, review blog atau review contest, boleh hubungi aku diruang contact. Yang ini, kena bayar. Haha..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content















