Rasanya dah 7 hari kita berpuasa kan? Mesti banyak cerita yang menarik yang korang nak kongsikan pada pembaca blog korang kan? Aku nak cerita pun, aku tak ada cerita yang best sangat tentang bulan puasa. Semuanya lebih kurang dan aku akui yang bulan puasa memang bulan-bulan yang berbeza dan tahun ini memang sangat berbeza berbanding tahun lepas. Mengapa? Ada 5 cerita yang buat aku gembira di awal Ramadan ini.
Bekerja di sektor kerajaan.
Ya. Ini tahun kedua aku berpuasa ketika bekerja dalam sektor kerajaan. Maksudnya aku masih baru dalam selok-belok “government” ni. Maklumlah, newbielah katakan. Nak cakap celupar pun kena control. Tapi kadang-kadang terlepas juga kalau ada orang memang saje nak cari pasal. Mengapa tahun ini berbeza? Ya, tahun ini juga aku berpuasa jauh dari rumah aku. Bukan aku tak pernah duduk jauh dari rumah. Malah, aku pernah berpuasa 4 tahun di Sabah ketika menuntut di UMS dulu. Namun, perbezaannya yang ketara, aku berpuasa di sini. Bumi Damak. Salah satu tempat di Bumi Allah ini yang aku tak pernah terfikirkan akan berada di sini. Secara jujur, aku bersyukur aku dicampakkan ke sini. Memang ada hikmah disebalik apa yang terjadi. Aku bertemu dengan apa yang aku cari selama ni. Aku harap ianya akan jadi kisah muktamad. Hehe.
Aku jadi lebih aktif!
Ya. Walaupun baru aje 7 hari kita berpuasa, tapi aku rasa kerja aku samada online atau offline sudah melampau-lampau banyaknya berbanding tahun-tahun yang lepas. Maksud aku, ketika bulan Ramadan la. Memang aku selalu buat kerja gila pada bulan puasa. Waktu inilah aku selalu buat kerja lebih masa. Benarlah orang kata, bulan puasa ini memang merangsang kita untuk bekerja dengan lebih tekun. Bulan puasa ini bukan bulan tidur, jadi isikanlah dengan benda-benda yang berfaedah. Dan biasanya kita akan dapat hasilnya dalam bentuk yang berbeza.
Online job lebih banyak dan masyukk..
Haha, ini tidak dapat dinafikan. Banyak juga job yang datang. Baik dari segi penjualan link ataupun review job. Malah, personal coaching pun ramai yang mintak. Bukan aku tak nak buat, cuma aku memang terkekang dengan pelbagai perkara yang tidak dapat aku huraikan dengan jelas disini. Pastinya, memang sibuk dan aku harap aku dapat maksimumkan income aku pada bulan ini lebih dari bulan-bulan yang lepas. Insya-Allah, aku akan dapat lakukan.
Jumlah hutang ptptn semakin kurang..YES!!
Benar. Hutang ptptn aku dah kurang sangat dan aku mampu habiskan dalam tahun ini. Kalau aku nak habiskan sekarang pun boleh. Tapi lebih baik aku bayar sikit-sikit dulu agar budget aku tak kacau kat perbelanjaan yang lain. Tinggal fikir nak beli rumah aje sekarang. Ingat nak beli cash. Tapi tak cukup lagi kot. Haha..jadi, aku harap aku dapat income lebih dari bulan Ramadan ini dan mampu langsaikan hutang ptptn ni. Jadi, kepada yang masih berhutang beribu-ribu ringgit dengan ptptn ni, bayarlah. Orang lain pun nak guna gak duit tu. Ingat korang sorang je nak pakai. Dah pakai, tak nak bayar plak..
Banyak plan yang sedang menjadi..
Yap. Banyak yang terhasil dan menjadi. Banyak gak projek yang menjadi dan yang kurang menjadi tu berjaya juga aku buat sampai terhasil. Secara jujurnya, aku kecewa jika plan aku tu tak menjadi. Sebab tu aku usahakan juga dan aku takkan putus asa. Cuma plan nak kahwin ni masih kene tangguh dulu. Aku rasa tak jadi tahun ni. Mungkin tahun depan atau 2-3 tahun lagi. Calon dah ada. Cuma tinggal nak jadi. Tak tahu bila jadinya. Haha..
Itulah sahaja ceritanya. Ringkas-pendek sahaja. Inipun aku rasa dah banyak aku mengarut. Belum masuk bab tatabahasa lagi. Banyak yang lintang pukang dan aku akui yang aku lebih selesa menulis sebegini. Dan sempena bulan Ramadan ini, kita rajin-rajinlah menunaikan ibadah puasa dan ibadah yang wajib-wajib tu. Ibadah yang sunat tu, jangan dilupa atau dijeling. Rajin-rajinkanlah jugak. Inilah antara Amanah Saham Pahala yang kita cuma boleh dapat setahun sekali. Dividennya pulak, kita leh dapat kat akhirat nanti..
Ps: Lama aku tak update. Sibuk sikit dan aku tengah blurr sebenarnya..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content















