Archive for the 'girl talk' Category


[audio:Aliff_Aziz_-_Sayang-Sayang.mp3]

Aku dapat mesej offline dalam yahoo Mesengger aku tadi. Cuba kau orang baca. Aku tak edit satu benda pun..

Dr.Black List (5/14/2008 3:08:15 AM): paksu38 (5/14/2008 4:28:35 PM): assalamualaikum wbt..kepada semua sahabat yang dikasihi..jikalau anda mendapat panggilan telefon yang bernombor panjang cth: +62852731520946 dan nombor itu berwarna merah. Diharap sgat jgnlag anda menjawab pgilan itu. Ini kerana di indonesia sekumpulan penuntut ilmu hitam sedang mguji ilmu hitam mereka melalui telfon.jikan ssiapa yang mnjawab pgilan itu akan berbuih dan akan mati selepas itu. di indonesia sudah 9 orang mati dan mlm td di puchong telah mati.ini benar terjadi..tolong sebarkan msg ini…YA ALLAH SELAMATKANLAH KAMI..JAUHKANLAH KAMI DARI SEBARANG MALA PETAKA DAN GANGGUAN SYAITAN,,,AMINNN [4:24:09 PM] Daklula says: waallahualam

Ok. apa perasaan kau orang sekarang. Sakit hati ke sedih ke atau gembira? Jika anda orang indonesia yang melawat ke blog ini. Apakah perasaan kau orang??

Ps: Pegi blah la itu orang. Apa barang mahu bunuh orang pakai telepon. tak cium punye bau syurga macam itu maa. Kalau anak jantan. Mari sinsing lengan dan asah lengan. Kita beradu siapa cepat letih..

Pss: Sebenarnya aku tension petang ni. Nak makan nasi ke nak makan char kew tiaw..

Popularity: 8% [?]


Sphere: Related Content

May 06

La Camisa Negra

36 comments - Post a comment


[audio:Juanes - La Camisa Negra.mp3]

Hari ini adalah hari yang santai untuk aku. Aku mahu mencari sesuatu di Banting dan membuat beberapa bayaran di bank. Saja aku mahu praktis guna mesin ATM. Kalau tidak, asyik pakai Maybank2u.com aje. Sesekali kita buat sesuatu diluar tabiat kita akan membuatkan dunia kita ini adalah sangat luas. Jangan sempitkan minda apabila korang membaca entri aku kali ini. Aku sedang sangat penat mengira komen-komen korang untuk Comment Costest Duo. Fuhh. Boleh tahan comment korang kali ini. Pemenang akan diumumkan hari ini, esok atau lusa. Sorry ye jika korang tertunggu-tunggu!

Aku juga inigin memberi tahu korang bahawa May Comment Contest sudah pun bermula pada 1hb Mei 2008. Cuma aku aku belum setting hadiah lagi. So, jika ada sesiapa nak beri hadiah sponsor untuk contest bulan Mei ini. Sila email aku secepat mungkin atau reply sahaja di entri ini.

Ok. Untuk tatapan korang. Tadi aku gi baca sikit benda pasal bulan kelahiran. Yang diulas dan dikaji oleh Dr. Fadzilah Kamsah tu. Aku tak tahu betul atau tidak. Tapi jika kau orang lahir pada bulan Mei ini, apa kata kau orang baca sedikit santapan rohani pada pagi ini?

Orang yang lahir pada bulan Mei ini dikatakan..


Kekerasan hati & degil, kuat semangat & bermotivasi tinggi, pemikiran yg tajam Mudah marah apabila tidak dikawal. Pandai menarik hati org lain & menarik perhatian. Perasaan yg amat mendalam. Cantik dr segi mental & fizikal. Tidak perlu dimotivasikan. Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain dan mudah dipujuk. Bersikap sistematik (otak kiri). Suka berangan. Kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu. Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit. Daya khayalan yg tinggi. Permikiran yg tajam. Pandai berdebat. Fizikal yg baik. Kelemahan sistem pernafasan. Suka sastera,seni & muzik serta melancong. Tidak berapa suka duduk dirumah. Tidak boleh duduk diam. Tidak punya ramai anak. Rajin dan bersemangat tinggi. Agak boros??

So, ada yang terkena dan terasa? Jika benar , tahniahlah kepada Dr. Fadzilah Kamsah. Kajian beliau berkesan dan aku harap mereka-meraka yang lahir pada bulan ini akan terus bersikap positif dan cover sikit sikap boros korang tu. Korang tak suka dok rumah kan? MEsti suka melancong tu! So, hati-hatilah..

Ok. Cukuplah untuk hari ini. Aku ada beberapa projek offline dan tengah wat proposal dengan abah aku untuk bukak 1 kedai yang berkonsepkan perkhidmatan. Harap-harap menjadilah hendaknya. Abah aku pencen dalam tak kurang 1 tahun lagi je nih. Niat dia nak berniaga. So, aku jadi parnership la dengan abah aku. So, banyak urusan sekarang aa. Jangan marah yek kalau aku tak post direct 1 minggu. Itu tandanya aku tak cukup tidur!

Bah. Layan kita 2 buah lagu yang baru aku peramkan ke dalam hosting yang aku beli dari Netkl ini. Cuba teka, siapakah penyanyi asal 2 buah lagu ini dan apakah maksud ayat ini = La Camisa Negra ?

[audio:Kaer - Izin Ku Pergi.mp3]

Ps: Aku sudah lapar. Aku mahu makan roti telur sekarang la..

Pss: Jika kau orang mahu download lagu La Camisa Negra ini. Boleh angkut kat sini aa

Popularity: 6% [?]


Sphere: Related Content


Aku baru sahaja pulang dari Klang. Aku pergi naik bas sahaja. Mengapa aku tak nak pergi naik kereta? Aku pergi stesen bas Banting dengan menaiki kereta. Yelah, takkan nak jalan kaki plak. Lebih 5km rumah aku ke stesen bas Banting. Kemudian, aku naik bas Banting-KL. Singgah sat klang, aku selesai aku punye tugas. Lepas satu jam. Aku balik. Sampai rumah. Aku penat! Mengapa aku suka naik bas? Sebab dah lebih 1 tahun rasanya aku tak naik bas Banting-KL ni. Tambang pun dah naik. Dulu RM2.30 je. Sekarang. RM3.20! Besar sungguh nilainya icon cry Adakah Anda Seorang Yang Pelupa?


thum 64447aab9b67f414 Adakah Anda Seorang Yang Pelupa?


Ok. Aku dapat SPAM lagi dalam inbox friendster aku. Apa lagi. Baca sajalah 15 perkara ini icon smile Adakah Anda Seorang Yang Pelupa?

  1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

  2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

  3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda

  4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.

  5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur. Dia?

  6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang. Siapa ek??

  7. Kalau bukan kerana anda,seseorang itu tidak akan hidup bahagia. Siapalah yang malang tu?

  8. Anda seorang yang istimewa dan unik. Aku mengaku icon exclaim Adakah Anda Seorang Yang Pelupa?

  9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda. Weh, siapa nih icon redface Adakah Anda Seorang Yang Pelupa?

  10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.

  11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula;mungkin anda yang meminggirkan mereka.

  12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini,mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.

  13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela.

  14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

  15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik,sejam untuk menghargainya,sehari untuk teman tetap paling setia walaupun punya harta yang banyak, teman tetap paling berharga


So, apa komen korang? Aku malas nak cakap apa-apa. Kekadang, memang kita lupa bahawa kita sayang kat dia. Tapi kekadang kita pun lupa bahawa ada orang sayang kat kita. So, nasihat aku. Jangan lupa :vangry:


peerBanner Adakah Anda Seorang Yang Pelupa?

Popularity: 6% [?]


Sphere: Related Content


Pengakuan yang aku rasa memang setan dan bengong dari budak Sufiah. Jika korang nak baca satu lagi wawancara atau interview yang aku rasa dibayar dengan harga mahal kepada Sufiah. Korang boleh usha di website ini untuk mengetahui betapa jeleknya dan betapa ceteknya ilmu agama minah ini. Aku malas nak cakap banyak sebab aku pun bukan budak baik sangat. Aku still ada kejahatan dan sudah berbuat apa yang aku mampu. Tapi tidaklah sampai berbangga dengan pekerjaaan yang orang kata HINA sejak zaman nabi sehingga ke zamam ITC ini. icon twisted Open Case : Sufiah Mengaku dia Sangat Suka Jadi Pelacur!

Ohh. Mentang-mentang internet ni medium penyebaran paling laku dan paling cepat. Ko fikir ko leh cakap sesuka hati ek? Aku tak tahulah mengapa aku bangun je hari ini aku rasa cam tak best. Sufiah memang wat kita sakit hati. Sudahlah kita kesian dengan keadaan dia. Tapi sekarang, dia leh wat pengakuan dan pendedahan berani dari gambar-gambar seksi dia kat website Newsoftheworld. Making galak la propaganda barat dan wartawan kat situ mencungkil rahsia budak pempuan yang aku rasa dah tak betul. Memang ada skru tertinggal kat Malaysia ni sampai camtu sekali pengakuan beliau hari ini. icon rolleyes Open Case : Sufiah Mengaku dia Sangat Suka Jadi Pelacur!

Korang mahu ke aku tunjuk gambar beliau di sini? Aku tidak mahu. korang boleh terus direct ke website Newsoftheworld dan boleh juga lihat video yang bercampur dengan gambar-gamar tak cukup kain tersebut. Aku pasti pasti ada yang terliur tengok video tersebut kan? Tak kurang juga yang mengucap beberapa kali selepas melihat video itu. Nasib mak aku tak masuk bilik aku masa aku tengah tengok video sufiah tadi. Kalau tak, kantoila tengok gamba pempuan bogel nih. Arghh..persetankan dia. Aku dah tak tau nak kata apa. Kita nasihatkan dia pun bukan dia baca blog kita nih. Kita hanya mampu berdoa sahaja semoga dia berubah :vangry:

Nah. INi websitenya dan juga link direct ke video tersebut. Korang lambat tengok, nasiblah. Jika diorang nak biar video tu. Korang masih sempat nak tengok. Arghh. Sakit hati :

Pengakuan Sufiah suka jadi pelacur : Being a hooker is summing I love
Video tak cukup kain dan berbaur seks : Video Interview Favourite Sufiah

Dalam hati. Kalau aku di sana, memang aku cari budak Sufiah ni. Masalahnya aku di Malaysia dan punye banyak tugas yang perlu aku laksanakan sebagai seorang anak, pekerja, blogger, pencinta wanita dan pengemar wang. So, aku mengaku bahawa aku tidak ada kuasa untuk pergi ke sana untuk berjumpa Sufiah. Jika kamu orang semua berdekatan dengan dia. Pergilah korang lempang sedas atau dua das bagi pihak aku. Walaupun hukuman itu sangat ringan tapi mungkin mampu menyedarkan budak tak sedar diri ini icon confused Open Case : Sufiah Mengaku dia Sangat Suka Jadi Pelacur!

Ps: korang gi baca kat sanalah untuk tahu tentang lebih lanjut. Aku akan mengikut kisah Sufiah ini dari semasa ke semasa. Hope ada orang berani lempang budak ni. Harap maklum. Ini pengakuan penuh emosi dan berdasarkan fakta emosi. So, jangan samakan dengan fakta aku yang berjenaka atau serius. Ini dua tulisan aku yang berbeda icon exclaim Open Case : Sufiah Mengaku dia Sangat Suka Jadi Pelacur!

Popularity: 34% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011