Archive for the 'GDI' Category


Ya, akhirnya aku membuat keputusan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada program GDI. Dan ini merupakan bayaran keempat sepanjang aku menyertai GDI. Setelah melakukan ujikaji dan analisis sedalamnnya, aku nekad untuk meninggalkan program berbayar GDI.

Antara sebab aku tinggalkan GDI adalah yuran 10 dollar sebulan dari GDI. Aku rasa aku dah tak mampu lagi nak bayar 10 dollar sebulan. Lebih baik aku laburkan untuk beli satu lagi hosting luar seperti hosgator atau hostmonster berbanding bayar domain setiap bulan kepada GDI. Memang aku masih mampu lagi bayar setiap bulan. Tapi aku menempah lebih banyak kerugian berbanding keuntungan. Jadi, ini salah satu sebab utama.

komisendarigdijun2011 Komisen ke 4 dan terakhir dari GDI


Kedua, downline-downline aku. Aku dah tak mampu nak support 100% seperti dulu. Jadi, siapa upline aku, mereka akan beruntung sebab dapat kebas downline aku. Tak apalah. Bukan rezeki aku. Apapun, aku mintak maaf kepada semua downline aku yang setia dengan aku ketika bersama GDI. Setakat ini sajalah perjalanan aku dengan GDI. PLan GDI memang bagus. Cuma aku tak dapat nak follow disebabkan oleh beberapa kekangan yang tak dapat aku jelaskan dengan terperinci.

Ketiga, aku dah malas buat duit dengan GDI. Penat nak buat promosi dan siri-siri promosi aku dah kurang berkesan dengan market tempatan. Orang kita dah tak minat dengan GDI. Gelombang GDI dah menurun, lebih-lebih lagi bila gelombang Bersih 2.0 melanda. Haha..

Sekarang ni, aku cuma tukar email paypal dan aku akan call mereka untuk tutup akaun secara rasmi. Malas plak nanti kalau ada masalah timbul dikemudian hari. hoho..

Tapi salah satu ujikaji aku adalah menawan keyword GDI di search engine. Blog-blog aku memang agak kuat dengan keyword GDI. Ramai yang search dan akan masuk ke blog aku ini untuk cari info tentang GDI. Jadi, sekali lagi, aku dah takde kaitan dengan GDI lagi dahh. Dah tak promosi. Kalau ada yang call atau sms tanya pasal GDI, aku terpaksalah bagitau hal sebenar. Penat nak jelaskan. Tapi ini yang aku kena buat dengan sebaiknya.

Ok. Itu sahaja aku nak cerita. Malas nak cerita panjang-panjang. Nanti korang bosan pulak. Haha..

Ps: Nak ambil kawan kat NIlai. Babai. icon smile Komisen ke 4 dan terakhir dari GDI

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Aku tahu sekarang cerita tentang GDI dah suam-suam kuku. Malah, mungkin ada yang dah tak aktif dengan GDI dan mungkin dah tak dapat satu sen dari GDI. Yelah, benda ni sudahlah kena bayar bulan-bulan, manalah tak sakit ramai blogger dan IM nak kekal dengan GDI. Aku tahu hakikat tu sebab tu aku tak kisah untuk buat ujikaji dengan program GDI ni.

komisengdinovember 300x134 Komisen ketiga dari GDI


Kalau nak ikutkan, memang aku rugi berbanding untung. Bayar bulan-bulan 10 dollar, tapi baru 3 kali sahaja dapat komisen dari GDI. Itupun, bukan dapat tiap-tiap bulan. Tapi aku tak kisah sebab aku nak tengok sejauh mana GDI boleh pergi kat Malaysia dan aku mahu lihat perkembangannya dalam 3 tahun ni. Aku sangat berterima kasih pada mereka-mereka yang kekal jadi GDI aku tanpa berpaling untuk meninggalkan GDI. Walaupun ramai yang blah dan ramai yang kurang percaya dengan GDI untuk menjana pendapatan, aku tak kisah. Jika aku boleh bayar insuran, bayar zakat (ni wajib), bayar topup (kekadang cecah beratus), bayar streamyx (Rm60 lebih), bayar celcom broadband (rm68, wajib!), bayar dan beli domain tiap-tiap bulan sampai beratus-ratus tu, takkan aku tak leh bayar RM30 untuk GDI? Jadi, tak perlulah nak salahkan GDI itu ini dan beri macam-macam alasan. Kalau ada sebab kukuh dan boleh diterima, itu aku tak kisah.

Apapun, setakat ni, ujikaji aku terhadap rakyat Malaysia terhadap GDI yang berkonsepkan internet ni, ianya akan berjaya jika ada strong leader duduk kat atas. Dan yang strong tu bukan seorang aje, ada berpuluh 2nd dan third leader yang kuat dan bagus untuk membantu kawan-kawan mereka yang kat bawah. Kalau atas je kuat, bawah lemah, sakit jugak kan? Begitu juga GDI. Tanpa orang bawah, orang kat atas takkan dapat satu sen pun. Benda ni memang cari orang. Kalau korang tak suka bab-bab cari orang ni, aku tak kesah. Tapi kalau bab-bab orang atas menipu orang kat bawah ni, memang aku kesah. Malah, aku rasa ramai orang kesah tentang perkara tu. Jadi, bagi upline-upline tak kiralah dalam MLM ke, owner program affiliate ker, jual ebook ker atau apa-apa perkara sekalipun, jangan tipu dan jangan cuba ambil kesempatan. Aku tahu ramai yang buat kat belakang dan kat depan memang muka baik, putih suci bersih dan senyum manis. Tapi guna cara yang kurang sihat untuk buat duit. Ya, aku tahu itu hak dia. Tapi kita juga ada hak. Anyway, kalau cite bab ni, sampai bila pun tak habis. Jadi, aku berhenti kat sini. Malas nak panjangkan isu ni. Nanti ada orang kata aku dengki plak.

Jadi, buat pilihan yang sesuai. Jika GDI tak sesuai. Tinggalkan. Tak perlu nak kutuk sana sini. Walhal, diri sendiri satu promosi pun tak buat langsung. Nak salahkan pulak upline. Pernah tak contact upline lebih dari 50 kali? Tanyakan macam-macam kat upline? Dan yang lebih penting, kenal tak upline korang? Aku cakap ni bukan GDI aje, tapi program-program yang lain. Kenalkan owner ebook tu? Kenal tak owner blog tu? Kenal tak owner program tu? Ke korang cam join macam tu ajer? Pernah terfikir tak benda nih semua?

Ps: Blog sokongan dah terlalu banyak. Aku kena tumpu balik kat projek Tnx dan projek ebook baru. Baru aku perasan, ini adalah artikel yang ke 840 dalam blog ini. Wahh, tak lama nak ke seribu..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Benar. Tak sampai sehari aku duduk di Banting dan nak tak nak esok aku akan pulang kembali ke Jerantut untuk melawat Wan aku yang berada disana. Aku balik dari Damak semalam. Hari ini hari ahad. Esok hari pula hari Isnin. Pagi esok, aku akan berangkat terus ke Jerantut. Tapi bukan dengan kereta hitam aku tu. Kali ini dengan Toyota Vios abah aku. Aku dan adik aku akan bergilir bawa. Kalau aku rajin, aku bawa terus dari Banting. Tapi memandangkan aku dok berjaga malam nih, aku rasa baik aku pass tugas memandu ini kat adik atau abah aku. Confirm esok pagi aku mengantuk punya. Biarlah orang yang cukup tidur ni yang memandu. Lepas subuh rasanya nanti baru aku cari bantal. Kul 8 pagi dah nak bertolak. Satu hape pun tak kemas lagi. Mesti mak aku mengamok besar pagi esok. Wakaka..

narutocheating Politik Blogger dan IM Tempatan


Akhirnya, merasa juga aku menggunakan internet melebih 10 jam sehari. Jika tidak, memang tak sampai 2 jam aku dapat menggunakan internet dengan mesranya. Terasa azab sekali. Mungkin sebab aku dah terlalu lama bermain dengan internet dan terlalu cepat mengenal dunia komputer. Aku rasa, memang aku akan kerja sendiri tak lama lagi. Kerja kerajaan ini pun aku tak tahu sampai bila aku akan buat. Bergantung juga pada bos aku. Dia tak suka, dia buang aje aku. Tapi kalau dia suka, dia simpanlah aku lama-lama. Aku pun tak pasti, tapi once aku dah capai tujuan aku, mungkin aku akan meninggalkan dunia kerja kerjaan ini.

Banyak faedah yang aku dapat dari kerja-kerajaan ni. Malas aku nak cerita, tapi pendek cerita aku faham sangat dah perangai dan peel orang kerja kerajaan. Selagi kita tak cuba masuk dalam bidang ni, memang sampai bila-bila kita takkan tahu “feel”nya. Sebab tu aku cukup “respect” dengan mereka-mereka yang kerja dengan kerajaan. Bukan senang tu. Karenah birokrasi, politik dalaman, politik bawah pokok, politik kedai kopi, politik bawah kain, politik sana sini dan sebagainya tu memang dah jadi darah daging menda ni. Biarpun korang tak nak terlibat, tapi kalau dah terbabit, memang sampai bila-bila kat dahi kita ni dah tercalit dalam buku rekod politik kerja-kerajaan ni. Yang baik tu kira baguslah, yang kurang baik nih, korang faham-faham ajelah. Pergi mana-mana pun, mesti jumpa politik punya. Tak ada politik, takkan wujudlah sesebuah negara dengan baik. Ada bagusnya juga wujudnya politik. Bila berlakunya perbezaan pendapat, barulah sesebuah negara itu akan maju. Dan sebab itulah politik tu dah macam darah daging dalam sesebuah negara. Apa benda yang kita buat, mesti ada orang tak suka. Dah realitinya macam tu. Kita terpaksa dapat menerimanya sama ada kita suka atau tidak..

Cerita bab politik ni. Jangan kita fikir jauh sangat. Politik blogger tempatan dan IM tempatan pun lebih kurang juga. Aku rasa ramai yang dah nampak bukan? Mesti ada turun naiknya. Setiap blogger, ada pengikutnya masing-masing. Setiap IM ada peminatnya yang tersendiri dan setiap otai, ada murid-muridnya yang akan follow. Bagi aku, ini satu perkembangan yang menarik jika kita pandang dari sudut positif. Jika 5-6 tahun dulu, jangan haraplah korang boleh tengok para blogger bergaduh, mengutuk antara satu sama lain, berkongsi pendapat, buat personal coaching, buat seminar dan sebagainya. Kini, bilangan blogger yang muncul di Malaysia, dah tak terhitung rasanya. Itu belum lagi jumlah blog yang memang susah untuk kita kira secara manualnya. Jadi, politik blogger dan IM tempatan memang akan berterusan. Benda ni mudah dan kita kena pandang dari sudut yang berbeza. Selagi ada unsur kebaikan dan kejujuran, aku akan terus bersaing dalam arena ini. Insya-Allah, pasti ada perkara yang positif yang boleh kita belajar dan kongsi bersama.

Okey. Tengkuk aku dah penat. Aku pun dah penat update blog-blog aku seharian ni. Jadi, aku undur diri dulu untuk mengemas barang-barang aku untuk 2 hari dan 1 malam. Insya-Allah hari Rabu aku akan online macam biasa.

Ps: Pelan tindakan untuk projek GDI aku sedang dirangka. Harap-harap success pada tahun 2010 ni..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Akhirnya, aku telah selamat sampai ke Banting dengan kereta saga hitam aku. Semua selamat. Tak ada kecederaan baik luaran atau dalaman. Ini kali pertama perjalanan pulang yang tidak mengantuk. Selalunya, memang aku balik dengan keadaan badan yang kurang sedap dan mata yang mengantuk. Mungkin sebab aku mendapat tidur yang cukup, sebab itu aku tidak berapa mengantuk hari ini. Kena pula jalan tak ‘jem’ membuatkan perjalanan lancar. Tidak ada drift ataupun korner baring. Drive macam biasa. Dengan bantuan GPS, perjalan menjadi semakin lancar walaupun GPS kali ini memilih jalan yang lebih banyak tol. Selalu aku ikut Putrajaya, sekali masuk KESAS plak kali ni. Tak apalah..

gdijanuarypayment 300x144 Komisen Pertama dari GDI


Ya. Inilah komisen pertama yang aku terima dari GDI. Aku malas nak tunjuk berapa aku dapat. Kalau korang terrer, korang tekalah berapa jumlah yang aku dapat dari GDI nih. Sikit aje. Tapi bolehlah. Ada hasilnya. Aku target dengan GDI untuk 3 tahun. Menjadi atau tidak, itulah limitnya. Ini ujikaji 3 tahun dari aku. Untung, aku ambil. Tak untung? Aku pedulik apa. Dah nama pun ujikaji, kira adatlah kalau rugi. Hangus. Tak untung. Itu normal. Jadi, terpulang pada pemikiran masing-masing.

Ada yang kata, GDI ni menipu. Jika benda ni menipu, atas sebab apa GDI menipu? Buktikan dan aku cadangkan korang hantar surat saman 10 juta ke Syarikat GDI. Jika benar telahan dan tuduhan korang, aku rasa korang dah boleh jadi jutawan sebab berjaya membongkar penipuan GDI. Tapi jika tak ada bukti, atau setakat jerkah liar dan tuduhan melulu tanpa bukti kukuh, tak perlulah nak beritahu dunia yang mana GDI ini menipu. Benda ni dah berjalan lama. Jadi, aku tak nampak sebarang masalah disini. Tapi aku tahu setiap orang ada pendapat masing-masing. Cuma jika tak cukup bukti, jangan mengada nak mengata lebih-lebih..

Harga bulanan yang dekat 10 dollar itu tak berbaloi? Memang tak berbaloi bagi sesetengah orang dan ada sesetengah dari kita tak mampu nak maintain 10 dollar setiap bulan. Jadi, sila fikir terlebih dahulu. Nak beli atau tidak. Kita ada hak untuk beli atau tak bukan? Bukankah kita diberi 7 hari untuk mencuba program ini? Jika suka, promosi dan penuhi syarat-syaratnya. Jika tak mahu, korang dengan hormatnya boleh keluar dari GDI. Tak susah bukan?  Ini tidak, belum join lagi, belum bayar 10 dollar setiap bulan, anda sudah claim ini company menipu? Haiya, mana lu belajar? Selagi kita belum sertai mana-mana program atau business, selagi itu kita takkan tahu macam-macam tentang sesebuah program itu. Aku tak kata GDI sahaja, program-program lain pun begitu. Jika tak ada bukti kukuh, tak perlulah nak buat bising merata-rata. Kalau berminat, buat sungguh-sungguh. Jika kurang berminat atau was-was, sila tinggalkan..

Berminat dengan GDI? Boleh daftar kat sini dulu >> GDI

Bagi aku simple. Selagi kita tak berusaha, jangan harap kita dapat 1 7 sen pun kat muka bumi nih. Tak ada perkara mudah di dunia ini dan jangan merintih mengapa aku masih gagal buat duit, mengapa aku tak dapat kerja tetap, mengapa aku masih tak dapat-dapat kerja, mengapa aku masih tak dapat capai cita-cita aku, mengapa aku masih tak kahwin lagi dan sebagainya. Pokoknya, anda berusaha bersungguh-sungguh atau tidak? Hidup ini kene berani gagal..Tak bermakna kalau korang gagal berkali-kali, korang terus berputus asa dan menyalahkan orang lain dan tuhan. Usaha dan terus berdoa. Insya-Allah, kita akan dapat hasilnya..

Ps: Lega. Walaupun ini rumah mak abah aku. Aku gembira berada di sini..

Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011