gadis buta | EarnCent.com


Archive for the 'gadis buta' Category


Hari ini, sudah puas aku menjelajah seluruh kawasan banting hanya untuk membayar bil-bil tertunggak setiap bulanan termasuklah bil-bil abah dan mak aku. Tak dilupakan juga bil motor adik aku dan kereta akan aku. Aku pulak yang jadi tempat membayar. Termasuklah duit kutu mak aku pun aku suruh bayarkan. Tadi baru je aku topupkan adik pempuan aku RM30 untuk maxis dia, pandai plak dia kecek aku bila birthday dia. Kenapa tidak mahu mintak sama Maxis? Maxis takde panggilan percuma Macam Digikah ketika birthday? Pelik. :neutral:

Aku pasti korang semua sudah tahu apa yang kita akan bincangkan hari ini. Ya, tajuk yang sudah panas di dada-dada internet dan paha-paha surat khabar. Pastinya cerita tentang Genius Malaysia yang sudah menjadi pelacur Internet? Menurut catatan berita dari MalaysiaKini, demi hidup serta untuk membayar sewa bilik di pangsapuri “buruk dan menyedihkan” itu, Sufiah memperkenalkan dirinya sebagai Shilpa Lee - di sebuah laman web khidmat seks - yang bersedia melayan setiap hari antara 11 pagi hingga 8 malam. Ya, gadis pelacur Genius yang kita sedang bincangkan ini adalah Sufiah. Genius Matematik yang ke umurnya 12 tahun itu mula menjejakkan kakinya ke Universiti Oxford tetapi gagal dikesan pada umur 15 tahun. kita hanya maklum bahawa Sufiah hilang selepas selesai mengambil peperiksaan akhirnya pada 21 Jun di Kolej St Hilda, Oxford.

Jika kau orang seorang penyiasat. Korang bulih tiru-tiru gaya wartawan yang menyiasat tentang Sufiah. Dari laporan Malaysiakini lagi, wartawan itu siap melanggan khidmats Sufiah dan berjaya mengambil gambar budak itu. Agh..malas aku mahu cerita. Korang boleh baca sedikit laporan dari MalaysiaKini. Macam rencana kehidupan je aku baca tadi.Jika kamu orang semua ditempat Sufiah. Adakah korang juga akan jadi seperti beliau?

Aku bukan nak kata apalah, kalau budak-budak yang lahirnya bukan kat negara kita ni atau yang jenis dok luar negara. Memang jarang sungguh mengamalkan budaya Melayu. Apatah lagi Agama Islam. Aku sendiri bukan nak cakap besar, cuma kekadang. Korang pun berbulu kan tengok artis-artis kacukan ni. Dedah sana sini tapi mengaku Islam. Tak perlu aku sebutkan nama dan aku akur mungkin mereka berbuat demikian disebabkan oleh kekangan kerja. Tapi perlukah pergi sejauh itu. Nah, satu lagi hasil Malaysia Boleh. Satu pelacur Internet dilahirkan sekarang. Ini yang kita nampak dan dah terang-terang kantoi. Yang tak kantoi. Tak tahulah.

Jika korang nak tahu, media barat memang cari isu panas macam ni nak jatuhkan umat Islam. Lagi-lagi negara kita, Malaysia. Memang ada dalam list-list negara kristian yang mana Malaysia adalah negara terrorist dan musuh agama Kristian. Aku tidak kata orang Kristian tidak baik, cuma ideologi dan cara taktik tempur gerilla diorang sudah keterlaluan dan terang-terangan ditonjolkan. Adakah kita mahu berdiam diri lagi?Ye. Ye, siapa aku nak cakap besar. Tapi korang fikirlah sendiri. AKu sendiri penah debat dengan sorang mamat luar negara pasal Islam dan Kristian. Biarpun ilmu aku agak dangkal dan aku ini tidaklah banyak pahala macam Tuk-tuk Haji atau lebai-lebai Masjid, tapi aku tahu apa yang tak betul dan yang betul. Walaupun Mamat luar negara itu bersetuju dengan pendapat aku, tetapi dia sendiri kata, yang akan menghancurkan umat Islam pada tahun 2000++ ini adalah umat Islam sendiri. Aku sudah tahu itu lama sudah. Tapi ucapannya menusuk hati aku sebab aku dengar dari orang yang tidak seagama dan bukan satu aliran ideologi. Ahh. Pedulikan saja, aku tidak mahu berbicara lagi. Aku mahu mandi. Sudah penat aku berjalan hari ini.

Pokoknya. Jangan dicari mengapa ini terjadi. Kita fikir bagaimana mahu buat supaya ini semua tidak terjadi lagi. Mahu nasihat itu Sufiah? Jauh Panggang dari Api. Dia kena usaha sendiri untuk pergi jauh dari Api Pelacur itu. Aku tahu tidak mudah. Benda sedap, murah, orang suka dan kerja tidak menyusahkan. Cuma perlukan skill dan juga teknik promosi yang betul sahaja. Ehm, dari segi marketing. Hebat juga Sufiah dalam promotion. Biasalah, Genius Matematik. Takkanlah marketing macam ni pun failed kan? So, jika korang Genius. Gunakan kelebihan itu ditempat sepatutnya. Aku rasa jika korang yang genius-genius ini bertanding sebagai calon Pembangkang. Pastinya banyak kemajuan dan buah fikiran yang bernas-bernas boleh dilahirkan. Bukan Sufiah saja, aku harap semua Genius-genius Malaysia buka mata dan terang hati tentang peristiwa yang aku cukup tak suka ini!

Kalau korang rajin. Tatapi dan baca saja komen dan laporan dari blogger Malaysia yang turut mengikuti kisah tragid. Jangan lupa juga baca surat khabar online tu. Aku rasa semua dok cite benda sama juga :sad:

Malaysiakini - Gadis Pintar Matematik Menjadi Pelacur
MohdIsmail.net - Sufiah, gadis genius Matematik jadi pelacur
It-Business - Seorang kanak-kanak Genius kecundang di dalam pelacuran…
Vangardx.net - Maths genius Sufiah Yusof now become a hooker
Yahoo Answer - What do you think of Sufiah’s case?
News of The World - Genius on the Game (NSFW)
Utusan Malaysia - Tragedi Hidup Sufiah
MailonSunday - How prodigy became prostitute
Telegraph.co.uk - Child math prodigy working as hooker
Nytimes.com - ‘Gifted’ may be based on prodigy-prostitute
Books.Guardian - Greetings from Piccadilly Circus
Tranungkite - Adakah Budak Genius Sufiah Yusof Di larikan Dan Di Rosakkan hingga jadi pelacur
Rokcybru - Sufiah : From Genius to Hooker
Theredrainbow - Sufiah.. from genius to H****
NOktahHitam - Sufiah Yusuf: Math Genius, Now a Hooker [updated]
Takenotetakeheart - Sufiah Yusof: Maths-prodigy-turned-hooker
Becok - Nasib Seorang ‘Genius’

Ps: Cukuplah semua link yang aku bagi tu. Aku search. Terlalu ramai orang buat post tentang Sufiah ni. Dalam satu hari je, dia famous satu dunia dan dunia Blogger. Terror weh dia. Memang genius marketing gak dia nih. Bukan takat genius matematik lagi  :mrgreen:

Popularity: 100% [?]


Sphere: Related Content


Aku ada satu cerita nak kongsi dengan korang. Harap jadikan ikhtibar.

Pada satu hari, ada seorang gadis buta yang tidak dapat melihat dunia yang penuh indah dan aman ini. Gadis buta ini sangat benci dirinya kerana dia adalah seorang gadis yang buta.

Gadis buta ini bersyukur even dia buta, ada seorang pemuda yang sudi jadi kekasihnya. pemuda ini selalu temankan gadis buta ini jika hendak pergi ke mana sahaja. Pergi beli santan, pemuda belikan. Pergi temankan tengok wayang, pun pemuda ini temankan walaupun dia tahu gadis buta ini memang mustahil boleh melihat. Pergi makan KFC pun pemuda ini sanggup temankan sehingga sanggup tolong suapkan gadis buta ini. Betapa bestnya hidup gadis buta ini.

Dan pada satu hari, gadis buta ini berkata kepada pemuda tersebut

“Jika satu hari nanti aku dapat melihat semula, engkaulah yang aku akan kahwin!”

Tiba-tiba. Pada suatu hari. Pihak hospital panggil si gadis buta ini dan bagitau ada orang sudi dermakan mata kepada gadis ini. So, dengan berbunga hatinya gadis ini gembira dan beritahu sekali lagi kat kekasihnya (pemuda tadi) yang dia akan kahwin dengannya jika dia dapat melihat semula. Pemuda yang memerangkap kekasihnya itu sangat happy..

Selesai pembedahan dan gadis buta itu akhirnya dapat melihat semula. Pemuda yang memerangkap kepada kekasihnya berkata:

” Akulah kekasih kau yang selalu menemani kau ke mana sahaja kau pergi. Jadi, sudikah engkau mengahwini ku?” jelas dan soal pemuda tersebut.

Alangkah terkejutnya Gadis yang sudah tidak buta itu melihat seorang pemuda yang juga buta sepertinya sebelum ini. Dengan pantasnya gadis itu menolak permintaan pemuda buta untuk mengahwini dirinya..

Dengan lemah longlai pemuda itu bangun dan berjalan. Ketika dipintu bilik sebelum keluar dari bilik gadis buta itu. Pemuda itu menoleh dan berkata:

Jagalah kedua pasang mataku itu dengan baik..” Suara pemuda itu dengan tangisan dan kesedihan yang melampau..

So, Apakah Moral untuk kisah kali ini?

  1. Keadaan ini membuktikan bahawa otak manusia akan berubah apabila statusnya berubah

  2. Tak ada orang yang suka keadaan yang menyusahkan dirinya.

  3. Jangan mendermakan mata kepada orang yang kita sayang! Amaran dari aku melainkan korang nak terima akibat yang sama macam cerita ini..


Ps: Berhati-hatila dengan gadis buta ini. Nama gadis yang dah tak buta ini gagal dikesan..

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member


















  • Voice your opinion on Australia\'s largest Consumer Review Site

-----------------------------
The Best site and articles : New Adsense Alternative | Melayu Boleh | Berrybunch | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Kenapa Ain Suka Mudah.my?
Mary Kay
-----------------------------