Archive for the 'fun' Category

Sep 08

Saya Jual Dadah..

25 comments - Post a comment


Aku teringat kisah lucu masa aku kecil dulu. Bapa aku dan aku selalu buat lawak. Boleh dikatakan setiap hari ada saja lawak baru yang aku dan bapa aku gelakkan. Jika ada orang bertanya pada aku apakah perkerjaan bapa aku. Aku akan jawab, “bapak saya adalah Mekanik Sukan. Dia boleh membetulkan gelanggang boxing dan gelanggang kuda.

Dan nak dijadikan cerita, pada satu hari. Cikgu sekolah rendah aku bertanya padaku. APakah pekerjaan bapak aku? Jadi aku pun bagitaulah ” “bapak saya adalah Mekanik Sukan. Dia boleh membetulkan gelanggang boxing dan gelanggang kuda.

Cikgu aku terkejut dan tidak puas hati. Mungkin kerana tidak percaya. Dia telah muncul dirumahku pada hari sabtu. Semua ahli keluarga terkejut dan pelik. Rupa-rupanya, cikgu aku mahu siasat betulkah pekerjaan bapaku itu seperti yang aku katakan.

Jadi, terpaksalah bapa aku menerangkan bahawa itu sebenarnya adalah lawak keluarga. Haha..

Selepas itu, cikgu sekolah rendah aku pun tanyalah pada bapa aku. “Sebenarnya, encik ni kerja apa?”

Bapa aku sebenarnya adalah jurujual disebuah kompani farmasi. Jadi dia pun cakaplah..

“Saya jual dadah..”

Dub!!

Setengah jam kemudian, cikgu aku terjaga dan mendapati dirinya di hospital. Rupanya-rupanya cikgu aku ni pengsan dengan lawak bapa aku tu..

———————————-
Credit to Gina Bennicasa

Ps: Cerita diatas telah aku terjemahkan dalam bahasa melayu. Jadi, apa yang aku nak tahu. Apakah pengajaran yang boleh kita dapat dari cerita diatas?? icon smile Saya Jual Dadah..

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content


Berita Terkini!

9.47 malam: Keputusan rasmi, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat majoriti 15,671 undi.

Penasihat PKR itu mendapat 31,195 undi, manakala calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah meraih 15,524 undi.

Sementara calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Hanafi Hamat memperolehi 92 undi sahaja dan hilang wang pertaruhan.

f092a71b2cbb5439932a02cdf5b88ff6 Ya, Titan tau. Anwar Menang Malam Tadi..

02anwarundi 12 Ya, Titan tau. Anwar Menang Malam Tadi..


Yang menariknya, majoriti undi yang diperolehi mantan timbalan perdana menteri itu, lebih tinggi daripada undi yang diperolehi oleh calon BN.

Seramai 81.1 peratus daripada 58,49 pengundi di Parlimen Permatang Pauh keluar mengundi hari ini.

9.15 malam: Keputusan awal setakat ini, daripada sumber rasmi, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat majoriti 14,551 undi.

Sebanyak 11 kotak undi belum dihitung. Pengiraan masih berjalan.

Ulasan Earncent.com : Kami tak kesah Anwar menang atau tidak semalam. Kami juga baru tahu Anwar menang tadi. Tapi jika Anwar dan PKR dapat bawak pembaharuan untuk rakyat Malaysia. AKu dan Earncent.com akan terima dengan tangan terbuka. JIka BN dan barisan Nasional buat pembaharuan yang baru dan memberangsangkan, aku juga terima dengan tangan yang terbuka. Janji, tak menyusahkan rakyat jelata dan menetapkan harga minyak ke tahap yang memuaskan. Lagi satu, jika benar Anwar atau sesape calon dari PKR bakal menjadi Perdana Menteri, aku juga tidak kesah. Asalkan dia menganut agama Islam dan juga mampu membawa perubahan.

Tapi jika tidak ada perubahan tampuk pemerintahan, aku juga harap kebebasan bersuara di blog-blog yang berbaur politik akan terus mekar tanpa sekatan yang melampau dan tidak disekat oleh pihak kerajaan atau pembangkang. Blogger pun janganlah terlalu melampau gak. Kutuk sikit-sikit dah la ye. Kang naya je kalau kene tangkap Polis ke BPR ke apa ke. Janji kita saling mengingati dan memberi amaran. Apapun ulasan ini tidak ada kaitan dengan orang lain atau pun kawan-kawan perempuan aku. Diorang tak bersalah encik..

Last, kita tengok harga minyak akan turun serendah mana tahun 2008 ini. icon smile Ya, Titan tau. Anwar Menang Malam Tadi..

Sumber dan Gambar: MalaysiaKini dan harakaydaily

Ps: Entri ini aku kopi terus dari blog baru aku ni. Haha. Malas punye pasal..

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini aku tak banyak dah nak wat apa-apa. Saje berehat menenangkan fikiran. Dan tadi aku usah project aku dengan member Dubai aku tu. Kita orang dah create satu website baru. Haa..korang leh usha dulu kalau mahu. Nama website berbentuk perkhidmatan itu adalah Zuurl !!

logo7 Zuurl   Free URL Shortener


Amacam? Ni logo awal yang kita orang create. Walaupun tak adalah lawa atau nampak professional, tapi aku suka dengar design yang tak seberapa ini. Tunggulah beberapa bulan nanti baru kita orang tukar yang baru.

Aku buat Zuurl ini kerana hendak menggantikan tinyurl. Korang pun tahu kan apa itu tinyurl? Dan sepanjang aku jalan-jalan kat blog lokal, sekor pun aku tak jumpa yang provide service ini. Jadi aku dengan suka hatinya buat benda ini khas untuk tatapan rakyat Malaysia dan benda ini memang leh guna untuk orang luar. Tak ada masalah.

Jadi, jika korang nak pendekkan link korang yang panjang macam cacing kerawit tu atau nak hide kan korang punye link affiliate. Bolehlah cuba perkhidmatan zuurl ini. Ok. Pada yang tak tahu macam mana perkhidmatan Zuurl ini berfungsi. Aku terangkan sikit..

Contoh 1: Nak pendekkan url blog korang.

http://earncent.com/blog >> http://zuurl.com/earncent
http://rajasehari.blogspot.com >> http://zuurl.com/rajasehari

Contoh 2: Hide your Link affiliate

http://www.rahsia-pro-affiliate.com/index.php?ref=titan http://zuurl.com/255

Nah. Pendek bukan? Jadi, ianya akan memudahkan korang. Walaupun masih baru dan masih dalam tempoh beta. Aku harap korang leh support perkhidmatan yang aku sediakan ini. Nanti aku kasi make up lagi design website ini. Ala, lawa-lawa tapi orang tak pakai tak guna gak kan? So, biarla nampak biasa tetapi ianya membantu.

Ps: Itu sahaja untuk projek aku dan mamat dubai kali ini. Kita orang masih ada projek lain lagi. Tapi biarlah perlahan-lahan. Tak payah tergesa-gesa. So, jangan lupa guna Zuurl tau!

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content


[audio:Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta.mp3]

Oleh sebab aku suka ambil gambar dengan menggunakan Handphone Sony Ericcson W700i aku ini. Aku nak share sikit gambar-gambar yang ada ni. Tak tahulah korang suka atau tak. Tak suka takpe. Walaupun skill aku tak macam amateur atau professional photographer macam catzer. Tapi aku ingin mencuba.

269947 Four Cup When Boiling Egg 620 Gambar Panas dan Cek Buluhmas
4 cawan kecik menemani aku memasak telur rebus separa masak

269951 Four Cup Alone 620 Gambar Panas dan Cek Buluhmas

4 cawan kecik dengan sekeping ketas sederhana keras bernilai RM36. Khas untuk tatapan promoter buluhmas..

179859 Money Illusion 620 Gambar Panas dan Cek Buluhmas

1 bakul duit sebelum aku depositkan ke akaun CIMB aku. Huu..

202359 Did You Have More Coins 620 Gambar Panas dan Cek Buluhmas

Duit syiling adik aku. Aku kebas sebab nak bayar bil air..

269953 Did You Love to Eat Fried Egg 620 Gambar Panas dan Cek Buluhmas

Telur goreng dengan Kicap Manis. Percubaan ke 107 memasak telur goreng. Bolela..

152606 At Highest Peak at Kinabalu Mount 620 Gambar Panas dan Cek Buluhmas

Gambar titan yang kiut. Tekan gambar jika mahu lihat dengan lebih handsome. huhu..


Ps: Itu sahaja entri gambar panas lagi kali ini. Saje je sebab aku malas nak menaip ayat-ayat cinta atau ayat-ayat promosi. Sudah, layankan aje. Siapa yang nak sangat tengok gambar aku, sila klik untuk gambaran yang lebih jelas. Tak leh letak gambar bebanyak. Nanti membebankan blog aku ini icon smile Gambar Panas dan Cek Buluhmas

Popularity: 8% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011