fun | EarnCent.com


Archive for the 'fun' Category


Tadi aku sempat jalan-jalan gi blog orang lain. Jarang sekali dah aku wat aktiviti blog hopping nih. Dulu memang sangat rajin. Tapi sekarang, kekangan masa membuatkan aku cuma buat bila aku rasa macam nak buat aje. Jika dulu, aku wajibkan diri aku buat aktiviti ini setiap hari. Tapi kini berbeda. Aku kene akui hakikat itu bahawa kita pasti berubah bila tiba masanya. Eceh. Hehe..

Hari ini, banyak betul orang bercerita pasal Hari Guru. 16 Mei adalah hari guru. Jadi, sebab esok hari Ahad. Majlis sambutan Hari Guru seMalaysia akan diadakan pada hari Isnin. Aku tahu sebab mak abah aku bagitahu tadi. Mesti diorang dapat macam-macam hadiah hari Isnin nanti. Aku pun nak gak la macam tu. Haha!

Bila cerita tentang cikgu ni. Aku tak nafikan bahawa banyak cikgu-cikgu yang meningalkan kesan dalam hidup aku. Tak jahat aku katakan bahawa cikgulah yang membuatkan aku berada ditempat aku sekarang. Seorang yang mampu berdiri dikaki sendiri walaupun dicampak dimana sahaja biarpun terlalu banyak kekurangan diri. Berkat dan kesungguhan tunjuk ajar cikgu dan pensyarah aku membuatkan aku tahu membaca, mengira, mengorat perempuan, menulis blog dan macam-macam lagi. Dengan itu, aku ucapkan terima kasih kepada semua cikgu terutamanya Cikgu Hasnah yang melempang aku. Cikgu Hamidah yang sangat garang. En. Adong Laming yang akhirnya meluluskan tesis aku sebelum sejam berangkat ke Korea. Semoga tesis PhD En. Adong berjaya dengan cemerlang dan peta Semporna itu akan banyak membantu beliau. Prof Sanudin dan pensyarah-pensyarah Geologi di UMS. Insya-Allah, bidang geologi akan tetap dihati aku sampai bila-bila. Hehe..

Pernah kene rotan tak korang? Jika pernah. Aku pun pernah. Memang tak best dan aku sendiri tahu cikgu-cikgu pun tak suka rotan aku. Tapi dah aku nakal dan jahat sangat masa sekolah dulu. Nak tak nak, kene gak rotan. Masa darjah 6. Aku jadi ketua kelas. Kelas bising, aku kene panggil GPK1, GPK2 dan akhirnya Pengetua. Cis. Sampai menangis aku dibuatnya. Sengal betul. Tapi berkat dari situ, aku jadi samseng sekolah. Haha..kat kelas memang pijak semut tak mati. Luar sekolah, habis budak-budak aku kerjakan!

Jadi, jika ada anak-anak yang korang yang kene rotan. Toksah la gi sekolah nak gi maki hamun cikgu atau nak gi saman sekolah. Anak korang memang 99% bersalah dalam hal ni. Cikgu kita takkan rotan tanpa sebab. Jadi, silap besarlah jika korang percaya dengan anak korang 100%. Anak korang takkan bagitau banyak perkara kat korang. Sebagai seorang anak, memang aku mengakui hakikat tu. Sebab tak semua benda aku bagitau abah aku melainkan nak mintak duit beli buku rujukan atau beli buku latihan serta yuran sekolah. Hal-hal lain, aku tak berani sebut. Sebut aje benda yang dia tak suka, tak pasal-pasal kene tempelang. Mak aku lagi garang. Waktu kecil. Memang garang. Tapi bila aku dah besar. Akulah anak mak paling manja. Adik aku yang bongsu pun bengang tengok aku. Haha..padan muka ko, budak!

Ps: Cukuplah. Kepada cikgu-cikgu dan juga kepada mak dan abah. Selamat Hari Guru!

Pss: Nak hadiah? Kene menang main batu seremban dulu la isnin nih. Antara dialog dalam sms aku hari ni dengan seseorang yang sedang cuba cari pasal dengan aku. Takpe. Nanti ko..

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content






Hari ini aku cuma hendak kongsikan pada korang, satu lagi peluang untuk buat duit di internet. Dah macam-macam cara yang aku kongsikan di blog ini. Aku harap korang dapat cedok yang mana sesuai dengan korang dan buat duit jugak. Walaupun mungkin tak dapat banyak, tapi sekurang-kurangnya membantu korang untuk buat duit di internet. Tapi jika masih ada yang tidak faham, boleh hubungi aku diruang contact ini.

Kali ini. Aku hendak cerita satu lagi cara untuk buat duit. Semua orang tahu apa itu blogger. Semua orang tahu menulis sesuatu diblog masing-masing. Apa kata pulak kalau ada orang yang berminat untuk mengupah anda menulis artikel diblog mereka dan anda dibayar untuk setiap artikel itu? Berminat atau tak untuk kerja sedemikian? Bukan sahaja kita boleh mempromosikan produk atau program. Namun, kita juga dapat menambah pengalaman dan dalam masa yang sama mempromosikan diri kita juga. Lebih ramai orang kenal kita, lebih mudah untuk kita buat duit diinternet ini. Betul tak? Di internet atau diluar sana, kita tetap tidak boleh hidup seorang diri. Jadi, kawan dan hubungan itu penting.

Ok. Saudara Helmi Asyhraf menawarkan 3 peluang untuk buat duit untuk korang. Walaupun mungkin tawaran itu tidak mahal, tapi sekurang-kurangnya. Ini peluang kita untuk buat duit disamping menambah pengalaman. Jadi, apakah pekerjaan yang perlu kita buat?

- Blogger
- Blog reviewer
- Guest Blogger

Aku tak dapat nak terang secara details. Tapi korang boleh rujuk dipost Helmi tentang pekerjaan ini. Aku rasa tawaran ini masih terbuka dan aku juga salah seorang blogger yang telah berjaya mendapat peluang yang ditawarkan oleh Helmi ini. Jadi, sementara peluang ini masih terbuka. Apa kata korang apply peluang ini? Sesiapa pun boleh. Malah, artikel korang boleh dalam bahasa english dan melayu. Sila lihat 3 artikel aku yang telah diluluskan oleh Helmi.

- Have Interesting Picture? : Make money with Triond
- Have you failed at Amazon? Try Tradebit Now
- Nuffnang Ok atau Tidak? Cek Ketiga dari Nuffnang

Bagaimana untuk menghubungi Helmi dan untuk mendapat peluang ini. Ada 2 cara. Cara pertama, sila hubungi beliau melalui email atau korang boleh guna cara kedua iaitu sms atau hubungi cell phone beliau. Ala, wat la miss call 2-3 kali. Hehe..

Malah, kepada sesiapa yang mempromosikan kerja ini. Korang juga berpeluang untuk mendapat hadiah percuma dari beliau. Aku tak tahu hadiah apa sebab aku masih tak dapat apa-apa. Aku akan menerima bayaran dari Helmi pada hujung bulan nanti. Itu deal antara aku dengan dia. Tapi menurut post beliau, korang leh terima bayaran dalam masa 2 minggu. Kalau tak silap aku la. Dan bayaran dibuat melalui akaun Maybank sahaja.

Semua info : Sila RUjuk di sini


Siapakah Helmi Asyraf? Dari pembacaan aku disini, beliau merupakan seorang pelajar yang mengambil jurusan Professional Accounting dibawah ACCA ( Associatioan of Chartered Certified Accountants) program dan mungkin masih baru di dunia blogging. Biarpun mungkin masih baru, aku dapat lihat semakin ramai yang meningkat naik. Tak perlulah aku sebut siapa, korang faham-faham sendirilah. Aku sahaja yang masih newbie senja. Bila nak jadi otai ni..

Ps: Ehm..ada lagi beberapa artikel tak siap untuk blog Helmi. Esok aku hantarkan lagi satu artikel jika sempat. Jadi, ada sesiapa yang berminat?? Sila angkat kening kiri anda. Hoho!!

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content


AKu bosan malam tadi. So, aku try main game. Akibatnya, semua game yang aku main. Kalah je manjang. Terror tul komputer malam ni. Paling jauh pun level 4-5 je. Selalu terus sampai habis game tu aku belasah. Tadi main, kuat pulak bos-bos kecil diorang. Tu lum jumpa bos yang besar-besar. Hampeh tul. Adakah ini bermakna skill bermain games aku semakin merosot?

Bosan main games sebab asik kalah je dari tadi. Aku layan youtube plak. Tak tahan aku gelak sorang-sorang tengok video lawak kat youtube nih. Dari 18SG, 18SX, 14SX, 14PL dan macam-macamlah. Gelak sakan sampai habis air teh limau aku dibuatnya. Pastu, bila aku dah setat bosan. Aku terjumpa video lama yang membuatkan aku kenal youtube ni. Video ni lah yang famous gila kat UMS dulu. Aku rasa hampir kat setiap komputer dan laptop yang ada di UMS, wajib ada video ni. Jadi, korang layan aje..



Hehe. Tersenyum tak? Gelak tak? Kalau korang sikit pun tak terasa kat hulu hati. Memang korang ni takde perasaan dan liang-liang peluh korang tak berfungsi. Ataupun nilai-nilai humor itu sudah tida wujud lagi didalam kehidupan korang? Haha..

Ps: Apapun, aku tetap bosan selepas 20 minit menulis entri ini. Aku perlukan tidur. Tapi mata ini tetap terbuka menunggu sesuatu yang aku tidak pasti..

Pss: Blog video aku dengan kawan aku baru je pulih dari pembaikkan. Masih baru dan perlu banyak pembaharuan. Leh layan gak : Tivitune

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content


Secara jujur. Hari ini aku takberminat nak cerita pasal buat duit atau buat edisi siasat. Tapi semua projek masih berjalan macam biasa. Semua blog akan diupdate mengikut jadual yang ditetapkan. Cuma aku nak jawab tag yang dikenakan oleh Cik Diya. Itu sahaja.

—————-

1. If your lover betrayed you, what will your reaction be?

Sakit hati la. Itu normal bukan?

2. If you can have a dream to come true, what would it be?

Rahsia. Kluenya : Mata.


3. Whose butt would you like to kick?

Orang yang gatal-gatal Tag aku ni la..

4. What would you do with a billion dollars?

Melancong. Gi wat haji. Hantar mak abah aku gi Umrah. Kawin. Semua untuk diri sendiri. Siapa nak duit. Kene kerja..

5. Will you fall in love with your bestfriend?

Tak Pernah.

6. Which is more blessed, loving someone or being loved by someone?

Caring each other. Understand each other. Trust each other. This 3 are more blessing. WHat we can do with love? Its just a sweet word. But people love to play with that word..

7. How long do you intend to wait for someone you really love?

Tak mau jawab.


8. If the person you secretly like is already attached, what would you do?

AKu tahu ramai yang admire aku. Jadi, adakah itu satu kesalahan?


9. What do you pray each day for your loved one?

Kegembiraan dan ketenangan.

10. What takes you down the fastest?

Bila seseorang tak percaya dengan aku. One of My rule, trust me 100%!

11. How would you see yourself in ten years time?

Aku harap aku masih hidup dan kekal comel!

12. What do you really want at the moment of responding to this tag?

Slap Diya 7.5 times because tagged me. Haha..


13. What kind of person do you think the person who tagged you is?

Budak kecik. Seorang gadis. Anak kepada seorang bapa. Ketinggian bawah 165cm. Berat mungkin sudah melebih 55 kg. Dia tak lawa. Tapi berkemungkinan dia comel. Mempunyai gaya penulisan yang baik dan ada harapan untuk jadi pengarang Utusan Malaysia. Mempunyai hati yang kecil, tapi cita-cita yang sangat besar. Pendiam. Tak mustahil juga dia gemok sebab dia kuat makan. Penyayang tapi agak kejam. Mungkin kuat merajuk atas sebab-sebab yang tak munasabah. Ehm..itu jela. Banyak lagi ni nak tulis..


14. Would you rather be single and rich or married but poor?

Sebagai seorang manusia yang mempunyai nafsu. Aku hendak kawin. Kaya atau miskin? Itu pandangan dunia ketiga.

15. What’s the first thing you do when you wake up?

Cari cermin mata aku..kalau tak bawah katil. Mesti kat celah-celah bantal..

16. Would you give all in a relationship?

Who knows. Haha..

17. If you fall in love with two people simultaneously, who would you pick?

Both. I will try to be fair and lovely. But i know its 99 % impossible..


18. Would you forgive and forget no matter how horrible a thing the someone has done?

Men’s rule. We can forgive. But its hard to forget. I just follow this rules..

19. Do you prefer being single or having a relationship?

To be honest. Relationship.

20. Would you leave your family behind just to chase your dreams?

Depends on situation..


***

Aku cuma nak tag 5 orang sahaja. Tapi terpulang pada diorang hendak balas tag ini atau tidak. Tiada paksaan untuk membalas tag.

1. NH aka Noktahhitam
2. Megat
3. Nuaeman
4. Aeropama
5. Yazidyahaya aka JuniorIM

Ps: Itu sahaja untuk hari ini. Aku seriau dengan satu benda ni. Esok-esok aku citer.. :)

Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member


















  • Voice your opinion on Australia\'s largest Consumer Review Site

-----------------------------
The Best site and articles : New Adsense Alternative | Melayu Boleh | Berrybunch | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------