Archive for the 'fujitsu' Category




Haha. Dengar aje lagu itu. Ya, hari ini adalah hari earncent.com menyambut hari jadinya yang pertama. Domain Earncent.com ini telah dibeli pada 15 Julai 2007 dan hari ini genaplah setahun usianya membantu aku mendapatkan sedikit dari internet melalui pelbagai kaedah yang sukar untuk diterangkan satu persatunya. Nih gambar dari seseorang yang baik hati.



Aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua orang yang selalu hadir ke blog ini dan berkongsi idea bersama-sama. Tak kurang juga kepada Top-Top Komentator dan Follower blog ini dari dulu dan akan datang. Aku akan cuba berikan lebih banyak edisi siasat dan open case kepada korang dengan kajian yang lebih mendalam. Nantikan juga produk terbaru pada masa akan datang. Maaf kerana produk aku selalu lambat kerana aku sangat sibuk. Betul. Itu alasan yang selalu aku buat walhal aku malas sebenarnya..

Ini statistik tak rasmi untuk tatapan korang tentang blog earncent ini.

Entri Paling Popular Sepanjang tahun:

Open Case : Sufiah Genius dan Shilpa Lee Pelacur. Apa Beza? - 37602 view
Open Case : Sufiah Mengaku dia Sangat Suka Jadi Pelacur! - 6052 view
Edisi Siasat : Adakah Monsun-biz dan BossMailer itu Scam? - 5120 view
Open Case : Isu Panas Filem Fitna! - 4875 view

Top Search Keyphrases (Top 10)
earncent
earncent.com
buluhmas (tak sangka leh naik dalam 2 minggu aje..)
surfjunky
korang (bende ni pun leh jadi top search? aku tak faham..)
sufiah
onemanga
contest

Blog ini..

Blog ini telah menghasilkan 273 entri posts, mengandungi 136 kategori dan 452 tag.
Blog ini menggunakan FTW theme dengan bantuan 18 widget.
Blog ini mempunyai anggaran 8540 komen selama 1 tahun ini. Aku agak-agak je ni..
Blog ini juga telah menjana lebih dari ribuan ringgit dan dollar. Tak banyak kan?
Blog ini dikendalikan oleh seorang pemuda yang sangat kacak. Haha..
Blog ini popular dengan dengan entri edisi siasat dan open case.
Blog ini pernah kehabisan bandwith pada bulan April 2008
Blog ini akan menelan 2-6 Gigabyte bandwith hampir setiap bulan..
Blog ini mempunyai hits tertinggi pada bulan April iaitu 1411454 hits!
Blog ini lebih banyak dilayari melalui Internet Explorer berbanding Firefox.
Blog ini pernah dilayari melalui browser K-meleon dan Konqueror.

Senarai Contest Yang Pernah dijalankan di Earncent.com

Top Commentor Contest 2007
Kuiz RajaPayloadz Bermula hari ini!
Contest Comment Masters Duo
Leo Contest - Part 1
Leo Contest - Part 2
May Comment Contest 2008 its Open Now!
Earncent Review Contest - Sejauh mana anda kenal titan!
July Comment Contest Dilancarkan

Produk Rasmi:

Ebook Panduan Mylot (Produk terlaris pada 2005-2007)
Ebook Panduan RajaPayloadz (Produk terlaris pada 2008)
Ebook ES101-101 (study case titan secret)
Ebook ES107-Tune (study case Tunemoney dan VCC)
Ebook ES102-Project B (study case XXXX - ni projek baru)

Kebanyakkan penguna blog ini menggunakan windows. 2217090 hits datangnya dari windows, 13101 datangnya dari Mac, 12528 hits datangnya dari Linux, 81 hits datangnya Sony PlayStation Portable, 36 hits dari HP UX dan 166407 hits dari operating system bernama unknown. Serius, ada orang masuk blog ni pakai Sony Playstation? Biar betul? Dan apa itu HP UX? KOrang tau tak??

Ehm dan macam2 lagi statistik yang aku leh tunjuk kat sini, tapi aku yakin ianya akan memakan lebih dari 10 entri post. So, daripada aku buang masa. Korang tatapi jelah statistik yang aku berjaya tulis. Aku tak larat nak update semua tapi ini je yang aku mampu buat. Dan sebenarnya terlalu banyak pengalaman baru dan pengalaman pahit yang aku kongsikan di blog ini. AKu tak tahu macam mana nak bagi penghargaan kepada blog ini. Tapi aku gembira kerana aku berjaya menulis di blog ini lebih dari satu tahun. AKu harap aku akan terus menulis untuk tahun-tahun berikutnya.

Sekali lagi, tahniah untuk diri aku sendiri dan juga tahniah kepada anda kerana membaca tulisan aku sehingga hari ini. Mungkin ada tulisan aku yang agak kasar atau membunuh perasaan korang membuat duit di internet. Tapi jika tidak berbuat demikian, kau orang tidak akan serius untuk membuat sesuatu. Hendak buat duit tidak ada jalan mudah. Kita kene belajar pelbagai perkara untuk berjaya. Aku tidak kata aku tak berjaya dan aku tidak kata aku pasti gagal. Aku sudah mengalami pelbagai kegagalan dan rugi ribuan ringgit.

Dan sedikit demi sedikit aku faham erti kebebasan kewangan dan juga nilai wang didunia ini. Benar, wang bukan segalanya, tapi tanpa wang. Blog ini takkan wujud . Siapa kata wang tidak penting, anda silap besar dan boleh pergi main jauh-jauh dari blog ini jika tidak percaya hakikat ini. Korang kene faham. Cuma konsep kehidupan dan konsep wang itu kita kene perhalusi. Ada orang kata cinta itu lebih penting dari wang. Tapi percayalah, tanpa wang, cinta korang juga akan jadi sia-sia. Dan tanpa cinta, blog ini juga akan sia-sia. Jadi blog ini mempunyai dua tema khusus. Duit dan Cinta. Korang suka atau tak. Aku pedulik apa!

Ok. Puas dah aku mengarut hari ini. Ini hari untuk blog ini. So, kalau korang nak kutuk ke nak puji aku atau blog ini, aku terima dengan hati terbuka dengan perisai kesabaran. So, kutuklah sepuas-puasnya. Aku takkan membidas apa yang korang cakap walaupun apa yang korang cakap itu tanpa bukti kukuh. Nak kutuk ke tak?? (kutuklah kalau berani. Haha..)

Apapun, Selamat HARI JADI Earncent.com!!

PS: Serius, setahun. 4-5 kali aku akan diserang batuk. Mungkin aku juga kene tulis wasiat dan cari orang untuk menulis diblog ini selepas aku tiada nanti. Huhu..

PSS: Kredit Gambar untuk NR Yumie.

Popularity: 8% [?]


Sphere: Related Content


Sebenarnya, PC aku baru je baik dari demam. Aku tukar power suppy jugak akhirnya. Kalau hari itu PC aku down disebabkan oleh RAM. Tapi sekarang, power supply aku buat hal. Terpakse juga hantar kedai dan aku kene caj RM105 untuk kos power supply dan juga pembaikkan motherboard aku. MB PC aku nih memang tengah ada problem. Kalau ikut hati, aku nak tukar je MB yang dah berusia hampir 5 tahun nih..

So, nasihat aku. Jika PC korang telah berusia lebih 4-5 tahun. Jaga-jagalah kerana barang2 di dalam CPU korang tu akan mengalami kecederaan demi kecederaan setiap hari. Jika kau orang gamerz, kaki download torrent, kaki download anime, kaki download lagu, kaki bloggerz atau kaki webmaster. Aku cadangkan kau orang berhati-hati dan bersiap sedia dengan sumber kewangan yang munasabah. 4-5 tahun bukan satu tempoh yang sekejap. Pastinya ada satu dua transistor atau wayar-wayar dalam atau cip-cip yang menangis menahan kesakitan kerana sudah tidak mampu menyambung perkhidmatan mereka. Jadi, jangan tunggu lagi. Lakukan pemeriksaan dan tukar apa yang patut!

PC lama aku nih sebenarnya PC akak aku. Tapi aku culik ke UMS sabah kerana aku rasa aku memerlukan sebuah PC untuk membantu aku menyiapkan kerja-kerja yang telah diberikan oleh pensyarah-pensyarah aku yang kejam lagi comel itu. Tak aku nafikan bahawa PC yang harga asalnya cumalah RM1200 ini telah membantu aku ketika di UMS lebih 4 tahun. GIla bukan? PC sebegini hanya akan tahan lama jika kau orang mampu memberikan penjagaan yang sempurna seperti yang aku lakukan ini.

Take note aa jika kau orang mahu PC korang tahan lebih 4-5 tahun!

1. Sila pasang PC korang lebih dari 23 jam sehari.
2. Sila pastikan hardisk kau orang mesti ada ruang sebanyak 1 GB di dalam hardisk korang.
3. Sila bagi kawan korang pakai PC korang sesuka hati.
4. Sila bagi kawan korang pinjam PC untuk buat kerja rumah.
5. Sila bagi kawan korang main game sampai PC korang berbau hangit. Petanda MOtherboard terbakar.
6. Sila pasang 2 bijik kipas besar yang berharga RM69.90 di kiri CPU dan kanan Monitor PC anda.
7. Sila pastikan PC anda adalah harta awam.
8. Sila pastikan juga PC anda tidak terlibat dengan mana-mana skim cepat kaya.
9. Sila pastikan bahawa PC anda bukan original. Pakai je klon. Sebab PC aku pun klon apa..
10. JIka kau orang gamers, pastikan RAM korang lebih dari 1 GB. Jika tidak, kau orang akan tukar power supply dan motherboard lebih dari 10 kali dalam masa 5 tahun.

Untuk pengetahuan korang. PC aku ni PC klon. Aku tak nafikannya. Walaupun klon, tapi PC ini telah banyak membantu aku. Antara kejayaan terbesar PC ini adalah seperti berikut:

1. Membantu aku menang banyak contest di blog dan forum international juga lokal.
2. Membantu aku membuat duit lebih dari 30k sejak 4-5 tahun dulu..
3. Membantu aku membayar duit PTPTN dan bil air secara online.
4. Membantu aku mendapatkan sebijik Laptop pada tahun 2008.
5. Membantu aku mendapatkan sebijik Motorsikal Lagenda pada tahun 2007.
6. Membantu aku membayar bayaran bulanan kereta kelisa sejak 2007.
7. Membantu aku mengumpul duit kahwin aku sebelum umur aku 30 tahun..
8. Membantu aku mengumpul duit untuk beli rumah. Tak cukup lagi..
9. Membantu aku membeli topup online melalui maybank2u.com
10. Membantu aku membeli tiket kapal terbang ke kota kinabalu melalui perkhidmatan Airasia.
11. dan banyak lagi..

Jadi, siapa bilan PC klon tak boleh buat duit haa??

PS: Sebenarnya, business online pertama aku adalah bisnes jual kad prepaid. Kau orang percaya tak? Umur aku ketika itu adalah 17 tahun..

Popularity: 6% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini aku nak beritahu pada korang semua aku telah berjaya membeli sebuah Laptop yang aku idam-idamkan walaupun yang aku idamkan itu terlalu mahal. Tapi aku dengan pantas tertarik dengan sebuah Laptop Jenama Toshiba ESPRIMO™ MOBILE V5535 dengan harga RM1999.00 sahaja. Dengan tambahan RM100, aku telah berjaya upgrade RAM dari 1 Gigabyte ke 2 Gigabyte berserta 1 cooler yang sepatutnya berharga RM38 setiap satu.

So, lepas ini bolehlah aku berkata bahawa aku ada sebuah Laptop. Betul atau tak ? Nak tengok gambar dia tak?


HEhe, lepas ni bolehlah aku terus berchatting, main facebook dan friendster, berposting di forum wangcyber dan digitalpoint, mempromosikan free report Andrew Fox, berjumpa Fanne Wong dan Daniel Tan juga untuk memasuki cpanel hosting yg berpindah ke Netkl, bermain games online dan bermacam-macam lagi dengan Laptop Fujitsu ini termasuklah membeli jual link dan terus menyiasat pelbagai open case dan edisi siasat.

INi dia spekulasi tentang Laptop Fujitsu ini :

Platform: Intel® Pentium® Dual Core Processor T2330 (1.6 GHz, 1MB L2 cache, 533 MHz FSB) - SiS M672 chipset
Display:15.4-inch WXGA SF TFT, 1280 x 800 pixels
Modular Bay Device: Dual Layer DVD Super Multi Writer
Memory: 1GB DDR2 677 Mhz ( Telah Upgrade ke 2GB)
Hard Disk: 160GB
Battery: Up to 2.0 hrs1 (6-cell Li-ion 2000mAh)
Weight: 2.7kg

Nak tahu lebih details? Baca nih aa..

Hard Disk Drive: SATA (5400rpm)
Graphics: SiS Mirage 3+ Graphics, up to a max of 256MB shared memory
Audio: Realtek ALC268 Sound Chip with stereo speakers
Audio-in: (line-in / microphone)
Audio-out: (line-out / headphone)
Communication: Built-in 10/100/10002 Mbps SiS 196 LAN and Atheros BG WLAN network connection
User Interface: Keyboard 86-keys, 19mm pitch, 2.5mm key stroke Touch Pad with two mouse buttons
Card Slots: 1 x ExpressCard™ 54/34mm slot
Connector Interface: USB 2.0 x 3, VGA (external display), RJ45 (LAN), Audio-in, Audio-out, Power Adapter DC-in
Security3: User and supervisor BIOS password, Anti-theft Lock Slot
Dimensions: 360mm (W) x 260mm (D) x 39mm (H)

Dan sebenarnya sejak aku balik dari beli laptop ni, dua PC kat rumah aku. Aku tak sentuh langsung. Hoho..gian sangat dan merangsang traffic nak pakai laptop baru nih. Laptop lama adik dah kebas. Huu..

Nak tanya korang, ok ke Fujitsu nih? Ada sesiapa yang pernah pakai atau pengguna setia Fujitsu? Aku tak kesah bende nih lawa atau tak. Yang penting prestasi dan kelajuan. Janji banyak bende boleh jalan dan PC aku on the right track. Senang aku nak buat kerja kalau aku nak pergi mana-mana. Sudahlah aku nak ke sabah bulan Mac nih. So, memang aku akan travel dengan Laptop yang baru sahaja menjadi kegemaran aku lebih 8 jam ini..

So, lepas ni, dah takde rahsia lagi dah. AKu sudah mempunyai laptop. Penawar jantung hatiku buat sementara waktu. Huhu..

Oklah, cukup sampai di sini sahaja edisi review yang tak seberapa ini sahaja. Aku angkat tangkap beberapa foto lepas ni dan update post ini dalam tempoh beberapa jam. Best giler ada Laptop baru..

PS: Aku menaip post ini menggunakan Laptop Fujitsu aku nih..




Popularity: 8% [?]


Sphere: Related Content


-----------------------------
The Best site and articles : 6 Tips How to bring crazy traffic to your website

-----------------------------