So, hari ini aku tak ada banyak masa nak menulis apa-apa. Cuma nak kongsi sedikit info dari artikel yang bersarang di inbox friendster aku. Rasa-rasanya ada yang berguna. So, aku post kat sini untuk kebaikan bersama.
Artikel ini berguna untuk semua. Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!! Secara logik, mungkin ada kebenarannya..
Orang-orang China dan Jepun mengamalkan minum teh panas sewaktumakan.. dan bukannya air berAIS. Mungkin sudah tiba masanya kita meniru amalan minum air panassewaktu menikmati hidangan!! Kita tidak akan kehilangan apa-apa. Malah akan mendapat faedah dari amalan ini. Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca.Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan. Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju kearah mendapat pelbagai PENYAKIT.
Jalan terbaik.. adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.
Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!
Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda. Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung. Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.
Credit kepada Member2 yang spam inbox aku dengan bermacam-macam artikel macam ini. Mungkin aku akan post apa-apa artikle menarik dari spam post yang aku dapat dari friendster. Hoho..

Popularity: 4% [?]
Sphere: Related Content













