Archive for the 'freebies4webmasters' Category


Ok. Ini berita dari Jerantut. Aku tak sempat update sejak hari sabtu dan hari ahad memang aku gagal menjumpai sebarang talian internet broadband atau berukband. Yang aku pasti, hari ini penuh kejutan bagi aku. Aku menerima dan terpaksa mencipta satu jadual harian yang sangat busy. Aku terpaksa memikirkan apakah eksperimen sebanyak 22 masa atau 22 kali tugasan ini mampu membebankan atau menyenangkan kerja aku di Jerantut nih. Secara jujur, aku pening lalat ni dan terpaksalah petang ini aku merayau mencari rujukan dan orang perseorang agar dapat membantu aku menyempurnakan tugasan yang aku dapat secara kontrak ini. Haha..benar. 22 tugasan itulah jumlah sub kerja yang aku kene selesaikan dalam tempoh kontrak yang aku dapat. Berapa tahun kontrak aku tuh? Rahsia.

Lupakan kejap tentang kontrak kerajaan yang ditawarkan kepada aku tu. Aku menerima 2 bayaran daripada company yang sama tetapi dari 2 program yang berbeza nama dan hala tuju. Ya, iaitu InLinks dan Text Link Ads. Aku kira ramai yang mungkin dah tahu aku antara pemain jual beli link di Malaysia. Walaupun aku tidak sehebat pemain-pemain lain. Aku syukur yang aku menerima bayaran setiap bulan dari company ini. Sama seperti Freebies4webmasters dan TNX, company ini kekal membayar aku setiap bulan melalui blog-blog aku samada dalam bahasa english atau melayu.





Tips dari aku jika korang hendak mendapatkan atau menarik minat advertiser untuk membeli link diblog korang tu, pastikan artikel atau post korang dalam bahasa english dan gunakan hot keyword-keyword yang sangat panas. Percayalah, ramai yang berminat dan untuk perhatian korang, semua advertiser bulan lepas telah melanjutkan pembelian diorang untuk bulan Februari ini pula. Not bad apa bagi seorang pemain kecil seperti aku. Hoho..

Yelah, yelah. Aku tahu income yang aku terima tak banyak. Tetapi tak semudah itu untuk membuatkan kita dapat iklan dari advertiser di Inlinks atau TLA. Tetapi percaya atau tidak, sekali korang dapat advertiser yang berminat untuk membeli iklan diblog korang, mereka akan terus beli iklan di blog korang setiap bulan. Cuma sesetengah sahaja akan memberhentikan pembelian link tu apabila diorang rasa tak best aje. Tapi setakat ini, kesemua advertiser aku setia. Itu yang best kan? Biarlah aku dapat ciput aje. Janji aku tak tipu atau menyusahkan mak bapak aku (walaupun masa kecik dulu aku selalu lawan cakap diorang. Ohh!)! Jadi, bab buat duit dengan blog ini, aku cadangkan sangatlah korang join 2 benda ni..

Tapi ada syaratnya, untuk 2 program ini. Pastikan alexa rank korang dibawah paras atau 100-900k. Jika misalnya blog korang di area 200-500k macam blog aku ni, insya-Allah. Mesti ada sesat 1-2 advertiser kat blog korang nanti. Percaya atau tidak. Korang cuba sendiri. Aku tak berani cakap apa yang aku bagitau ini satu benda yang pasti, tetapi ini adalah pengalaman dan pemerhatian aku. Mungkin apa yang aku cakap ni tak berasas namun, itu yang aku faham sekarang tentang Text Link Ads ini..

Jerantut mempunyai persamaan dengan pekan/bandar Kuala Lipis, pekan/bandar Kuala Pilah. Walaupun facilities tidak sehebat seperti di Banting, namun bandar-bandar ini lebih hebat berbanding pekan koboi di Semporna. Jadi, sebenarnya sudah banyak bandar atau pekan yang telah aku lawati, semuanya best-best dan ada keistimewaan tersendiri walaupun sampai hari ini aku tak jumpa lagi internet cafe di bandar Jerantut. Kena selongkar lagi bandar ni la jawabnya. Jadi dengan ini aku merasmikan satu lagi kategori baru iaitu Jerantut Life dalam blog ni..

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content


Aku baru sahaja pulang dari menghantar akak dan adik aku ke rumah sewa masing-masing. Mereka berdua cuti sempena Aidiladha. Sangat penat dan akhirnya apabila aku tiba dirumah, talian internet telah kembali setelah 2-3 hari dilanda masalah. Aku gembira dan penat aku hilang apabila mengetahui berita gembira itu.

Beberapa bayaran telah masuk ke akaun Paypal dan Maybank aku setiap hari. Dan kali ini, aku tunjukkan lagi bayaran bulanan yang biasanya aku akan dapat iaitu Freebies4webmasters. Aku kekal menerima 5 GBP setiap bulan kerana hanya 1 domain sahaja yang masih kekal. Nampak gaya, program ini masih membayar, cuma keahlian dan bilangan domain setiap akaun dijaga setiap rapi. Mungkin setiap akaun cuma boleh ada 1-2 akaun sahaja.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Tak ada apa yang aku nak cerita sangat. Aku akan kembali sibuk jika talian internet berjalan dengan lancar. Masih banyak lagi projek tertangguh dan beberapa percubaan sedang dilancarkan. Aku harap projek-projek tersebut akan membantu aku mengumpulkan dana untuk projek mega aku. Haha..apa dia projek Mega tersebut? Nantikan sahaja tahun depan. Yang pasti, ianya offline. Bukan Online..

Kawan aku berkahwin masuk surat khabar Metro hari ini. Bangga siot dibuatnya. Tak sangka ko Kerii.. Dulu macam tak betul. Tak sangka plak leh kerja kat Jabatan Pelajaran Malaysia. Padahal, dulu malas gila belajar. Apapun, semoga panjang umur dan murah rezeki.

Pa: Aku lapar..

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content




Another shocked news!

Aku rasa ramai yang telah kene tendang atau tak dapat bayaran 1 sen pun daripada Freebies4webmasters bukan? Setelah aku meneliti akaun aku di Freebies4webmasters, cuma 1 domain sahaja yang masih selamat dan pada hari ini, aku telah menerima bayaran sebanyak 5GBP daripada pihak Freebies4webmasters.

Jadi, persoalannya disini. Adakah Freebies4webmasters masih membayar atau tidak? Aku rasa aku tidak dapat lagi bayaran pada bulan September dan bayaran komisen juga turut masih belum dibayar. JIka diorang akan bayar pada bulan ini, aku harap mereka berbuat demikian secepat mungkin.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Kepada yang telah menyertai program F4W, adakah ada diantara korang masih menerima bayaran setiap bulan ataupun korang juga turut menerima bayaran yang sama seperti aku pada hari ini? Jika ya, sila berikan pendapat anda diruang komen nanti.

Aku tidak ada apa hendak kongsikan pada kali ini kerana mungkin aku agak bengang dengan Freebies4webmasters. TIdak ada pemberitahuan, berita ataupun makluman tentang bayaran ini dengan pantas. Semuanya mengejut. Berita tentang masalah mereka dengan advertiser juga sangat terkejut dan secara jujur, banyak domain-domain yang baru aku hantar, semuanya tidak diluluskan. Baru sahaja sebentar tadi aku submit lagi 2 domain baru. Jika ianya diluluskan, itu petanda baru. Tetapi jika tidak, aku boleh rasa program F4W sudah tidak segagah 2-3 bulan yang lepas. Mungkin ini hanya dugaan liar aku sahaja.

Jadi, jika korang tak puas hati dengan F4W, kutuklah diruang komen ini. Jika korang suka F4w, pujilah dan backuplah diorang. AKu tidak dapat kata apa-apa. Kita lihat apa yang yang akan berlaku dan dengan ini, banner F4W ni blog ini juga akan aku buang kerana domain blog ini sudah direject oleh mereka. Cuma 1 domain sahaja yang selamat dan aku tidak pasti kriteria apa yang menyebabkan domain itu terselamat dari pemilihan ketat F4W.

Ps: Apa kata anda tentang Freebies4webmasters? Good or not to you?

Pss: Chapter 2 untuk Youthsays Real Voice Project sudah aku tulis. Bacalah kalau korang mahu.

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini aku cuma leh cite ringkas aje sebab aku baru je pulang dari beraya di kuala Lipis, Pahang. Sempatlah juga jumpa Pak Lang, Mak Lang, Pak Teh, Pak Itam, Beh, Wan dan anak-anak buah aku yang sangat comel. Aku tayang sikit laptop fujitsu kat anak buah aku, bersinar-sinar mata diorang. Kene plak aku tayang cite Naruto dengan Dragon Ball. Terus melekat diorang depan Laptop aku dari jam 8 malam hingga ke 10 malam. Haha, last-last. Diorang semua tertidur. Aku je yang jaga..

Cukup cite pasal raya. Hari ini aku cuma nak share satu lagi bukti bayaran yang aku dapat pada 1hb September yang lepas. Memang diawal bulan ni aku dapat banyak bayaran. Korang pun dah maklum kan hal macam ni. INi antara salah satu bayaran yang tertinggal dari Freebies4webmasters. Aku kira korang dah tahu kan tentang program yang sangat hangat pada 2 bulan yang lepas. Kenapa hangat? Ianya hangat sehingga slot untuk publisher habis licin disapu oleh kebanyakkan orang kita..

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Ini bayaran untuk 1 domain aku yang diluluskan. Bolehlah dan ini adalah salah satu program pasif yang bagus untuk aku kerana ianya pasti membayar aku tanpa gagal setiap bulan melainkan F4W dah bungkus. Aku harap, mereka takkan bungkus dan kekal sampailah cucu cicit aku nanti..

Korang leh baca beberapa post aku yang lepas dibawah:

1. Komisen ke 4 dari Freebies4webmasters
2. Komisen ke 3 dari Freebies4webmasters
3. Open Case : Komisen dari Freebies4webmasters
4. Edisi Siasat: Buat duit dengan Freebies4webmasters

Kalau koranag nak join F4W ni, leh sertai di sini. Daftar Freebies4webmasters

Tapi kalau korang dapat join atau tidak. Aku tak berani jamin. Harap-harap banyak slot untuk publisher dibuka pada masa terdekat ini. AKu tahu, ramai yang terkilan kerana tidak dapat sertai program ini. Itulah, aku dah kata, join cepat sikit kalau aku promote satu benda baru. Kang lambat, jangan salahkan aku plak..

Ps: Ada orang tengah beraya ni. Aku blah dulu. Kene layan diorang beb..

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member













  • RahsiaFacebook.my
PanelPlace - No more missing out on surveys!

-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Melayu Boleh | DenaiHati Contest | Saya Suka Wangcyber | Who is RajaKamil? | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------