Archive for the 'foto panas' Category


Hari ini kita nak bercerita tentang trend yang dah berlaku kat Malaysia. Trend apa? Trend buat duit dan juga perniagaan internet di Malaysia. Mesti korang pelik kenapa aku nak bercerita tentang benda macam ini. Baik aku buat edisi siasat dan macam-macam lagi benda lain kan? Tidak pun ulas produk-produk member yang lain atau promosikan apa yang patut. Memanglah, cuma aku rasa terpanggil untuk bercerita dan badan aku masih sengal setelah pulang dari seminar Speed Adsense. Jadi, biarlah aku menulis sesuatu yang agak berat tapi dalam versi yang agak santai. Korang boleh terima kan?

duitreview 300x210 Edisi Siasat: Trend Buat Duit di Malaysia Tahun 2009


Ok. Jika kita perasan, ada pelbagai cara untuk buat duit tak kiralah sama ada di internet ataupun cara lama seperti berniaga dikedai atau menyertai MLM.  Dan semuanya berputar setiap tahun dan aku akui aku sendiri mengikut trend tersebut. JIka korang perasan pada penghujung tahun lepas, program dan syarikat yang menggunakan MLM atau menggunakan sistem MLM, sistem trading dan binary muncul seperti Buluhmas dan Asia Ceramic. Kesudahannya, kene gantung tak bertali dengan BNM. Sampai sekarang tak tahu apa kesudahannya. Kemudian, kemunculan Vemma mencanakkan lagi dunia MLM kerana Vemma merupakan MLM versi online. Ramai orang kita yang berjaya dengan Vemma seperti member aku iaitu Din Beramboi yang menjadikan Vemma sebagai pekerjaan utama. Kemudian yang terkini tentang MLM adalah GDI yang dipromote dengan ganas oleh saudara Abg_X sehingga aku sendiri menyertainya. Haha..

Selepas kemunculan Buluhmas dan Ceramic, Clickbank menyerang. Jika kita perasan pada awal tahun 2009, begitu banyak produk clickbank yang bersepah muncul. Tak kiralah produk atau ebook itu dikeluarkan oleh otai, petai, newbie, IM, blogger, kebanyakkany orang akan terpengaruh untuk mendapatkan produk tersebut dan akan membeli produk tersebut. Pendek cerita, clickbank popular dimata rakyat Malaysia dan berita baiknya adalah orang kita mula mengenal apa itu Clickbank dan tahu cara untuk buat duit dengan Clickbank kerana sudah ramai orang kita yang mampu bercerita tentang Clickbank dengan baik.

Ketika inilah E-bay menyelit dan kemunculan Noorizam, Riduan, Mansurbiz, Sifu-Lan dan beberapa orang lain semakin menyemarakan dunia E-bay ke Tanah Besar Semenanjung Malaysia dan Tanah Sabah Sarawak. Aku tak sangka momentum E-bay membuatkan ramai orang kita terkesan dan berjaya menyebabkan ramai orang bertukar menjadi pemain E-bay yang hebat. Ramai pemain E-bay yang baru memecahkan kebuntuan dan berjaya buat duit dengan E-bay dengan pendapatan yang lumayan. Tak kurang juga yang jadi Power Seller. Tahniah aku ucapkan pada korang dan aku harap trend E-bay akan kekal setiap bulan.

Kemudian, program-program CPA pula semakin dicari oleh orang kita dan IM tegar. Ramai otai-petai CPA (Cost Per Action) atau PPL (Pay Per Lead) yang berjaya mendapat income yang lumayan dengan CPA mengeluarkan produk masing-masing. Jika korang perasan tentang trend buat duit yang melanda rakyat negara kita, bila ada ebook sebegini muncul, makin banyak produk dan ebook akan terhasil. Sekaligus memberikan peluang kepada kita untuk buat duit dengan cara yang baru. Bagi golongan Blogger dan IM, CPA memang merupakan syurga pendapatan bagi mereka. Ini kerana kebanyakkan daripada mereka tahu cara untuk membuat duit dari program CPA seperti Affiliatier, Affiliatebot, Clickbank, CJ, Shareasale, Max Bounty dan macam-macam lagi. Senang cerita, ramai orang boleh buat duit dah dengan program CPA. Bukankah ini satu perkembangan yang bagus?

Dalam masa yang sama, trend berkembang dengan kemunculan banyak produk berdasarkan informasi. Maksudnya, ramai orang yang berjaya menjadikan produk informasi dalam bentuk ebook sebagai produk killer mereka. Contoh terbaik adalah Ebook Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh saudara Jamal. Memang betul-betul meletup dan mendapat liputan meluas di internet. Tapi tak tahulah jika ebook tersebut dapat dbukukan. JIka dapat dibukukan, mesti lagi meletup sebab buku-buku motivasi atau perniagaan memang tak pernah keluar niche buku sedemikian. Untuk pengetahuan korang, trend produk informasi memang kekal ada setiap bulan. Ini bermaksud produk ini hidup sepanjang tahun dan jika korang bijak, memang boleh buat duit melalui niche yang berbeza seperti produk informasi, produk seks dan produk kesihatan. Jika pandai menulis dan mengolah dalam bentuk tulisan dan dibukukan dalam bentuk ebook, aku percaya duit memang boleh mengalir ke poket masing-masing..

Ok. Apa trend seterusnya? Blogging. Yap. Blogging ataupun buat duit melalui Blog. Bagaimana dengan menulis blog kita boleh menjana pendapatan diinternet? Fenomena blogging ini semakin menjadi-jadi bila Saudara Rohaizad membuat Seminar dan Personal Coaching tentang Blog dan juga Saudari Catzer yang membuat bengkel untuk wordpress dan blog. Dua benda ini sekaligus meriangkan lagi arena blogging di Malaysia walaupun kita semua tahu blogging memang dah sebati kepada rakyat Malaysia sejak 2-3 tahun ini. Cuma tahun 2009 ini menjadikan dunia blogging begitu dekat dihati kita. Betul atau tidak, itu aku tak pasti. Tapi itulah hakikat yang  kita kena terima. Blogging menjadi trend yang memang takkan putus sepanjang zaman dan aku sendiri berada dalam trend ini sejak 6 tahun lepas. Alhamdulillah, memang boleh buat duit dan boleh hidup dengan duit blogging.

Dan trend terbaru adalah Adsense. Jika nak cakap, adsense ni memang dari 6 tahun lepas lagi ramai orang dah tahu dan setiap tahun akan wujud trend adsense ni. Kejap naik, kejap turun dan aku akui trend adsense memang menjadi topik utama setiap tahun dan trend terkini adalah Trend Speed Adsense. Ramai yang bercakap tentang benda ini dan sampailah wujudnya Seminar Speed Adsense yang aku sertai tempoh hari. Jadi, aku harap lepas ini semakin ramai orang kita yang dapat terima cek adsense yang kaler hijau tu setiap bulan dan tak kurang juga ramai orang akan cuba buat duit dengan adsense selepas ini..

Ps: Aku rasa ada juga program dan cara buat duit yang aku tertinggal. Tapi tak larat aku nak ulas semua tapi aku rasa inilah trend yang aku perasan dan aku akui ianya akan berulang setiap tahun. Cuma kita kena tahu, sejarah memang berulang dan akan tetap berulang..

Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content


Haha..itu gelak ketawa aku dari semalam hingga ke hari ini. Aku tak pasti tapi aku akan sisipkan pada korang kenapa aku tergelak dan tersenyum kerana banyak menda yang membuatkan hati aku gembira dan pelik dengan perangai orang Malaysia nih. Entahlah, kadang-kadang pelik dan hairan. Kadang-kadang kasihan pun ada dan kadang-kadang membuatkan kita terfikir macam mana boleh jadi sampai macam tu sekali.

Gelak Pertama

Sejak aku masuk 2 program MLM iaitu GDI dan Shamelin Bina ni. Aku mendapat kutukan dari ramai orang dan tak kurang juga yang pelik mengapa blogger yang dulunya tegar dengan dunia blogging boleh kecundang ke program-program MLM ni. Ramai yang kata dengan MLM tak boleh cari makan dan MLM tak mampu memberikan apa yang dunia blogging dan Internet Marketing mampu berikan. Ahh, itu pandangan kelas ketiga. Aku pedulik apa. Aku sertai program MLM itu berdasarkan beberapa sebab dan sebab-sebab itu kukuh. Apa kes korang nak masuk campur hal aku kan? Duit yang aku bayar, duit aku. Bukan duit korang. Yang sampai sanggup menghina syarikat atau program MLM kenapa? Ingat korang bagus sangatkah? Siapa bilang Shamelin Bina atau GDI ni syarikat hampeh? Kalau tak tahu sejarah. Jangan dok kutuk tanpa asas dan bukti yang kukuh. Ada yang kene potong siku atau buah serang nanti..

Gelak Kedua

Apabila melihatkan ramai orang berceritakan tentang kes Asia Ceramic Marketing yang memang gempak sejak awal tahun 2009 ni membuatkan aku tersenyum simpul. Bukan apa, aku memang nampak beberapa puak yang terhasil akibat kes Ceramic nih. Pertamanya, aku nak bagitau. Perkara yang mesti korang sematkan kat hati korang bila sertai program seumpama Ceramic atau Buluhmas atau program MLM seperti GDI atau Adsense sekalipun, pelajari tentang risiko dan sifat sabar. Setiap program ada risiko dan kita kene sabar sebelum mendapat hasilnya. Dan satu lagi ialah jangan mula menyalahkan sesiapa jika program ini down atau gulung tikar ataupun kene siasat dengan BNM. Dah dapat aduan, memang kerja BNM siasat. Nak wat macam mana, Buluhmas pun kene gak.

asiaceramicmarketing Edisi Siasat: Buat Duit dengan Asia Ceramic Marketing


Kalau GDI atau Vemma berpangkalan kat Malaysia, aku rasa kene ambush juga dengan BNM. Sayangnya dua-dua program tu berpangkalan diluar negara. Jadi, apa kejadahnya BNM nak ambush syarikat tu kan? Banyak lagi BNM nak jaga. Tapi kerana menerima aduan dari orang ramai, orang-orang BNM buat juga kerja dan lakukan siasatan. Bersyukurlah seadanya ye. Dan aku paling BENCI orang yang menyalahkan upline atau sponsor samada dalam affiliate, penulis ebook, MLM dan sebagainya. Kenapa? Korang dah bayar pakai duit sendiri, itupun nak salahkan upline korang? Ada upline tu PAKSA korang join? Diorang cuma promosi. Nak atau tak nak, terpulang pada korang. Jadi, apa kes nak mengamuk dengan upline atau syarikat Ceramic bila diorang kene siasat dengan BNM? Sabar itu bukankah lebih baik?

Gelak Ketiga

Hari ini aku dapat tahu satu lagi program pay per lead yang termahal versi Malaysia. RM1.20 untuk 1 downline. Mak aii, boleh tahan komisennya dan aku tertarik. Jadi aku pun sertai dan promote ebook Amalan Jutawan ini. Mungkin ianya nampak biasa, tapi aku akui banyak yang aku pelajari dari ebook Amalan Jutawan ini. Malah, siap ada fasa-fasa yang tertentu yang perlu kita tahu sebelum menjalankan perniagaan atau sesuatu projek. Takdelah kita buat satu projek tanpa strategi dan plannya, bukan?

reviewamalanjutawan1 Edisi Siasat: Buat Duit dengan Asia Ceramic Marketing


Bukan sahaja menawarkan program PPL, tapi ebook tersebut juga menarik. Tak sia-sia aku download tadi.  Korang kene download dulu ebook Amalan Jutawan ini dulu kalau nak join program PPL ni. Jadi, download aje. Percuma pula tu. Download Ebook Amalan Jutawan

Ps: Kenapa aku sedih? Sebab aku lapar. Tapi aku kene kool..

Popularity: 7% [?]


Sphere: Related Content


Benar. Aku sudah menerima bayaran terbaru daripada TNX. Itu bayaran untuk bulan Julai ini. Tak banyak nilai yang aku keluarkan. Cuma setelah aku jual duit paypal aku yang lebih dari 300 dollar tu, aku kehabisan dana. Mahu tak mahu, aku keluarkan sikit dari program TNX sebab aku nak beli ebook.  Haa, itu yang bagusnya program TNX ni. Time aku nak pakai duit, aku terus withdraw dari sana dan biasanya aku akan tinggalkan baki untuk kes-kes emergency macam ni. Tak perlu keluar banyak-banyak. Simpan apa yang patut dan aku sudah nampak satu lagi program bagus yang kita boleh combine dengan TNX. Program apa? Biarlah rahsia dulu. Tunggu aku habis wat eksperimen. Tapi leh baya TNX Super Tips kat sini. Haha..

tnxjulypayment 300x112 Komisen Ke 30 dari TNX


Untuk pengetahuan korang, ini adalah bayaran yang ke 30 dari TNX. Betul, aku tak tipu. Aku sudah menerima bayaran daripada program ini sebanyak 30 kali. Ada yang cuma 5 dollar dan ada yang 10 dollar. Ada juga yang lebih dari itu. Bergantung pada niat aku waktu itu. Biasanya aku keluarkan duit dari TNX untuk beli barang online. Ini kerana kebiasannya bila kita withdraw, TNX akan transfer duit paypal ke kita dalam tempoh 1 hingga 3 hari. Biasanya hari ke 2 dah dapat duit tu. Inilah antara sebab aku sayang TNX.

Tak kejam aku kata TNX antara penyumbang yang aktif bagi aku setiap 1 minggu. Walaupun mungkin tak boleh lawan Adsense, Shareasale, Affiliatier, Linkworth, TLA dan lain-lain program. Tapi TNX lebih baik daripada sesetengah program kata sistem payout yang pantas. 3 hari, dah leh withdraw. Program lain biasanya akan bayar sebulan 1 kali. Paling jahat pun, sebulan 2 kali. Sebab tu aku tunekan program TNX agar aku dapat wat secara pasif tetapi membuahkan hasil setiap minggu.

Siapa yan hendak buat duit dari TNX? Ada syaratnya. Fahami perjalanan TNX dan peraturannya. Ketahui cara untuk setup blog dan tahu cara nak masukkan code TNX. Tahu juga untuk menulis artikel dan tahu juga tentang SEO. Kalau tak tahu? Korang kene belajar. Dulu pun aku buta TNX. Tapi alhamdulillah, sekarang dah tak buta. Mungkin rabun warna sikit aje kot. Haha..

Ps: Nak call dia ke tak. Kredit tinggal sikit aje nih..

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content


Hari minggu memang merupakan hari yang sangat baik untuk bersantai dan bergembira. Lagi-lagi bersama insan tersayang, betul tak? Kalau korang dah tension menghadap komputer dan takde semangat nak tulis blog, keluarlah dan buat sesuatu. Main badminton ke, mengorat awek ke, makan roti canai ke dan macam-macam lagi. Janji tak hadap komputer atau laptop mahal korang tu. Nasihat aku, carilah satu hari untuk berehat dan lupakan soal kerja buat seketika. Insya-Allah, ianya akan membantu untuk hari-hari yang datang dan mood untuk bekerja akan datang semula. Ini yang aku praktikkan dan alhamdulillah, aku sudah mampu senyum setiap minggu.

tlapaymentjune 300x136 Edisi Siasat: Benarkah Titan mahu berhenti Menulis Blog?


Seperti biasa, setiap awal bulan aku akan menerima bayaran komisen dari program Text Link Ads. Mesti korang dah bosan tengok aku tunjuk bayaran komisen dari TLA ni, bukan? Takpe. Pedulilah apa orang nak kata, aku tunjuk gak walaupun bayaran tu cumalah 1 dollar sahaja. Orang nak kata aku riak pun tak apa. Aku tak kesah. sebab aku berjaya membukti bahawa program TLA memang boleh buat duit. Jika ada yang tak suka, aku tak leh nak wat apa. Buatlah apa cara yang korang suka, asalkan ianya membantu korang menjana sedikit pendapatan di internet.

Aku perasan sejak 2-3 menjak ni, ramai orang berjaya buat duit diinternet. Tak kiralah melalui CPA, jual ebook, service design, service itu ini dan pelbagai kerja lagi sehingga timbul perasaan kurang enak dikalangan orang lain. Ini bukan apa, aku lihat terlalu banyak fenomena yang bangga dia boleh buat duit dalam 2k-10k sebulan ke atas sebulan. Itu belum lagi yang memperlekehkan pekerjaan orang lain. Itu belum campur lagi yang mengatakan pekerjaannya sekarang tu membosankan atau pekerjaan tersebut membuatkannya dia ingin berhenti kerja dan membuat business online itu. Yelah, dah income online dalam 10k ke atas setiap bulan, kerja tetapnya cumalah 1-2k sahaja. Terus niat nak berhenti kerja. Malah, ada juga member yang YM dan email aku untuk bertanyakan wajarkah mereka berhenti kerja kerana dah selesa dengan income online mereka itu. Em, aku tak nak cakap apa-apa. Jika diorang rasa itu yang terbaik, teruskan. Cuma jagalah pertuturan dikalangan mereka-mereka yang baru sahaja mengenal dunia internet dan baru bertatih untuk buat duit di internet. Benar, kekerasan dan kerja kuat itu perlu. Cuma mesti kene pada tempat yang sepatutnya. Aku pun kekadang kejam gak dan aku akan lebih kejam lepas ni. Haha..

Tentang tips cara hendak buat duit dengan program TLA, sila rujuk kepada post-post aku yang lama. Search aje dalam blog ini menggunakan ruang search diatas. Aku tak larat nak senaraikan semua post yang berkaitan dengan Text Link Ads. Kalau satu dua, takpe juga. Ini dah lebih dari 10 post aku yang berkaitan dengan TLA. So, jika mahu ilmu tambahan. Carilah. Benda dah ditulis dalam bahasa melayu, jadi cari sahaja. Dulu memang susah nak cari, tapi sekarang kita kene bersyukur, ramai yang dah berjaya buat duit dengan Text Link Ads. Kalau dulu, berapa kerat ajelah..

Aku nak berhenti tulis blog? Korang jangan percayalah ye. Sebab ianya agak mustahil melainkan aku buta, tangan aku tak leh menaip atau aku jadi gila. Harap-harap tidaklah sampai begitu. Secara jujur, aku tak terfikir lagi untuk berhenti menulis blog. Ke ada yang mahu aku berhenti menulis blog? Jika ada, sila bagitau aku diruang komen ye. Hehe..

Ps: Emm..baru dapat sms hari ini. Sibuk sangatlah tu..

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011