Hari ini aku akan ulas satu lagi program buat duit untuk pasaran malaysia. Aku rasa banyak sudah syarikat pengiklanan yang muncul setelah hadirnya Advertlets dan Nuffnang. Malah, ada juga syarikat pengiklanan yang bungkus dan masih juga ada yang muncul tanpa kita sedari. Ikutkan hati, aku mahu sahaja kupas semua syarikat pengiklanan tersebut, tapi hari ini biarlah aku sentuh satu lagi syarikat pengiklanan tempatan yang baru aku ketahui iaitu Catcheye

Ya. Nama yang agak pelik. Tapi nama Nuffnang lagi pelik kan? Kira oklah tu. Catcheye. Website Catcheye juga nampak menarik dengan hanya menggunakan warna merah dan putih.. Macam adik-beradik Airasia, Tunemoney dan Tunehotel. Dan aku juga telah submit borang penghantaran ke Catcheye dan sedang tunggu sama ada aku layak atau tidak untuk program Catcheye ini. Kita tengok sama ada aku dapat join atau tidak program ini kerana aku masih tidak menerima apa-apa makluman tentang program ini. Atau borang yang aku isi bermasalah? Ok, bagaimana pula program Catcheye ini berjalan?
Catcheye is an online advertising platform that allows advertisers to deliver their advertisements in a highly effective manner. Our ad delivery platform guarantees that each ad is viewed by unique and voluntary viewers. In return, they will earn Catcheye reward points which can be exchanged for cash and/or other prizes. Viewers are also required to answer 3 simple questions related to the ad being displayed, hence strengthening their impression and understanding of the message being conveyed.

Hah, itulah yang diorang bagitau kat website rasmi Catcheye. Kita dibayar untuk melihat iklan berdasarkan view atau impression samada view yang unik dan view sukarela. Ini bermaksud, jika korang dapat point nanti, korang boleh tentukan samada point itu nak tukar ke dalam bentuk duit ataupun hadiah lain yang mungkin seperti voucer ataupun korang sedekah point korang ke organisasi tertentu.
Jadi, adakah program ini dapat menarik hati ramai blogger dan webmaster? Itu aku sendiri tak pasti sebab Nuffnang masih merupakan Syarikat Pengiklanan tempatan yang bertakhta didalam hati ini. Jadi, aku tak dapat katakan yang Catcheye mampu menyaingi kehebatan Nuffnang kerana aku sedang menunggu cek Nuffnang yang ke 7 dari Nuffnang. Jadi, bilakah cek pertama dari Catcheye akan aku perolehi? Itu aku tak pasti, tapi yang pasti aku akan cuba program ini diblog-blog high traffic aku yang lain sebagai satu lagi ujikaji. Advertlets juga masih dalam kajian, begitu juga dengan syarikat tempatan yang lain. Macam segan-segan aje nak berkembang..
Popularity: 7% [?]
Sphere: Related Content




















