Archive for the 'forex' Category


Hari ini aku dapat call dari kawan aku dari Sabah. Dia tanya aku apa business internet yang bagus sekarang. Apa yang patut dia buat kalau nak jadi macam aku atau IM-IM yang lain dan sebagainya. Dia tanya juga ada tak cara pintas untuk buat duit melalui internet dan dia dah fed up buat kerja-kerja yang dia tengah buat sekarang. Ehm..macam mana korang nak jawab kalau kawan korang tanya pada korang padahal waktu tu korang baru je habis konvo dan belum mempunyai pekerjaan tetap? Inilah situasi aku dan aku rasa aku macam tak layak nak bagi nasihat kat dia..

Ok. Aku bagi dia jalan lurus je. Ini antara ayat yang aku bagitau dia selama satu jam lebih. Tak apa, kawan aku yang bayar..

Sham, sebenarnya nak buat duit melalui internet ni senang je cara dia KALAU kita tahu jalan dan caranya. Usaha yang berterusan pun penting. Tapi menengokkan perangai ko yang asyik-asyik tukar kerja ni. Bayar ko pergi pantai Morib kat Banting dekat rumah aku ni. Ko beli air kelapa dan ko renung kejap. Apa sebenarnya engko nak buat dalam hidup ni? Kalau ko dah nak kawin, carilah keja tetap. Kalau ko nak baut duit, Internet antara salah satu cara yang paling cepat dan berbaloi..”

Sham cakap..

” Aku nak buat duit ni macam-macamla. Satu memamng nak kawin. Dua, nak juga aku merasa macam orang2 kaya rasa. Pakai kereta mewah, shopping sakan, leh bagi anak bini senang dan leh tolong orang. Aku dah bosan keje makan gaji tapi hujung bulan sakit. Nak hulur kat Mak pun berapa sen je ada..”

Aku jawab balik..

“Macam inilah. Ada banyak cara dan ada juga cara yang ko boleh buat dan aku sarankan sebab ko ada income bulan-bulan. Jangan berhenti kerja dulu sebab cara yang aku bagitahu nih antara cara cepat tetapi pulangan lumayan. Pokoknya ko kena ada modal dan kene belajar sikit. AKu tahu ko pandai komputer dan internet. Cuma malas aje..”

Sham..

” Apa caranya??”

Aku  balik..

“Ko try usha Forex. Aku rasa ko pernah dengar kan? Aku tak berapa mahir pasal Forex. Tapi aku tahu ramai orang Malaysia sekarang boleh buat duit dengan Forex. Ramai kawan-kawan aku dah berjaya. Aku pun cuba sikit-sikit je sekarang. Dapatlah sikit sebab modal pun sikit. Ada banyak cara, tapi ko tak ada banyak masa cam aku. So, ini yang aku suggets terbaik untuk keadaan ko..”

” Ehm..Forex? Bla..bla…”

Dan perbincangan tentang forex tu berlanjutan ke satu jam lebih macam aku cakap tadi. Korang rasa bagus ke idea aku tu sebab dengan memikirkan masalah kawan aku selama beberapa minit dan selesai analisis pendek. Aku mencadangkan dia cuba Forex walaupun aku dan dia tahu ada risiko. Tapi aku kuat sarankan dia cari Sifu..Aku tak boleh sebab aku pun macam dia. Beginners dalam Forex. Hoho..

So, kawan aku sekarang dok sibuk tanya member-member dia pasal forex. At least dia ada benda nak ikhtiar dan aku berani cakap forex memang mampu berikan pulangan yang lumayan jika tahu caranya. Lagi satu kawan aku ni sibuk gila. So, forex ajelah yang sesuai dan aku pesan supaya dia beli buku pasal forex. Baca dan fahamkan istilah2 forex..

Itu aje yang aku mampu. Nak suruh dia buat blog. AKu rasa dia bukan orang macam aku. Tapi aku akan suruh dia usha blog aku. Mana tahu dia berminat untuk menulis blog. Hoho. Cukuplah cerita hari ni pasal Forex..

Aku pun nak iklankan pasal KuasaForex.com. Sesiapa yang nak tahu lebih lanjut dan cara-cara buat duit melalui forex. Boleh BELI  E-Book Kuasa Forex sebab memang ramai yang dah berjaya. Diorang juga buat seminar tiap-tiap minggu untuk tahu cara-cara dan tips buat duit melalui Forex. Aku dah beli dan aku sarankan juga pada korang..

LEh beli atau review kat sini >> E-Book Kuasa Forex

Popularity: 7% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011