Ya. Seperti yang aku tulis, aku mahu menonton filem yang bakal panas di setiap pawagam pada awal Disember nanti. The Social Network. Filem ini mengisahkan tentang bagaimana terhasilnya Facebook.com hasil dari seorang pemuda yang belajar di Universiti Havard.
Bila aku baca sipnosis The Social Network ni, Mark Zuckerberg memang nampak seperti seorang pelajar universiti yang kaki buku, kaki komputer dan kurang bersosial. Tapi dia mempunyai cara tersendiri untuk menghiburkan hatinya iaitu membuat sesuatu yang dengan laptopnya tak kiralah coding ke, programming atau sebagainya. Pada suatu hari, dia kene tinggal dari aweknya. Oleh kerana taman kecil dalam hati Mark bergelora, dia membuat sesuatu pada malam dia kena tinggal itu dan menghasilkan Facemash. Apa kebendanya Facemash ni, kita kena tengok sendiri filem ini. Agak kelakar Facemash ini, Mark buat satu program “simple” iaitu antara dua gadis, yang mana satu lebih hot. Jadi, semua gadis-gadis cun yang ada kat Universiti Havard terlibat secara tak langsung samada diorang tahu atau tidak. Dan akibat dari situ, terjadilah sesuatu yang menyebabkan terhasilnya Facebook.com.
Selain itu, korang akan tahu sedikit kontroversi tentang ada kembar yang mengatakan bahawa Mark mencuri idea mereka menghasilkan Facebook dan berjadilah sedikit ketegangan antara mereka sehingga melibatkan pihak Havard dan pihak perundangan. Pendek kata, agak menarik untuk menarik minat aku untuk menonton filem ini.
Malah, dari filem ini rasanya kita boleh tahu siapa kawan-kawan dan pihak-pihak yang bekerjasama untuk menghasilkan Facebook. Kalau tak silap aku, sebelum nama Facebook.com digunakan, nama asalnya adalah TheFacebook.com. Betulkan aku jika silap dan ketika itu program ini hanya digunakan oleh pengguna Universiti Havard sahaja dan tidak terbuka pada luar. Jadi, bagaimana Facebook ini boleh tersebar luas? Aku yakin dalam filem ini ada jawapannya.

Sejujurnya, aku memang dah lama rasa akan ada filem khas untuk Facebook akan difilemkan. Cuma aku tak tahu bila. Sama juga macam kartun Dragon Ball dan AstroBoy. Aku rasa akan difilemkan ketika aku lihat television waktu aku kecil-kecil dulu. Tak sangka, memang betul-betul difilemkan. Aku yakin, filem The Social Network ini akan box office di banyak negara termasuklah Malaysia. Malah, pasti peminat tegar Facebook akan berlumba-lumba untuk menonton filem ini. Pasti menarik dan pasti mengagumkan.
Dulu, ketika aku mula mengenal Facebook, aku tak tahu macam mana nak gunakannya. Tak tahu camana nak guna sebab kalau korang ada Facebook, tapi tak ada rakan yang korang kenal, umpama korang berbicara dengan dinding. Tapi kini, cukup mudah untuk tambah kawan dan cari kawan-kawan lama. Dulu, berapa kerat sahaja orang Malaysia yang mengetahui tentang Facebook. Semua hanya berkata tentang Friendster dan Myspace. Tapi kini, Facebook mengatasi semua laman sosial yang ada diluar sana. Aku terfikir jika ada mana-mana syarikat di Malaysia ni mahu beli Facebook. Pasti dunia Malaysia akan lebih menarik pada saat itu. Siapa tahu, mungkin Petronas atau pemilik AirAsia mahu beli Facebook. Tak mustahil kan?
Ps: Cuba teka, siapakah yang memegang watak Mark Zuckerberg?
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content














